Monday, September 29, 2008

HABUAN SEKS : ZUL HASSAN DIPECAT

Saya menunggu tindakan PKR untuk memecat ahlinya, Zul Hassan yang mengaku menerima habuan seks wanita warga China berhubung skandal rasuah membabitkan projek membangunkan tanah seluas 36 hektar bernilai RM180 juta di Seri Iskandar di Ipoh.

Bagaimanapun, sehingga kini ia tidak berlaku. Tidak tahu mengapa? Mungkin bagi PKR beliau tidak bersalah lagi. Tapi, sudah mengaku terima "sedekah" habuan seks? Apa ni?

Bagaimanapun, semalam Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar, orang kuat PAS mengambil tindakan terhadap Zul itu, yang sudah tentu memberi imej tidak baik kepada Kerajaan Perak yang diterajui oleh pakatan pembangkang.

Kerajaan negeri memecat serta merta Zul sebagai Ahli Majlis Daerah Perak Tengah. Bukan pecat politik tetapi pemecatan pentadbiran. Mungkin nak jaga imej PAS.

Jika tidak berbuat demikian, pasti ada orang kata PAS bersekongkol dengan orang dapat habuan seks.

Kata Mohammad Nizar, arahan melucutkan jawatan Zul dikeluarkan pada Jumaat lalu. Keputusan itu dibuat setelah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) menyiasat mengikut akta dan enakmen sedia ada bagi membolehkan tindakan tegas diambil ke atas mereka.

"Kita juga akan mengesyorkan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) menyiasat dan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang menerima ataupun menawarkan habuan seks dan rasuah.

"Mereka tidak lagi layak untuk menjadi ahli majlis di bawah kerajaan pakatan pembangkang dan kita mahu dia meletakkan jawatan secepat mungkin," ujar beliau.

‘‘Jika mereka sanggup melakukan perbuatan yang bertentangan dengan adat kesopanan dan kesusilaan, mereka tidak lagi layak mewakili kerajaan pakatan pembangkang dalam mana-mana jawatan sama ada majlis bandaran atau majlis daerah di Perak,” tegasnya.

Pada 24 Ogos lalu, Zul didakwa menerima rasuah berbentuk habuan seks setelah mengadakan pertemuan dengan pegawai JAIP di Ipoh.

Ditanya sama ada dia turut melakukan hubungan seks, Zul berkata: ‘‘Tidak mengaku tidak boleh, dia (BPR) ada gambar.”

Bagaimanapun, katanya, dakwaan BPR bahawa dia dan rakannya meminta perempuan China adalah tidak benar.

‘‘Kita tak minta, tak cari, Mohamad Imran yang hantar. Serupa juga kalau orang bagi sedekah, awak tak terima ke sedekah itu?’’ ujar Zul.

(Renungan Rimau : Sedekah? Bukan sedekah yeop, itu maksiat, mana boleh habuan seks dikatakan sedekah. Dunia nak terbalik ke?)

26 comments:

Mazlan, said...

ITULAAAAAAAAAAAA...........DUIT DENGAN BUR** SAPA PUN JANGAN PERCAYA.
PANTANG TENGOK POMPUAN GEBU DAN PUTIH MELEPAK TERUS NAK SEBAT.
RUPANYA BERSEDEKAH NI BUKAN SEMASA BERCERAMAH SAHAJA DENGA MENADAH KOPIAH DAN SAPUTANGAN, MAKANAN NAFSU SYAHWAT PUN SEDEKAH JUGA YEOPPPP...

terubuk jantan said...

Salam Dato,
Kebanyakan mereka ni,mengeluarkan peluru dari mulut bukan dari otak maksiat dikatakan sedekah,tapi saya terfikir juga pr ni ambik tangkap muat aje ke ahli majlisnya atau memilih ahli majlis yang meletakkan peluru dimulut sahaja ke?nampak gayanya pemerintahan pr ni lebih condong "ada habuan" dan habuan tu bukan calang-calang "habuan" nampaknya dan boleh ditukar pulak "maksiat" kepada "sedekah",tahniah kepada MB Perak dah ambik tindakan pantas cumanya lepas ni bawakle si "sedekah" ni ke kuliah subuh yb.Tahniah pakatan rakyat kearah maksiat menjadi sedekah.

p/s: Selamat Hari Raya buat Dato Ibrahim sekeluarga dan maaf zahir batin dari saya "terubuk jantan".

ibrahim yahaya said...

Sdr Anak Mahmud,

Bak kata TS P Ramlee, "duugaan". Jadi semua pihak perlu menganggap sebarang "pemberian" daripada sesiapapun sebagai satu dugaan kepada kita dan janganlah ambil terutama orang yang tidak dikenali.

Nanti lepas kena tangkap, barulah nak menyesal. Masa tu tidak guna lagi kerana gambar sudah terpampang di media cetak dan tersiar di media elektronik. Satu kampung dah tahu. Insaflah.

ibrahim yahaya said...

