Sekalung tahniah kepada pasukan keselamatan terutama PDRM yang terpaksa bersabung nyawa demi untuk menjaga keselamatan negara sejak beberapa hari lalu. Mereka inilah sebenar seharusnya dipuji dan bukannya "kepala" penganjur perhimpunan haram dan sekutu-sekutunya yang tidak mempedulikan keselamatan orang lain. Apa gunanya diangkat di atas bahu atau disanjung oleh penyokong, jika darah yang mengalir akibat perbuatan kotor mereka itu terus terpaling di badan mereka sepanjang hayat. Itupun jika mereka ada perasaan.
Syukurlah tiada kematian dan tragedi buruk.
Biarpun pelbagai kecaman dan maki hamun, anggota pasukan keselamatan tetap sedia bertugas untuk memastikan Malaysia tetap aman dan harmoni. Dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab itu, tidak hairanlah ada yang tercedera. Apapun yang berlaku, darah pasukan keselamatan yang mengalir itu perlu dijadikan azimat bagi mengukuhkan semangat kita untuk menolak jauh-jauh dan menentang perhimpunan haram demi kepentingan rakyat dan negara.
Penganjur perhimpunan haram ini termasuk pemimpin pembangkang yang berselindung di balik topeng "demokrasi" dan menonton insiden malang itu di rumah besar yang berhawa dingin, perlu ditolak dan ditentang. Mereka inilah perosak keamanan dan kesejahteraan negara. Jika negara menjadi abu, mereka inilah petualang sebenarnya. Menuduh orang rasuah, sedangkan ekor mereka bergelumang tahi. Lihatlah rumah-rumah besar mereka dan kroni-kroni yang menjadi pengampu teragung mereka. Bersuara membela rakyat tetapi sanggup melihat negara ini terbakar menjadi abu. Apa gunanya jadi pemimpin bagi negara yang sudah menjadi abu?
Perhimpunan haram bukanlah satu perkara yang baik walaupun matlamatnya untuk membela rakyat. Percaya dan yakinlah.
Semoga mereka yang tercedera cepat sembuh untuk terus berbakti kepada negara. Jasamu tetap dikenang.
Mereka yang tercedera semalam angkara kedegilan penganjur perhimpunan haram.
1. INSPEKTOR ABDUL HAMID OMAR
2. SUB INSPEKTOR CHEW CHOON PENG
3. SARJAN MEJAR HARJIT SINGH KISHAN SINGH
4. LANS KOPERAL RAZALI REDZUAN
5. Anggota pasukan keselamatan lain.
Monday, November 26, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment