Wednesday, September 3, 2008

GUNA OTAK SEBELUM KELUAR PANDANGAN

Ramai kawan yang menelefon mempersoalkan mengapa Datuk Seri Najib Tun Razak meminta maaf.

Saya melihat TPM berbuat demikian secara spontan selepas ditanya oleh wartawan sama ada UMNO akan meminta maaf atas kenyataan berbaur perkauman oleh ahlinya. Orang tanya, kita jawablah.

Bagi saya, DS Najib tidak perlu meminta maaf apabila ditanya wartawan tetapi dengan berani mengatakan UMNO akan mengarahkan Ketua Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail, berbuat demikian.

Ini kerana jika apa yang terkeluar itu adalah daripada mulut Ketua Bahagian dan beliaulah sepatutnya menarik balik kenyataan berkenaan. Jika beliau tidak mahu, maka parti perlu menyiasat mengapa beliau tidak mahu dan membuat keputusan setelah penyiasatan dilakukan.

Saya rasa UMNO tidak perlu meminta maaf setiap kali kesalahan itu dibuat oleh ahlinya. Ahlilah yang perlu bertanggungjawab dan menggunakan otak sebelum mengeluarkan pandangan. Jangan menyusahkan parti.

Ada juga ahli atau pemimpin komponen BN atau pembangkang yang mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman, mereka tidak meminta maaf pun. Ingat tak apa kata Karpal Singh? Mereka yang tidak menghormati sensitiviti kaum lain perlu dikenakan tindakan.

13 comments:

Anonymous said...

Tok Rimau,
Sendiri buat, sendiri mo tahu lah Setiap individu harus bertanggungjawab terhadap dirinya dan negara.
TPM tak perlulah mewakili sesiapa lagi,ketua pemuda pun tak perlu... sayapun tak perlulah nak mewakili sesiapa kalau dia berbuat salah... apalagi kalau kes sondol....

Anonymous said...

Saya setuju dengan Datuk. Sepatutnya Ahmad Ismail lebih peka dan berfikir dahulu sebelum bercakap. INi bercakap ikut sedap mulut, bila dah terlanjur, menyusahkan parti je. Orang macam Ahmad Ismail hanya memburukkan lagi nama dan imej UMNO. Beliau harus diambil tindakan.

JantanGiler said...

Mereka yg membangkit isu perkauman sebenar nya tidak layak digelar PEMIMPIN. Reality nya kehidupan masyarakat malaysia adalah amat aman dan berbagai kaum menjalani kehidupan harian. Tindakan pemimpin UMNO memainkan isu perkauman sebagai pencetus kemarahan melayu adalah amat menjengkelkan ahli nya.Kita tidak serik dan tidak belajar akibat kepentingan sesuatu kelompok maka terjadi rusuhan perkauman 1969.

Gagak di Rimba said...

Salam,

Saya pun hairan mengapa Najib meminta maaf bagi pihak UMNO.

Saya agak beliau berbuat demikian mungkin untuk meredakan keadaan. Sekiranya pemimpin bukan Melayu, dari parti komponen BN menghormati beliau, sepatutnya mereka tidak memanjangkan isu tersebut.

Tapi rupaya tidak begitu. Presiden MCA yang terkemudian mengeluarkan kenyataan masih lagi mempersoalkan "kesilapan" Ahmad Ismail dan menggesanya meminta maaf.

Saya tidak tahu mengapa pemimpin bukan Melayu dari BN dan pembangkang (khasnya DAP) begitu bersungguh-sungguh mempersoalkan isu ini, sedangkan Ahmad Ismail hanyalah pemimpin kecil dalam UMNO, dan pandangan itu tidak mewakili pandangan UMNO dan orang Melayu.

Nampak benar mereka begitu sensitif bila ada seorang Melayu melakukan "kesalahan", sedangkan sedangkan sebelum ini ada juga pemimpin bukan Melayu yang menimbulkan isu-isu yang mungkin lebih sensitif, tapi orang Melayu "tidak berbuat apa-apa".

