Monday, September 8, 2008

IMPIAN VS KENYATAAN (4)

1. Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, malam ini menafikan tindakan sesetengah pihak yang menyebarkan khabar angin bahawa beliau akan "melompat" menyertai Pakatan Rakyat. Beliau meminta agar tiada pihak yang terpengaruh dengan cakap-cakap politik yang berniat jahat itu. Menurutnya, tindakan itu dibuat oleh golongan yang tidak bertanggungjawab untuk memburuk-burukkan namanya dan mengganggu kestabilan politik BN.

Berita itu dilaporkan oleh Buletin Utama TV3 sebentar tadi.

Berita lain ialah:

2. DS Mohd Najib Tun Razak berkata tiada momentum mengenai penubuhan kerajaan baru dan ia hanya digembar-gemburkan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab. Tiada kebenaran laporan yang mengatakan ada pembentukan kerajaan baru itu.

3. Menteri Pengajian Tinggi, DS Khaled Nordin, berkata tindakan pembangkang mengembar-gemburkan penubuhan kerajaan baru itu mengancam kekuatan ekonomi negara dengan menimbulkan keadaan ketidaktentuan. Menurutnya, tindakan itu akan menyebabkan rakyat hilang kepercayaan kepada kepemimpinan negara.

4. Kumpulan pertama Ahli Parlimen BN hari ini bertolak ke Taiwan untuk mengadakan lawatan sambil belajar untuk mendalami teknologi pertanian moden di negara berkenaan. Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Raden, berkata wakil rakyat boleh mempelajari bidang pertanian yang dipermodenkan dengan teknologi baru. Mereka mengharapkan lawatan berkenaan akan memberikan pendedahan yang baik.

8 HARI LAGI.

15 comments:

Anonymous said...

Dato'

1. Nak mempelajari pertanian pun kena hantar 50 MP ker?

2. Bukankah sesuai kalau dihantar pegawai pertanian atau petani sendiri?

Annoynymous

Tinta Biru said...

Salam Datuk,
Dalam DSAI hendak mencapai matlamat dan impian beliau, pengikut2 taksub beliau akan buat apa sahaja untuk memastikan IMPIAN VS KENYATAAN menjadi satu REALITI dan jangan hairan kalau pada masa ini fitnah atau pun "SMS LAYANG" kita akan dengar atau pun dapat dari orang-orang yang tak bertanggungjawab. Mereka ini hanya menyusahkan NEGARA, Menyusahkan masyarakat dan Menyusahkan kerajaan BN dan parti komponen BN di SABAH, SARAWAK DAN SEMENANJUNG.

JantanGiler said...

Najib/Pak Lah mungkim terlepas pandang Chaos Theory - Edward Lorenz.Sentimen 16 Sept hanyalah andaian persepsi akan berlaku nya pengambilan alihan kuasa. Akan tetapi perjalanan ke 16 Sept telah berjaya meletakan keadaan 'Chaos' sebelum waktu nya. Semua focus tertumpu pada DSAI dan 16 sept.Kemungkinan andaian realiti yg bakal berlaku mungkim tidak ada kena mengena dgn DSAI. Andaian seperti beberapa ahli UMNO dan komponen BN akan mengistiharkan keluar BN dan menjadi parti BEBAS hanya beberapa hari utk memaksa Pak Lah meletakan jawatan. Dikala itu DSAI mempunyai cukup majority, tetapi majority ini hanya mampu bertahan kurang dari seminggu dimana BN akan dipulihkan oleh pemimpin baru dan BEBAS kembali menjadi BN dgn simple majority.

Anonymous said...

Banyak betul cerita panas yang keluar dari mulut2 mereka ni. Isu lompat melompat ni nampak sangat mainan politik Anwar. Cuba kucar kacirkan keadaan dalam masa yang sama mengambil kesempatan.

Bung Karno said...

Anwar dah tukar tarikh penubuhan kerajaan PR kepada 19 Sep. sempena tarikh dia menyambut kepulangan 50 MP BN dpd kunjungan luar negara.

Kalau gagal, dia akan enjak tarikh ke hujung Ramadhan, sebab dia nak menghormati bulan mulia Ramadhan al-Mubarak.

tajudin said...

komen saya pada item 4 Datuk Harimau.

MAHA 2008 hari tu, macam-macam teknologi ada. ada yang belum kita praktikkan kat sini pun. dan MAHA 2008 adalah yang terbesar di ASEAN ini, dapat menarikpelbagai pihak dalam agro di seluruh dunia untuk datang.

Cukup luangkan masa 2 hari di MAHA dan kalau betul ikhlasnya, kita boleh majukan industri pertanian sebaiknya.