Sdr TJ,

Salam kembali.

Parti politik tidak kira kerajaan atau pembangkang perlu mengambil tindakan terhadap ahli mereka yang melakukan rasuah dan maksiat.

Tiada kompromi kerana mereka akan memberi imej yang buruk kepada parti. Apatah lagi jika mereka yang terbabit merupakan pemimpin kanan atau pemimpin tertinggi. Jangan rasa kesihan kepada pemimpin yang telah melakukan kesalahan mengikut undang-undang negara. Jangan taksub dengan pemimpin itu kerana ramai pemimpin lain yang boleh menggantikan individu ini. Percayalah.

p/s: Saya sekeluarga juga mengucapkan Selamat Hari Raya kepada TJ dan keluarga. Semoga bahagia sepanjang masa.

Fazrulls said...

Salam,

Sedekah ada banyak2 cara... so pikir-pikirkanlah...

Ada sedekah yang boleh diterima dan tidak...

Salam mesra,

Anonymous said...

Jangan buat hairan pulak? UMNO itu abang dan PKR adik. Kali ni rezeki adik. Kalau benda tu offer kat abang(UMNO), rasanya sebat juga.

UMNO dan PKR memang tak boleh pisah dengan 'wang dan betina'.

TongkatAli

Kulupbana said...

Salam Datuk,
Terlanjur Datuk sebut P.Ramlee, lantas saya teringat filem 'Anak Bapak' bila si Harun minta pinjamkan bini drebarnya (Ibrahim Din) barang seketika untuk 'cover line' dengan bapaknya (Tompel).

Dalam bilik di atas katil, ketika mereka bertiga berbual mencari jalan selesai masalah, bini Ibrahimn Din pun berkata,
'saya ni bukannya apa bang kalau dudok satu bilik dengan encik Harun, saya ni pemurah ...'

Maaf, dialog tepat mungkin tersasar tapi maksudnya gitu lah..

hasipin66 said...

Salam TokTiger,

MasyaALLAH!jika benar perkara yang tak baik (habuan seks)berlaku,rasanya siang-siang lagi mesti diketepikan,tak layak jadi pemimpin.Tak pilih siapa,apa jawatan dan apa partinya.Pokoknya tak boleh dipakai pemimpin seperti ni.

Anonymous said...

Orang Trengganu kate sedekoh. Orang Cina kate howkoh (baham).Itu kut maksud dia sedekah

vicky said...

eh...makan bubur pedas..very wise pilihan bubur puan...tidak copyright dari anwar..nasi lelaki..have to prosecute..

rayliew said...

Apa dah terjadi kpd pemimpin-pemimpin PKR, cakap mau tangani rasuah, sendiri terjerabak dalam kes sedemikian..Hairan kenapa dia kata dia tak minta tetapi menerima habuan seks yang kononnya disedekahkan????

Al-Yasar said...

Salam,

Ini barangkali cerita malang seorang ahli politik yang diperangkap, masuk perangkap, dan kemudian mengaku pula.

Di luar sana, banyak juga pencuri yang tidak kena tangkap, atau pesalah yang bebas kerana tidak ada sesiapa yang memerangkapnya.

Tapi di dunia ini barangkali hanya yang bernasib malang yang akan menerima hukuman.

Yang bernasib baik boleh terus melakukan maksiat, dan hanya akan diadili di mahkamah akhirat nanti.

tok janggut said...

Inilah masalah yang menimpa masyarakat kita, masyarakat melayu yang begitu gah dengan agama islamnya. Tak tahu sejauhmana keislaman mereka.

Yang dimaksudkan sedekah bagi Sedara Zul ialah free. Bila free rembat sajalah labu. Mereka tak dapat nak bezakan mana yang halal dan haram bila berada di atas. Ini merupakan pedoman kepada semua pemimpin tak kira pihak mana.

daddy-wafiah said...

Salam Tok Rimau,
Apa mau jadi dengan pakatan rakyat di perak ni...sedekah apanya.. habuan seks dikatakan sedekah..rosak sudah pemahaman agama diorang ni..bagus MB Perak tu bagilah kelas agama pada dioarang tu.

LIMAUDONG said...

Hello DIY

Memanglah " Ayam laga( AYAM SABUNG ) TIDAK akan menolak JAGUNG apabila dihidangkan dengan makanan yang sedap didepan mata. Baru 6 enam bulan dalam kuasa sudah mulai menunjukan tabiat gatal.

Anonymous said...

