Monday, September 22, 2008

TUMPUKAN KEPADA TIGA F

Saya amat bersetuju dengan gesaan Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, bahawa pemimpin Kerajaan Negeri Pulau Pinang perlu menghentikan "politicking" sebaliknya menumpukan kepada usaha membangunkan ekonomi.

Ucapan beliau di satu majlis Gerakan di Pulau Pinang disiarkan oleh Buletin Utama TV3 jam 8 malam.

Menurutnya, Kerajaan Negeri perlu memberi tumpuan kepada isu ekonomi yang semakin mencabar di dunia sekarang iaitu cabaran TIGA F iaitu Fuel, Food dan kini Finance. Isu ini memberi kesan langsung kepada ekonomi rakyat di negara ini.

Jika terlalu banyak "politicking", katanya, kesejahteraan rakyat akan diabaikan dan yang lebih teruk lagi membiarkan mereka menghadapi masalah tanpa sebarang pembelaan.

Di majlis itu juga, Dr Koh berazam untuk merampas semula Pulau Pinang.

Katanya, Gerakan mula berdiri di Pulau Pinang, dan kemudian jatuh di negeri itu pada PRU12 Mac lalu dan akan "berdiri semula" di Pulau Pinang dengan sokongan padu penduduk negeri itu.

Bagi saya, gesaan itu juga perlu diambilkira oleh pemimpin pembangkang di seluruh negara agar tidak "sibuk" berpoliticking tetapi membantu kerajaan mengatasi kemelut ekonomi sekarang. Pilihanraya Umum sudah selesai dan tunggulah pada PRU13.

Bagi pemimpin komponen BN terutamanya UMNO perlu juga berbuat demikian dan tidak payahlah melayan "kegilaan kemaruk kuasa" sesetengah pihak yang semakin menjadi-jadi dalam politik negara.

(Renungan Rimau : Pemimpin Gerakan mesti menyokong penuh Dr Koh bagi merampas semula Pulau Pinang dan bukannya memikirkan cara untuk melompat ke pembangkang selepas sudah tiada jawatan atau kalah pada PRU lalu. Pemimpin Gerakan perlu memperkuatkan semangat setiakawan dalam Barisan Nasional untuk memastikan BN kembali memerintah negeri itu. Bersatu teguh, berpecah masuk longkang.)

15 comments:

terubuk jantan said...

Salam Dato,
amat setuju dengan apa yang dilontarkan oleh tsk berkaitan 3f.politik yang berlebihan membuatkan org muak dan loya tetapi perlu juga diikuti kerana kestabilan politik berkait rapat dengan kekuatan ekonomi.Sepekara lagi kenyataan menteri kewangan 2 ts nmy,pelabur asing bimbang melabur sekiranya keaadan politik angan-angan berterusan(politik angan-angan).

Anonymous said...

Bagi saya, gesaan itu juga perlu diambilkira oleh pemimpin pembangkang di seluruh negara agar tidak "sibuk" berpoliticking tetapi membantu kerajaan mengatasi kemelut ekonomi sekarang. Pilihanraya Umum sudah selesai dan tunggulah pada PRU13.

Banyak cantik...? Masa senang kau orang telan seorang dan lanyak pembangkang. Bila susah ajak pembangkang beri kerjasama membantu pulihkan ekonomi ! Baca kitab mana nie ?

Raja Laut

Anonymous said...

4 F
- Fuel
- Food
- Financial
- FAILURE

Raja Laut

Quantum Metal Consultant said...

Kepimpinan kerajaan Negeri PP hari ini seumpama sekumpulan ekor ketam2yang ada di dalam bakul atau raga diketuai Lim Eng Guan dan seekor duanya ada di luar yang diketuai Koh Tsu Koon.

Saranan Koh supaya kerajaan negeri berehat dari piliticking sebenarnya lebih merujuk kepada dirinya (GERAKAN) sendiri ( dah penat kot sekarang...) yang selama ini mengeluarkan kenyataan demi kenyataan politik yang berupa kritik dan ugutan kepada UMNO sehinggalah gambarnya dikoyak dalam isu 'perkauman'.

Koh harus smemperkemaskan dirinya sendiri lebih lebih lagi mencari 'kesalahan sendiri' kenapa tewas teruk di PP sedangkan UMNO menang di semua tempat (Siapa yang lebih baik?) Lebih penting lagi Koh lebih baik mendiamkan diri dari berkata kata kerana setiap kali ia bercakap, ia hanya mencerminkan 'desperado' yang sedang kehilangan arah dan mencari 'salah' UMNO.

