Posting Kedua - 10.10 pagi
Maklumat terbaru yang saya terima ialah wang dibawa masuk ialah RM300 bilion. Wow, banyaknya wang itu. Nak beli sebuah negara ke?
Posting Asal - 9.26 pagi
Saya pernah menulis kisah Ahli Parlimen Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan pada 27 Mei lalu yang menyatakan beliau ditawarkan wang lumayan untuk melompat parti yang "tidak habis makan" untuk tiga generasi.
Ketika itu, saya tidak dapat membayangkan jumlahnya sama ada ia RM10 juta, RM30 juta atau RM100 juta?Bagi saya, secara kasarnya, satu generasi ialah lebih kurang 25 tahun dan tiga generasi ialah 75 tahun. Oleh itu, berapa banyakkah wang yang ditawarkan kepada Datuk Abdul Rahman yang boleh "dimakan" sehingga tiga generasi? Boleh dimakan sehingga 75 tahun?
Saya juga melaporkan dalam program Rancangan Parlimen RTM1, Datuk Abdul Rahman membuat gambaran bahawa jika seorang Ahli Parlimen dibayar RM100 juta maka pihak yang ingin mencapai cita-cita untuk menguling kerajaan memerlukan RM100 juta X 30 orang yang boleh mencecah angka RM 3 bilion. Beliau seterusnya berkata jika angka RM3 bilion itu ditukarkan menjadi dollar Amerika ia mungkin sekadar kurang US$1 bilion saja.
Beberapa soalan saya kemukakan dalam posting 27 Mei itu:
1. Apa kaitan jumlah RM100 juta dan dollar Amerika itu?"
2. Adakah Datuk Abdul Rahman menyatakan beliau pernah ditawarkan RM100 juta atau lebih daripada itu?
3. Adakah pihak yang menawarkan RM100 juta itu ada kaitan dengan Amerika Syarikat sehingga beliau perlu "menukarkan wang yang ditawarkan" itu ke dollar Amerika?
Minggu ini, ejen kenit memberitahu saya bahawa ada pihak telah membawa masuk RM3 bilion secara tunai dari sebuah negara Afrika ke negara ini bagi tujuan membeli wakil rakyat Barisan Nasional yang ingin "melompat". Negara Afrika itu dikatakan sebagai transit point dari sebuah negara lain.
Wang itu yang "diseludup" menerusi satu entry point di Sepang telah berada di tangan sebuah parti politik untuk digunakan bagi membeli wakil rakyat yang ingin melompat. Sebahagian besarnya dikatakan diperuntukkan bagi wakil rakyat di Sarawak.
Daripada perkiraan saya, jika wang RM3 bilion diagihkan untuk membeli 30 wakil rakyat, masa setiap mereka akan memperolehi RM100 juta. Itulah sebabnya Datuk Abdul Rahman menyatakan "tiga generasi". Bagaimanapun, angka terakhir yang diuar-uarkan oleh Ketua PKR Sarawak, Dominique Ng, baru-baru ini ialah parti itu sudah mendapat 40 orang wakil rakyat BN. Maka jumlah tawaran itu mungkin terpaksa dikurangkan.
Wakil rakyat mana yang sudah mula kabur? Siapa yang masih setia dengan BN? Dan soalan terakhir ialah, "Siapa yang untung daripada episod membentuk kerajaan mengikut "pintu belakang" ini?
Wednesday, September 10, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
46 comments:
Dato..
Secara logiknya. Saya kira yg paling untung kalau dalam ceritanya ini ialah rakyat.
Ini kerana rakyat beruntung dapat MP kawasan yg bergelar jutawan besar! Lagi pun rakyat patut berasa untung kerana kalau MPnya ada ratus juta, PM barunya juga pastinya ada berjuta-juta. Kalau tak billion. Siapa tak bangga kalau PM orang kaya. Dan pastinya, kalau ada byk MP yg sudah ada duit beratus juta. Mereka takkan buat gejala tak baik. Apatah lagi rasuah utk kekalkan status orang bernama. Poket sudah penuh, apa mahu lagi? Kerja dan tunaikan tanggungjawab saja. Anak cucu cicit sudah ada duit kan?
So akhir, rakyat yg untung. Kerana MP mereka ikhlas dan berjaya.
Bukan begitu ke dato?
Salam Datuk,
Geram sungguh saya membaca entry datuk kali ini, Sakitnya hati pada manusia-manusia yang tamak dan pentingkan diri sendiri.
Saya sentiasa berdoa pada ALLAH agar apa yang dirancang tidak menjadi kenyataan.
Untung pada sesetengah pihak yang mementingkan diri tetapi membawa kehancuran kepada negara dan rakyat...
Dato'.
Beli dgn rm 100 juta seorang tu bukan ke rasuah? menerima sesuatu dari orang lain untuk mengubah keputusan..contohnya macam bookie dalam bolasepak.
Maksudnya MP's yang menerima tawaran dan melompat parti boleh dibicarakan atas tuduhan rasuah kan?
Salam,
Cerita di atas amat menarik.Tapi bagaimanakah hendak menentukan kesahihannya?
Tentang beli Wakil Rakyat ni, kalau tak salah satu masa dulu Parti Perikatan pernah beli wakil rakyat PAS untuk menumbangkan kerajaan PAS di Terengganu (zaman Daud Samad jadi MB Terengganu).
Jadi kalau sekarang Anwar beli MP BN pula untuk menumbangkan kerajaan BN, Anwar sebenarnya hanya mengulangi apa yang pernah dilakukan oleh Parti Perikatan satu masa dulu.
Orang boleh kata perbuatan ini tidak bermoral. Tapi dalam politik sekular macam Malaysia ni, moral kadang-kadang boleh diketepikan untuk mencapai sesuatu tujuan.
Memang orang juga boleh kata "matlamat tidak boleh menghalalkan cara". Tapi bagi orang politik agaknya, cara apa sahaja boleh gunakan asalkan matlamat tercapai!
dato,
kalau benar artikel diatas,sesuatu harus dilakukan.
sebelum ini ada juga terdengar berita tentang cubaan sogokan wang keatas orang BN.
kalau benar ahli parlimen BN ditawarkan wang yang sebegitu banyak,maka siasatan perlu dilakukan keatas orang yang menawarkan wang itu kerana boleh dikatakan ingin memberi rasuah.orang yang menerima duit juga tidak harus dikecualikan.
diy, betul ke maklumat ejen diy ni? tapi saya sokong kenyataan bzz, ada kebenarannya gak...
Sdr BZZ,
Setelah seseorang itu bergelar jutawan, satu perkara yang akan dipastikan oleh individu itu ialah wangnya tetap berjuta. Tidak boleh dikurangkan daripada sejuta kerana jika kurang maka beliau bukan jutawan lagi.
Dalam ertikata lain jika dulu sejuta, maka beliau pasti mahu menambah menjadi RM2 juta, RM3 juta hingga RM10 juta. Kemudian menjadi RM30 juta dan seterusnya RM100 juta. Inilah dinamakan manusia.
Ada sifat tamak dan mahu kaya raya.
Malu tetapi mahu juga menceritakannya untuk menggambarkan apa yang disebut sebagai makhluk yang bernama manusia. Ketika saya memerlukan RM30,000 untuk memulakan perniagaan, seorang rakan yang kaya raya (mungkin harta lebih 300 juta) tergamak berkata apa yang saya minta itu terlalu banyak. Beliau perlu memikirkan permintaan saya itu secara lebih mendalam. Itu kawan yang pernah saya bantu (bukan mahu mengungkit, sekadar menjelaskan je). Ketika saya memerlukan RM40,000 untuk pembedahan, seorang rakan lagi yang kaya raya(mungkin harta lebih RM150 juta) yang diminta bantuan tergamak berkata, "Hutang aku orang belum bayar. Kerajaan pun lambat bayar projek aku". Perbualan terhenti di situ saja.
Apa maknanya itu? Ya, apabila seorang itu kaya (mungkin tidak semua) mereka akan pastikan kekayaan itu kekal selama-lamanya. Walaupun sekupang sekali pun perlu dikira apatah lagi beribu ringgit.
Oleh itu, tidak hairanlah banyak rumah kedai, rumah atau lot perniagaan di kompleks beli-belah untuk kuota Melayu di negara ini tidak dibeli oleh orang kaya Melayu kerana mereka sibuk membeli rumah atau kedai di London, New York, South Afrika atau Bangkok. Mereka sanggup menghabiskan wang di luar negara daripada menggunakan wang kekayaan itu untuk membeli rumah kedai bagi disewakan kepada orang Melayu, yang ramai menjual nasi lemak atau goreng pisang di tepi jalan. Lihatlah berita hari ini, bagaimana seorang warga emas, Rahimah Abu Bakar, 73 tahun yang sudah berniaga 35 tahun menangis teresak-esak kerana gerainya di Jalan Travers, Brickfield (walaupun mempunyai lesen perniagaan sah) diroboh oleh Dewan Bandaraya kerana alasan bahawa gerainya akan menghalang sebuah restoran yang akan dibuka tidak lama lagi. Apa ni.
Jadi, teruskan mimpi kita.
Sdr Tintabiru,
Hidup ini mesti ada prinsip. Jika tiada prinsip, kita akan menggadaikan segala-galanya apabila ditawarkan wang berjuta ringgit. Ingat, wang bukan segala-galanya. Itupun jika mahu ingat.
salam Datuk,
saya setuju pandangan saudara ANONYMOUS, boleh ler MP ni semua dibicarakan atas tuduhan MENERIMA RASUAH...aik DSAI menghalalkan gejala RASUAH ni, habislah negara ni kalau GEJALA RASUAH DIHALALKAN. Pemimpin apa mcm ni?
JUM BENTRAS RASUAH.
Sdr Bujang Senang,
Kini, semua yang baik dibuat oleh kerajaan pun dikatakan tidak baik. Semua yang dianggap berniat baik pun dikatakan berniat jahat. Krisis keyakinan rakyat.
Hendak merobohkan kubu musuh memerlukan perancangan teliti apatah lagi musuh menggunakan pelbagai "perunding luar" untuk menghancurkan kekuatan kita selama ini. Jadi, bersedialah mempertahankan kubu sendiri.
Semekom semua dan Tok Rimau,
Bzzz...wakil rakyat keparat tu yang untung, sebab dia dapat duit, dan dia tipu/kelentong pengundi dia..
tintabiru.. tiada apa yang mustahil dalam dunia ni.. kalau mahu, semua boleh bahhh. hari ni hari dia, besok lusa lak, hari kita `pancing' MP dia.. demikianlah seterusnya...
Tok Rimau, kalau dari UMNO rasanya tidak akan ada, lainlah kalau dari parti komponennya..
yang merisaukan saya ialah musuh dalam selimut, kalau setakat anwar ke, PR ke... UMNO dunno ja tu..., tapi, musuh dalam lipatan ni yang amat merisaukan.. kerja-kerja mereka sudah semakin ketara sekarang.. hari demi hari mereka melemahkan kerektor Pak Lah di mata umum tanpa disedari oleh beliau..sabotaj mereka benar-benar melumpuhkan kriteria Pak Lah sehinggakan terlalu sukar untuk kita memperbaikinya lagi. nauzubillah... saya hanya mentimun, pak.....
Siapa yang untung, sudah pasti anwar dan sedara yahudinya c Amerika laknat... moga-moga 911 yang kedua akan berlaku lagi, biar padan muka george bush...Besok adalah tanggal 911..(11hbSept.) Security around the USA..Red level, kesiannya orang-orang yang phobia dengan bayang-bayangnya sendiri.....
Kerajaan `back door' ni susah nak digambarkan... kerana tidak ada yang akan berani ambil risikonya menanggung rusuhan dan amokan rakyat.... apa, ingat penyokong PKR saja yang pandai tunjuk samseng tahi kucing... belum lihat lagi samseng rakyat yang kena kelentong oleh MP mereka yang lompat parti...!! Tapi, rasanya pernah berlaku dalam sejarah Malaysia sewaktu kejatuhan kerajaan USNO (SABAH)dahulu....
Walau apapun...it's not going to be Sabahan MP or Sarawakian MP, most probably (confirm)from West Malaysia.. we just wait and see lohh...
Sdr Anon,
Bagi saya itu rasuahlah. Terpulanglah Jabatan Peguam Negara untuk meneliti perkara ini jika tawaran itu berlaku. Jika wakil rakyat ditangkap rasuah dan dijatuhkan hukuman oleh mahkamah, maka perlu pula diadakan Pilihanraya Kecil. Wa hasil balik asal.
Salam Ramadan Datuk,
Nampaknya dalam politik dunia sekarang, wang yang berjumlah berbillion bukanlah masalah untuk memenuhi impian seseorang, lebih-lebih lagi bagi seorang 'bakal' PM pintu belakang seperti Anwar. Yang jadi persoalan, siapakah yang menge'pam' sejumlah wang yang sebegitu banyak semudah itu jika tiada agenda yang jahat dan gila? Apa akan jadi jika 'bakal' PM yang dibanggakan penyokongnya menunjukkan permainan politik wang peringkat tertinggi yang paling bangsat dan busuk...
Dear mr tiger again.
Benar lah 2 mr.tiger. aku setuju dan setuju dengan ulasan membidas hujan c bzz (mungkin tengah bz memanjang sehingga fikiran tak panjang)
apakah kalau pemimpin yg dibeli dah kaya, rakyat yang senang ehhh? tak faham aku..tiger tolonglah mcm mau pitam aku, nanti batal pulak puasa ni..
kalau dah kaya, duit juta2, anak2 sudah tak paya keja..lagi la pemimpin tak mau keja..semua akan ckp mcm menteri besar selangor 'ckp besar' juga "turun tenguk mangsa banjir buang masa"
itu adalah antara pemimpin2 yang dijanjikan rm juta2 lah. jangan lah kita melanggar fitrahnya alam maya ni. tak da org kaya + juta2 kan tabur hartanya tuk rakyat semata2..
rakyat kan tambah menderita hidup pemimpinnya kerana harta. kejujuran kan dianggap membawa padah.
tiada apa yang menyakinkan dari PKR ni yang ada cuma kata2 sebagai umpan untuk terus menanam bibit keresahan di hati rakyat.
CERITA SAMPAH MACAM NI PUN BOLEH PUBLISH KE? KALAU BETUL BAGAI DITULIS KENAPA TAK PERGI REPOT KAT POLIS JEK? 3BILLION TUNAI? SELUDUP? PIHAK BERKUASA TAK DAPAT KESAN? MEMANG LOGIK SANGAT LA CITER NI! MACAM HAMPEH.KALAU NAK MENIPU PUN AGAK2 LA...
Mawar berduri..
Basic Political Science 101.
ujudkan sesuatu untuk mencapai atau mencipta sesuatu yang menguntungkan sesuatu pihak....
mana-mana ahli politik dari mana-mana parti yang mudah dibeli oleh wang memang tak layak untuk berkhidmat untuk masyarakat.
kerana apa?kerana nampak sangat orang itu tiada pendirian dan mudah dipermainkan.
jika benar berita ini,tindakan keatas pemeberi dan penerima wang harus dilakukan.
Tok Rimau ...
Pelacuran merupakan perniagaan yang tertua didunia ..
Kalau pelacur .. dia jual badan dia kepada sipengila nafsu ..
kalau MP .. pun sama juga .. jual badan mereka .. jual kepercayaan dan janji mereka ...
Jadi kalau ini terjadi .. MP yang melompat dari Parti kerana urusan jual beli ..
Tak salah lah dikatakan mereka ini PELACUR Zaman Moden ...
Menjual Maruah Diri dan Keluarga ...
Makin popular MP tu .. Makin mahal harganya tok rimau ...
300 Billion .. emm ... nasib laa labu ...
Dalam banyak hal, apa yang sedang berlaku di sana sini di dalam negara kita memerlukan 'sesorang' yang boleh mengajar mereka ini. Malangnya yang 'seseorang' itu belum muncul..
Siapa? Bila? Kluangman
Sebelum ini kau merapu, tapi sekarang dah sampai ke peringkat meraban lah pula.
Menarik komen yang diberikan tentang Jutawan.
Memang ada jutawan Melayu yang kedekut tidak langsung hendak menolong bangsa sendiri.
Zakat pendapatan pun belum tentu dibayar.
Tamak sangat dengan harta tak dibawa kekal hingga ke kubur.
Bulan yang mulia ni sepatutnya dimanfaatkan dengan ibadah kepada Allah swt. Cerita-cerita begini yang belum pasti kasahihannya tak patut dihebahkan kerana kalau tak benar hanya menambahkan dosa dan mungkin juga merosakkan puasa kita. Hentikanlah kisah kononnya ada rancangan membeli ahli parlimen dengan wang berjuta-juta ni. Ingat, Allah swt melihat apa yang kita buat dan kemurkaan Allah swt tak siapa yang dapat menahan.
TUAN
1. kalau betullah seperti yang dikatakan, kenapa 'ejen kenit' tidak bongkarkan sebongkar-bongkarnya.
2. tentu ini merupakan 'bom jangka' yang sangat baik untuk digunakan BN.
3. hamba merasakan ianya sekadar 'congakan matematik budak tadika' sahaja.
Huiiyoooo.... kayalah PKR, biar tiada kerajaan yang di pegang,asal
kan duit penuh di bank.....
Datuk,
49 MP ke Taiwan tu sebenarnya akan melencung ke LA. Betui ka ?
Dulu kisah potong elaun 10%, kini kisah pi timba ilmu pertanian di Taiwan. Apa punya Raja Lawak..
Sdr Kulupbana,
Adalah lebih molek jika MP beragama Islam pergi umrah. Banyak dapat pahala.
Sdr Pelayar budiman,
Sebagai wartawan yang dilatih, saya tidak menyiarkan maklumat yang diambil daripada mereka yang tiada integriti atau kewibawaannya boleh dipertikaikan. Tiada sebarang motif sekadar berkongsi maklumat. Harap maklum.
Salam Dato, MP Sarawak masih waras walaupun akan ditawarkan dengan ratusan juta hati dan pendirian MP sarawak masih setia dengan BN kerana BN banyak memaju dan membangunkan sarawak, lagipun wang yang ditawarkan itu mungkin wang ...... tau-tau saja lah.
Pada yang tidak bernama, anda tidak dipaksa untuk menelan bulat-bulat maklumat dari blog ini,kalau nak caya ke, tidak ke...itulah namanya risikan....saya risik-risik kes anwar akan di tangguh atas permintaan anwar dan kuncu-kuncunya.... saya tak perlu baca berita utk dapat maklumat ni kerana ianya adalah strategi yang tertulis di langit.. akal siapa?? tentulah orang yang arif dgn undang-undang, takkanlah peguam sampai 100 orang tak boleh cari jalan melambat-lambatkan permainan..
Biar betul Dato'... Susah nak diterima akal la cerita ini. Jumlah RM3 bil bukan sedikit. Nak simpan di mana? Berapa kontena diguna untuk bawa masuk? Kalau betul, kerajaan patut tangkap ajer siapa yang bawa masuk sbb membawa masuk wang sebanyank itu secara tunai adalah satu jenayah rasa2nya. Bukan susah sgt nak charge mereka2 itu sbb kalau kes sodomy yang tak berapa ada bukti boleh dibawa ke mahkamah, apatah lagi kes duit bertimbun ni. Lagipun, semenjak currency control tahun 1997, rasa saya takde RM3bil ada di pasaran luar. Kalau iya pun memang ada org luar kumpul cash tersebut, nilai RM sure dah naik sbb kekurangan supply disonglap org yg duduk di Afrika tu. Tapi, akhir2 ni nilai matawang kita merusut. Kalau RM3 MILLION saya percaya. Ntah ler..
Lu pk la sendiri mcm kata Nabil,
Boska
ah deh deh? kau ni ah mr. jomo. basic2 pulak kau sana. 101 kah 102kah levis 105 ...prinsip2nya dan teori2nya tak semua diaplimentasikan dalam kelicikan manusia mengejar kuasa bah..heh? tu jak lah.
selamat berbuka. puasa ni benar2 menguji perut ku tentang erti sebuah kelaparan. kepada mr.jomo banyak2kan bersedekah utk org2 miskin yang tak dapat makan sedap n setiap hari.hee?
ok juga gambar mr.tiger dgn microphne 2.
Tuan
1. Cerita tak logik jer...Report la kat polis kalau betul. Sedangkan Mat Tyson dulu boleh dikesan duit dia.
2. Ejen kenit hang tu takleh caya. Dulu masa PKR Permatang Pauh bukan main lagi bagi harapan. Tengok tengok bungkus. Entah entah ejen kenit saja nak sakat hang.
3. BN/UMNO lagi banyak duit. Nak jumpa Bush sampai sanggup bagi duit kat pelobi.
-Masa PRU poster dan bahan kempen melebihi belanja hingga kena saman.
4. Dulu PBS perintah Sabah bukan main lagi BN/UMNO pergi beli diaorang. Sejarah berulang la.
Apa yg penting aku tak mau kerjaan yg rasis, rasuah, lemah, fikiran sempit dan disokong oleh generasi lama yg semakin pupus.
Indera
Pelangai
Sdr Boska,
Mula-mula saya tidak percaya. Tetapi apabila diceritakan bagaimana kemasukan wang itu barulah saya berani berkongsi dengan pelayar semua. Jika orang hendak membawa masuk duit banyak ke negara ini mesti kena isytihar jumlahnya. Jadi jika tidak mahu kena isytihar, Sdr mungkin tahu bagaimana ia dibawa masuk. Itu je.
Apa pun, jangan fikir jumlahnya yang banyak, kerana jumlah wang kertas tu tidaklah banyak seperti yang kita sangkakan. Taklah sampai satu kontena. Tak percaya, jadilah orang kaya, baru tahu duit sejuta boleh disimpan dalam poket je.
Sdr Indera,
Ketika ini, ramai yang tidak faham erti perkataan "perkauman" atau racist tu. Mulalah buat tuduhan melulu dan minta ini dan itu.
Jika UMNO bercakap mengenai usaha membela Melayu yang miskin, memperkatakan hak istimewa mereka, menceritakan bagaimana Malayan Union atau kedudukan Melayu pada masa dulu, menceritakan bagaimana orang Cina dan India di bawa ke negara ini, bukanlah satu perkara yang racist. Itu kena faham.
Yang racist ialah jika kita mempersoalkan apa yang termaktub dalam Perlembagaan. Umpamanya, orang Cina mempersoalkan hak istimewa orang Melayu atau orang Melayu mempersoalkan hak kerakyatan. Begitu juga dengan MCA dan MIC yang membela nasib orang Cina yang miskin atau orang India yang makin miskin bukan perkauman tetapi parti yang memperjuangkan kaum. Ini kena faham.
Kita jangan membuat tuduhan melulu seperti mengatakan ethnic cleansing dibuat oleh orang Melayu terhadap orang India seperti yang dibuat Hindraf sebelum ini. Itupun orang Melayu tidak melenting. Kita pun jangan pula menghina agama orang lain seperti menghina laungan azan atau apa saja yang dilakukan oleh orang Islam. Itu racist namanya.
Mengenai P Pauh, ejen kenit memberitahu saya apa yang didengar di peringkat bawah terutama pengundi. Tetapi seperti saya sebut dalam laporan post mortem banyak perkara di saat-saat akhir berlaku yang ramai tidak faham atau tahu punca perkara itu berlaku. Umpamanya jentera UMNO. Ah..malaslah nak bincang lagi.
Hebatnya jika nilai sebesar itu dibagi kat MP yang akan digelar sebagai 'KATAK'.
Rasanya kenyang juga BPR siasat MP ni semua kalo pun dorang terima.. Negara kita akan disajikan lagi dengan berita BPR bakal Siasat MP yang Melompat.....
Tak tahulah jumlah tu betul ke tak, tapi apa2 pun, mesti ada sogokan punya untuk pancing MP2 tu melompat tak kira lah dari segi wang ke kuasa ke. Inilah sikap2 pemimpin yang tidak boleh diharap. Tidak menghormati proses demokrasi.
Nak tambah sikit lagi, Anwar ni siap claim apa yang berlaku sekarang ni 'kebangkitan rakyat' lagi. Nyanyuk ke apa..Yang bangkit dia dan pencacai2 dia je. Dia merampas kuasa, bukan melalui PRU. Bukan semua orang menyokong dia dan tindakan dia pun. Tapi dia dah perasan sendiri dah.
Tiger,
Ulasan terhadap Ulasan BZZZ wajar dijadikan 1 catatan blog khas.
Dato
Saya ingin melengkap cerita yang dinyatakan oleh salman madani diatas. saya percaya dato juga tahu cerita tersebut.
Dalang utama untuk menumbangkan kerajaan PAS dibawah Hj Daud samad adalah UMNO. Pemimpin UMNO yang menjadi ketua untuk menumbangkan kerajaan PAS tersebut adalah Allahyarham Tan Sri Ibrahim Fikri.
UMNO telah membeli ADUN PAS. Kerana tak cukup juga ahli PAS yang melompat, UMNO telah menculik kalau tak silap saya 2 orang dan membawa mereka ke KL dan dikurung.
ADUN PAS yang diculik ini dikurung selama beberapa hari sehingga UMNO berjaya menumbangkan kerajaan PAS melaui satu indi tidak percaya di DUN.
Maka tumbanglah kerajaan PAS. Ibrahim fikri kemudiannya dilantik menjadi menteri besar terengganu.
Diharap generasi-generasi baru mengetahui episod mual ini kerana pemimpin-pemimpin UMNO sengaja menutup cerita ini.
bat8
Selemah lemah Paklah..masih ada juak dan pecacai yang mempertahankannya tanpa Paklah sendiri kehulu kehilir mendabik dada dia yang hebat dan sebagainya...( sikit sikit adalah jugak.. ) Maksudnya yang tukang kempen kepada Paklah ialah juak2nya...
Tetapi anwar ke hulu kehilir berkokok siang malam umpamaa masuk bakul angkat sendiri...Jarang sekali Lim Eng Guan..apatah lagi pemimpin PAS yang menderu deru bersuara...dalam lain perkataan, anwar sendiri perasan nak jadi PM, sendiri berkokok, sendiri berkempen, sendiri menonjolkan diri...
Pemimpin yang hebat, unggul dan berwibawa biasanya akan dijulang untuk menduduki takhta oleh rakyat secara sukarela dan bukannya pemimpin itu sendiri buat..
maklumat palsu..
Memang akan ada perkara sedemikian berlaku. Kalau dah terdesak sangat nak kuasa dan jawatan, akan sanggup lakukan apa saja untuk mencapai impian tersebut.
ingat 300 bilion tu tigaposen ke? Pegi le try keja kat bank tengok macamana nak bawak masuk duit tu....
yelah tu ... rasuah ler apa ler memacam lagi ler... tapi masa BN menjatuhkan PBS kat Sabah dulu (lompat katak jugak) takkan nak dibiarkan jer... checklah ader rasuah ke tak? pastu apa nak buat? dibicarakan ataupun dibiarkan sebab dia org kerajaan?
Masa PBS dijatuhkan BN dulu, yang berperanan besar dalam sandiwara tersebut adalah anwar ibrahim, jadi,saudara tanyalah yang empunya diri apa cerita zaman dia jatuhkan PBS di SABAH.
SELAMATKAN SAPP, SINGKIR YONG TECK LEE.
sorry tok, tumpang blog dato untuk kempen SAPP ni..
3 BILLION bukannya angka yang kecil dan fikirlah logikkah BN mahu membelanjakan amaun tersebut sedangkan kerajaan sekarang perlu menjana dana untuk mempercepatkan pembangunan negara melalui RMK9... kenyataan tersebut adalah tidak bertanggungjawab. MP BN tidak akan mengadai maruah mereka, dan gaji mereka sudah mencukupi untuk menyara kehidupan harian...apatah lagi bagi mereka yang telah lama menyandang jawatan MP...
Post a Comment