Ahirudin Attan @ Rocky dalam posting terbarunya menyatakan kemungkinan Perdana Menteri Keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad, akan menyertai semula UMNO.
Ini berdasarkan dua laporan iaitu artikel pertama dan artikel kedua .
Artikel kedua dimuatkan dalam blog anak bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Sanusi Junid.
Penyertaan semula TDM itu dikatakan untuk menyokong Tengku Razaleigh Hamzah sebagai calon Presiden UMNO. Minggu lalu, anak TDM, Datuk Mukhriz mengumumkan hasratnya bertanding Ketua Pemuda UMNO.
Ejen kenit memberitahu saya, dalam tempoh seminggu ini dua pertemuan antara TDM dan TRH telah diadakan.
TDM dikatakan menghantar wakilnya bertemu TRH untuk mengadakan perbincangan. TRH bersetuju dan menetapkan tempat berkecuali bagi mengadakan pertemuan itu. Maka TDM dan TRH bertemu di salah sebuah hotel terkemuka di ibu negara.
Selang tiga hari kemudian, kedua-dua pemimpin itu bertemu semula di pejabat.
Pertemuan berkenaan tentunya ada kaitan dengan gabungan "dua tenaga besar" ini. Satu perkembangan menarik dan pertemuan itu dikatakan akan diteruskan dari semasa ke semasa.
Sudah pasti TDM akan diterima menyertai UMNO. Tiada halangan?
Semoga TDM kembali semula dalam UMNO.
Monday, September 8, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
25 comments:
Salam Tok Tiger,
Selamat berjuang buat TDM... Selamat kembali! Wallahualam...
Sdr Amirul,
Saya diberitahu banyak usaha untuk memujuk TDM menyertai semula UMNO. Bagaimanapun, bekas PM itu mempunyai syaratnya sendiri, yang umum sudah pun mengetahuinya.
TDM juga tidak mahu menerajui semula UMNO kerana baginya elok pemimpin muda yang berwibawa mengambilalih. Masanya sudah tamat dan beliau hanya mahu bertindak sebagai penasihat.
Bagaimanapun, saya pasti apa yang berlaku sekarang termasuk usaha pihak tertentu menggangu kerajaan dan juga kenyataan berbaur perkauman semakin kerap "membuka hati" TDM untuk membantu memperkuatkan UMNO, parti memperjuangkan kepentingan Melayu.
Pendekatannya ialah mengikut pilihan TDM sendiri. Persoalannya adakah permohonan beliau menyertai semula UMNO akan dihalang oleh pihak tertentu. Pastinya tiada masalah atau halangan.Yakinlah.
salam datuk,
saya berharap sangat TDM kembali ke dalam UMNO kerana ia akan menguatkan lagi parti UMNO.
kalau datuk ada masa tolong komen posting saya yang bertajuk Cuti Umum Sempena 16 September???
Semoga UMNO terus kukuh dan maju!!!
Salam Datuk,
Kalau untuk kebaikan parti buat apalah nak dihalang. Kerana yang penting UMNO mesti kuat, kuat dalam memperjuangkan kepentingan orang melayu.
Perut saya masih beragam ni...masuk angin/kembung perut.
Bila terbaca lagi komen tentang TDM ni...aduhh, ndak sedar angin terlepas tanpa kawalan... cabutttt.
Pergimu tidak dihalau,
pulangmu tidak dijemput...
Kalau kita terserempak selepas ini, pandai-pandailah TDM bawa diri nanti...
Nak komen tentang kedua-dua ni... sama saja, sudah over... prime-time sudah habis... lagi ler orang bosan tengok atok-atok kita ni merapu ndak tentu pasal....
sudahlah, biar orang lain saja yang urus negara.. masa anda sudah TAMAT!!
Tok Rimau,
Jom Pi PENSIANGAN, SABAH.. kita test power pula di sana... nak tahu juga power PKR di Sabah ni... mungkin Jeffrey Kitingan VS Joseph Kurup...
Mari kita pekena ambuyat....
Persoalannya jika TDM sertai UMNO semula, tidak sememstinya UMNO akan naik semula. Malah gejala rasuah pun mungkin masih berlaku. Dan tak semua pendekatan yang TDM bawa adalah bagus dan baik untuk parti dan orang Melayu Islam...
Nampaknya Ku Li mendapat "support" dari bekas orang kuat UMNO - Tun Dr. Mahathir.
patutlah beria-ria Tun inginkan Datuk Seri Abdullah untuk meletak jawatan.jika Pak Lah letak jawatan,maka kedudukan Ku Li akan lebih selesa dan Ku Li pula rapat dengan Tun Mahathir.
Tetapi Tun perlu ingat bahawa his time is no more.dia boleh beri pendapat dan sokongan tetapi tidak boleh memaksa MT.ada hadnya.Namun menjadi persoalan jika TDM diterima semula atau tidak ke dalam UMNO oleh sesetengah pihak.
Tok...
Pak Lah tiada kekurangan dalam mentadbir negara.... yang menjadi masalah adalah orang-orang di sekeliling beliau yang memberi nasihat-nasihat yang salah pada beliau..
Semasa pentadbiran Tun M dahulu... saya rasa, semua tugas-tugas Tun M di sediakan oleh Pak Lah.. jadi kenapa pula sekarang baru timbul masalah??
