Monday, June 16, 2008

TIADA KETERBUKAAN DALAM MEDIA?

PUTARAN ALAM. Bagi Tun Dr Mahathir Mohamad, KETERBUKAAN MEDIA sekarang hanyalah sekadar satu kenyataan yang sering diputar-putarkan oleh doktor putar yang dipilih oleh Perdana Menteri sekarang.

Beliau mempersoalkan bagaimana Kerterbukaan Media ini, yang seharusnya memberi kelebihan kepada Perdana Menteri, tidak diterima oleh rakyat yang menolak kepemimpinan sekarang pada PRU lalu. Ini terbukti dengan kehilangan lima negeri dan WP pada PRU12. Beliau menegaskan media sekarang sebenarnya "tidak terbuka" sebaliknya banyak memberi ruang kepada Paklah.

18 comments:

Wakmasnoor said...

Salam DIY.

Saya tak tahu apa nak kata. MEDIA DIMANIPULASI?? Of course. Sudah tentu. Tak perlu lihat jauh. Bila saja Parti Politik dibenarkan memiliki sesebuah akhbar, maka sudah tentu ianya turut terikat dengan kehendak parti dan politik itu sendiri.

But is there any truth in Tun's statement? Probably YES. Because he knows a lot better than Pak Lah.

Anonymous said...

Reality nya jualan Harian Metro lebih tinggi dari MSM lain. Org kampung pun dah tak baca lagi MSM Melayu atau pun Inggeris lagi. Bukan nya BOD syarikat akhbar tak sedar kemorosatan jualan tetapi wahyu yg datang membawa arahan mesti di patuhi.Maka terpaksa lah mencabul etika kewartawanan diluar kerelaan hati. Seperti kata Harry S Truman (1884- 1972)'If you cannot convince them, confuse them'. Mungkim pelobi PM percaya pendekatan ini berjaya malang nya terlebih auta org pun naik meluat nak baca. -Jantan Giler-

ibrahim yahaya said...

Sdr Wakmasnoor,

Bagi saya, doktor putar boleh diibaratkan ketua strategi media yang sentiasa berfikir untuk memberikan imej terbaik untuk orang yang diputar imejnya. Imej itu mesti benar dan terbaik.

Sudah tentu perkara pertama yang perlu dielakkan ialah pembohongan disengajakan demi untuk menjaga nama baik individu yang ingin dijuak. Jika sekali berbohong, orang ramai tidak percaya lagi. Risikonya bukan saja tidak percaya tetapi mereka mula meluat dan menyampah. Ini boleh diibaratkan menjolok makanan ke dalam mulut walaupun perut sudah kenyang. Selepas itu, kita tahu apa yang berlaku jika tekak menjadi loya.

Di Malaysia, wujudnya politikal ekonomi dalam media. Oleh itu, tidak hairanlah parti politik menggunakan sebaik mungkin media yang dimilikinya untuk kepentingan ideologi mereka. Ada yang memiliki MSM dan ada juga memperhebatkan organ media mereka. Media bebas mengikut kehendak pemiliknya.

ibrahim yahaya said...

Sdr Jantan Giler,

Walaupun ada yang meluat, akhbar akan tetap dibeli kerana ia menawarkan pelbagai maklumat dan bukan hanya tertumpu kepada politik.

Sudah tentu orang mahu tahu apa yang berlaku dalam pertembungan Jerman dengan lawannya pagi ini dalam akhbar esok atau lusa. Orang ramai juga mahu tahu nama empat penjenayah yang ditembak di Perak. Selagi tiada media yang boleh memberikan maklumat-maklumat ini, selagi itulah MSM akan dibeli. Melainkanlah orang sudah tiada duit lagi untuk membeli akhbar.

Strategi mengelirukan orang amat bahaya ketika ini kerana tumbuhnya media baru termasuk blog ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Daripada maklumat terbaru, ada sesetengah pihak menyatakan ada tujuh juta blog ketika ini. Ia satu perempat daripada jumlah penduduk negara ini dan separuh daripada mereka yang mempunyai akses internet.

Anonymous said...

Saudara ku Tiger,

Sesiapa saja boleh bercakap mengenai keterbukaan media. berapa luas, terpulang kepada 'kepalanya'. kalau hendak dikatakan media kini tidak terbuka, saya tidak bersetuju. Media kini lebih terbuka tanpa ada sekatan. Dulu orang tidak bebas menyuarakan pandang terhadap sesiapa pun, takut dikenakan tindakan. Tetapi, dalam dunia tanpa sempadan kini - media siber - aduh, tulis apa saja yang kau orang suka. Cuma mungkin dikatakan tak terbuka - media arus perdana.
Penting sangat ke media arus perdana kini. Releven ke lagi media arus perdana. Ada orang kata, media arus perdana dah tak penting, dah tak relevan. Kalau macam tu, buat apa nak ambil pusing media arus perdana tak terbuka.
Biarkanlah dengan media arus perdana. Kan kita dah ada ramai blog dan blogger - yang mendakwa mereka lebih boleh dipercayai daipada media arus perdana.
Saya pun tak faham dengan sikap TDM. Masa beliau menjadi PM - orang pun bercakap mengenao media arus perdana tidak terbuka. Tun ada jawapannya. Jadi, tak usahlah cakap pasal media arus perdana tidak terbuka kerana Tun sendiri sudah tahu jawapannya. Kata anak kecil yang mahu merangkak - sudah gaharu, cendana pula - tak payahlah saya habiskan.

Kulupbana said...

YBhg Datuk,
Kalau ikutkan teori 'pengampangan/gate keeping' pastilah banyak sebab mengapa kadangkala media tempatan tidak wajar bersikap terlalu terbuka.

Namun jika atas nama agenda politik, media menyiarkan sesuatu cerita tetapi menyembunyikan banyak hakikat cerita lain maka faktor tanggungjawab bukan lagi menjadi prioriti sekaligus menjadi dayus dan ponen.

Namun media yang bestari akan sentiasa menampilkan maksud yang tersirat. Apabila tersiar foto Datuk Seri Najib berwajah ceria dan lega dengan keyakinan Pak Lah padanya, yang lebih tersenyum lebar serta memasang angan-angan tinggi pastilah isterinya yang berada di sebelah.

Sila lah pandang sesuatu itu dengan mata hati.

Satu lagi Datuk, apa benar Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary ada share dalam Utusan?

ibrahim yahaya said...

Sdr Putera Gombak,

Saya bersetuju dengan pandangan Sdr bahawa jika kita menyebut keterbukaan dalam penyebaran dan mendapatkan maklumat, kita tidak boleh lari memperkatakan mengenai kebebasan yang teramat sangat dalam media baru atau internet.

Sebenarnya media baru ini semakin digemari kerana pelbagai maklumat boleh diperolehi sama ada yang benar atau tidak benar, yang ada autoriti atau yang hentam keromo. Oleh itu, pembaca bolehlah membuat pilihan yang terbaik untuk mendapatkan maklumat. Itupun jika suka membaca dan melayari internet.

Unknown said...

Saudara Tiger,

1) Saya sangat2 bersetuju dengan kenyataan Tun dalam blognya itu, sekarang memang banyak memberi ruang pada Pak Lah sedangkan kenyataan sebalik nya.

2)Yang peliknya nya pemimpin UMNO tak sedar-sedar lagi, sedangkan rakyat dah reti menilai.

3) Saya sendiri dah nekad kalau pak Lah masih lagi PM masa PRU 13 nanti, jangan haraplah saya nak keluar mengundi, nak memangkah pembangkang jauh sekali..

Apa-apa pun bagus keterbukaan media ni tapi berita biar lah telus dan mulus.

saudara tiger, teruja jugak dengar pasal The Big Day, kita tunggu dan lihat saja lah....zzzzz nak tidur gak ikut Pak Lah..glam gitu

ibrahim yahaya said...

Sdr KB,

Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary mempunyai ekuiti dalam Utusan Melayu. Beliau diwakili oleh Datuk Ismail Yusoff yang juga orang kuat Muzium Kesenian Islam.

Kebiasaannya ahli lembaga pengarah UM dilantik oleh UMNO. Ketua Media dan Komunikasi PM, Datuk Kamal Khalid, adalah salah seorang daripada ahli lembaga pengarah UM.

ibrahim yahaya said...

Sdr Mama Uyins,

Orang Melayu tidak boleh tidur lagi. Orang Melayu juga tidak boleh bermimpi. Mereka perlu dikejutkan dari tidur dan mimpi siang hari kerana kaum lain sudah jauh kehadapan.

Dalam bidang ekonomi, kaum Cina di negara ini sudah 20 tahun ke hadapan dan jika Melayu masih tidur maka jaraknya akan lebih jauh.

* ainul AB * said...

Assalamualaikum Tok Rimau,

Saya memang sudah lama tidak membeli surat khabar. Baca yg online saja. Maklumlah, kena ubah cara hidup, berjimat-cermat.

Sejak kecil lagi, ibubapa paksa saya baca surat khabar. Katanya, bagus untuk tajamkan ilmu. Berita TV1/TV3 wajib ditonton, tetapi sekarang ni rasa 'mual' pula dgn isi2 berita. Betullah tu Tok, mungkin sebab kita dah kenyang tapi masih dipaksa makan. Lebih memualkan kalau isi2 tersebut dah basi. Datang pula penyakit lain.

Saya percaya media sekarang memang banyak putar alam. Keterbukaan untuk janji2 manis sahaja. Si A cakap 'tak cantik', media cakap 'cantik' sebab Si B suruh cakap 'cantik'. Jadinya, rakyat baca 'cantiklah'.

Lepas tu, saya kenalah berdebat dgn si X & Y nak memperjelaskan hal sebenar yg 'tak cantik' kerana X & Y tinggal di kampung, mudah dimainkan media yang tiada keterbukaan ini.

Wassalam.

Anonymous said...

saya kira jika ingin dibandingkan keadaan sekarang dengan sewaktu era pemerintahan TDM, media sekarang lebih terbuka..lebih banyak kelonggaran yang dapat dilihat walaupu tidak banyak, tetapi sewaktu memegang tampuk pemerintahan, TDM lebih ketat mengawal media2 ini.

ibrahim yahaya said...

Sdr KL,

Apa yang dimaksudkan oleh TDM dalam tulisannya, media sekarang dipaparkan seolah-olah terbuka tetapi sebenarnya tidak. Ia hanya "dibuka" untuk orang tertentu saja tetapi ditutup kepada orang yang tidak perlu atau tidak mahu dilihat penting.

Anonymous said...

Pada pandangan saya Datuk, Tun Mahathir ni agaklah cakap tak serupa bikin. Kita perlu faham "ditutup kepada orang yang tidak perlu" itu maksudnya Tun Mahathir lah contohnya! Sebab itulah beliau marah sangat dengan Pak Lah ni. Walhal pada zaman dahulu, lagi lah ekstrim cara Tun M meng-kontrol media dan kebebasan. Sampai ke tahap memang takde siapa pun berani cakap apa pasal kesalahan beliau. Kalau ada pun yang berani, padah akan menunggu mereka!

Anonymous said...

My brother farzain, saya amat bersetuju dengan apa yang dikatakan. Entahlah sebab brothers-brothers M'sia kita ni begitu senang lupa ke besar hati senang memaafkan, sehingga fakta sejarah ini macam tak pernah berlaku semasa zaman TDM dulu.

Anonymous said...

tak faham lah..kenapa sekarang TDM asyik membangkitkan isu2 yang dulunya dia pun buat..adakah beliau terlupa dengan segala perbuatannya?

epain said...

keterbukaan dlm media berkaitan kerajaan atau media as a whole?...

sebab seingat sy, harakah kena ban masa tun...especially selepas harakah main peranan penting masa pilihan raya 1999...

apa yg sy faham pulak posting tun ni...bukan tidak terbuka tapi keterbukaannya tipis sgt...

alah, kalau banding dengan pintu, cukup2 utk sorang je masuk...

Unknown said...

Salam..
Bagi saya,isu 'keterbukaan media, sebenarnya bergantung pada kita yang menggunakan sesuatu media tersebut.Bergantung pada kebijaksaan kita menilai baik buruknya suatu berita..'Media' ni luas.Bukan sekadar surat khabar dan televisyen/radio,malah internet juga adalah media.Jika kita rasa media arus perdana seperti surat khabar n televisyen tidak terbuka n tak relevan, kita rujuklah pada media yang lain.Kita berhak.Yang penting kita guna akal untuk menilai segala berita yang kita dengar atau baca.