Tuesday, November 27, 2007

DUNIA MELAYU DUNIA ISLAM (4)

Kerajaan Negeri Melaka melalui Sekretariat Dunia Melayu Dunia Islam (SDMDI) dan Pemerintah Provinsi Riau akan menganjurkan Seminar Dunia Melayu Dunia Islam di Provinsi Riau, Indonesia selama tiga hari bermula 9 Disember 2007.

Tema Seminar DMDI kali ini ialah "Bersama DMDI membangun negeri dan Mempersatukan Umat". Pembentangan kertas kerja akan disampaikan oleh wakil-wakil DMDI dari dalam dan luar negara.

Peserta seminar terdiri daripada gabenor, pegawai pemerintah Indonesia, sektor swasta, pemimpin masyarakat, tokoh adat, tokoh korporat serta peserta dari negara anggota DMDI.

Ucaptama seminar akan disampaikan oleh Presiden DMDI, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang juga Ketua Menteri Melaka.

Antara pembentang kertas kerja dari Melaka ialah Prof Emeritus Dato' Dr Mohd Yusof Hashim dan pemimpin belia, Datuk Idris Haron.

No comments: