Banyak artikel dalam blog ketika ini menulis mengenai "kemunculan" golongan India Muslim dalam kerajaan dan parti pemerintah. Menurut artikel dalam beberapa blog itu, masyarakat India Muslim ini kini berada di semua peringkat pemerintahan kerajaan dan parti politik. Ada yang menjadi menteri, setiausaha politik dan peneraju GLC.
Malah ada penulis blog itu mempersoalkan tindakan India Muslim ini mengambil pelbagai peluang termasuk yang dikhaskan untuk orang Melayu. Mereka yang mempunyai nama Begum, Beevi dan Koya kini lebih selesa di panggil Melayu. Itu pandangan penulis blog dan penulis surat pembaca.
Namun, apa yang perlu dinyatakan ialah seseorang itu Melayu jika salah seorang daripada ibu bapa mereka Melayu. Oleh itu, tidak menjadi hal jika bapa mereka India Muslim atau India sekalipun tetapi ibu mereka Melayu, individu berkenaan adalah Melayu dan boleh mengaku Melayu. Mereka boleh menyertai UMNO dan menjadi pemimpin UMNO.
Kita lupakan perkara itu. Marilah kita mengetahui sedikit sebanyak makanan tradisi masyarakat India Muslim. Kuih suji semia, keseri dan halwa maskat adalah antara hidangan tradisi mereka yang sering menjadi pembuka selera sewaktu berbuka selain dihidangkan ketika majlis perkahwinan.
Kuih tradisional Melayu seperti serabai dan pengat ubi kayu juga dikatakan menjadi makanan yang digemari oleh masyarakat India Muslim. Serabai dihasilkan menggunakan adunan tepung beras dan santan manakala kuahnya menggunakan tepung beras dan gula.
Pada zaman kanak-kanak dulu, saya pernah makan serabai yang dihidangkan jika ada kematian di Masjid Tanah, Melaka. Saya masih ingat makan serabai ketika kematian ayah busu Siti iaitu Allahyarham Sibun. Busu Siti juga telah meninggalkan kita. Semoga roh mereka ditempatkan bersama orang-orang Soleh.
Tetapi ada juga yang "tidak beradab" apabila bersembang kuat dan ketawa berdekah-dekah ketika menikmati serabai sedangkan jenazah masih berada di atas rumah. Golongan ini tidak memikirkan apa yang dilalui oleh keluarga si mati. Mereka ini sebenarnya tidak pernah mendapat pendidikan "moral dan adab".
Friday, November 23, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment