Friday, September 5, 2008

LAMBANG TOLERANSI KAUM DAN AGAMA



(Gambar oleh DIY)

Saya mahu melihat kereta berhenti berbaris panjang ini kekal selama-lamanya.

Inilah sebenarnya lambang perpaduan negara tercinta, Malaysia. Inilah lambang toleransi kaum dan agama di negara ini.

Kereta berhenti berbaris panjang di jalan raya, bukan perkara baru di negara. Adakala ia menyebabkan kesesakan.

Tetapi tiada siapa yang marah. Tiada pergaduhan. Tiada siapa yang memaki hamun. Mereka saling memahami tidak kira latarbelakang agama atau kaum.

Kereta berhenti ditepi jalan ini boleh dilihat apabila upacara keagamaan atau ketika waktu bersembahyang sama ada agama Islam, Kristian, Hindu atau Buddha ataupun agama orang Sikh.

Adakala kereta itu diletakkan itu boleh menyebabkan kesesakan tetapi rakyat negara ini mempunyai toleransi beragama yang amat tinggi yang ditunjukkan daripada kesabaran mereka sepanjang masa.

Jalan raya sesak dan kereta berhenti di jalan juga disebabkan adanya pasar malam.

Di bulan Ramadhan, kereta berhenti berbaris panjang kerana rakyat Malaysia ingin membeli juadah berbuka puasa atau ingin menikmati makanan tempatan.

Ketika inilah munculnya kuih atau makanan Melayu yang mungkin tidak pernah kita rasa atau lihat. Kuih tahi itik? Kuih lompat tikam? Kuih suji semia? Kuih pauh dilayang? Kuih mas sejemput? Kuih piana? Kuih bunga tanjung?

Yang menarik, ramai juga kaum bukan Melayu datang membeli kuih muih atau makanan yang dijual di pasar Ramadhan. Sebulan dalam setahun.

Ada antara mereka bukan Islam yang membeli makanan di pasar Ramadhan kerana ketika menuju ke kereta, mereka terus menikmati kuih muih atau makanan yang dibeli.

Kesesakan ini adalah lambang toleransi kaum dan agama. Betapa rakyat negara ini berjaya hidup aman dalam perbezaan agama dan kaum.

Bagi mereka, tiada kekangan dalam perbezaan ini. Harmoni walaupun berbeza.

Semoga Malaysia terus hidup dalam keadaan sebegini.

16 comments:

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

kita dah berjaya mewujudkan negara bersatu padu. namun keadaan politik kini seakan-akan membangkitkan zaman awal tahun 1970-an.

bukan sekadar membeli makanan, kita juga bercakap dalam bahasa malaysia. tak bangga ke melihat india dengan cina bercakap bahasa malaysia sedangkan orang melayu dengan melayu bercakap bahasa inggeris sekadar hendak bertanya ke mana awak hendak makan?

ibrahim yahaya said...

Sdr Abe Mie,

Perpaduan ini perlu dipertahankan. Jangan biarkan sesiapa saja merobek kesepakatan yang dibina sejak sekian lama. Jangan biarkan mereka menghapuskan toleransi kaum dan agama kita. Bersatulah.

band0tue said...

Yang sebenarnya orang politik yang suka bergaduh dan bersengketa.

Orang awam mereka lebih mudah bermesra kerana tiada perlu berebut macam orang politik berebut kuasa.

Sebab itu orang politik kalau dia tak bergaduh dengan parti lawan, dia gaduh sama sendiri.

Orang politik juga yang menggunakan isu perkauman nak tunjuk jaguh dikalangan kaum dan penyokongnya.

Inilah kebejatan politik dan orangnya!

maaf dan terima kasih, sudilah ke blog: http://nawawidahalan.blogspot.com

Salman Madani said...

Salam,

Maaf, saya harap Datuk tidak keberatan saya keluar sedikit dari tajuk di atas.

Saya tertarik dengan kenyataan Datuk Ahmad Ismail dalam akhbar BH hari ini bahawa "Saya tidak pernah buat salah" dan kerana itu beliau tidak akan meminta ma'af.

Saya tidak pasti apakah istilah yang digunakan oleh beliau dalam ceramah itu: "penumpang" atau "pendatang"?

