Hari ini, seorang kawan menyatakan apa yang saya kata lapan tahun lalu, adalah benar.
Ketika itu, beliau kurang percaya dengan apa yang saya kata kerana beliau tidak menyangka apa yang saya kata benar-benar boleh berlaku.
Dalam ertikata lain, beliau tidak mahu mempercayainya kerana ada kesangsian di pihaknya, mungkin beliau masih "belum" mengenali saya.
Saya pun tidak memaksa beliau percaya apa yang diperkatakan.
Bagaimanapun, saya sedih kerana apa yang berlaku sekarang menyebabkan beliau mengalami kerugian. Bukanlah kerugian wang ringgit tetapi harga diri.
Kini, kawan saya sedar bahawa hidup ini mesti ada prinsip dan wang bukanlah segala-galanya.
Kadangkala kita hilang kawan kerana wang. Kawan pun tidak mahukan kita kerana wang.
Buang kawan yang sukakan wang tetapi carilah kawan yang suka berkawan.
Janganlah pening.
Hidup ini sekali saja. Buatlah yang terbaik.
Thursday, September 4, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
dato,
kawan untuk kita bersuka ria memang senang dicari.tapi kawan untuk dikongsi masalah dan menangis amat sukar didapati.
inilah realiti dunia.
kita selalu dengar ungkapan bahawa "wang bukan segala-galanya tapi segala-galanya perlukan wang".kita pada ketika ini macam terlalu obses dengan wang dan harta.tak salah untuk mencari harta tapi janganlah pula sampai menggadaikan persahabatan dan tali persaudaraan.
kita terpaksa terima hakikat bukan semua orang sesuai jadi kawan kita.
Selamat petang Tok Rimau,
Sempena bulan yang mulia ini, izinkanlah saya menyusun sepuluh jari, memohon ampun dan kemaafan kepada semua pelayar-pelayar yang mengenali diri saya sebagai JomoSama@2rrun...apa yang terkasar dan terungkap selama ini...harap di maafkan.
Ok...habis part minta maaf, kita kupas lagi isu-isu yang hangat dan hangit di pasaran.
Berkawanpun mesti ada prinsip,kalau nampak kawan yang boleh membawa rebah, eloklah kita hindari...kita berkawan untuk selamanya..kalau boleh biarlah sampai nafas yang terakhir..!! tidak rugi kalau kita hilang seorang kawan untuk mendapat lebih ramai kawan yang baru...lebih-lebih lagi kalau yang satu ini boleh memudaratkan kesihatan dan harga diri. Biarpun kita banyak duit tapi jadi kera sumbangpun tiada ertinya. Lagi baik kalau ramai kawan daripada banyak duit..kerana wang bukanlah segala-galanya...!!
Tentang isu terlepas cakap kelmarin, sepatutnya yang bercakap itu haruslah bertanggungjawab terhadap apa yang telah di ungkapkan, bukannya diam seribu bahasa,nak tunggu orang lain pula yang minta maaf bagi pihak dia.. itu perbuatan yang tidak bertanggungjawab tu. Dan bersedialah untuk menerima akibatnya..terlajak perahu, boleh di undur...terlepas cakap,tanggunglah sendiri.
Ni lagi isu di perak pula..entah apalah halnya MB perak tu nak bermegah-megah dengan isu tanah tu..kalau nak bagi...bagi sajalah..jangan pula sampai nak hebohkan seluruh dunia tentang harta Tuhan tu...tak masuk akal langsung lah.... kecuali dia dipaksa oleh DAP untuk ambil hati pengundi Cina dan India..!! ini lah akibatnya kalau jadi puppet..apa saja yang tok dalang buat atau suruh, kena buat sajalah.. demi jawatan MB.
Tok Rimau, rasa-rasanya...sejak PKR muncul dalam arena politik tanah air..DAP dan PAS sudah tidak relevan lagi. Mereka semakin pupus pengaruh mereka kerana pengundi-pengundi sekarang lebih teruja menyertai PKR yang banyak menggunakan isu-isu yang agak drastik dan berani berbanding corak politik DAP dan PAS. Apakah satu hari nanti mereka akan bergabung menjadi satu atau DAP dan PAS akan berkubur di landa Tsunami Reformasi... sama-samalah kita tunggu....
Salam Datuk..
Dalam menjalani kehidupan seharian, kita harus mempunyai kawan kerana kita tak boleh hidup sorang-sorang dalam dunia ni. Untuk itu kita harus menilai setiap insan yang harus dijadikan kawan...
Datuk,Yg mata duitan,berkawan dgn yg ber"uang"nak tumpang senang.Sahih munafik dlm persahabatan. Slament Rusdiharjo.
Sdr Youth Attack,
Satu lagi perkara yang perlu direnungkan ialah ada orang tidak boleh bekerja dengan kawan, apatah lagi kawan baik. Ini kerana apabila kedua-dua berada dalam satu bumbung, tiada lagi ikatan mesra sebagai kawan tetapi sebaliknya boleh menimbulkan ketegangan.
Saya pernah bekerja dengan kawan baik tetapi hanya "berusia" sebulan saja. Ini kerana cara beliau mengendalikan syarikat dan hubungan dengan kakitangan tidak sesuai dengan saya. Itu je.
Sdr Jomosama,
Dalam politik, tiada istilah kawan atau lawan sebenar. Kawan boleh jadi lawan manakala lawan pula boleh menjadi kawan. Itulah hakikatnya dan kita tidak perlu merasa pelik. Umpamanya, ada pihak yang merasakan mustahil Ezam Mohd Nor yang banyak mengata UMNO dan TDM akan menyertai parti itu semula. Hakikatnya sekarang beliau sudah berada di pangkuan UMNO.
Sdr TS,
Saya setuju dengan pandangan Sdr kerana manusia yang "duduk" berseorangan atau tidak suka berkawan digelar "kera sumbang". Sudahlah kera, sumbang pulak tu.
Salam Datuk,
yang penting dalam persahabatan mesti ikhlas dan jujur. Kalau ini yang kita terapkan INSYALLAH persahabatan itu akan berpanjangan. Bukan wang ringgit yang dijadikan sandaran dalam menilai erti persahabatan.
Salam Datuk,
Ada kalanya sifat sebenar seseorang manusia tidak boleh dilihat dalam sekelip mata. Sifat sebenar akan hanya diketahui selepas lama berkawan.Justeru, tidak menghairankan sifat baik seseorang manusia adalah supaya tidak buruk sangka.
Ada seorang sahabat saya yang terlantar di hospital kerana sakit dan kesempitan wang untuk menjalani pembedahan. Rakan-rakan kaya dan bergelar jutawan langsung tidak menghiraukan dan memberi pelbagai alasan. Mujur ada keluarga dan sahabat-sahabat miskin yang tampil membantu.
Itulah lumrah hidup.
Assalamualaikum YBhg Datuk,
Bulan baru.
Gambar baru.
Nampak makin muda (or gambar tu ambik dari jauh kot..)
Anyway agak peningla sikit dengan Datuk punya posting hari ini....
JONLABUYABEDABEDU
Post a Comment