Tinta Biru said...

Salam Datuk, Bgauslah kalau Tan Sri Dr Koh Tsu Koon ada inisiatif macam begitu, Tawan balik hati masyarakat cina dan melayu yang berada di penang yang mungkin selama ini merasa tersisih bukan sahaja GERAKAN tetapi semua Parti Komponen BN harus mengambil inisiatif yang sama. Jadikan kegagalan PIRU ke 12 sebagai satu pengajaran pada kita mungkin ada insan yang berasa tersiish dan merajuk siapa tahukan? Tumpukan kepada perkara yang lebih bermanfaat dari pada memikirkan perebutan KUASA yang entah sampai mana dan bila. Ambil kira pendapat atau pandangan masyarakat bawahan saya yakin PIRU KE 13 BN mampu menawan mengulangi kejayaan seperti PIRU ke 11. Lagipun datuk apa yang dapat saya simpulkan di sini ada sesetengah tempat memerlukan kemudahan infrastruktur seperti Naiktaraf jalanraya yang telah dijanjikan hampir 30 tahun. Namun sehingga kini belum ada tanda-tanda jalanraya itu akan dibuat walaupun papatanda arahan untuk menaik taraf jalanraya telah didiriakan. Saya yakin sekiranya janji ini di penuhi masyarakat di sini akan setia dan terus menyokong kerajaan BN..dan kita mampu mengulangi kejayaan PIRU ke 12.

AKULAH GHAIBMAN said...

salam...
Saya bersetuju bangat sekiranya semua pemimpin dalam Gerakan menyokong penuh Dr. koh untuk mendapatkan kembali P.Pinang daripada pihak pembangkang..

Tinta Biru said...

Salam Datuk,
Pembetulan ayat dan kita mampu mengulangi kejayaan PIRU ke 11 pada PIRU Ke 13 nanti, Saya YAKIN DAN PERCAYA.

MAWAR BERDURI said...

salam mr. tiger?

Jika pemimpin BN Pulau Pinang tidak berpaling tadah kerana wang dan kuasa.. tiada yang mustahil.

Anonymous said...

Saya setuju, pemimpin Gerakan mesti menyokong tindakan merampas balik Pulau Pinang. Bukan berperangai pengecut dengan melompat. Tunjukkan semangat perjuangan, pemimpin yang macam tu yang kita nak.

Anonymous said...

dalam saat-saat genting untuk menangani isu 3F,semua pihak kena membantu sesama sendiri dan tidak hanya berfikir tentang berpolitik semata-mata.jangan pernah sekali-kali melupakan rakyat yang dalam kesusahan.

tentang Koh Tsu Koon,jika dia mahu untuk menakluk semula P.Pinang maka dipersilakan.tapi persoalannya adakah rakyat P.Pinang mahu menerima dia semula?

LIMAUDONG said...

Salam DIY

TAMBAH 1 F = FRUSTRATED POLITICIAN

aimdaim said...

Sepatutunya Dr Koh dah bercakap tentang perkara ini sebelum PRK Permatang Pauh. Barulah dtg semangat pejuang2 parti. Dah kena gasak dgn ahli sebdiri baru nak bersuara...
Kepada Dr Koh - Lu fikirlah Sendiri

Unknown said...

kalau semua dah pakat sibuk hendak berpolitik,siapa pula yang akan jaga kebajikan negara dan masyarakat?

negara kita sekarang kecoh dengan macam-macam isu politik.dan yang paling ketara ialah mana-mana isu yang berkaitan Anwar.Anwar seringkali mencetuskan kontroversi dengan tindakan dan spekulasi yang dibuat.

jojo51 said...

Hayat parti Gerakan sebenarnya tinggal nyawa-nyawa ikan. Apabila tanggungjawab 3 F itu disempurnakan oleh DAP maka akan wujud pula 1 lagi F (FUNERAL)untuk Gerakan.

Cheguman said...

Setuju (dah tersepit kot? atau dah insaf? Tak lama lagi kita buat kenduri arwah utk YTL di Sabah. Kita kat semenanjung ni buat sembahyang ghaib pun boleh kot?

YTL ingat org Sabah boleh dipermainkan sesuka hati?