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

jom ke website abe MIE, andaikata haiwan dalam zoo boleh kata dan cakap macam kita cakap, mereka TERKEJUT BERUK MAK YEH kerana Pakatan hendak bela Islam dan menegakkan Perlembagaan.

Nota- Beruk Mak Yeh tak pernah makan pisang hari ini besok makan sambal daging pada esok. Pakatan lain, semalam makan BABI- hari ini makan katak, besok makan apa pula.

Anonymous said...

Kita tengok nanti benda ni jadi kenyataan atau hanya cerita dongeng rekaan Anwar. Terlampau terdesak dia nak jadi PM ni, dah tak sempat nak tunggu PRU dah. Main rampas2 je, tak nak ambil peduli langsung sistem demokrasi, belum tentu semua orang dekat Malaysia ni sokong dia. Kalau sebenarnya majoriti tak sokong dia apa cerita? Tak boleh pakai lah macam ni.

Anonymous said...

In the I-Ching, the ancient Chinese book of divination, there is a hexagram called "Revolution". In a revolution, it says "Two mistakes must be avoided. You must not move with excessive haste nor use excessive ruthlessness against the people. What is done must be corresponds to higher truth. A revolution not founded on inner truth will come to a grief. For in the end, the people will support only what they feel in their heart to be just".
This is the meaning of the mandate of heaven.

Anonymous said...

Pasal apa lah Anwar ni desperate sangat nakkan jawatan PM tu? Baik kita renung dan fikir dalam-dalam, apa agenda sebenar beliau yang beriya-iya sangat nak merealisasikan impian beliau. Kalau setakat nak bela Melayu dan Islam, rasanya memang tak mungkin. Tengok sajalah siapa parti rakan seperjuangan PKR dan PAS, iaitu DAP yang boleh tahan juga keanti-Islamannya. Mampukah Anwar nak mentadbir kerajaan campur macam tu? Macam mana beliau nak memartabatkan Melayu dan Islam dengan adanya DAP dalam Pakatan?

Anonymous said...

Salam Tok Rimau,
Ni nak cakap tentang SMS ni.. rata-rata SMS yang dihantar pembangkang ni di sasarkan pada golongan muda majoritinya....?? Nampak gaya ada syarikat telekomunikasi negara ini yang sudah ikut berpolitik atau telah melanggar undang-undang dengan menjual senarai nama-nama pelanggan yang melanggan servis/perkhidmatan mereka.
Ini kena di perbetulkan Datuk...!!

Anonymous said...

Ni la drama Anwar yang kemaruk nak jadi PM. Sampai tidak peduli lagi samada dia menggadaikan integriti Malaysia kepada dunia luar, yang penting dia dapat kuasa.

Anonymous said...

"For in the end, the people will support only what they feel in their heart to be just".
Cantik dan tranparent makna ayat tersebut.. Kalaulah DSAI memahami erti api tidak patut dilawan dengan minyak..., kkan senang, aman nenek moyang kita..
Seolah-olah esok tiada lagi bagi anwar, atau mungkin juga dia sedar bahawa masanya akan `ditiadakan' oleh keadaan yang sudah bosan dengan politiking dan politikus negara ini.

Salman Madani said...

Salam,

Maklumat yang digembar-gemburkan oleh Anwar bahawa pada 16 September 2008 akan berlaku pertukaran kerajaan mungkin tidak menjadi kenyataan.

Tapi yang anehnya mengapa pada masa itulah juga BN menghantar ahli Parlimennya melawat Taiwan secara beramai-ramai dan kononnya untuk belajar tentang pertanian?

Sebenarnya bukan saja masa membuat lawatan itu macam untuk mengelakkan ahli parlimen BN melompat parti, tetapi menghantar ahli parlimen pergi belajar pertanian secara beramai-ramai juga adalah satu perbuatan yang diragui kesesuaian dan faedahnya.

Nampak sangat lawatan itu dibuat untuk mengelakkan tarikh 16 September yang "berpuaka" itu.

Tidakkah begitu?

Unknown said...

kenapa tak hantar satu parlimen terus ke Taiwan? takut sangat ke dengan anwar tu? bukanker boleh hantar pegawai kerajaan aje.. kemudian mintak laporan.

TAPI.. kenapa si anwar tak sesabor nak pegang kuasa. kenapa tak boleh tunggu PRU akan datang. takut tak sempat kot..ada udang sebalik mee goreng la tu... kalau anwar dah jadi PM, dah tentu kebal.. boleh "buat" apa dia suka.. sebab tu agaknya tak sesabor sangat.. penyokong taksub dia lak, ikut aje..