Salam Dato;
Memang sungguh memalukan.
Tindakan Zul Hassan bukan saja membuatkan pemimpin dan ahli politik di negara ni malu dan di 'downgraded' oleh masyarakat bahkan tindakan tersebut seolah-oleh menyatakan yang habuan seks adalah bebas dan diterima pakai sebagai satu currency dalam politik atau berurusan dengan orang politik.
Tak malu lagi ke?
Yang lebih memeritkan keadaan, PKR seolah-olah tidak ambil pusing tentang hal ini. Hanya duduk berdiam diri.
Tak kan la kerana sibuk dengan agenda Anwar nak jadi PM, hal-hal sebegini terus di lupakan?
Apa nak jadi dengan para pemimpin kita sekarang... bila nak kuasa, rakyat di junjung dan di belai tapi bila dah dapat kuasa, semua prinsip dan agama tolak keluar.

tajau singa raja said...

Hello,
Dato'

Nampaknya ulat bulu dah naik daun...itulah gambaran sebenar pihak pembangkang..
tak kira apa-apa habuan semua diterekam taksub sangat kot tak boleh pakai orang macam ni

MAWAR BERDURI said...

salam?

kompius gue? kalau sedekah2 ni selalunya untuk fakir miskin. rupa2nya ada juga manusia yang fakir dan miskin batinnya...terima sedekah seks. bikin malu ja. tak payah tunggu di pecat. letak ja jawatan 2.

Tak payah tunggu di hina dan di caci. ni lah pemimpin indah khabar dari rupa. sebelum ramadhan berakhir bertaubat lah oiii?

Salam Raya.

abe MIE 'TERJAH' said...

datuk

kalau gitu zakat fitrah yang kita bayar ini kira seks juga ke?

siapa yang syok?

tembeleng terbongkar.

dah kena pecat dah zul nie. minta lebih ramai ahli PKR kena pecat... jadi macam SAPP... atau Ibrahim Ali

Anonymous said...

Datuk

Sama juga sedekah duit/kain batik/bawak melancung masa pemilihan ketua dalam UMNO atau pilihanraya...sedekah atau rasuah?

Matlamat tak boleh menghalalkan cara.

Yahya Ahmad
Jerantut

p/s Pasal apa banyak sangat tahi lembu atas highway hari ni?

Zukri Valenteno said...

Bro DIY...

Alangkah bangang dan jahilnya di mamat yang mengaku terima sedekah ni...dia ni tentulah sudah berumahtangga dan mempunyai anak dan isteri, bukan ka?

Bagaimana dia hendak menghadapi (ataupun sudahpun menghadapi anak isteri mengenai hal ni) apabila membuat pengakuan yang cukup memalukan umat Islam lebih2 lagi dalam bulan mulia yang penuh dengan keberkatan ALLAH swbt...

Bagi saya dia tetap bersalah -- kalu orang kasi sekalipun dan kita TIDAK mahu menerima...ia tidak akan terjadi...jangan salahkan si adjuster atau supplier...kerja dia suply saja, mau ke idak itu kita...nampak sangat lemah diri dan rendah akhlak...tupun berlagak macam hero di depan kamera tv...

Begitu juga dengan pak menteri...yang selalu bersungut "press tanya I, i pun jawablah". Saya selalu bagi nasihat..."Boss, press boleh tanya, korek atau selidik kalau Boss tak mau jawab tak jadi hal...tidaklah timbul press salah petik ka, salah lapur di kemudian hari".

Dalam banyak kes, press atau akhbar TIDAK PERNAH SALAH PETIK atau SALAH LAPOR....mereka melaporkan seperti yang didengar dan dilihat....

Salam Aidilfitri dari kami di Suasana Tenang, Kuala Lumpur

Quantum Metal Consultant said...

Zul Hassan dengan Teresa elok letak satu bilik, mulut sama sama tak ada insuran.

Anonymous said...

Inilah untungnya negeri dibawah Pakatan rakyat.semua mata memandang kalau ada pekara yang tak betul belaku.Belum pun BPR buat tindakan,Kerajaan Negeri dah ambil tindakan & PKR sendiri pun ambil tindakan.Tidak spt negeri dibawah BN berpuluh lapuran dibuat tentang Rasuah tindakan akan dibuat bila lawan Boss.contohnya Kes Ahmad said sebelum jadi MB terengganu dan Datuk Yong Teck Lee

Pulut Kuning

ahm said...

yop dah cek kea ada melamine ke tak? produk china banyak kandungan melamine dan boleh sebabkan batu karang... kalau saluran tu tersumbat..demam tak kebah yop....

Anonymous said...

Gile la mamat Zul ni.
Dia dah hilang akal ke apa.
Mana boleh sama kan sedekah tu dengan habuan sex dia.
Sedekah tu benda baik, dituntut agama.
Habuan sex dia tu benda buruk, dilaknati Allah.
Tak kan tu pun dia tak tahu beza.

Mungkin mamat Zul ni nak melawak kot...lawak bodoh.

Anonymous said...

Tuh dia baru kenen-kenen je tu, belum lagi dia sondol-sondol.. kalau kes sondol pulak apa cerita..?? tu kira sedekahkah atau sunat tu?? PAKAR KELENTONG RAKYAT.. nak buat camna??