Sunday, November 25, 2007

PERHIMPUNAN HARAM MENYUSAHKAN RAKYAT


(Kalau tiada perhimpunan haram atau sekatan polis, pasti jalan akan lenggang sebelum dan selepas plaza tol. Tidak payahlah buat perhimpunan haram.)

Malam tadi saya menghadiri perkahwinan Su dan Shan di PWTC. Kami bertolak selepas Maghrib kerana menjangkakan sejam cukup masa untuk sampai ke PWTC. Bagaimanapun, kami tersekat hampir setengah jam selepas Plaza Tol Jalan Duta kerana polis membuat sekatan (roadblock).

Daripada kira-kira lapan barisan menjadi dua barisan. Jarak daripada plaza tol hingga ke sekatan polis ialah kira-kira 100 meter. Tetapi tersangkut setengah jam.

Ketika kesesakan itulah, ramai pemandu yang membunyikan hon kenderaan mereka. Tidak tahulah mereka menyuarakan kemarahan kepada polis atau penganjur perhimpunan haram hari ini. Tetapi yang pasti kami terpaksa menghadapi kesulitan. Berbeza dengan hari-hari lain yang bebas untuk keluar masuk Kuala Lumpur. Tiada sekatan polis, melainkan jika ada rompakan besar atau kes pembunuhan.

Berhentikanlah membuat perhimpunan haram. Amat menyusahkan. Tolonglah faham sedikit.

No comments: