Wednesday, November 14, 2007

TAHNIAH..DR MOHD KHIR TOYO

Tiada yang lebih baik daripada memperkenalkan sesuatu idea yang boleh membantu meningkatkan pencapaian bangsa Melayu. Tiada yang lebih cemerlang lagi daripada mempertahankan idea baru itu walaupun dikritik dan dikutuk oleh pelbagai pihak baik pemimpin kesatuan sekerja, pemimpin politik atau orang ramai.

Memperkenalkan anugerah penyapu untuk PBT yang gagal menjalankan tanggungjawab mereka mungkin dilihat sebagai idea pelik dan biasa. Tetapi impaknya sudah tentu besar dalam menyedarkan orang Melayu pentingnya menjadi cemerlang kerana PBT diterajui oleh orang Melayu. Kelemahan PBT itu menunjukkan kegagalan orang Melayu. Pengerusi PBT memikul tanggungjawab besar dalam menjaga nama baik orang Melayu dengan sentiasa memperbaiki diri seperti yang dikehendaki oleh Perdana Menteri.

Oleh itu, idea Kerajaan Selangor yang diterajui oleh Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo untuk memberi penyapu itu sepatutnya diperluaskan ke seluruh negara. Mungkin ramai yang tidak bersetuju dengan saya kerana menganggap penyapu itu sial atau sesuatu yang memalukan. Namun, apa yang lebih memalukan jika nama baik bangsa Melayu sering dikaitkan dengan pemalas dan tidak bekerja kuat ternyata benar berikutan kelemahan PBT berkenaan.

Yang lebih membanggakan Dr Mohd Khir sanggup mempertahankan idea itu walaupun beliau tahu akan menerima tentangan daripada pelbagai pihak termasuk orang Melayu. Dr Mohd Khir, bersiap sedialah menerima kritikan dan sokongan.

1 comment:

Anonymous said...

Eloklah diadakan juga pemerhatian rakyat. Rakyat boleh buat undi un tuk menentuykan kementerian terburuk dan dihadiahkan penyapu kepada menterinya. Bagi kategori individu pula dicadangkan hadiah bantai kepada menteri-menteri yang kaki tidur.