Sunday, September 14, 2008

PEMBACA RTM TUA. BETUL KE?

Hari ini, dalam sebuah akhbar mingguan, ada seorang penulis yang menyatakan bahawa kebanyakan pembaca RTM sudah tua-tua belaka. Menurutnya, ada pembaca berita itu mula membaca sejak beliau di bangku sekolah sehinggalah sekarang. Betul ke?

Yang saya tahu hanya seorang saja yang boleh dikatakan "veteran" masih membaca berita di RTM iaitu Sdr Harjit Singh Hullon. Itupun pada waktu tertentu saja bukanlah prime time iaitu Warta Perdana.

Ada yang "lama beraksi" tetapi kelihatan masih muda seperti Farith Ismet yang dikatakan masih ramai peminat terutama pakcik dan makcik di kampung. Beliau ada "style" sendiri yang kadangkala mencuit hati. Boleh ke beliau terus membaca?

Mungkin ada pengacara sukan veteran di RTM seperti Haji Hasbullah Awang yang masih "beraksi". Namun, persembahannya masih menarik dengan laporan yang diselang-selikan dengan pengalaman beliau di sana sini sebelum ini.

Laporan sukan memerlukan satu analisis yang baik, bukan setakat melapor saja.

Apa pun, RTM perlu melihat juga mereka yang boleh "direhatkan". Betul tak?

14 comments:

Anonymous said...

Dato'

Ini bukan soal tua atau muda. Kalau muda tapi tergedik-gedik baca berita, nak buat apa. Cuba kita tengok CNN, BBC atau Aljazeera. News anchor kesemua rangkaian ini adalah cukup berpengalaman. Mereka membawa credibility kepada berita.

tok janggut said...

Salam Datuk,

Terima kasih Datuk kerana singgah di blog saya, terkejut.

Saya rasa tak salah kalau orang tua dikekalkan kerana yang muda masih tak dapat menandingi yang tua dalam semua hal. Harapkan wajah yang cantik sahaja tak cukup, mesti ada ilmu. Saya tengok yang muda-muda sekarang bila berhadapan dengan mereka yang berpangkat dan atasan, nampak sangat yang mereka ni masih hijau. Tapi saya respect Tuan Syed. Beliau boleh masuk dalam semua hal, ekonomi, politik dan sosial.

SPdotCom said...

Assalamualaikum...

Saya setuju pembaca berita RTM tua-tua belaka, 100% setuju. Seingat saya dah melihat pembaca berita seperti Farith Ismet sejak saya di bangku sekolah rendah tapi "style" dia tak ada lah mencuitkan hati pada saya tapi membosankan dan buat saya menyampah menonton berita-berita RTM.Pada saya sudah sampai masa RTM mempebaharui corak atau gaya penyampaian berita, kalau setakat tukar logo saje tak mencukupi.


Satu perkara lagi yang membuatkan saya menyampah untuk memonton siaran berita atau program "talk show" sebelah pagi yang diterbitkan RTM adalah kerana pengantara atau penyampai wanita, pada saya, mereka selalu "over" dari segi pakaian ataupun dari segi penampilan wajah iaitu gaya rambut dan warna rambut. Kadangkala saya terasa seperti menonton siaran berita yang diterbitkan dari negara asing, maklum sajalah bila melihat pengantara atau pembaca wanita dengan rambut perang.Pernah seseorang yang bole saya panggil makcik merungut pada saya,katanya "Kenapa pembaca berita wanita RTM semuanya kelihatan macam ****** ".???? Sakit mata.

Apa nak kata, senyum jer la. Walau apa pun, saya cuma beri pandangan peribadi saya. Pandangan Dato' saya tak tahu ler macamana. Kalau ada yang terasa tu, saya minta maaf.

jiwakita said...

salam ramadhan tok rimau....

Walaupun tua..tapi berisi.
Mereka berpengalaman dan berpengetahuan luas.....

Kalau dipanggil tua..rasa-rasanya
menghina..tak salah kita dengan panggilan lebih manis..veteren ke..
atau pro.voice dalam bidangnya..

kemungkinan...pendengar yg bijak dan kritis dlm negara hasil dari RTM......kerana keveteran pembaca
berita dan bahan beritanya telus
dan dipercayai oleh golongan seangkatannya.

Akan tetapi kita akui 'kehebatan' stesyen swasta lain juga ada pendengar tersendiri....

JantanGiler said...

