Thursday, October 23, 2008

TAHNIAH DR AHMAD ZAHID HAMIDI


(Sultan Sharafuddin Idris Shah bersalam dengan Ahmad Zahid Hamidi sambil diperhatikan isterinya, Datin Seri Hamidah Khamis pada majlis Konvokesyen UPM, Serdang, Selangor, Ahad lalu).

Ada yang mendapat doktor falsafah (PHD) dalam tempoh lima tahun, ada juga tujuh tahun dan tidak kurang pula selepas 10 tahun.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid membuat sarjana sama waktu dengan saya. Saya di UKM dan Dr Zahid di UPM. Kami berjaya memperolehi segulung sarjana. Kemudian kami meneruskan pengajian untuk mendapat doktor falsafah.

DS Zahid berjaya mendapat doktor falsafah Ahad lalu. Saya masih dalam perjalanan ke arah itu. Diperlahankan kerana kesan pembedahan tulang belakang pada 2006. Kini, usaha itu masih diteruskan. Little by little. Apapun tahniah untuk Dr Zahid.

(Renungan Rimau : Jangan pula dapat PHD dalam beberapa hari atau beberapa minggu saja. Apabila ditanya apa tesis yang digunakan, maka dijawabnya, "ADALAH...". Sekadar menasihat agar jangan ambil PHD dalam Internet. Takyah tipu orang.)

6 comments:

LIMAUDONG said...

Salam DIY

Tahniah Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana mendapat Doktor Falsafah (PHD).

Tinta Biru said...

Datuk, teruskan usaha dan perjuangan untuk mencapai apa yang datuk cita-citakan,
Ini sebagai satu cabaran buat anak2muda kita,usia bukan penghalang untuk mengecap kejayaan.
Saya juga menyambung pelajaran semula kerana cara ini saya cabar adik2 saya supaya belajar rajin2 hingga ke peringkat lebih tinggi, saya selalu kata usia bukan penghalang untuk kita mencapai kejayaan dalam hidup...prinsip SAYA BOLEH saya sematkan dalam hati dalam setiap langkah perjalanan agar impian akan menjadi kenyataan.Tahniah Datuk, dan TAHNIAH kepada mantan Menteri Penerangan Malaysia Datuk Seri Dr Zahid Hamidi.

puteri kenyalang said...

sekalung tahniah buat datuk,,,semoga apa yang datuk dapat akan menjadi ikon atau model kepada generasi muda..teruskan perjuang datuk..hidup Malaysia...PEACE...

LEKLOOK said...

Datuk,
Saya juga rasa malu bila kita mempunyai MA. atau PhD tetapi tidak tahu apa itu'Reseach Method'. Itu berlaku kepada beberapa orang politik di Selangor.

Bagi saya untuk mendapatkan segulung ijazah melalui titik peluh sendiri adalah kepuasan yang tidak dapat dinilai daripada mendapatnya melalu 'kedai runcit'.

Saya turut berterima kasih kepada Datuk Seri Zahid, kerana dorongan beliau juga saya memperoleh MSc. dalam bidang yang sama dengan beliau, semesta selepas beliau mendapatnya.

Tapak Sulaiman said...

Slmt Petang Datuk,

Saya sokong benar dengan kenyataan Datuk " Apa bila ditanya pasal thesis ADALAH jawabnya" itu memang benar dan wujud di kalangan rakyat kita. Apa pun, tahniah buat Datuk...tak kiralah lama mana perjuangan itu tapi selagi terdaya tak salah kita mengejar ilmu.

rayliew said...

Tahniah kepada Dr. Ahmad Zahid.

Memang tidak mudah untuk mendapatkan doktor falsafah(PHD) dan ianya perlu mengharungi pelbagai cabaran dan juga tesis penyelidikan, jangan sekali-sekala percaya dengan PHD yang boleh diperolehi dalam tempoh singkat beberapa hari yang berkemungkinan tidak diiktiraf dan menipu..