Monday, November 12, 2007
JALAN-JALAN CARI HOSPITAL?
(Masjid Kampung Baru yang terletak berhampiran rumah penduduk)
Ketika "pekena" nasi beriyani ayam madu di Restoran Mahbub, Lucky Garden, Kuala Lumpur, kami berbual mengenai bentuk rumah, kedudukannya dan bangunan berhampiran. Dari segi bentuk, kita boleh memilih rumah teres, rumah berkembar, banglo atau kondominium. Kedudukannya, tepuk dada tanya selera. Bagaimana pula dengan bangunan berhampirannya? Bagi masyarakat Islam, ada yang suka rumah berhampiran surau atau masjid. Mudah untuk berjemaah sembahyang waktu. Ada juga yang suka rumah berhampiran dengan pusat beli-belah seperti One Utama atau The Curve.
Bagaimana pula dengan rumah berhampiran hospital? Saya pernah duduk kondominium berhampiran UMMC. Tiada apa keistimewaan kecuali untuk melawat bapa rakan yang dimasukkan ke UMMC. Dekat dan boleh berjalan kaki ke UMMC. Sepanjang tujuh tahun tinggal di UTower, saya tidak "dimasukkan" wad di situ sebaliknya di PMC, yang menjadi panel syarikat. Rakan saya tidak mahu rumahnya berdekatan dengan hospital. Alasannya ialah mengingatkan beliau dengan sakit atau mati.
Seorang teman yang pejabatnya di Bangsar kini boleh melihat sebuah kondominium yang dibina bersebelahan dengan Hospital Pantai. Kondominium mewah. Apakah ia menjadi pilihan? Sudah tentu. Mungkin sesuai untuk orang yang selalu sakit atau perlu mendapat rawatan sepanjang masa. Kalau sakit, boleh terus berjalan ke hospital.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment