Thursday, October 30, 2008

TIADA "ENVELOPE JOURNALISM" DI SINI

Media tempatan tidak pernah mengamal budaya "envelope journalism'' dan pengamal media tempatan tidak perlu diberi suapan untuk mendapat peluang liputan.

Itu penegasan yang dibuat Menteri Penerangan Dato" Ahmad Shabery Cheek walaupun dari segi ranking, kebebasan akhbar di negara ini dipaparkan kurang baik.

Ini dilaporkan Warta 1 RTM sebentar tadi.

Negara kini berada pada kedudukan ke 132 dalam indeks kebebasan wartawan dan media 2008,. naik 10 anak tangga berbanding tahun lalu.

Jelas Dato' Ahmad Shabery Cheek terdapat negara yang kebebasan akhbarnya lebih baik namun kerajaan yang memerintah adalah korup.

Beliau terdahulu merasmikan forum 'Trend dan Masa Hadapan Media Malaysia' di ibu negara.

Forum sehari yang disertai tokoh akademik, penyelidik, pengamal media, blogger dan pengamal undang-undang ini dianjurkan Gerbang Maklumat Selatan-selatan - SSIG sebuah unit di bawah Kementerian Penerangan dan Universiti Malaya.

(Renungan Rimau : Kalau ada yang menghulur tu, suruh mereka simpan saja. Melainkan, jika ada yang sudah hilang akal)

17 comments:

antidrM said...

Saudara Tiger,

Hulur?..apa yang hulur? Duit? biasa la..masa Dr M pun ada main duit...sama aje UMNO dulu dan kini dan selama-lamanya..main duit...

rizal hashim said...

Datuk, malang sekali ada segelintir pseudo-wartawan bukan saja menanti-nanti dan ternanti-nanti envelope ini, bahkan menjual space tulisan mereka kepada pembida tertinggi. Kalau perangai begini dibiarkan bernanah, alamatnya kredibiliti yang ada semakin nipis.

Anonymous said...

BUNGARAYA menyampok,
Wartawan sangat berbisa bila berkata-kata. Satu waktu dulu wartawan memainkan peranan yang sangat penting dalam kemerdekaan Tanah Air kita. Tentunya wartawan ketika itu memuatkan berita-berita yang bukan berunsur hasutan buruk dan fitnah melulu seperti kebanyakan wartawan sekarang ni. Yang hanya mendapat berita dari atas meja makan atau kedai kopi semata.
Kebanyakan wartawan masa lalu sebelum merdeka dan selepas sahaja merdeka adalah mereka yang tidak tinggi pendidikan sekularnya. Tapi hati nuraninya mulia. Saya sangat geram dengan Husin Lempoyang kerana
beliau berkata-kata kebanyakannya nista dan cerca murba. Mungkin suatu masa dulu beliau terlibat sebarang salah seorang yang mencerca Tun Mahathir sebagai Mahafiraun. Sekarang ini beliau kembali menyanjung TDM dan mula pula mengutuk Pak Lah.

putra revolusi said...

Mungkin benar tak wujud envelope journalism. Yang pasti kewujudannya ialah bias journalism. Setiap akhbar sama ada harian, dwi-mingguan atau mingguan seperti ada cop tersendiri 'made in BN', 'made in PAS' atau 'made in PKR' dan lain-lain. Teringin nak menatap akhbar yg bebas dari belenggu parti politik. Teringin nak membaca akhbar yg berani berkata benar. Tapi di negara 'demokrasi' ini siapa yg benar-benar berani berkata benar? Harga berkata benar seringkali terlalu mahal. Harganya ialah penjara. Harganya ialah ISA. Demi periuk nasi keluarga, lebih baik berdusta atau seperti lagu Pak Pandir, 'ada mata lihat, ada mulut diam'.

Hadis Nabi ada menyatakan,'Katakan yg benar, biarpun pahit'. Namun ada yg yakin merengkok di penjara atau di Kem Kamunting lebih pahit dari segalanya. Jadi diam-diam aje lah.

LIMAUDONG said...

Salam DIY

Jangan salah faham bukan semua ' envelope ' yang dihulur mempunyai duit.

Kulupbana said...

Salam Datuk,
Mesyuarat Bahagian saya memang melakari permainan duit untuk meraih pencalonan. Muka baru telah menggantikan muka lama yang sekian waktu menabur bakti.

Dengar kabar muka baru ditaja seseorang lantas kerja menelefon perwakilan sebelum bersidang pun terjadi.

Habis cam ner. Cakap memang senang.

Quantum Metal Consultant said...

Orang yang tak dapat habuan biasanya merungut dan melabel dirinya antiduit.

Orang yang sakit jiwa selalu dihatinya ada 'anti'..ia lebih kepada krisis identiti, vandalism dan zalim kepada dirinya sendiri..

Ia lebih dipengaruhi 'cerita' dan bukannya dari pengalaman sendiri, jika dalam ugama, ia dianggap ajaran sesat, jika dalam politik, ia di anggap 'mat arip'..

Kewartawanan di Malaysia tidak dapat lari dari 'envelope' yang disisipkan sebelum atau selepas pemberitaan.

Che Moq™ said...

Duit..Duit..Duit..Sekarang Asyik Cerita Pasal Duit..Sedekah Kat Orang Kurng Upaya Dan Miskin Kan Lagi Bagus..

Anonymous said...

Dah uloq...ambik la.
tak ambik sat gi depa kata sombong pulak.!
ulaq-

Anonymous said...

TOK TIGER,

KITA ADALAH KHALIFAH DI BUMI ALLAH.BIAR APAPUN YANG KITA BUAT,MESTI IKHLAS DAN PENUH INSAF.

BERITA ------WARTAWAN------PEMBACA.
TERIMA KASIH KEPADA WARTAWAN YANG TELAH MENJALANKAN TUGAS PENUH DEDIKASI SEPERTI WARTAWAN DI MEDAN PERANG.ADA YANG TERKORBAN KETIKA BERTUGAS.

WARTAWAN DALAM BILIK AIR-CON TAK BEGITU MENCABAR.

COWENG ANAK PILAH said...

Masalahnya sekarang, yang menghulurnya kurang, tetapi yang minta dihulur pula yang ramai.Bukan sahaja individu, malah melalui persatuan yang ada kaitan dengan media pun minta dihulur.Hilang etika kewartawanan. Camno tu???

Anonymous said...

Tok Limau,

Mustahil wartawan tak terima duit. Siasat le. Kat RTM punya ada. Bukan meja berita je, kat sukan pun banyak yang makan rasuah. Kalau tak, takkan mutu berita RTM macam nyawa ikan sehingga hari ini.

Sebagai Penasihat Media, beri nasihat yang bernas kat Menteri, jangan kaburi mata Shabery. Bagikan beliau sedikit fakta yang tepat. Usahakan la...

Anak Beruang Kuning

Anonymous said...

Masalah dengan pembangkang ni, kalau benda tu tak senada dengan mereka semuanya pun bias la. Mesti semua benda pun nak menyokong mereka kot? Yang Harakah semua tu, lagi lah takda benda lain cerita. Takda pun orang lain nak bising.

rayliew said...

Profesion media perlu dijaga, budaya ENVELOP JOURNALISM hanya akan melumpuhkan pemikiran rakyat kerana maklumat yang disalurkan semuanya telah DIPINDA atas pihak-pihak yang MEMBAYAR WANG LUMAYAN yakni RASUAH... Semua maklumat adalah palsu dan mengelirukan serta tidak dapat dipercayai lagi..akibatnya kerajaan sentiasa berubah dan negara berada dalam keadaan tidak STABIL...

Kita bersyukur kerana perkara ini tidak berlaku di negara kita, terima kasih kepada kepimpinan kerajaan BN..

Anonymous said...

Datuk,

Saya mencelah sikit. Setakat wartawan bawahan, masalah macam ni memang ada. Dtuk mungkin tahu bagaimana menteri kabinet bagi duit raya semasa buka puasa dua bulan dulu. Editor pun terima juga. Mereka beratur ambik duit. Saya lebih takut kepada perosak kewartawanan yang berjawatan tinggi yang ke sana ke mari dengan VVIP, dan menjadikan diri mereka juga VVIP. Selalu masuk paper. Dengan artis, atau dengan menteri. Kadang2 mereka dapat lebih liputan dari Menteri! Maaf cakap Datuk, mereka bukan newsmakers; mereka newswriters! Editors buat rumah terbuka bukan news Datuk! Tapi keluar paper pulak tu! Rosak kita kalau Pak Menteri tak tahu tentang hal ni...

Dulu BH, kini pemerhati aje!

Anonymous said...

Datuk,

Someone told me that nowadays no need envelope already. Just give only-lah!

luxen said...

Datuk, envelope journalism does happen every day. The Malaysian journalists out there are so used to it they don't even realize its wrong.

Below are some examples of envelope journalism:
1. politicians having big buka puasa events for the media. At the end of the event, a few give out duit rayas.

2. Companies giving out expensive door gives to make sure journalist attend events. Some journalist even demand for extra door gifts for their editors. Extra spoils of the bribe for everyone. If the door gift is a measly pen, I have seen some journalist just walk away.

3. Media nites are a favourites of journalists. I have seen some GLC's giving out vehicles even.

I personally feel the problem lays in the recruitment of journalist today. I think there is a large percentage of Malaysian journalists today who never took a class in journalism ethics, or even have a degree in journalism or mass communications. They learn their journalism on the streets or their seniors.

The problem of our low ranking in media freedom most of the time doesn't lay with the journalist, its the editors and their political masters who directs the reporters.

Take for example what happens during election time, politicians give out large amount of cash to reporters who give them coverage. When page space and limited airtime is available, any coverage you get in the media is good. The reporters are already assigned to follow the politician's campaign trail and getting some 'duit makan tengahari' is an inducement to write a more favourable piece.

During the last election, BN's propaganda machine when to work but it was too much to the point it worked against them. I remember The Star highlighting a new women candidate almost everyday but in the end, the incumbent DAP candidate won by the biggest majority in the whole election.

Itulah 'kebebasan' media di Malaysia datuk. Kebebasan untuk mereka yang menguasai media untuk mengatakan mereka bebas.