Masalah nya di sini, Pak Lah mendapat nasihat yang salah dari penasihat-penasihat beliau yang merasa terlalu mesra dengan Pak Lah sehingga menyebabkan mereka terlupa memberi nasihat-nasihat yang berguna pada PM kita...
Rekod Pak Lah bukti tentang keberkesanan beliau dalam pentadbiran... kalau rekod kerja beliau tidak baik, tentu masa Tun M berkuasa dulu, Pak Lah sudah kena pencen awal....
salam Tok Rimau,
Kalau kemasukan semula TDM membawa kebaikan, apa salahnya..cuma TDM kena berperang habis2an la dengan DSAI..semoga sukses TDM...jom Tok Rimau,kita berjuang plak di pensiangan..cuba try test power si jeffrey kitingan kat sini.selamat berbuka puasa
Tuan,
Saya amat bersetuju jika TDM kembali semula ke pangkuan UMNO dan bergabung tenaga dengan TRH dalam memulihkankan kepimpinan UMNO sehingga ke peringkat akar umbi.
Hidup UMNO!
JomoSama@2RRun
Bukan sodomi saja satu kesalahan, menyocok dengan jari tengah pun salah.
Dua-dua luar tabii.
Malah membodek patut dirangka satu undang jenayah.
Salam DIY,
Saya menyokong penuh kemasukan TDM ke dalam UMNO sebagai penasihat.
Kemasukan tu saya percaya untuk memperkuatkan orang melayu yang kini tak buat apa meskipun di hentam dari kiri kanan, kononya kebal tapi takut.
Mr Singh derhaka pd sultan, Mr Lim hapuskan DEB, Pn Theresa hapuskan tulisan Jawi di Seputeh & Kinrara.
fikir-fikirlah
DIY,
Satu rahmat dan semangat buat UMNO jika benar TUN ingin kembali kepada UMNO. AMIN...
Amin...Harap2 berita ini benar...
Hidup Tun!!!
Setuju dengan pandangan youth attack. TDM mendesak Pak Lah letak jawatan sebab nak Ku Li naik. Mungkin Pak Lah ni bukan senang nak dikuda2kan oleh TDM kot, Ku Li ni senang sikit nak dikuli2kan. Boleh suruh buat macam ikut kepentingan dia..Kot...
Salam,
Sebagai mantan PM dan seorang negarawan, sepatutnya Tun Mahathir menjadi "penaung" atau "bapa" kepada semua tokoh dan puak dalam UMNO. Beliau tidak sepatutnya berpihak kepada mana-mana tokoh atau puak.
Akan tetapi, apanila neliau berpihak kepada tokoh tertentu dan menyokong tokoh tertentu yang akan menentang pemimpin yang sedang berkuasa,kepimpinan beliau tentu akan dipersoalkan.
Beliau tidak lagi menjadi bapa dan penaung kepada semua pihak. Kerana itu beliau tidak akan dihormati oleh semua golongan, malah kemasukan beliau ke dalam UMNO mungkin akan mendapat halangan!
Salam Datuk,
Tidak mengejutkan untuk Tun Dr Mahathir kembali ke pangkuan UMNO seterusnya memberi sokongan penuh kepada Tengku Razaleigh. Jika dahulu Tengku Razaleigh memberikan laluan kepada Tun Dr Mahathir untuk menjadi orang kedua kepada Tun Hussien Onn, jadi inilah masa yang paling sesuai untuk Tun Dr Mahathir mengembalikan kepercayaan Tun Hussein Onn kepada Tengku Razaleigh memimpin UMNO. UMNO akan kembali menjadi bersinar andai gandingan Tengku Razaleigh (Presiden) dan Tan Sri Muhyiddin (Timbalan Presiden) diketengahkan dalam keadaan parti yang boleh disifatkan nazak kini.
Wasalam.
inilah politik...
yg pernah bermusuh sampai bertegang urat pun boleh bersatu....
tak mustahil yg bersatu boleh putus
Jangan masuk balik sebab nak jaga kepentingan sendiri sudah. Nak jatuhkan Pak Lah lepas tu bagi naik orang sendiri, orang yang boleh dengar cakap dia.
Jika TDM masuk semula UMNO satu petanda baik. Apa pun RAKAYAT MALAYSIA kena berfikiran positif demi memperjuangkan negara yang dah capai 51 tahun merdeka
Penyakit kena rawat, yang patut dipotong kena potong untuk menyelamatkan badan dan nyawa. Penyakit dan sakit dua perkara yang berbeza.
UMNO sudah berpenyakit kerana ramai sangat pemimpin di dalamnya yang sakit.
Ramai yang melalak di sini dan mempeerahkan Tun untuk kembali, tetapi apakah mereka dapat memberi pandangan yang lebih baik dan membina.
Atau sekadar mereka bimbang cita cita mambang kuning mambang biru mereka tidak kesampaian.
Salam TokTiger,
Tapi....soalnya TDM dah janji tak masuk UMNO selagi PAK LAH tak undur dari jawatan PM,so macamlah TDM dalam pandangan rakyat.
TDM tak dapat menyelamat UMNO,tapi boleh tambah kredit anaknya Datuk Mukhriz dalam pertandingan Ketua Pemuda UMNO Malaysia.
aikkk.. TDM pun dah flip-flop jugak?
tapi ini strategi bagus... comeback strategy..
Salam Datuk
"nothing Is Impossible"
for TDM kembali ke Umno
boleh dikatakan " Pancangan Pemulihan
Pentabiran Kerajaan Malaysia "
Post a Comment