Monday, June 23, 2008

JANGAN JADI SUKUN LEMAU

JANGAN MERACAU. Pernahkah anda makan sukun goreng? Jika pernah, pasti sedap jika dimakan dengan kopi o. Bunyi macam program TV9 kelolaan Wan Sabariah yang menampilkan pengacara Aziz Desa, "Nasi Lemak dan Kopi O". Apakata stesen lain guna, "Sukun dan Kopi O". Bunyi tak komersial pulak.

Sukun ni perlu disimpan di dalam bekas kedap udara agar ia tidak menjadi lemau atau "masuk angin" dan tidak sedap dimakan.

Apapun hari ini, saya bukan hendak menceritakan soal sukun goreng tetapi TS Koh Tsu Koon yang dikatakan semakin kurang sihat kebelakangan ini.

Apabila kita tidak sihat, maka kita mulalah meracau dan menyalahkan orang lain.

Nasihat saya kepada TSU KOON ini ialah janganlah salahkan orang jika kita sendiri tidak betul. Carilah kesalahan kita. Mungkin ada, cuma kita tidak nampak saja. Jangan cari publisiti murah.

16 comments:

Akar Umbi said...

DIY,

Yang nak kena simpan dalam bekas kedap udara tu "kerepek sukun", kalau tak bungkus memanglah lemau. Sementara, sukun goreng mesti dimakan panas-panas, dah sejuk nanti lembik!

Cukup-cukuplah tok sebut pasal makanan, hari ni sukun, itu hari laksa. Saya tak boleh terbaca istilah berkaitan makanan, asyik nak menyampuk. Untuk makluman, saya dah post 2 artikel berkenaan 'LAKSA' di blog saya. Kalau berkelapangan bacalah.

ibrahim yahaya said...

Sdr Azlan,

Mungkin sukun ni dah sejuk kot. Kena air hujan. Itu sebabnya sukun tu lembik seperti kata Sdr. Jadi itulah sebabnya dicarinya minyak panas. Saya kira jika digoreng dalam minyak panas sekalipun, tetap tak sedap dimakan.

Kita cari sukun lain.

Anonymous said...

Semakin colorful entri-entri Harimau kita ni. Yang tersurat dan tersirat.

Huruf pun dah mula besar, beSAR, BESAR... agaknya sebab ramai pembacanya macam saya ni: pakai bifocal.

:D

ibrahim yahaya said...

Sdr GJ,

Semuanya tersurat. Jika terbaca secara tersirat, ini bermakna Sdr boleh digolongkan dalam kumpulan pemikir yang "pandai membaca". Bilangannya amat kurang sekarang.

Anonymous said...

YBhg. Datuk T,

Semakin hari semakin berwarna-warni tulisan Datuk.

Cuma pandangan saya, Sukun yang satu ini, sudah meracau akibat kehilangan sesuatu yang dulu miliknya.

Kalau dulu, tak payah bayar tol, duit minyak, sekarang sudah kena bayar.

Kalau dulu, makan malam 'free' tak payah bayar, orang jemput makan, kali ini, dah tak ada orang jemput dah.... kena order sendiri atau bini kena masak.

Jadi kena sesuai-sesuaikan dirilah. Jangan melatah sehingga terkena sindrom kutuk-mutuk, yang selalu mengutuk tidak ketahuan.

Apapun, saya ucapkan syabas kepada YBhg Datuk T kerana kepedasan hasil tulisan kebelakangan ini, yang boleh menjongketkan ramai orang yang terasa.

Selamat berkarya.

Jonlabuyabedabedu.

Bung Karno said...

Sdr Ibrahim,

Banyak makan sukun pun tak elok. Nanti masuk angin.

Koh Tsu Koon tak senang duduk sebab ramai orang Gerakan di P.P. dah keluar parti. Gerakan tak dapat bertahan sampai PU13. Sekarang masa menyalahkan orang lain untuk tutup kelemahan.

ibrahim yahaya said...

Sdr Jon,

Jika kita biasa susah, apabila jatuh "berdebub" pasti kita tidak akan merasainya. Tetapi jika kita tidak pernah susah, apabila terkena sedikit susah atau tidak dihargai atau tiada kuasa, maka kita akan meracau.

Siapakah yang boleh kita marah? Apalagi, ikut kata pembangkanglah untuk membelasah UMNO atau BN. Siapa yang rugi? Siapa yang akan tergelak besar? Siapa yang dilihat sudah meracau atau mabuk angin?

Jika kutuk mengutuk berterusan sudah tentu ia tidak sihat jika BN mahu memenangi PRU13 akan datang. Melainkanlah nak bagi kat orang lain yang tidak menghormati Sultan Johor.

ibrahim yahaya said...

Sdr Bung Karno,

Memanglah kita tidak boleh menghalang ahli yang tidak setia atau bermasalah dengan parti. Tetapi sebagai pemimpin kita kena cari punca mereka "melarikan diri" atau bekerja dengan musuh. Bayangkan, ketika ini pekerja TS Tsu Koon bekerja dengan Guan Eng, yang menjadi musuh mereka dulu. Tentu banyak rahsia boleh dibongkar terutama mengenai UMNO. Apa ni? Melainkan, jika kedua-dua mereka memang bukan musuh.

Jangan biarkan ahli terus keluar kerana nanti kita saja jadi Presiden kepada parti yang tiada ahli. Kacau.

terubuk jantan said...

SALAM DATO,
Teruskan penulisan dato yang berisi dan mantap.boleg beri saya sedikitr tips bagaimana utnuk menulis seperti dato senang,mudah.beriktibar dan tersirat..share lah skit dato....

ibrahim yahaya said...

Sdr Terubuk Jantan,

Tulis je apa yang terkeluar dalam fikiran kita.

Begitu juga komen. Tapi yang penting bacalah apa yang kita tulis sebelum posting atau hantar komen. Jika tak sedap, perbaikilah.

Anonymous said...

Kerepek sukun jika tidak disimpan dalam tempat kedap udara, akan lemau, sukun goreng jika tidak dimakan panas panas, akan lembek bila sejuk.

Sesakit TSU KOON, ia umpama sukun yang dibuat cokodok atau jemput jemput, panas pun sedap, bila sejuk pun sedap, minum pula dengan teh O.

Dalam politik Malaysia, jika TSU KOON pun sudah dianggap sakit, apahal dengan Ong Ka Ting, bukankah bunyinya ting..ting..ting..seperti tin kosong, samy sudah tiada value, lim kheng yaik sudah benyek, apa cerita dengan Presiden pipipipipi..dah pi mana? - kluangman

mat_terab said...

Mungkin Menepati apa yang di ramalkan oleh setengan pihak bahawa Gerakan akan keluar dari BN seperti SAPP apa pandangan dato....?

ibrahim yahaya said...

Sdr Kluangman,

Dalam politik, perkara utama ialah yakin kepada asas perjuangan yang dianuti. Yakin dengan kumpulan yang dianggotai.

Keyakinan ini penting agar kita tidak dilihat seperti lalang ataupun langau yang menghurungi tahi. Ini bermaksud kita sanggup menyokong pihak lain walaupun kita tahu ia perbuatan busuk atau salah.

ibrahim yahaya said...

Sdr Mat Terab,

Gerakan yang ditubuhkan pada 24 Mac 1968 mengalami tsunami politik pada PRU12. Daripada 10 kerusi sebelum ini, mereka mampu mempertahankan 2 kerusi saja. Kegagalan parti itu menyaksikan satu-satu kerusi Menteri mereka "terlepas" dan Pemangku Presiden juga kecundang di Pulau Pinang.

Dua pemimpin pelapis parti itu juga kini sudah menyertai pentadbiran parti pembangkang yang menguasai Selangor dan PP. Mungkin ada lagi, pemimpin yang akan berbuat demikian bukan kerana terlalu suka dengan pembangkang tetapi tidak tahan dengan layanan pucuk pimpinan parti.

Baru-baru ini, TS Koh Tsu Koon, meminta UMNO tidak mendominasi BN sehingga menyebabkan parti komponen tidak boleh bergerak. Perhatikan kenyataan itu yang boleh disifatkan usaha untuk menimbulkan rasa tidak puas hati kepada parti tunjang BN.

Oleh itu, keputusan sama mereka terus berada dalam BN mungkin banyak bergantung kepada apa yang diinginkan oleh Pemangku Presiden. Bagaimanapun, ahli Gerakan mungkin ada pendirian berbeza dengan TS Koh.

tajudin said...

Datuk Harimau,

Baru teringat, saya ada sajak berkenaan (buah) sukun (goreng)dari koleksi sajak saya. Akan dipos ke dalam blog saya sekajap lagi.

Kira boleh la...

ibrahim yahaya said...

Sdr Tajudin,

Waa, sukun pun boleh dibuat puisi. Bagus la tu.