Tuesday, September 16, 2008

IMPIAN VS KENYATAAN (6)

1. Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, menegaskan kerajaan sekarang masih teguh dan akan terus melaksanakan tugas, peranan dan kuasa yang diamanahkan oleh rakyat pada PRU12.

2. Paklah menyifatkan "kerajaan baru" yang diuar-uarkan itu ialah "suatu impian Anwar" saja.

3. Paklah menjelaskan memang sudah menjadi lumrah Anwar dari dulu sehingga sekarang suka memperkatakan sesuatu untuk menarik perhatian umum.

Paklah menegaskan perkara itu selepas mempengerusikan Mesyuarat dengan Semua KSU di Putrajaya, hari ini - hari yang diumumkan oleh Anwar untuk menubuhkan kerajaan.

Oleh itu, sesiapa yang masih sangsi sama ada kerajaan sekarang tetap ada atau sebaliknya, bolehlah kuatkan iman mereka mulai saat ini.

Ejen kenit memberitahu saya, Paklah adalah orang yang paling layak untuk mengetahui "luar dalam" Anwar Ibrahim sejak zaman kedua-dua mereka memimpin persatuan belia lagi.

Malah, Paklah juga rapat dengan Anwar dan keluarganya serta mengetahui perjalanan hidup Anwar dan Wan Azizah sehinggalah mereka berkahwin.

Itu sebabnya, menurut Ezam Mohd Nor, Paklah sebagai seorang pemimpin dan kawan, sanggup membantu Anwar ketika beliau di dalam penjara lagi. Itupun banyak orang marah dengan tindakan berkenaan.

Sebenarnya, Paklah banyak tahu mengenai Anwar tetapi hanya menyimpannya. Politik adakalanya kotor tetapi hubungan baik perlu dihormati. Ada orang tidak peduli semua ini.

Orang beriman tidak akan menceritakan kisah hidup orang lain, apatah lagi yang tidak berapa elok. Eloklah tu.

13 comments:

Anonymous said...

Tok Rimau,

Betul ke BN hari ini teguh? Pak Lah tidur lagi ke? Mungkin kerajaan belum tumbang tapi jangan terus lena. Tok Rimau jangan terus mengampu dan membiarkan Pak Lah dibuai mimpi-mimpi yang mengasyikkan. Kejutkan beliau terus!

ibrahim yahaya said...

Sdr Anon,

Sebagai Perdana Menteri, Paklah sudah tentu mempunyai maklumat dan akses termasuk dalam bidang risikan oleh pasukan keselamatan. Cawangan khas (SB)dan MIO sudah tentu memberikan maklumat tepat hasil pengumpulan data mereka di lapangan.

Oleh itu, kenyataan Paklah bahawa kerajaan masih teguh pastilah berasaskan maklumat yang diberikan dan diterima daripada semua pihak di lapangan termasuk ejen politik. Melainkanlah maklumat yang diberikan oleh agensi-agensi berkenaan itu salah atau tidak boleh dipercayai.Fikirkanlah.

Samsudin said...

Saya yakin bahawa kerajaan di bawah pimpinan Pak Lah masih kukuh dan kuat seperti yang didakwa oleh Pak Lah. Beliau adalah seorang yang 'cool' sebab itulah ramai yang ingatkan Pak Lah seorang PM yang slow tapi sebenranya beliau mempunyai strategi sendiri untuk mengatur perjalanan kerajaan.

Sepatutnya rakyat tidak mudah mempercayai angan-angan Anwar untuk menubuhkan kerajaan baru. Rakyat tidak boleh terlalu berharap pada Anwar yang hanya pandai berjanji dengan kata-kata manis dari mulut beliau. Kononnya nak hapuskan rasuah bila kerajaan baru tertubuh tapi untuk menubuhkan kerajaan baru, beliau sendiri yang melakukan rasuah. Apa gunanya kerajaan baru yang nak hapuskan rasuah tapi dibangunkan dengan memberi rasuah. Inilah politik wang paling busuk di abad ini. Rampasan kuasa yang tidak bermaruah...

Anonymous said...

Bagi saya Anwar memang 'bijak' memainkan sentimen rakyat. Ada orang yang mati-mati percaya bahawa 16 September ini kerajaan BN tumbang dan Pakatan Rakyat naik sekaligus Anwar sebagai PM. Apa pun hujah yang menafikan perkara tersebut, namun mereka dah tak nak gunakan akal untuk berfikir. Percaya habissss! Pelik plak tu, orang cerdik pandai dalam PAS pun hanyut sama. Dia tak nampak dah bahawa mereka hanya dijadikan 'Kuda Tunggangan' Anwar saja.

Anonymous said...

Tok Rimau,

Terima kasih kerana sudi menjawab. Apakah fakta SB dan M10 itu tepat? saya juga pernah mendapat akses kepada maklumat seumpama itu, tetapi ternyata ia meleset. Saya amat berharap sebagai wartawan yang sering bergaul dengan rakyat jelata, Tok Rimau akan mendapat fakta yang betul. Sumber-sumber yg disebutkan tadi bukan sahaja tidak tepat tetapi boleh mengkhayalkan. Fikirkanlah juga.

Jipang said...

Eleh...

Bila UMNO dah goyang ni, si blogger ni tiba tiba nak berbaik pasal Pak Lah, kata Pak Lah tau pasal Anwar lah, orang beriman lah...

Tok Haji said...

Ceh wah... Tiger, maksud kau Pak Lah dengan AMENO guna spy dan pengintip ya? Dia boleh guna special branch, guna polis yang sepatutnya neutral dari segi politik untuk menentukan ada MP yang lompat ke tak?

Ini dah salahguna kuasa ni, AMENO dah salah guna kuasa! Dengan ini saja boleh dilupuskan kerajaan!

hasipin66 said...

Salam TokTiger,
Pada fikikan saya,kerajaan BN yang ditunjangi UMNO dan dibawah pentadbiran PAK LAH masih stabil dan kuat.Jawaban mudah saja,pada PRU12 berjaya dan membentuk kerajaan PERSEKUTUAN.

Sekarang ada pula pihak cuba dan terus melemahkan kepimpinan PAK LAH,siapakah mereka ini?:-

1.Pihak pembangkang (PR)yang diketuai oleh DSAI.
2.Pihak keluarga UMNO sendiri yang tak yakin dengan proses peralihan kuasa.Minta dipercepatkan,ataukah tak sesuai lagi peribahasa BIAR LAMBAT ASAL SELAMAT dan hendak BIAR CEPAT JUGA SELAMAT.
3.Reaksi parti kompenon BN sering tak konsten terhadap UMNO (Pak Lah).perkara hanyalah memberi kredit besar kepada pembangkang,dan akhirnya seolah-olah situasi yang sedang berlaku membuatkan rakyat keliru dan ada yang percaya kononnya kerajaan BN semakin lemah.

tajau singa raja said...

Kerajaan BN masih kuat dan rakyat SARAWAK masih mendukung BN dan kepimpinan Perdana Menteri (Pak Lah).
Mana ada Ahli Parlimen Sarawak Lompat Parti mana fakta yang kononnya 16 Sept PR memerintah itu semue cerita putar belit ANWAR saja dan ahli-ahli parlimen PR percaya bagai nak rak statement tu sampai ada yang ikut ke Taiwan
lepas ni akan ada tarikh-tarikh lain entah apa pulak.......
jangan pecaya lah penyataan pembangkang nie

dunia meow said...

Inilah kerja Anwar dari dulu sampai sekarang. Politik dia hanya mencari populariti, bercakap yang sensasi dan mencari perhatian orang. Banyak benda yang dijanjikan tapi banyak yang tidak dilaksanakan. Jangan terpedaya dengan politik murahan Anwar ni.

tok janggut said...

memang betul pak lah seorang beriman dan cool. Tapi Pak Lah, dalam politik kita mesti jahat sikit barulah kepala kita tak dipijak. Apa pun semoga paklah tabah menghadapi segala dugaan ini. Kalau takut dilambong ombak janganlah buat rumah di tepi pantai.

TINTABIRU said...

Salam Datuk,
Bak kata Pepatah Diam-diam Ubi Berisi.

TEAM B.I.O.N.I.C said...

Aku ni tak pandai nak menulis pasal politik ni.. cuma pembaca yang tersesat ke sini.. walaubagaimanapun, secara peribadi aku setuju ngan pendapat org yang beriman tu takkan menceritakan keburukkan orang lain (bukan tu mengumpat ker maksudnya?) tak kira dia ni dari kerajaan ker ataupun pembangkang yg penting dosa mengumpat tu masih lagi di kira.. Btw En. Rimau.. nice blog.. i'll sure come again.. cheers dan salam Ramadhan