Thursday, September 25, 2008

AKAR UMBI LAWAN AKAR BETUL

Tindakan Gabungan Badan NGO Malaysia semalam menegur pemimpin UMNO yang meminta pelan peralihan kuasa dipercepatkan bukan sukar untuk difahami.

Mereka bersuara sedemikian untuk menyedarkan tindakan sesetengah pemimpin UMNO yang menggunakan nama "akar umbi" untuk menyokong mereka sedangkan perkara sebenarnya tidak berlaku.

Gabungan ini mahu tindakan mendesak itu diberhentikan segera agar ia tidak menggambarkan sikap pemimpin yang tamak kuasa dan tidak menghormati pemimpin.

Inilah kali kedua gabungan yang mempunyai 150 NGO di seluruh negara berani menyatakan pandangan mereka membabitkan kepentingan negara.

Sebelum ini, mereka menyatakan sokongan terhadap kepemimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 12 Julai lalu bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Pengerusi Gabungan Badan NGO Malaysia, Md Radzi Daud, berkata sebagai bangsa Melayu, pemimpin perlu ada adab dan bukan budaya orang Melayu mengaibkan pemimpin sendiri.

(Renungan Rimau : Perkataan popular sekarang ialah AKAR UMBI.)

23 comments:

Anonymous said...

Sejak bila NGO berhak memilih Presiden UMNO? Pemimpin yang dilantik oleh ahli-ahli berhak menyuarakan suara hati ahli-ahli. NGO apa tau, melalak sana-sini bolehlah.....cari makan susah la ni...

SPdotCom said...

Assalamualaikum...

Gabungan NGO ni mewakili siapa pulak? Adakah NGO ahli UMNO?


Biarlah ahli UMNO yang bersuara dan membuat keputusan mereka sendiri. Kenapa perlu ada campur tangan pihak lain?


Pada saya senario begini "ada udang sebalik batu". Mungkin ada segelintir pemimpin atau ahli UMNO sendiri yang menggunakan NGO untuk kepentingan diri masing-masing. Kenapa mesti menggunakan nama NGO untuk menyatakan pendirian dan sokongan?

Anonymous said...

bro: siapa agaknya Badan NGO ni? Condong-nye kpd Pak Lah saja ni? Ini NGO yg berkepentingan ni!

RANGKAIAN PEMUDA BERANI said...

Depa ni NGO atau NGOK? Entahlah, den pon ponin' jugak apabila NGO cakap pasal presiden UMNO. Bercakap jer la labu, selagi boleh bercakap .. Cuma den bimbang, nanti orang kata pemimpin UMNO dah tak sokong lagi, sobab tu la kona buat NGO untuk sokong .. setakat yang den tahu, penyokong boleh bersorak di luar padang .. bila penyokong masuk padang, kira batal game tu .. susah tu, Dato!

Kulupbana said...

Salam Datuk,
Belum dapat kuasa AKAR UMBI lah, bila dah naik takhta, akar umbi ke mana apa ke mana; suara TAUKE TAN dan KURUPAYA juga yang dituruti.

Terima kasih bagi ruang untuk ahli UMNO akar umbi seperti saya ni luah perasaan.

Dengar cerita Datuk balik ke RTM; ALHAMDULILLAH.

Cheguman said...

Hai, garang jugak anaktupai nie. Sabar, lihat semula fakta dan boleh beri komen semula setelah minda anda lebih bersedia.

Mungkin saya tak perasan, namun bolehkah anaktupai beritau bilakah pihak yang mendesak PM letak jawatan itu membuat survey atau research ke atas rakyat Malaysia? Jika belum buat bermakna mereka tidak layak menggelar diri mereka sebagai mewakili akar umbi.

Dalam UMNO, benarkah ahli di peringkat akar umbi menolak Paklah selaku presiden?

Yang saya pasti ibu bapa dan mertua saya selaku ahli UMNO tidak pernah didatangi oleh mana-mana pihak untuk membuat survey samada bersetuju atau tidak dgn Paklah.

Yang saya yakin dan pasti, dalam PRU12 BN yg dipimpin Paklah mendapat 140 kerusi parlimen manakala beberapa parti kecil seperti PAS dan DAP masing2 mendapat lebih kurang 30 kerusi. Apabila dicampur maka kesemuanya berjumlah 82 kerusi.

Ternyata BN masih mendahului dgn majoriti yg jauh melebihi 1/2. Cuma kurang 8 kerusi untuk mencapai 2/3.

Walaupun PAS melalui Presidennya bertegas utk tidak bekerjasama dgn DAP namun selepas rakyat membuang undi kedua-dua parti telah mengkhianati kepercayaan pengundi dan penyokong masing-masing. Mereka bersama PKR telah menubuhkan kerajaan campuran di beberapa negeri atas nama Pakatan Rakyat.

hasipin66 said...

Salam TokTiger,

Akar Umbi UMNO bukannya penentu 100% dalam soal kepimpinan tinggi iaitu presiden parti UMNO.Apakah jawatan Perdana Menteri mesti dipegang oleh Presiden UMNO?.bagi Pak Lah segala-galanya boleh berlaku.

Nampaknya Majlis Tertinggi (MT)mula
mengheret ahli UMNO di peringkat AKAR UMBI,agar kedudukan presiden parti UMNO mestilah ditentukan akar umbi.Bukankah ini kerja segelintir pemimpin UMNO di MT boleh mengundang perpecahan parti UMNO?situasi begini tentulah satu berita gembira bagi pihak pembangkang.Sebaliknya jika UMNO berpegang cara KETRADISIAN PERALIHAN KUASA YANG TERTIB tentunya akan membunuh cita-cita rakus pihak pembangkang merampas kuasa kerajaan BN yang ada sekarang.

Hakikatnya suara di peringkat akar umbi-UMNO rasanya tidak ada kaitan secara langsung dengan peralihan kuasa antara Pak Lah dan Datuk Najib,tetapi yang jelas ini adalah permainan beberapa kerat pemimpin UMNO (MT)yang tidak sabar dan tidak lagi percaya kepimpinan Pak Lah sekarang.

Pada saya hanya Pak Lah dan Datuk Najib sahaja tahu bilakah masa waktunya PERALIHAN KUASA akan terjawab.Kita seharusnya memuji dan memberi kredit yang tinggi kepada Datuk Najib,kerana menunjukkan kesetiaan penuh kepada kepimpinan Pak Lah.Sejarah telah mengejar bagaimana Datuk Anwar telah tersungkur dan terhumban di dalam penjara,kerana kemungkinan faktor DSAI merancang mencabar kedudukan Tun Mahatir sebagai presiden parti UMNO ketika itu.Wallahhualam.

LIMAUDONG said...

Salam DIY

Kemungkinan NGO-ngo ini sudah termakan banyak baja jenama "PKR"
sebab itulah akar mulai reput.

JantanGiler said...

Kalau betul akar umbi menyokong Flip-flop, adakan pemilihan UMNO Disember ini, buat apa nak tangguh sampai tahun depan atau 2010.Buat test market untuk menentukan kesetian akar umbi UMNO.Bukan berlindung disebalik NGO. Ada teloq atau takdak teloq ?

Tinta Biru said...

Salam Datuk,
Kesimpulan yang dapat saya katakan ialah "PENGIKUT YANG BAIK AKAN MENJADI PEMIMPIN YANG TERBAIK".

Anonymous said...

salam tok tiger,

Wawasan 2020 tak lama lagi,segala keputusan yang dibuat mestilah cepat dan tepat.Jangan lambat pick-up dalam segala urusan.

PRU 12 dah hampir 6 bulan tamat,drama politik masih tiada kesudahan....Takkan dalam masa 6 bulan ni,tiada siapa yang dapat melihat atau analisa dengan tepat
kesan dari PRU 12 itu.

Krisis kepimpinan bukan hanya berlaku di Malaysia,ianya berlaku di Pakistan,Jepun,Thailand dan beberapa negara lain.

Pemikiran perlu tajam dan kritis serta peka keadaan rakyat jelata.Lihat kembali beberapa langkah atau keputusan sebelum PRU12.....yang tidak disukai rakyat.

Manusia yang berada di sekeliling pimpinan atasan perlu berkata benar tentang luahan hati rakyat bawahan....bukan memberi lagu merdu dan asyik untuk menjaga hati pimpinan atasan serta demi menjaga periuk nasi sendiri sahaja.

Zaman sekarang segala-galanya memerlukan wang,wang dan wang !!!

Razlan said...

Salam Tok Rimau,

Kepentingan diri yang melampau.

Agenda yang hendak dibincangan esok diantaranya bagi membolehkan Mesyuarat Bahagian dan Mesyuarat Agong ditanguhkan lagi.

Apa pun yang difikirkan oleh MTs perlu di selidik apakah sebabnya dan apakah objektifnya, sekiranya TS Mat Taib cakap pertandingan boleh memecahkan kita dan boleh kemungkinan terbahagi kepada 2 atau 3 kem, itu sudah semestinya.

Jadi, kita berpolitik adalah untuk mencari pengaruh dan juga memerintah mengikut acuan kita selagi acuan itu diterima oleh AKAR UMBI.

Sekiranya ianya sudah tidak boleh diterima, kita sebagai orang LAMA politik perlu berdepan dengan HAKIKAT kalah atau menang.

Selagi kita berkuasa, Kepentingan diri tidak boleh melampau, kita tidak boleh menggunakan KUASA kita secara melampau, hakikat perlu diterima, dan sekiranya pandangan dan pendirian kita masih betul, kita akan MENANG, dan kita sebagai PENJAGA kepentingan PARTI perlu bersikap terbuka dan tidak boleh memilih membuat keputusan kearah KEPETINGAN DIRI yang melampau.

Dato Tiger, Keputusan ini adalah keputusan yang akan dibenci oleh AKAR UMBI, bukan sahaja bagi yang menyokong, tetapi kepada semua ahli yang telah bertungkus lumus untuk berkerja untuk parti.

UMNO sudah tidor selama 6 bulan disebabkan PEMILIHAN, dan sekiranya ditangguhkan lagi, UMNO akan tidur lagi, Seluruh Negara akan sunyi sepi kerana tidak ada Aktiviti UMNO kerana PEMILIHAN. Jadi apa akan terjadi kepada jentera PARTI seluruh negara terhadap keputusan ini?

Kepentingan DIRI tidak boleh melebihi kepentindan PARTI. Jadi kita perlu sedar, perjalanan untuk memulihan AKAR UMBI lebih penting dari kita menjaga PEMIMPIN-PEMIMPIN diatas, tidak kira keputusan ini menyebelahi PAK LAH atau pun NAJIB ataupun TSMY.

Akar UMBI sudah muak dengan penggunaan KUASA yang berlebihan oleh MTs. Jadi, biarlah apa yang dirancang untuk mengadakan mesyuarat diteruskan, terima sahaja apa keputusanya NANTI. Berkempen lah secara sihat dan berjuanglah untuk UMNO dan ORANG Melayu. Bukan untuk Kumpulan masing-masing.

Pikirkan Bersama .. UMNO mesti HIDUP bagi mengubati luka-luka yang telah dialami pada PRU12.

sekian.

band0tue said...

Salam Datuk,

Saya berpendapat, lagi banyak kenyataan dan pernyataan dibuat makin jelaslah sokongan dan keyakinan makin merosot.

Tindakan sebegini juga menjadikan jurang pro dan kontra akan semakin melebar dan dalam.

Hakikatnya, jika semua pihak menyalahkan pihak lain, itu tanda telah berpecah.

Jika hati masih bersatu perkara besar pun mudah diselesaikan inikan perkara kecil.

Tapi kalau hati dan bercerai berai, perkara remeh temeh pun tak akan selesai, inikan perkara besar, akan punah ranahlah.

Cuba lihat suami isteri. Orang kampung yang susah, miskin dan melarat jarang bercerai kerana hati masih kuat bertaut.

Sekarang yang banyak bercerai berai adalah golongan berada terkenal dan popular seperti artis, usahawan dan jutawan. Kenapa? Kerana pecah hati antara satu sama lain.

Inilah yang terjadi pada UMNO juga.
Pemimpin yang dah kaya, berjawatan dan tamak hati mereka sudah berpecah. Penyokong yang miskin dan hidup kais pagi makan pagi tak sempat nak fikir pasal peralihan kuasa pun!

maaf dari saya;

http://nawawidahalan.blogspot.com/

Musallam said...

Salam,

Saya kira NGO boleh memberi pandangan dalam hal-hal yang berkaitan dengan kepentingan bangsa dan negara.

Akan tetapi, dalam soal kepimpinan UMNO, biarlah ahli UMNO sendiri yang memutuskannya.

Saya kira kini sudahlah sampai masanya ahli akar umbi diberi peluang untuk mencalonkan dan memilih pemimpin yang mereka kehendaki.

Ini hak mereka yang tercatat dalam Perlembagaan UMNO dan memang selaras dengan prinsip demokrasi.

Bung Karno said...

150 NGO yang menyokong Paklah tak sama dengan 150 bahagian UMNO yang menentang. NGO ni pergi main jauh-jauh.

Anonymous said...

Salam Datuk,
habaq kat depa ngo-ngok tu, sedarlah sapa mereka sebenornya,betul seperti kata sahabat, dibelakang ngo-ngok tu ada orang yang membiayai ngo-ngok tersebut.

Anonymous said...

Memang ada segelintir pemimpin yang sibuk sangat menggunakan perkataan akar umbi untuk menyampaikan kehendak mereka untuk peralihan kuasa berlaku dengan lebih cepat. Padahal mereka pun mahukan seperti itu untuk kepentingan sendiri je.

terubuk jantan said...

Salam Dato,
Apa dan siapa pula ngo ini nak beritahu adat dan adab suapaya mengikuti plan peralihan dan akar umbi kena akur.Dato,akar umbi umno pada waktu ini mahukan perlihan dibuat segera terutama sebelum 9 okt,itu sahaja.

terubuk jantan said...

salam Dato,
SAYA MENGGESA DAN MENDESAK PRESIDEN,TIMBALAN PRESIDEN DAN AHLI MT UMNO SUPAYA JANGAN DIANJAK-ANJAK TARIKH PEMILIHAN PARTI PADA MESYUARAT HARI INI KERANA AKAR UMBI PASTI BANGKIT MEMPERSOALAKAN KEWAJARANNYA.SEKALI LAGI MINTA JANGAN DIUBAH TARIHKNYA.KAMI MAHU MULA BERMESYUARAT 9 OKT DAN AKHIR 9 NOV.

Anonymous said...

Tok Rimau,
Ahli NGO-NGO inipun adalah ahli-ahli UMNO juga..apapun tujuan mereka berbuat demikian, hanya Alif,Ba dan Ta sahaja yang faham....

Tinta biru, salah tu..PENGIKUT YANG BAIK AKAN MENGIKUT PEMIMPIN YANG BAIK, bukan sebaliknya.

Jantangiler..pemilihan parti bukan untuk suka-suka,pemilihan parti adalah untuk kebaikan ahli, parti,dan kepimpinan negara. janganlah jadi seperti Pak Kadok, menang sorak,kampung tergadai...
malu kita oohhh

Anonymous said...

Demang: saya tak pernah sebut akar umbi, jauh sekali ibu bapa dan mertua kamu. Tapi kalau nak tahu sangat aspirasi akar umbi, lupuskan quota, bertanding macam anak jantan. Jangan lah pulak gunakan kuasa untuk kekal berkuasa.

rayliew said...

Usaha segelintir pemimpin yang mendesak mempercepatkan peralihan kuasa hendaklah diberhentikan segera khususnya dalam keadaan politik semasa yang terumbang-ambing yang dipengaruhi oleh kenyataan pembangkang yang kononnya mahu merampas kuasa memerintah.

Heical said...

Salam

Akarumbi betul ke atau rekaan sedap cakap.