Bukan sahaja RTM tetapi di TV3.Disatu rancangan pagi di TV3 di letak nya host perempuan sarat mengandung. Penerbit mungkim mempunyai alasan tersendiri tetapi sanggup meronakan minda dan selera penonton. Penampilan host TV yg hebat dan intelectual akan memberi mood utk penonton setia pada sesuatu rancangan.Teringat dizaman Wan Zaleha Radzi, Zakiah Anas, Normala Shamsuddin dimana penampilan cantik / intelectual menaikan rating TV3 mengatasi stesen TV yg lain.

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

mungkin salah satu sebab kenapa orang dah beralih arah ke TV3. selain vateran, kita nak tengok pembaca yang aktif dan comel.

buat perbandingan antara drama malaysia dengan drama bersiri dari indonesia. selain jalan cerita yang menarik dan berbentuk islam, drama mereka menampilkan muka-muka baru walaupun tak beberapa hidup.

orang hendak juga tengok wajah-wajah baru yang bijak dan profesional. jangan perlekeh mereka.

lihat utusan dengan sinar harian. utusan ramai wartawan vateran tapi sinar banyak wartawan fresh graduet. ada rencana perlu vateran tapi orang hendak baca benda yang baru dan pandangan serta penyampaian yang baru.

penyampai rancangan tv, pengacara, dj raddio,dan imam masjidpun kita mahukan orang mudaa baca khutbah. betul tak datuk.

Tinta Biru said...

Salam Datuk,
Pada saya Tua atau Muda bukan ukuran, tapi Isi Berita yang disampaikan sama ada menarik atau tidak untuk ditonton oleh segenap lapisan masyarakat.

Gagak di Rimba said...

Yang bagus barangkali mesti ada gandingan pembaca berita orang tua dan orang muda, dan berilah peluang yang lebih banyak pada orang muda.

Kalau tak buat perubahan, kita tidak tahu mana yang lebih menarik.

Mungkin yang muda lebih berbakat dan ada potensi daripada yang tua.

Saya harap begitu.

Kulupbana said...

Salam Datuk,
Terlanjur menyingkap isu 'talent RTM' elok juga menegur 'attitude' penyampai atau kalaupun layak bergelar 'anchor' program 'Selamat Pagi Malaysia'.

Masih lagi menggunakan ungkapan 'mereka-mereka', 'banyak pelajar-pelajar' mahupun 'para peniaga-peniaga' walau telah banyak kali ditegur sewaktu mengikuti bengkel di IPTAR. Nahu Bahasa Melayu tidak membenarkan bilangan majmuk disusuli dengan kata majmuk juga. Mana depa belajar ni ?

Sempat direkod siaran SPM pada 02 September, perantara Suhaimi menyebut 'ramai doktor-doktor', 'kebanyakan hospital-hospital' ketika bersembang dengan tamu pakar sakit mata. Tolonglah jangan kelirukan pelajar sekolah yang nak ambil peperiksaan; awak tu 'ikon media'.

Istilah 'beliau' dah tidak lagi membezakan panggilan diri kedua itu yang sepatutnya hanya layak ditujukan kepada individu/tokoh ternama lagi berjasa sahaja. Apa yang terjadi perantara kita ni baik SPM mahupun MHI sewenang-wenangnya menyebut ganti diri BELIAU pada kanak-kanak, petani, pemandu bas, penjaja malahan penjenayah pun disebut 'beliau'. Seingat saya perenang seusia 11 tahun yang merentasi Pantai Cenang di Langkawi pun dilaporkan sebagai 'beliau'.

Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah pun ketika liputan sambutan Jubli Emas pemerintahan baginda digantikan dengan panggilan 'beliau'. Bayangkan 'presenter' televisyen buta protokol. Penerbit pun sepatutnya bijaksana lah sikit.

Lebih ironi apabila perantara SPM mengungkapi 'itu tadi segmen/bshan menarik' sedangkan apa yang audiens tonton adalah kandungan persembahan ala kadar yang memualkan serta merendahkan pemikiran.

Belum lagi pasangan perantara/anchor saling bercerita isu peribadi seperti; 'ada orang tu tukar kereta baru', 'seronoklah awak dapat bercuti ...'.

Soalan 'klishe' seperti 'boleh Tan Sri terangkan apakah peranan jabatan bla bla ...' tolonglah. Semua tu kami boleh baca daripada risalah atau makalah penerbitan lah beb.

