Thursday, November 22, 2007
NORZA TEMU EMAK SAUDARA
Ketari, Bentong, Pahang. Tahun 1944. Kerana isterinya ditimpa penyakit selepas melahirkan, Ho Wah menyerahkan bayi perempuan itu kepada seorang bidan Melayu, Bah bt Itam. Harga yg dibayar oleh Bah, RM2. Bayi itu adalah ibu saya, Norlia bt Abdullah. Kini pada usia 63, dia dipertemukan kembali dengan kakaknya, Ho Ah Yook, 75.
Pertemuan bersejarah diadakan di rumah kenalan Ah Yook di Ketari jam 10.00 pagi, 17 Nov 2007. Tiada air mata dititiskan, hanya senyuman gembira dan rasa puas hati dapat berdakapan setelah sekian lama terpisah oleh jarak dan waktu.
Semuanya bermula kerana Ah Yook cuba menjejaki ibu melalui rakan2nya (Kam Moi & Ah Mooi) yg masih tinggal di Ketari. Meskipun Ah Yook tidak fasih berbahasa Malaysia, perbualan kami (yg dialih bahasa oleh Ah Mooi) sungguh mesra dan menghiburkan.
Kata Ah Yook, wajah ibu saya mirip mendiang ayah mereka, Ho Wah (yg telah meninggal dunia di Ampang, rumah anak sulongnya, Ho Yin Fatt, 80). Banyak kisah keluarga ibu yang masih diingati oleh Ah Yook kerana usianya 12 tahun ketika ibu dilahirkan.
Waktu itu memang sukar kerana askar2 Jepun membunuh ramai orang2 Cina. Ibu juga mempunyai seorang lagi kakak yg telah diserahkan kepada sebuah keluarga Cina (kini tidak tahu di mana dia berada). Apa yg menarik, adik-beradik ibu 4 org, hanya seorang lelaki. Anak2 ibu 5 org, hanya seorang saja lelaki. Anak2 Ah Yook 6 org, hanya seorang lelaki. Dan anak saya 4 org, juga hanya seorang lelaki! Sungguh sayu melihat dua org wanita berpegangan tangan setelah sekian lama tidak bersua. Sungguh tersentuh melihat dua org wanita berlainan agama berdakapan kerana mereka lahir dari ayah dan ibu yg sama!
Setiap gerak geri ibu dengan kakaknya hampir serupa. Malah cara mereka senyum pun sama. Meskipun mereka dibesarkan dalam keluarga berbeza, pertalian darah itu tetap ada. Dan buat pertama kalinya, saya dapat memanggil 'Tai Yee' (mak cik) pada ibu saudara Cina saya! Anak2 pula membahasakan dirinya 'Yi Poh' (nenek saudara). Dia pula memanggil anak2 gadis saya, 'Ah Moi'. Excited betul mereka! Hari ini kami menerima 'Ang Pau' meskipun Tahun Baru Cina lambat lagi...
Ho Ah Yook 'berbual' di sebelah ibu.
Kata ibu, 'Macam ayam dengan itik' kerana ibu tak tahu bahasa Mandarin dan kakaknya tak begitu fasih bahasa Malaysia. Saya pula sibuk mencatatkan maklumat dalam buku nota seperti seorang wartawan...hehe.
ps: Saya sedang mengaturkan pertemuan dengan sepupu2:
Lim Ah Kow, Lim Ah Moi, Lim Sai Mooi, Lim Choi Lan, Lim Mei Kin & Lim Mei Lin.
(sumber : blog selebriti chef, norzailina nordin)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment