Wednesday, November 21, 2007

JANGAN JOLOK SARANG TEBUAN (2)

Semacam tiada kesudahan bagi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang, Datuk Zakaria Md Deros atau dikenali sebagai Abang Zek. Setelah pembinaan banglonya diperkatakan orang, kini DAP mempersoalkan tanah bersebelahan rumahnya.

Apakah ini satu usaha berterusan menyerang pemimpin UMNO Selangor ini secara bertubi-tubi untuk melemahkannya? Apakah ini bertujuan memaparkan Abang Zek seorang yang "tidak baik" dan perlu ditolak oleh penduduk Klang? Kedua-dua persoalan ini boleh dijawab oleh parti itu yang seolah-olah ada "jadual serangan" untuk menjatuhkan Abang Zek. Bertenang dan bertahan dulu Abang Zek.

Apapun, kehadiran lebih 60,000 orang daripada pelbagai bangsa dan keturunan ke rumah terbuka Aidilfitri beliau baru-baru ini membuktikan Abang Zek seorang yang popular di kalangan pengundi di kawasannya. Malah akhbar-akhbar Cina memberikan centrespread kepada berita kehadiran tetamu di rumah Abang Zek. Malah mereka membuat kenyataan bahawa jika begini sokongan rakyat terhadap Abang Zek, maka tiada orang yang perlu mempertikaikan kelayakan Abang Zek untuk terus memimpin penduduk di situ. Amacam?


Malaysiakini melaporkan pemimpin DAP Selangor, Teng Chang Khim mempersoalkan tanah kerajaan seluas 14,000 kaki persegi yang didakwanya diluluskan kepada Datuk Zakaria.

Beliau mendakwa Zakaria melalui isterinya Datin Zizah Ngah telah memohon tanah kerajaan itu yang terletak bersebelahan kediamannya di Kampung Idaman, Pandamaran, Klang dekat sini, untuk menukar statusnya kepada Lesen Penempatan Sementara, demikian menurut Bernama.

"Permohonan Zakaria ke atas tanah milik kerajaan tersebut telah mendapat kelulusan pejabat tanah dan tidak mendapat bantahan daripada Majlis Perbandaran Klang (MPK).

"Pohon Menteri Besar ambil tindakan terhadap wakil rakyat itu dan pihak yang meluluskan permohonan itu," kata Teng (DAP-Sungai Pinang) semasa membahaskan Bajet 2008 Selangor yang dibentangkan oleh Menteri Besar Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo pada persidangan Dewan Undangan Negeri di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor semalam.

Ketika ditemui pemberita kemudiannya, Zakaria yang sebelum ini pernah menimbulkan kontroversi selepas media mendedahkan beliau membina rumah mewah tiga tingkat bernilai kira-kira RM3 juta tanpa kelulusan MPK, bagaimanapun enggan mengulas dan menyerahkan kepada Menteri Besar untuk menjawab dakwaan Teng.

(Renungan Rimau : Pelbagai kritikan dan tuduhan dilemparkan kepada Abang Zek tetapi beliau tenang dan berjaya mengharunginya. Itu pandangan dari jauh kerana saya tidak pernah mengenali beliau. Saya hanya tahu beliau seorang ahli perniagaan yang berjaya sebelum menjadi Adun. Oleh itu, tindakan sesetengah pihak mempersoalkan "bagaimana seorang pegawai rendah boleh membina rumah besar" mempunyai unsur-unsur berat sebelah. Apakah Abang Zek yang bermula sebagai pegawai rendah tetapi seterusnya menjalankan perniagaan sehingga berjaya dalam hidupnya termasuk mampu membina rumah besar, perlu dipersoalkan jika segalanya halal dan mengikut undang-undang. Oleh kerana beliau seorang Adun dan boleh membina rumah besar, maka beliau tidak baik? Apakah kaum lain yang mungkin bekerja sebagai penternak atau penanam sayur dan kemudiannya menjadi kaya raya serta mampu membina rumah besar, tiada pula pihak yang membuat bising. Menjalankan perniagaan apatah lagi makanan mampu memberi pulangan lumayan. Tidak percaya cubalah. Jangan membuat "serkap jarang" saja tetapi tidak mempunyai bukti kukuh. Kalau beliau tidak bayar cukai sebut saja tidak bayar cukai dan jangan pula mempersoalkan kemampuan orang untuk membina rumah besar. Inilah parti politik perkauman yang suka menyerang untuk menakut-nakutkan orang lain terutama bangsa Melayu. Baru-baru ini mereka menganggu Ketua UMNO Bahagian Cheras. Jangan ingat saya tidak tahu apa niat anda. Sudah lama saya memerhatikan gerak-geri anda. Apa lagi cybertroppers DAP, jawablah.)

3 comments:

Unknown said...

CRAP POSTING ...ANOTHER BN MONKEY !

ibrahim yahaya said...

dap cybertropper,

please dont hide behide a malay pseudonim. i know your ip.

BrightEyes said...

Saya berasal dari Klang, kini tinggal di Penang. Biar saya menghuraikan pengalaman sebagai warga bandar itu. Orang macam Dato Z ini telah menyalahguna pangkatnya bagi menyagak entah berapa ribu2 wang ringgit serta untuk mendapat tanah.

Berjuta-juta ringgit telah dibelanja bagi projek yang membazir; macam medan selera atas bangkai Jambatan Kota lama, tembok tepi Sg. Klang yang akhirnya terbengkalai, perhiasan tepi jalan yang ditukar setiap tahun, etc.

Sementara itu, jalan raya semakin sesak teruk kerana pembangunan tidak dirancang sempurna, dan kadar jenayah meroket tinggi. Saudara tahu bahawa Klang adalah antara bandar terbahaya di M'sia?

Mengkritik Dato Z atas penyelewengannya bukan bermain api perkauman, bangsa/agama tak berkaitan dengan ini. Mereka yang sebenar mengungkit sentimen bangsa ialah orang konco Dato Z yang nak sembunyi sesuatu.