Tuesday, November 6, 2007

TIGA SAYAP SEDIA HADAPI PILIHAN RAYA


(Muka-muka baru wartawan di ruang makan Pusat Media PWTC)

Ketiga-tiga sayap UMNO iaitu Pemuda, Wanita dan Puteri bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum akan datang. Ketua ketiga-tiga sayap itu yakin ahli-ahli mereka mampu memberi sumbangan yang terbaik untuk memastikan kemenangan besar Barisan Nasional (BN) kali ini.

PRU ke 12 adalah antara perkara yang disentuh oleh ketiga-tiga sayap UMNO itu. Malah Puteri UMNO juga rela untuk bergerak cergas untuk memastikan BN menawan Kelantan yang kini diperintah oleh pembangkang. Ketua Wanita pula meminta setiap ahlinya berada dalam gear penuh atau full gear bagi memastikan jentera pilihan raya bergerak apabila diminta oleh pucuk pimpinan. Ketua Pemuda UMNO pula mahu setiap ahli memastikan lebih ramai ahli UMNO mendaftar sebagai pengundi demi kelangsungan politik bangsa Melayu. Adalah satu tragis jika orang Melayu tidak mengambil kesempatan untuk menentukan kerajaan pada masa akan datang.

Selain perbahasan di dewan mesyuarat, isu PRU12 turut dibincangkan oleh pemerhati politik dan pemidato kedai kopi. Antara perkara yang dibincangkan ialah tarikh PRU yang dikatakan akan diadakan selepas Perhimpunan Agung UMNO ini. Ada juga yang menyatakan PRU akan diadakan pada Januari tahun depan. Sama-samalah kita tunggu.

No comments: