Demi keadilan untuk semua (bukan parti keadilan), Gerakan perlu melihat diri sendiri atau muhasabah diri apa yang berlaku dalam partinya selepas PRU12 Mac lalu dan apa yang dilakukan oleh ahli/pemimpinnya yang menguris hati orang Melayu terutama di Pulau Pinang.
Ini penting untuk memastikan parti itu tidak hanya menuduh orang lain "menyakitkan" hati mereka, sedangkan apa yang dilakukan oleh ahli/pemimpin parti serta bekas ahli/pemimpin Gerakan terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN) selama ini.
Tidakkah TS Dr Koh Tsu Koon sedar bahawa dengan membenarkan "kakitangannya" bekerja dengan pemimpin DAP, Lim Guan Eng, selepas beliau kecundang memaparkan sikap "takpelah orang aku bekerja dengan pemimpin parti lain. Guan Eng pun pemimpin Cina juga. " Apa ni? Bagaimana perasaan orang Melayu melihat Dr Koh membenarkan ini berlaku.
Tidakkah Dr Koh sedar betapa "kuatnya" goncangan salam TS dengan Guan Eng sambil tersenyum dan menepuk bahu orang Melaka yang dilantik menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang itu dipancarkan ke seluruh negara menerusi kaca televisyen? Mengapa begitu kuat goncangan salam itu sedangkan semua tahu individu di hadapan itu yang mengambil alih kuasa daripada kamu? Tiada rasa malu atau sedih ke? Atau tidak kisah kerana PP jatuh ke tangan pemimpin lain yang satu kaum? Bagaimana perasaan orang BN lain? Ingat tak "individu" itu yang mahu menghapuskan DEB dan mengumumkannya secara megah bersama bapanya? Nampak kecil "goncangan" itu tetapi bagi sesetengah orang ia satu perbuatan yang amat pelik. Orang lain tidak tahulah.
Selain itu, bagaimana pemimpin Gerakan Pulau Pinang yang dengan cepat "menerima" tawaran bekerja dengan DAP seolah-olah selama ini Gerakan tidak menjaga mereka sama ada dari segi rohani, jasmani, kewangan atau apa sajalah yang boleh mencekalkan hati mereka. Kuat semangat untuk terus bersama BN. Janganlah gelojoh. Oleh kerana wang atau mahu kerja, pemimpin menerima tawaran itu dan melupakan semangat setiakawan BN selama ini.
Apakah Dr Koh tidak terasa pedih, bekas EXCOnya yang mengkritik BN dan cepat-cepat mengumumkan keluar parti untuk memberi lesen kepadanya berpeleseran dengan pemimpin PKR ketika Pilihanraya Kecil Permatang Pauh? Apakah itu bukan satu sabotaj kepada semangat setiakawan BN? Apakah boleh dengan hanya dengan mengatakan, "oh, dia sudah keluar Gerakan, maka dia boleh kritik BN" itu akan membantu BN ketika itu dan pada masa akan datang? Di mana kawalan Dr Koh terhadap ahli dan pemimpin Gerakan.
Yang terbaru ialah penyertaan Pengerusi Gerakan Wilayah dalam PKR kerana semata-mata dikatakan "sakit hati" digugurkan dalam PRU12 Mac lalu. Pemimpin itu secara terus-terang mengkritik pemimpin tertinggi Gerakan kerana meletakkan calon lain sedangkan wakil rakyat itu memberikan perkhidmatan yang terbaik. Apa ni? Sudah tentu pemimpin ini akan membongkarkan segala rahsia dalam BN yang menguntungkan pembangkang.
Halo... tolonglah faham sikit masalah yang berlaku selama ini dan jangan pula melenting tidak tentu arah kerana ada pihak yang suka mengajar "sejarah" menceritakan perjalanan hidup masyarakat di negara ini dalam PRK Permatang Pauh yang lalu.
Mungkin matapelajarannya betul tetapi kelasnya tidak sesuai.
Apabila kita melenting, tentulah individu itu mahu buat lebih banyak perkara yang mengejutkan. Bukan semua orang setuju dengan tindakan itu. Fahamilah.
Wednesday, September 10, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
18 comments:
http://pkrpasdap.blogspot.com
nampak macam geram dan marah... kalau tak puas hati koyak gambar...
kenapa sejak akhir ini kita dihidangkan peristiwa daripada ahli politk saje. macam diaorng aje ada masalah... masalh kita tak mahu ambil kira.
kes kena isteri kena bunuh pasal pembantu rumah asing.. macam mana?
Buah sukun kalau terlalu benyek memang muak.. kluangman
Salam Datuk,
Saya tidak hairan pada masa ini manusia pada masa kini sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapat apa yang mereka inginkan..Semangat setiakawan diletakkan ketepi demi kepentingan diri sendiri..
Salam Dato,
Rindu jugak nak melayari dunia tiger.......
tok,kita tunggu apa kata MT Umno hari ini...i'm back of ahmad ismail...
p/s: good luck to ur daughters..
Salam Bro Datuk,
Haaa!! Tu kan dah kena dah..baguih Dato ..kekadang kena juga kita brsuara apa yg kita org Melayu rasa..heheh..saya biasa post komen kat blog lain sal TS KSK ni nampak cam depa dah trpengaruh dgn cara bro AnWar n nak sgt backup bro AnWar tp style baling batu sembunyi tangan.. depa rasa nak keluaq BN jd cam 196* dulu kot..tu la jenis ni sekali sekala depa test market mcm TS LKYaik time Tun M dulu gak tp dah Tun pandai resolve n settle slow & steady trbengkung gak darah cin bukit depa tu.. kalo PLah tak bagi muka dari awal & can control d situation thru 3C den mungkin tak jd kelam kabut atau kalut mcm la ni.. tp semua ni ada hikmah nya saya rasa..ia seperti satu peringatan pada kita org Melayu..heheh..wat can I say..(,")
SAY NO TO NWO!! SAY BYE TO AnWaR & PLah!! SAY WELCOME TO FUTURE PM TGK RAZALEIGH aka Ku Li!!
p.s. Bro AnWar silap sebab pilih 916 sepatutnya 911 revisited sal silap2 tarikh Sept 11 tu bro AnWar yg ranap mcm WTC..heheh..(,") sept 10 court case..so..hopefully nampak sumting on sept 11..:)
Runtuhan tanah di Penang melibatkan keluarga Cina dan habis pokok durian ditimbusnya. Ingat bukit tu saja runtuh ke?
Kalau tak kerana tangan manusia, fenomena alam berjalan macam perancangan.
Sedarlah Melayu oooii, hampa beragama Islam, jangan termakan janji orang kafir, mereka tetap musuh Islam.
-MELAYU PENANG-
Salam Datuk..
Tidak hairan dalam POLITIK orang sanggup buat apa saja. Di depan cakap lain, di belakang cakap lain.
Jadi di harap pemimpin-pemimpin harus fikir masa depan anak bangsa di belakang hari...
Hidup Kerajaan BN...
Y.Bhg. Datuk,
Saya amat tersentuh dengan post Datuk hari ini dan amat bersyukur kerana masih ada orang Melayu seperti Datuk yang conscience masih begitu clear mengenai masa depan orang-orang Melayu di tanahair tercinta ini.
Sesungguhnya, saya juga amat bimbang dengan trend post March 8 di mana kaum bukan Melayu sudah mula menunjukkan belang mereka yang sebenarnya.
Saya tidak terkejut dengan pendirian Gerakan sekarang. Mereka sebenarnya cuba untuk shift the blame kekalahan teruk mereka pada pilihanraya umum lalu kepada UMNO. Hakikatnya, orang Melayu terlalu berlembut dengan kaum lain selama ni dan akibatnya, kita bakal kena pijak oleh mereka.
Teruskanlah menulis isu-isu yang boleh menyedarkan orang Melayu terutamanya orang Melayu yang terlebih pandai ni sampai menyebabkan ketuanan kita ibarat telur di hujung tanduk.
Perjuangan belum selesai. Trust me Datuk, saya yakin silent majority di kalangan orang Melayu akan terus memastikan ketuanan kita intact.
We Malays are very accomodating - don't push us because you will regret it.
Terima kasih Datuk.
Ridz aka afterburner73
Salam,
Saya rasa di Pulau Pinang khasnya, setelah DAP berkuaaa, Gerakan akan terus hanyut dan "tidak ada masa depan", kalau parti itu terus bersama UMNO dalam BN.
Itulah sebabnya beberapa orang bekas pemimpin Gerakan sudah meninggalkan parti itu dan menyertai PKR.
Pemangku Presiden Gerakan sudah berkali-kali membayangkan bahawa parti itu akan mengkaji semula kedudukkannya dalam BN, dan sudah tersirat bahawa kemungkinan parti itu meninggalkan BN memang agak besar.
Adakah tindakan bekas pemimpin Gerakan dan sikap Pemangku Presiden Gerakan itu salah?
Saya tidak mahu kata salah atau betul.
Tapi mengikut logik politik, memang Gerakan wajar meninggalkan BN kalau ia melihat masa depannya yang cerah bukan lagi bersama BN.
Dear Mr. Tiger
Wang + Kuasa dambaan manusia yang gemar menjadi raja. Beraja di Mata beraja di hati. kemelut melanda komponen BN (khususnya pemimpin cina) yang pada dasarnya menyokong perjuangan adalah terlalu subjektif untuk dimengertikan...itu hierarki n stail mereka.
kadang2 menyakitkan untuk terus difikirkan, memang mulut mereka jarang berkata2, tapi tindakan sering luar biasa dan berbisa.
Kalau benar setiakawan jadi pengangan tak kan pulang pinang jatuh ke tangan pembangkang. memang bg2lah mereka!
Salam Semua...
Tahniah but no thanks to Tengku Razaleigh....
Tok Rimau....inilah yang dikatakan, diberi betis, mahu peha..lepas peha, apa lagi Mawar berduri?? Sondiri mau tahu lahh...
Kalau nak perubahan dalam UMNO.. okay untuk young generations, no thanks to our atuk-atuk semua.. kalau korang saja, baik lagi Pak Lah.....
Pemimpin muda dalam UMNO banyak, berlambak-lambak, kenapa tidak sekarang..nak tunggu apa dan bila lagi???
masa saya di sekolah dulu darjah tiga, saya mendapat nombor satu dlam kelas, sejak dari itu semua budak cina yang pandai2 nak kawan dengan saya. sebelum itu, saya memang cikgu cakap terlalu low-key person. Tetapi sejak dari kecil saya sudah tahu perangai budaya opportunis bangsa cina... this is the truth, dan saya bukan rasis. Kalau berdasarkan sejarah, kesetiakawan bukanlah sifat2 kaum cina. Kejayaan, Kemenangan, kekayaan adalah nilai2 yang disanjung oleh mereka untuk mereka, tak kira dibantu oleh kawan atau musuh. yap ah loy dan gangster2nya, menolong penjajah, komunis menolong british masa penjajahan jepun, komunis menentang kemerdekaan negara ini dan berlawan dgn british lepas itu. Sekarang DAP dengan ideologi sosialist menentang keadilan NEP,kotrak sosial dan keadilan agama Islam? jadi tak patutkah kita menilai sejauh mana kesetiaan kaum2 Cina di sini?
ah deh deh? kau ni mr.jomo? nah lepas paha kasi lah perut, buka puasa perut mau isi mah!
tapi isi dengan benda2 yang baik dan halal. jangan terima rasuah. k chaw
dulu cina sekarang cina
apalah kisaah, umno ada tapi cina jugak jadi KM. so sekarang pun sama jugak.
puak umno janganlah memainkan isu perkauman setelah KM dipegang oleh DAP.
UMNO memang berkrat sejak dulu lagi.
rakyat melayu malaysia tak buta sejarah, kami kenal sipa UMNO sejak ditubuhkan dulu
Sejarah menyatakan tamadun sesuatu ada permulaan dan pengakhiran.
Maka jika UMNO/BN menampakkan tanda pengakhirannya kita terimalah.
Untuk kebaikan Malaysia dan semua kaum juga.
Haizam
Ini menjadi masalah apabila setiakawan tiada. Sampai bila pun mereka tidak akan kemana. Ada saja apa2 masalah, cuba larikan diri daripada menyelesaikan. Terlalu sibuk menunjukkan kesilapan orang kepada sendiri tetapi sikap sendiri tidak diperhatikan.
orang united malay national organisation terutama yg lagak pemimpin akan melaungkan " .... ketuanan melayu ..... hidup melayu .." bila dah nak kena kapan.
Masa senang rakyat dilihat sebagai picisan dan hanya layak dilayan ketika kempen pilihanraya saja.
Merekalah yg akan bermain ngan isu perkauman dan bila terjerat mula salahkan kaum lain. Perangai tak elok sampai koyak gambar macam mat cintan putus cinta
Nah .... bila dan kena strok baru mengelabah beruk. Masa ni baru ingat rakyat, baru ingat perjuangan asal ... tapi "sayang semuanya sudah terlambat".
Ini kes rasa diri dia saja sorang yang betul la ni.
Asyik-asyik orang lain yang salah, orang lain yang tak pandai.
Post a Comment