Pilihan Raya Umum ke 12 (PRU12) pasti akan diadakan selepas Perhimpunan Agung UMNO tahun ini. Ini kerana perhimpunan itu akan diadakan minggu depan dan PRU12 mungkin diadakan akhir tahun ini atau awal tahun depan. Oleh itu, tidak menghairankan jika perhimpunan agung kali ini akan digunakan sebaik mungkin oleh mereka yang mengidam untuk menjadi calon PRU12.
Malaysiakini menjangka perhimpunan ini mungkin menjadi medan terbaik bagi pemimpin dan perwakilan ‘menunjukkan taring’ bagi mencerahkan peluang terpilih sebagai calon PRU12 akan datang. Mungkin juga suara untuk menghentam pembangkang - PAS, DAP dan PKR - akan lebih kuat kedengaran kerana pilihanraya yang semakin hampir. Bagi penulis news portal itu, persoalannya ialah kumpulan mana yang akan paling lantang - Pemuda, Wanita, Puteri atau pemimpin lama parti.
Kesempatan untuk bergaul dengan ramai ahli politik membolehkan saya mendengar pelbagai cerita dan pandangan mengenai tenggelam timbul seseorang bakal calon pilihan raya.
Bagi sesuatu kawasan KADUN atau KAPAR, kebiasaaannya ada dua atau tiga nama akhir dikemukakan sebagai calon pilihan raya. Pemimpin tertinggi akan memilih satu nama daripada dua atau tiga calon yang dikemukakan. Bagi yang nama tersenarai itu, apa yang diperlukan ialah doa agar terpilih. Namun, adakalanya ada calon luar yang dipilih kerana beberapa faktor tertentu. Seorang teman yang diberitahu akan mendapat kerusi terpaksa "gigit jari" kerana ada calon luar yang dipilih. Pemilihan calon luar itu adakalanya disebabkan beberapa faktor yang mungkin diketahui oleh pemimpin tertinggi.
Oleh itu, janganlah berharap sangat walaupun nama kita tersenarai dalam senarai akhir.
Seorang teman memberitahu saya bahawa beliau akan berusaha bersungguh-sungguh kali untuk mendapatkan kerusi kerana sudah dua tiga kali "tertinggal bas" kerana sikap "tidak mengapa" yang diamalkannya. Oleh kerana beliau tidak menyatakan hasratnya untuk bertanding secara terang-terang pucuk pimpinan menganggapnya "tidak mahu" walaupun hasrat untuk bertanding terbuku sejak menjadi ketua pemuda bahagian. Katanya, kali ini beliau akan menyatakan keinginan menjadi calon secara terus-terang agar didengari oleh pucuk pimpinan. Selamat berterus-terang.
Friday, November 2, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment