Friday, November 2, 2007
HANG NADIM MODEN 16
Banyak artikel ditulis mengenai peneraju Kleemann Asia Pacific Sdn Bhd, Saudara Azad Jasmi dan Saudara Khairul Anuar Abdul Rahman. Namun, ada juga pihak yang menelefon saya meminta menerangkan apakah barangan Kleemann itu dan apakah kaitannya dengan mercedes benz, kereta idaman ramai.
Dari segi analogi mudah ialah ibarat kita membeli sebuah kondominium dan kemudiannya ingin mencantikkannya. Oleh itu, kita akan memanggil interior designer atau perunding lain untuk memikirkan ID terbaik untuk kondominium kita termasuklah jenis wall paper, tiles, lampu, kipas, penghawa dingin dan pelbagai lagi barangan lain.
Begitu juga dalam kereta seperti mercedes benz di mana Kleemann akan membantu pelanggan dalam "memperhebatkan" kereta mewah mereka dalam tiga kategori utama iaitu performance, bahagian dalam dan luaran. Kleemann yang hanya membuat penalaan kereta mercedes benz akan memberi nasihat kepada pemilik mercedes atau mengikut keinginan mereka dalam memperhebatkan kelajuan, kecantikan bahagian dalaman dan luaran seperti penggunaan rim yang sesuai dan terbaik.
Oleh itu, lawatlah segera ke Kleemann Boutique Haus di Jalan Hulu Kelang, Ampang (berdekatan Hotel Flamingo). Ketika ini, pakar dari Kleemann Denmark, The Flying Doctor, sedang melatih tenaga kerja tempatan di butik berkenaan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment