Sunday, November 4, 2007

ISU KJ DISEBUT DALAM HIMPUNAN UMNO

Selain isu semasa membabitkan orang Melayu, perwakilan, pemerhati politik dan ahli UMNO pasti akan membincangkan dua KJ dalam perbualan mereka bersama kawan-kawan di Riverside atau Starbuck Coffee di The Mall. Topik mengenai KJ sudah pasti menjadi agenda sampingan Perhimpunan Agung UMNO yang bermula esok. Dua KJ yang dimaksudkan ialah Khairy Jamaluddin dan Kampung Rimba Jaya.

Perbualan mengenai Khairy sudah tentu berbeza dari segi isi kandungannya kerana jika dulu KJ mungkin masih "asing" dengan Pemuda UMNO termasuk insiden "menyorak" beliau dalam perhimpunan berkenaan. Bagaimanapun, kali ini mereka sudah pasti melihat KJ yang sudah jauh berbeza peranannya terutama dalam membantu Ketua Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein Onn. Apakah Pemuda UMNO melihat KJ telah berjaya menjalankan tugasnya dan kini bersedia untuk mengambil alih peranan itu jika DS Hisham bercadang untuk melangkah ke tangga yang lebih tinggi? Ini pasti menjadi bahan perbualan antara ahli UMNO terutama Pemuda.

Bagaimana pula dengan peranan KJ yang ada sesetengah pihak menyatakan amat "berkuasa" sehingga boleh mempengaruhi bapa mentuanya? Apakah perkara ini turut dijadikan bahan perbualan "pemidato kedai kopi" ataupun ia tidak lagi menjadi topik panas setelah Paklah sendiri pernah membetulkan tanggapan salah berkenaan. Malah rakan baik KJ dari Terengganu dalam berita Malaysiakini pernah menyatakan bahawa KJ adalah manusia biasa yang menjalankan kehidupan seperti biasa. Tidak berkuasa sepertimana yang dianggap oleh sesetengah pihak terutama golongan yang tidak senang dengan kemunculan mendadak anak muda ini. Sama-samalah kita tunggu.

KJ kedua iaitu Kampung Rimba Jaya yang ada kaitan dengan tindakan MBSA merobohkan rumah 12 keluarga selepas seminggu merayakan Aidilfitri. Malah ada pihak yang menyifatkan tindakan MBSA itu kejam dan melabelkan Menteri Besarnya lebih kejam daripada Yahudi dalam blog-blog persendirian yang dimuatkan oleh Malaysiakini. Menjadi tanggungjawab Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo menjawab segala tuduhan dan tohmahan itu selaras dengan hasrat Selangor untuk menjadikan setinggan sifar. Jawapan yang diberikan termasuklah tempoh masa untuk berpindah yang diberikan oleh MBSA agar dakwaan seolah-olah "kerja meroboh" itu dibuat tergesa-gesa tanpa memberikan masa mencukupi kepada penduduk kampung. Lebih membimbangkan tuduhan bahawa kerja meroboh itu ada kaitan atau komplot antara kerajaan negeri dan pemaju atau tuan tanah di KRJ. Sama-samalah kita tunggu.

1 comment:

Anonymous said...

nothing good will come up from these umno discussions. they are just too oblivious or too stu**d to acknowledge right from wrong