Muda, cantik menawan tentunya nilai tambah dalam aspek penampilan di hadapan kamera, namun jika bergabungan dengan ilmu serta kebestarian maka ianya adalah kesempurnaan.

Veteran boleh, tapi tengoklah konsep program lagu mana dulu. Jangan bantai semacam jer ...

Satu lagi kalau dah mula berpantun, asal nak tamatkan segmen ja mesti berpantun. Inilah jadinya kalau idea dah kontang.

Conspiracy Theorist said...

betolllll,...heheh..apo nak di kato,..(,")

Salam bro Dato..

SAY NO TO NWO!! SAY BYE TO AnWaR & PLah!! SAY WELCOME TO FUTURE PM TGK RAZALEIGH aka Ku Li..insyaallah!!

Anonymous said...

Salam Ramadhan semua,
Adapun rancangan TV ini adalah untuk menyampaikan maklumat-maklumat dalam dan luar negara. Menyentuh berbagai isu untuk sajian pendengar dan penonton.

Oleh yang demikian, demi untuk menyenangkan maklumat tersebut di terima sepenuhnya oleh penonton, perkara-perkara penting bukan saja mengenai maklumat atau isi berita yang hendak di sampaikan, TETAPI.. alat yang menyampaikannya iaitu penyampai berita tersebut.

Bukanlah niat untuk menghina sesiapa yang berwajah tidak komersil atau biasa saja macam saya ni, tetapi demi untuk menyempurnakan lagi penerimaan maklumat yang hendak di sampaikan. Bermakna, ada dua aspek yang perlu di ambil berat untuk melengkapkan penghantaran maklumat tadi. Perkara pertama, isi kandungan maklumat, dan kedua ialah penyampai maklumat tersebut.

Sekiranya sudah lengkap, terserah pada pendengar untuk menilai apa yang mereka LIHAT dan DENGAR, atau salah satu daripadanya. Dulu masa sekolah, muka guru disiplin saya amat garang dan huduh.. untuk mengelakkan berdepan dengannya, maka saya telah berusaha untuk tidak melanggar disiplin sepanjang masa persekolahan saya. Tapi, itu tidak menjadikan saya seorang yang berdisiplin, ianya berlaku kerana mahu mengelak daripada bersemuka dengan guru disiplin yang garang dan huduh itu. So, the moral of the story here is... untuk memudahkan penerimaan maklumat kepada orang awam,kenalah gunakan alat yang sempurna.

Mazlan, said...

DIY,
Ini yang tak sedap dengar ni...jangan salah erti istilah TUA. Yang di kata tua apabila rambut dah beruban,gigi dan rongak,mata dah rabun,dahi dah kedut,jalan tongkat tiga dan yang yang ketara ialah dah MONOPOS.
Takkan semua pembaca berita dah termasuk dalam golongan tu?

Anonymous said...

YBhg. Datuk,

Saya menyokong hujah Sdr Kulupbana berhubung masalah anchor stesen tv ni. Mereka ini kebanyakkannya masih tidak layak bergelar anchor, malah jauh sekali layak berada dalam bidang penyiaran.

Ini kerana pengetahuan mereka yang terlalu dangkal, hanya mengharapkan skrip diberi oleh Produser.

Sikap ini seiring dengan pengurusan jabatan itu sendiri yang memanjakan anchor dengan tidak memberi mereka kerja lain, selain menyampaikan atau membaca berita atau menjadi pengacara.

Sikap ini perlu dibuang oleh pengurusan stsesn tv tempatan.

Saya lihat kebanyakkan pengacara-pembaca skrip berita ini hanya mengawal kecantikan atau ketampanan (kata bahasa pasarnya, control cun and control handsome) daripada mengetahui apa yang disampaikan.

Kecenderungan memilih pembaca skrip berita daripada kalangan pelayan kapal terbang (pramugari)atau mereka yang tiada pengalaman kewartawanan perlulah dielakkan.

Dengan melakukan apa yang saya sarankan ini, sudah tentu ia akan memertabatkan industri penyiaran di nagara ini.

Sekaligus, industri penyiaran ataupun berita tv tidak akan lagi digelar 'junk yard' bekas pelayan kapal terbang atau tempat idaman 'beauty but foolish'.

Sekian.

JONLABUYABEDABEDU

Kulupbana said...

Terima kasih sdr anon atas perhatian dan sokongan. Selamat menonton Panorama jam 10 di RTM1 malam ini dengan mata hati.