Ini kisah benar. Semoga menjadi pengalaman hidup kita.
"Selama ini aku sering mempertahankan ayahku. Tohmahan dan tuduhan orang lain aku sangkal. Malah aku mula bermusuh dengan mereka yang menghina ayahku. Aku tidak rela orang mengata ayahku seorang gay. Simpang malaikat 44. Aku akan terus membela ayahku, selagi hayat dikandung badan. Ayahku akan tetap menjadi pujaanku.
"Ayahku seorang yang baik dan pandai memasak. Kami berdua amat gemar dengan masakannya. Ibuku sudah lama berpisah dengan ayah. Tetapi mereka berkawan baik. Malah ayahku tetap menyayangi bekas isterinya. Sebagai tanda kasih, ayahku membelikan kondominium berdekatan dengan kondo kami untuk ibuku. Kami saling kunjung mengunjungi. Kasih sayang tetap terpahat. Bercerai tetapi berkawan.
"Bagiku, penceraian ayah dan ibu adalah satu takdir. Satu suratan. Siapa yang mahu bercerai. Malah penceraian itu adalah satu yang dihalalkan dalam Islam tetapi dibenci oleh tuhan. Pelbagai perkara boleh berlaku jika seseorang itu bercerai. Nasib anak-anak. Nama baik keluarga dan seribu macam lagi.
sambung selepas minum pagi...tidak tahu bila.
posting kedua - 2.55 petang.
"Aku tinggal bersama ayahku. Tetapi adikku tinggal bersama kawannya. Beliau sedih selepas penceraian ayah ibu kami. Tetapi dia sering balik untuk makan bersama keluarga. Adikku seorang yang suka berdikari Beliau tidak suka bergantung kepada orang lain. Beliau mahu membuktikan bahawa beliau mampu hidup bersendirian.
"Pada satu hari, beliau bertanya kepadaku sama ada ayah itu seorang lelaku tulen atau gay. Aku tersentak. Lantas aku menafikan perkara itu. Aku terangkan kepadanya bahawa ayah kami tidak seperti yang dituduh oleh orang lain. Mungkin orang lain dengki dengan kejayaan ayah dan keluarga kami. Adikku terdiam dan sejak itu beliau tidak menimbulkan perkara itu. Tetapi aku tahu hatinya sentiasa tidak tenteram berikutan tohmahan dan tuduhan orang lain. Yang mengguriskan hatinya ialah apabila ada beberapa kawan rapatnya dikatakan turut memperkatakan mengenai perkara itu.
"Namunnya semua berubah satu hari. Aku ternampak ayah berpelukan dengan seorang lelaki. Pautan ayah dan lelaki itu bukan seperti kawan biasa tetapi lebih daripada itu. Aku malu untuk menceritakannya. Sahlah apa yang diperkatakan oleh orang. Aku tidak boleh menyangkal lagi. Aku terus menjerit di khalayak ramai meminta ayahku memberhentikan tingkah lakunya. Sungguh mengaibkan. Aku malu."
"Tetapi ayah tetap ayahku."
Thursday, November 29, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
kisah benar saper ni boss?
sedihnya ...
Sdr Ryann,
Sekadar untuk berkongsi pengetahuan dan maklumat.
Sdr Anon,
Ya..amat sedih. Ini tidak mustahil berlaku pada keluarga kita.
Astaghfirullah...sesungguh kisah nabi Lut juga masih terjadi dalam kehidupan kita!Bimbang Alah kaleh Tanah Semenanjun kita pulak!Inilaha gejala yang bakal merosakkan institusi keluarga.Sebenarnya saya sedang mengambil minor Pendidikan Moral ya tuan hamba..jadi kalau keluar soalan nanti alhamdulillah cerita ini kan terpahat di hati hamba tuan!bersabar lah ini adalah salah satu dugaanNya jua!
kalau belum lihat perkara sebenarnya langsung mengutuk namanya bodoh. gay juga disebabkan faktor kromosom sejak lahir, sejak dalam kandungan sudah gay.
sebenarnya kegiatan gay ini sedang menular dgn begitu pesat sekali dlm masyarakat kita..terutama masyarakat Melayu.
jangan terlalu menuding jari pada kaum gay..saudara tidak mengerti apa yang mereka rasa sbnrnya..mreka pun tidak memeinta itu trjadi..ia spti khidupan jua..ada gay gembira menerima naluri tersebut, dan ada gay berduka menangisi apa yang melanda diri mereka..puas puas menepis dan mempertahankan iman dri, tapi akhirnya mangalah jua..fahami lah kaum gay, tengok orgnya..bukn semua gay itu negatif..bersama2 lah kita merenungi hal ini....
Hehehehee ...fitnah semata-mata. Buat marah tukang masak tu ajer.
Bapak borek xlama lg anak rintik la tu...dia menjeritsb jeles yg dipeluk tu ialah ex boyfren die...gulpp!! Terlepas cakap pulak...hehe
Ini lagi bodoh..takde sorang pun bayi di lahirkan gay...pandai2 je cakap faktor kromosom...mana dapat statement ni...gay disebabkan pengaruh sekeliling..dan gy adalah disebabkan kecelaruan identiti sex ataupun sakit jiwa..kalau awak tak tau dan xde ilmu..jangan cuba2 bagi statement yg salah...Allah jadikan lelaki dengan perempuan utk berpasang2..bukan LGBT..hanya org tak waras juga cari lubang najis...ingat tu...
Post a Comment