POSTING PERTAMA - 10.20 pagi.
10.15 pagi - Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, memulakan ucapan.
Intipati.
- 13 Mei beri pengajaran penting dalam menjaga perpaduan.
- Kerajaan yang didokong oleh UMNO dan parti lain berjaya memerintah dengan dengan jayanya selama 52 tahun.
- Perlu menghormati agama kaum lain bagi membolehkan orang lain menghormati Islam.
- Islam Hadhari adalah pendekatan untuk memajukan umat Islam.
- Sifat tidak menidakkan agama lain adalah bercanggah dengan Islam.
- Islam menolak keganasan.
POSTING KEDUA - 10.40 pagi
- Malaysia mahu menjadi pusat perdagangan utama kewangan Islam di dunia.
- Malaysia komited untuk menjadi halal hab dunia.
- Usaha memperkenalkan Transformasi GLC telah memberangsangkan prestasi Bursa Malaysia dan memantapkan kedudukan GLC. GLC kini kukuh dan mengamalkan korporat yang lebih baik. GLC perlu hayati aspirasi negara dan bangsa.
- GLC pemangkin pemindahan teknologi asing.
- GLC perlu berperanan aktif dalam memperbesarkan masyarakat perdagangan Bumiputera.
- Perkhidmatan Awam berperanan penting sebagai jambatan dalam hubungan kerajaan dan rakyat. Kini usaha memperbaiki sektor awam berjaya mempercepatkan proses delivery system kepada rakyat.
- Memuji tindakan BPR untuk memastikan sektor perkhidmatan bersih dan telus.
POSTING KETIGA - 10.50 pagi.
- Pembangunan Ekonomi Wilayah untuk memperseimbangkan pembangunan ekonomi di seluruh negara. Nikmat kemewahan perlu melimpah di seluruh negara.
- Wilayah Pembangunan Ekonomi untuk meningkatkan kedudukan sosioekonomi rakyat dan membasmi kemiskinan.
- Punca kekayaan baru akan dijanakan daripada pembangunan wilayah.
- WPI tidak akan mengugat masa depan bangsa Melayu.
- Anak Melayu perlu tidak gentar bersaing di persada dunia.
- Pembangunan wilayah bertujuan untuk membangunkan semua rakyat Malaysia, bukan hanya bangsa Melayu. Pembangunan wilayah adalah cara baru membantu rakyat yang masih miskin di kawasan luar bandar.
POSTING KEEMPAT - 11 pagi.
- Pembangunan Modal Insan bertujuan mewujudkan generasi intelek untuk membawa negara berhijrah ke tahap yang lebih tinggi.
- Sekolah kebangsaan akan diperkasakan sebagai sekolah pilihan utama. Prasana di sekolah kebangsaan akan dipertingkatkan dan perlu dijadikan sekolah contoh.
- Pelan strategik pengajian tinggi akan memperlengkapkan usaha pembangunan negara.
- Industri kecil dan sederhana berperanan penting untuk menjana pembangunan ekonomi negara.
- Sekolah agama rakyat perlu melakukan anjakan untuk memastikan mutu pendidikannya.
POSTING KELIMA - 11.15 pagi.
- Melayu akan dipertingkatkan untuk mengharungi 50 tahun akan datang.
- Program angkasawan telah melonjakkan martabat Melayu.
- Wakil Rakyat meletakkan prioriti kepada agenda membasmi kemiskinan dan akan dijadikan KPI prestasi mereka.
- Kenaikan kadar jenayah akan memburukkan imej negara.
- Jangan meragui usaha polis dan memberikan sokongan penuh kepada pasukan itu.
- Seluruh warganegara ini perlu komited untuk membanteras jenayah bersama dengan pasukan berkuasa.
- Aktifkan Rukun Tetangga untuk menghadapi krisis jenayah yang tinggi. Pemimpin dan ahli UMNO perlu memainkan peranan penting untuk mengurangkan kadar jenayah.
- Hubungan harmoni pelbagai kaum bukan satu option tetapi satu kemestian.
- Jangan dendangkan lirik berasaskan kaum.
- Konsep kesederhanaan boleh menangkis sifat melampau.
- Cara rakyat berbahas dan buat tuntutan perlulah bersemangat dan suasana kepentingan negara. Semangat Barisan Nasional untuk kepentingan negara perlu diamal dan diteruskan kerana inilah kekuatan yang terjalin selama ini.
POSTING KEENAM - 11.30 pagi
- UMNO tidak sama sekali tidak melanggar semangat kemerdekaan yang sama-sama dipegang selama ini.
- Kaum lain perlu memahami sensitiviti bangsa Melayu dan tidak perlu diungkit.
- Perkara yang termaktub dalam Perlembagaan tidak boleh dirundingkan lagi.
- UMNO bukan mahkluk dua alam.
- Forum tertutup adalah usaha menangani isu sensitif seperti perkauman dan agama.
- Jangan terpengaruh dengan tindakan pembangkang dan kumpulan yang cuba meracuni pemikiran parti komponen BN. Golongan ini mahu melihat pertelingkahan dan melemahkan ikatan perpaduan.
- Meminta rakyat negara ini belajar daripada sejarah kejatuhan Melaka dan perlu meneruskan kejayaan pemimpin sebelum ini menguruskan kerajaan sekarang dengan baik sejak merdeka. Kecemerlangan itu perlu diteruskan selama-lamanya.
- Kerajaan sentiasa mengimbangkan kawalan dan keterbukaan media dan media juga perlu bertanggungjawab serta mampu berkembang secara telus.
- Mempersiapkan barisan pelapis yang berwibawa, berilmu, berbudaya tinggi dan bermoral mulia dalam menentukan nasib negara pada 2057 dan tahun selepasnya.
- Kerajaan kini berusaha membina sebuah negara yang beradaban unggul dan maju untuk melangkaui tahap seterusnya. Marilah membawa negara yang memakmurkan setiap warganegara tanpa mengira agama dan bangsa.
- Kita adalah satu barisan dan kejayaannya perlu diterokai bersama.
- Masa depan perlu dijayakan bersama dengan semangat nasionalisme.
POSTING KETUJUH - 11.36 pagi.
- Paklah tamat menyampaikan ucapan dasar pada jam 11.35 pagi.
Wednesday, November 7, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Pukul brapa dia nak pencen dan berhijrah ke Australia?
Post a Comment