Monday, September 8, 2008

JAUHILAH RASUAH, HIDUP TIDAK SUSAH

Sempena bulan Ramadhan ini, saya ingin mengambil kesempatan menasihati rakyat Malaysia terutama bangsa saya agar tidak mengambil rasuah atau mendekati najis itu.

Segera bertaubatlah agar nama tidak terpampang di dada akhbar atau tersiar di media elektronik. Ketika itu, muka perlu ditutup dengan kain.

Bayangkan ketika ditangkap oleh BPR dan diseret ke mahkamah betapa luluhnya hati isteri dan anak kita kerana kealpaan bapa mereka. Begitu juga isteri yang ditangkap kerana mengambil wang bagi meluluskan projek.

Ketika ini, nampaknya Badan Pencegah Rasuah (BPR) tidak berhenti-henti menangkap mereka yang cukup bukti melakukan rasuah. Setiap hari, ada kes baru mengenai rasuah.

Agensi itu juga bertindak dengan laporan Ketua Audit Negara berhubung penyelewengan.


Berita Harian dalam berita scoopnya hari ini melaporkan BPR mengesan sekurang-kurangnya tiga kes salah pengurusan dana awam dalam pelaksanaan program dan projek jabatan kerajaan, ekoran penelitian terhadap Laporan Ketua Audit Negara 2007 yang dibentangkan 29 Ogos lalu.

Pengarah Siasatan BPR, Datuk Shukri Abdull, berkata pihaknya mengenal pasti wujud unsur rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa dalam pengurusan dana kerajaan membabitkan kes berkenaan.

"Kita akan mendapatkan maklumat lanjut berhubung kes itu mulai esok di semua jabatan terbabit. Kertas siasatan yang dibuka ini adalah peringkat permulaan dan mungkin ada beberapa kes lagi menyusul," katanya.

Laporan Ketua Audit Negara 2007 yang dibentangkan di Parlimen pada 29 ogos lalu mendedahkan wujud banyak kelemahan di beberapa kementerian dan agensi kerajaan.

Antaranya kehilangan peralatan Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) bernilai RM9.56 juta dan kelemahan pengurusan sistem kompaun Jabatan Alam Sekitar (JAS) di beberapa negeri.

Isu lain yang dilaporkan sebelum ini ialah penggunaan tanah milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan tunggakan saman trafik, pelaburan RM537.04 juta Composite Tecnology Reseach Malaysia Sdn Bhd (CTRM) yang memiliki anak syarikat berpangkalan di Amerika Syarikat tetapi mencatatkan kerugian serta pembelian mesin pengimejan oleh Kementerian Kesihatan bernilai RM33 juta.

Turut didedahkan laporan audit itu ialah kelemahan pengurusan berhubung Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan projek pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Markas Wilayah Laut 11, Teluk Sepanggar, Sabah.

Tahun lalu, BPR menahan 15 individu susulan pendedahan Laporan Audit Negara 2006, termasuk tiga orang awam di kalangan kontraktor dan perunding projek. Berikutan itu, 12 pegawai awam didakwa di mahkamah atas pelbagai pertuduhan membabitkan penyelewengan dan salah urus dana awam.

Bagi penulis, bertaubatlah sebelum terlambat.

Mulakan hari ini.

9 comments:

Tinta Biru said...

Salam Datuk,
Sifat TAMAK yang berlebih-lebih ini sebenarnya yang mengundang kepada gejala RASUAH, Bila kita buat sesuatu kerja yang penting IKHLAS, AMANAH dan JUJUR. INSYALLAH kita akan terlepas dari sebarang gejala berbentuk RASUAH.
dan yang PALING PENTING ingat INSAN TERSAYANG.

junkopile said...

assalamualaikum tok rimauku
bersempena dengan bulan puasa/ramadhan ni mmg sesuai benar utk berhenti mkn rasuah dll, menipu rakyat,macam penghapusan etnik rasuah nampaknya tok semua jabatan kena gempur,,
tok pasar ramdhan hari2 kena gempur
selamat berpuasa tok

amirul said...

Salam Tok Tiger,

Salah satu tanda mereka2 yang kuat makan rasuah adalah Perut boroi mereka. Tok Tiger jenguk2kan lah berapa ramai pemimpin yang berperut boroi? Dan lihatlah mereka2 yang ditahan BPR semuanya berperut boroi juga! Namun ini andaian saya saja. Sekian wallahualam...

tajudin said...

Datuk Harimau

Saya setuju/sokong post ini 100%. Sudah lama saya tertanya-tanya (dan ditanya-tanya) untuk benar-benar RASUAH DIBASMI, ianya perlu dimula dari atas atau dari bawah?

hasipin66 said...

Salam TokTiger,

Sedih dan gerampun ada,kalau fikirkan hal orang yang buat kerja "GILA RASUAH" ni.Yang tak syok ni orang buat rasuah ni,golongan berpendidikan malah pemimpin dalam parti juga tak kurang hebatnya.

Saya setuju sangatlah pendapat sdri tintabiru,iaitu sifat TAMAK.Kita kena puji tindakan PAK LAH kerana memperhebatkan fungsi BPR dengan menambah anggota ke seluruh negara.
Biarkan BPR buat kerja mereka,24 jam lagi bagus,macam kerja MALAIKAT.

Saya nak cadang kat sini beberapa perkara:-
1.Jadikan perbuatan RASUAH ini sebagai subjek wajib dalam matapelajaran di sekolah bermula sekolah rendah.

2.Cipta lagu bertemakan JAHANAM RASUAH dan perlu dinyanyikan setiap hari dikesemua jabatan kerajaan ataupun sektor swasta.

Anonymous said...

nampaknya BPR dan bahagian audit negara benar-benar tegas dalam tugas mereka kali ini.

nampaknya banyak lah pihak yang perlu memberikan penjelasan di atas "ketidakcekapan" mereka.ini satu petanda yang baik kerana sedikit sebanyak dapat membersihkan imej sektor kerajaan di mata masyarakat.

MAWAR BERDURI said...

Dear Mr.Tiger

setuju dengan ayat c 'Youth Attack' = "membersihkan imej sektor kerajaan di mata masykat". Tetapi perlu di ingat juga rasuah bukan saja berlaku di sektor kerajaan semata2. cuma yang terpencil2 tu tidak ada pengauditan...Tuhan saja yang tahu, nanti di hari perhitungan bukan BPR yang ambil peranan lah. tak dapat g tutup2 muka rasalah pembalasannya.

Cuma apa yang penting kakitangan sektor awam perlu jadikan kesalahan rasuah sebagai sempadan dalam pelaksanaan tugas.

tiada yang lebih bermakna selain kejujuran..sama ada pada diri @ pada org lain. sekian

Unknown said...

sepanjang hayat saya,kali ini lah nampaknya BPR benar-benar mencabar keupayaan mereka dalam membanteras jenayah rasuah.mana saja ada aduan,mereka akan bertindak.dan nahas buat mereka yang mengemukakan aduan palsu!

jenayah yang cukup bukti boleh la dibawa ke muka pengadilan.jenayah rasuah yang kecil-kecil?itu terpulang pada setiap individu untuk melaporkannya atau tidak.

yang penting kakitangan kerajaan kena "bersihkah" tangan mereka dari gejala rasuah yang sungguh tidak sihat.

Anonymous said...

Salam Datuk,
Kadang-kadang bila diperhatikan manusia sekarang dah tak takut nak buat dosa. Seolah-olah macam Tuhan tak nampak apa yang kita buat. Padahal setiap apa yang kita lakukan, malah apa yang terlintas di hati walausebesar zarah pun, Allah melihat. Jadi di manakah kesedaran yang sepatutnya ada dalam diri masing-masing? Dimanakah iman masing-masing sehingga masih sanggup berbuat dosa seperti rasuah demi kerana inginkan kehidupan yang lebih mewah... Saya yakin masih ada yang belum sedar apa itu rasuah kerana ada yang berpendapat jika jumlahnya kecil, tak pelah, kira halal... Masya Allah...