Unknown said...

kita ada banyak pemimpin macam ahmad ini. tak erti bahasa. pada hal anjing dan babi pun kita tidak mempunyai hak untuk menhina kerana setiap itu adalah mahluk Allah. yang memberi itu adalah Allah bukannya UMNO. Allah tetapkan sesiapa punya rezeki dimana, bukanlah bodoh punya ahmad yang tentukan.

junkopile said...

assalamualaikum tok tiger
2la tok dah macam hari raya plak rasanya tok, hai di hari begini kita bermaaf maafan disuasana hari raya,
ape yang sifat perkaumannya tok orang melayu jagala kaum melayu semua bangsa yang bertamadun macam 2 cuma ada kalangan mereka yang tidak sedar aje cube memanipulasi keadaan ini, dia tarik rambut tp tepung berterabur, pemimpin kena jelas mana isu sensitif mana isu yang perlu dipertahankan,
ada mata pandang ada telinga dengar dulu HINDRAF 2 kan ke perkauman yang gelap lagi bersuluh tp juga bukanlah suara semua tp kalau tiada bantahan maknanya setujula 2

Anonymous said...

Salam Tok Rimau,
Setuju. Org yg buat kenyataan itulah yg patut minta maaf, bukannya pemimpin tertinggi parti. Itu adalah pandangan individu, bukan pandangan seluruh ahli parti. Umat Islam perlu menjaga hati, mulut, mata & telinga terutama dlm bulan Ramadhan yg mulia ini.
Wassalam.

Razlan said...

Tok Rimau,

Lembut hati DS Najib Kita... terkeluar kut ..ucapan minta maaf tu ..

Gerakkan dan MCA sehingga sekarang tidak meminta maaf dengan KITA diatas kenyataan ahli-ahli mereka..

Tak payah lah .. MELAYU nak mintak maaf dengan bangsa lain ..

Terlalu banyak jasa kita kepada mereka dan mereka tidak akan terbalas kepada MELAYU ...

pikirkan laa ....

Tinta Biru said...

Salam Datuk,
Kadang-kadang kita sanggup lakukan apa sahaja untuk menyelamatkan orang yang kita sayang dan dalam situasi ini TPM AMAT SAYANGKAN UMNO dan tidak mahu orang diluar sana terus mengeruhkan keadaan dengan cuba mensensaikan isu ini. Padahala kalau kita lihat ini bukan lahir dari SUARA RAMAI AHLI UMNO, cuma dari seseorang hamba ALLAH yang bila bercakap tak tahu nak berfikir akan kesan yang timbul akibat isu yang diperkatakan. Justeru itu tabik hormat saya bagi pada TPM kerana untuk menyelamatkan UMNO dari dicerca TPM sanggup memohon kemaafan dari seluruh masyrakat cina dan india.
Memang betul kata datuk, patutnya TPM tak payah minta maaf suruh je orang yang bercakap tu memohon maaf dan menarik balik kenyataanya. Kerana TPM sayangkan UMNO.

Anonymous said...

Selamat pagi Datuk Tiger,
Saya bersetuju!.. Mr. Ahmad ni mungkin perlu pergi menghadiri kelas lagi.
Dia memang tak sayang mulut, main cakap je lebih.
Sedih tengok rakyat Malaysia yang makin tidak sensitif terhadap istilah perpaduan itu sendiri.

Anonymous said...

salam dan selamat pagi!

respek pada Najib kerana sanggup meminta maaf walaupun bukan dia yang bertanggungjawab.mungkin memikirkan kerana rasa tanggungjawab dan cinta kepada parti,dia sanggup ketepikan ego demi kebaikan parti.

tapi sudah ditegaskan bahawa kenyataan dari Ahmad tersebut tidak mencerminkan perjuangan dan visi parti.

dan sudah semestinya pandangan dari Ahmad juga tidak mencerminkan pandangan seluruh kaum melayu.

daddy-wafiah said...

Salam Tok Rimau,
Saya respek dengan sikap rendah diri TPM,sanggup meminta maaf kepada kaum cina,supaya isu tersebut tidak berpanjangan.Barangkali Ahmad Ismail tu berat mulut nak minta maaf di atas kesalahan sendiri kot.Kita kena kekalkan perpaduan.Pemimpin bawahan ni kena jaga keharmonian dengan berfikir sebelum mengeluarkan kenyataan.Di bulan Ramadhan yang mulia ini banyak2lah beramal.

Unknown said...

selamat pagi(yang hampir mencecah tengah hari!)

Ahmad lah yang sepatutnya memberi kata dua dan meminta maaf diatas perilakunya dan bukannya Najib.

namun syabas buat Najib kerana sanggup mohon maaf walaupun yang melakukan kesalahan itu bukannya dari kalangan orang-orang besar UMNO di MT.

harap semua pihak dapat ambil iktibar dari kejadiaan ini.perilaku rasisme tidak akan membawa kita kemana-mana.hanya kekalutan dan kehancuran yang kita boleh perolehi.