Monday, September 8, 2008

BIG DOG TEGUR SIKAP CHUN WAI

Akhbar The Star milik MCA. Oleh itu, tidak hairanlah pendirian orang kuat akhbar itu, yang dipilih oleh MCA perlu seiring dengan perjuangan parti.

The Star kini diterajui oleh Datuk Wong Chun Wai yang juga seorang blogawan. Banyak artikel yang ditulisnya bertujuan untuk "mewujudkan" Malaysia baru.

Seorang blogawan, Big Dog, dalam posting terbarunya mempertikaikan tulisan Wong mengenai "isu perkauman" yang dianggap cuba memperkecilkan Perdana Menteri Keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagi Big Dog, tulisan itu rentetan artikel Wong yang mahu mengaibkan TDM. Sebelum ini, Wong menulis bahawa rasuah yang berlaku sekarang adalah lanjutan daripada pemerintahan TDM selain isu kebebasan media.

Kini, Wong mengulas pandangan TDM mengenai isu perkauman.

Ikuti tulisan Big Dog .

5 comments:

mn said...

Datuk,

Saya setuju 100% yang ini - [Wong menulis bahawa rasuah yang berlaku sekarang adalah lanjutan daripada pemerintahan TDM selain isu kebebasan media].

amirul said...

Salam Tok Tiger,

Mungkin ada kebenarannya... amalan rasuah ini adalah lanjutan drpd pemerintahan TDM. Tapi sejauh manakah keseriusannya? Adakah seserius ketika ini? Bagaimana pula amalan tersebut sebelum TDM memegang tampuk pemerintahan selama22 tahun? Apakah tiada langsung gejala rasuah ini? Jadi saya tidak bersetuju dengan komen saudara sukj yang setuju 100%. wallahualam

APPLE PIE said...

Assalamulaikum sedara,
biasanya manusia ini nampak yang busuk sahaja yang wangi hanya ambil bau sahaja...Tun Mahathir awal-awal lagi sewaktu tahun 1981 sewaktu menjadi P.M telah melawan perasuah-perasuah dengan gaya dan cara beliau sendiri.Saya terfikir adakah generasi hari ini pernah membaca tentang "kepimpinan melalui tauladan",bersih,cekap ,amanah","penerapan nilai-nilai islam"dan beberapa siri penangkapan perasuah-perasuah dizaman Tun Mahathir."sedara, sewaktu berkerja awal tahun 80an dulu semasa baru keluar dari universiti banyak juga kursus-kursus dan seminar tentang najis rasuah ini dilakukkan oleh pihak kerajaan yang ditadbiri oleh Tun Mahathir.Dato,orang kita ini lebih suka mendengar dari membaca,lebih suka melihat tanpa berfikir tentang apa yangf dilihat,Tun Mahathir tiada apa-apa hubungan dengan diri saya cuma sewaktu berkerja dahulu banyak seminar yang dihadiri dan dirasmikan oleh Tun, Masa tahun tersebut(1983,1984,1985),kami agak kabur apa yang cuba dibawa oleh Tun tetapi kini setelah melihat anak-anak,menantu dan seorang cucu saya mudah dan selesa pulang ke rumah saya samada untuk berbuka dan berhari raya serta pekerjaan yang baik baru saya faham apa yang sebenarya matlamat Tun.Dato, saya tidak mahu dicop sebagai bangsa yang tidak tahu berterima kasih pada seorang yang amat berjasa pada negara khususnya orang melayu,MAHATHIR MOHAMAD,biarlah seribu orang membenci dan mengatakan pada Tun, Allah jua yang mengadili segala jasa dan bakti Tun.Sedara, akal dan firasat saya selalu menyimpulkan begini...jika seseorang itu berjasa dan berguna pasti ramai musuhnya.Sedara, cuba sedara lihat, peristiwa Arwah Nasionalis Wartawan Pak Samad..Terima kasih sedara.

Tinta Biru said...

Salam Datuk,
Sebenarnya Gejala rasuah ni sudah lama mungkin sebelum pemerintahan TDM, cuma masa tersebut tak adalah seserius pada masa ini atau pun pada zaman TDM. Janganlah main sesedap rasa je mengata orang. Tak Baik,

Chester Pang said...

Salam!

Antara begitu banyak artikel yang dikarang oleh TDM. Yang paling saya tidak gemar ialah artikel "Pohon Maaf".
Ianya seolah-olah membubu garam dikulit yang terluka...