Ini kisah benar. Satu keadaan menguji hubungan dua insan. Suami dan isteri.
"Tidak pernah terfikir aku akan jadi begini. Aku kini keseorangan di sebuah rumah di tepi pantai. Hanya ditemani oleh tiupan bayu dan bunyi ombak. Pembantu rumah hanya membantu menolak kerusi roda ku."
sekian, buat seketika dulu. akan disambung selepas makan tengahari.
sambungan...(minta maaf sibuk sikit tadi) posting kedua (6.12 ptg)
"Pagi, pembantu rumah akan membuat sarapan untukku. Begitu juga tengahari dan makan malam. Layanannya bagus, sebaik wang gaji yang ku berikan. Beliau setia menurut perintah. Tiada karenah. Kerjanya begitu teratur dan ikhlas. Tetapi aku tetap keseorangan. Pilu dan memendam rasa.
"Aku memerlukan seorang isteri. Berada disisiku. Seperti dulu-dulu. Ketika aku sihat dan bergerak pantas. Isteri untuk melayan perasaanku. Isteri untuk membelaiku. Isteri untuk menjaga segala kemahuanku. Aku sakit, tetapi bukan satu beban. Makan dan minum tidak perlu disuap. Mampu membuat keperluan harian sendirian. Hanya perlu dipapah ke kamar air. Itu saja. Aku perlukan seorang isteri. Amat perlu. Fahamilah.
"Isteriku masih hidup, tetapi dia tiada di sisiku. Isteriku masih cergas, tetapi dia tidak mahu tinggal bersamaku. Dibiarkan aku keseorangan. Dibiarkan aku menelan dan memendam perasaaan. Hanya hujung minggu saja dia datang melawat. Ibarat doktor yang melawat pesakit. Sekali-sekala. Hanya hujung minggu. Sibuk dengan tugas walaupun sudah berusia. Kemana tujuan dia? Entahlah, tanya dia.
"Apakah aku sakit? Ya, aku memang sakit. Tidak lancar bercakap. Tetapi ingatanku kuat. Apakah aku pesakit? Tidak, aku bukan pesakit. Aku tidak perlu dilawati. Tetapi aku memerlukan seorang isteri. Sentiasa disisi.
"Tidak pernah terfikir aku akan menjadi begini. Wang setinggi gunung sudah tidak berguna lagi. Mungkin isteriku hanya memikirkan kerjanya. Dia masih dihormati. Masih cergas dan bergerak pantas. Aku dilihat sebagai pesakit. Masih hidup, tetapi menunggu mati. Tidak perlu didekati, hanya perlu dilawati.
"Mengapakah isteriku jadi begini? Satu persoalan yang aku tidak boleh jawab. Mengapakah isteriku tidak melayaniku sebagai seorang suami. Yang peru dikasihani. Yang perlu didekati. Yang memerlukan teman ketika rawan. Yang memerlukan teman untuk bergelak ketawa. Mengapa? Mengapa? Mengapa aku jadi begini? Apakah orang lain juga menderita sepertiku? Apakah orang lain mempunyai isteri, tetapi tiada disisi? Adakah aku masih ada isteri?
(RR : Syukur kepada Allah SWT kerana saya mempunyai isteri disisi. Minta dijauhkan kejadian sebegini. Tidak mati, tetapi tiada disisi.)
Thursday, November 22, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
a short but a sad entry ... please continue ...
Menarik juga untuk diberitahu latar belakang kejadian. mengapa isteri tidak mempeduli suami? bagaimana suami ditimpa sakit? bagaimana isteri dilayani sewaktu suami sihat?
p/s siapa kata hanya isteri saja yang menjadi mangsa dera suami...ramai juga suami yang didera isteri.
Sdr si kunang-kunang,
Saya tiada maklumat mengenai layanan suami.
Namun, hakikatnya isteri mesti sentiasa berada di sisi suami. Hidup kita pula bukannya lama dan tidak boleh menongkat langit selama-lamanya. Sampai masa pergi jua.
Arwah bapa saya sentiasa menjaga emak walaupun emak sakit angin ahmar sejak saya berusia 12 tahun. Emak masih hidup kerana sokongan bapa dan keluarga. Semangat emak kuat dan tidak pernah luntur untuk terus hidup.
Suami yang mendera isteri adalah individu yang tidak berilmu dan beriman. Sebagai manusia, saya tentulah tidak sempurna tetapi saya mengajar diri agar tidak mengangkat tangan atau memukul isteri sejak menikahinya.
Sebenarnya, suami yang memulakan tabiat mengangkat tangan terhadap isteri akan terus berbuat demikian demi untuk menunjukkan kuasa mereka. Kuasa sebenarnya terletak kepada kebolehan kita menggunakan kata-kata untuk melembutkan hati isteri.
Sekian, khutbah Jumaat untuk hari ini.
Post a Comment