Friday, November 2, 2007

ZULL DESIGN PEMANGKIN KECEMERLANGAN

Sebut Zulkifli Haron, mungkin ramai yang tidak mengenalinya. Bagaimanapun, jika dikaitkan dengan Zull Design Autotronik, pasti rakyat negara ini mengenali pereka cipta terkenal tempatan. Beliau sudah menghasilkan 1,000 inovasi sejak berkecimpung dalam bidang rekacipta elektronik dan robotik, 20 tahun lalu.

Ideanya sungguh unik dan praktikal. Ia mampu dimiliki termasuk pengusaha kecil seperti alat memetik dan mengangkut kelapa sawit. Ciptaannya banyak disiarkan di media tempatan terutama akhbar Utusan Malaysia.

Terbaru ialah inisiatifnya membangunkan satu inovasi berupa sistem penternakan akuakultur moden berteknologi tinggi. Projek bersama Jabatan Perikanan Terengganu bukan saja merealisasikan impiannya untuk mencipta satu lagi inovasi tetapi bermatlamat untuk membasmi kemiskinan golongan nelayan. Idea untuk membangunkan konsep menternak ikan laut dalam sangkar berikutan permintaan ikan laut yang tinggi berbanding menternak ikan air tawar.

Sebelum ini, ikan siakap biasanya dipelihara di tepi laut atau muara sungai menggunakan sangkar dan kaedah ini kebiasaannya boleh menghadapi masalah kematian ternakan sehingga 50 peratus. Bagaimanapun, dengan penggunaan peralatan dinamakan Oceatronic yang menggunakan bahan-bahan ringkas dan mudah didapati, masalah yang menyebabkan ikan tidak sihat boleh diatasi.

Laporan bertajuk "Oceantronic bermatlamat basmi kemiskinan nelayan" disiarkan dalam sisipan Mega hari ini,terbitan akhbar Utusan Malaysia.

Selamat membaca dan mencuba ciptaan Zull.

(Renungan Rimau : Jika Zull berada di negara maju seperti Amerika Syarikat atau Jepun, beliau sudah pasti menjadi jutawan atau antara orang terkaya di dunia. Generasi muda perlu mendekati Zull untuk mendapatkan pelbagai ilmu dan inovasi terbaru dalam matlamat menjadi usahawan berjaya. Orang muda banyak tenaga. Jika gagal sekali, segera bangun dan buat lagi. Ibarat peribahasa Melayu, MENJEMUR SEMENTARA HARI PANAS yang membawa maksud hendaklah berusaha sekuat-kuatnya pada ketika badan masih kuat atau ketika kesempatan masih ada).

5 comments:

Anonymous said...

Hi saudara, saya baru melihat teknik ini di Majalah 3 pada hari Sabtu 15 Dec yang lalu. Ingin bertanya, bagaimana agaknya ingin menghubungi Encik Zul kita? any idea?

Terima Kasih
Shida

ibrahim yahaya said...

Sdr Shida,

Saya tiada nombor En Zul.

Mungkin Sdr boleh menghubungi TV3 03-77266333 dan bercakap dengan Pengurus Besar Penerbitan TV3, Sdr AK Zabaai (AKZ).

Anonymous said...

Ini no phone pejabat En. Zul
03 - 6092 1928

Asif said...

Saya salah seorang pengguna Otronic zull.. Sistemnyer mmg berkesan & mendatangkan hasil yg lumayan krn beliau mempunyai 3 plan: Plan A,B, dan C,.. Ketiga-tiga ini sgt baik.. Lebih2 lg Plan c yg dinamakan plan transit..
Boleh mencecah sehingga RM5oo sehari nett.. Walaubagaimanapun, jgn mudah terpengaruh krn utk memiliki angka tersebut, penternak perlu bersungguh-sungguh menjiwai bersabar & sanggup mengharungi tekanan... Dan jangan menyalahkan sesiapa sebelum menyalahkan diri sendiri... Insyaallah.. Bila hati ikhlas semua yang kita buat akn dapat berkat dan rahmat itu sabda Rasulullah... AMIN..

Trima Kasih,
ASIF...

musfa said...

teringin melawat syarikat en zull . .