Kalau beliau merujuk orang Cina sebagai pendatang (keturunan pendatang) istilah itu memang betul, dan beliau tidak salah.

Sebelum orang Cina datang, di negara ini (Melaka, Pahang, Terengganu, Kedah dll) sudah ada kerajaan Melayu dan raja-raja Melayu, dan rakyat asal negara ini terdiri daripada orang Melayu sahaja.

Ini fakta sejarah yang sudah umum. Jadi saya tidak tahu mengapa orang Cina marah, bila mereka dikatakan sebagai pendatang.

Jadi apa perlunya pemimpin UMNO minta maaf?

daddy-wafiah said...

Toleransi di antara kaum yang kita nampak pada hari ini, adalah peninggalan tokoh2 pemimpin yang memperjuangkan kemerdekaan dengan bersusah payah.Takkan kita nak hancurkan perpaduan yang sudah sekian lama ini.
Kadang2 best juga tengok rakyat berbilang kaum bersesak2 di pasar malam dan bazar di bulan Ramadhan ini.Negara lain tiada cam ni.
Hargailah wahai generasi ku

Idealis Malaysia said...

Selamat Berpuasa Kepada Semua

Keadaan harmoni dan penuh toleransi serta aman damai dalam negara kita telah terjalin begitu baik sekali... Saya amat berharap hubungan baik penuh harmoni antara kaum ini kekal buat selama lamanya diwarisi oleh setiap generasi.

Namun perkembangan terkini negara dan keadaan politik amat menggusarkan saya... sedikit sebanyak pengacau dan pengkhianat telah mula menggoncang keharmonian yang dipertahankan ini... demi mendapat kuasa mereka sanggup memanipulasi isu sensitif perkauman....

Apakah keharmonian ini akan terpelihara nanti... bara telah mula menyala... makin hari ia kian panas kerana di tiup oleh angin malaysia baru kononnya... saya amat khuatir bara yang merah ini akan menjadi api yg menyala dan terus membakar tali jambangan perhubungan kaum nanti... maka berulanglah kejadian 13 Mei... nauzubillah

Kunci kestabilan ini adalah org melayu... sedarlah jika melayu kuat bersatu nescaya kaum lain tidak berani bermain api dan menimbulkan isu sensitif... kini ada dalang pengkhianat melayu yg sengaja bermain api, mengorbankan kehormatan bangsa demi mahukan kuasa... maka bangsa lain apa lagi terkinja-kinja memberikan sokongan dan berani mencabar melayu secara terbuka...

Insaflah Melayu Islam... bersatulah demi mengekalkan kestabilan dan keamanan agar dapat dikecapi anak cucu kita nanti... amin

Renung-Renungkan selamat berjuang

Razlan said...

Salam Tok Rimau,

Bersama lah kita pertahankan penyatuan ini tok.

Tapi janganlah disebabkan SeoRang, kita sanggup buang Keharmonian Negara kita Tok...

Nilai ini saya lihat semakin terhakis ..

400 Hektar tanah untuk Cina .. dan 1000 Hektar untuk Melayu ...

Banyangkan 50 Tahun akan datang .. Apa KOMUNITI yang kita akan hasilkan daripada sekolah-sekolah ini ...

Kan bagus kalau dibajakan kembali sekolah WAWASAN tu Tok ...

"Keikhlasan Kaum Lain semakin Terpancar Tok ..."

pikirkan bersama ....

Tinta Biru said...

Salam Datuk,
Peringkat akar umbi sebenarnya tidak mempunyai masaalah di dalam perpaduan ini. Kaum cina, melayu dan india boleh duduk semeja berbincang soal politik, isu-isu semasa dan soal ekonomi negara. tetapi yang menimbulkan huru-hara mengenai perkauman ini hanya DSAI, PKR dan Kuncu-kuncunya. Saya masih ingat satu ceramah DSAI yang mana beliau menyebut MALAYSIA INI INDIA PUNYA, MALAYSIA INI CINA PUNYA.
Tapi Datuk, tidakkah DSAI tahu sememangnya MALAYSIA ini kepunyaan seluruh masyarakat yang duduk di malaysia tidak kira INDIA, CINA DAN MELAYU. Malaysia ini juga kepunyaan semua suku kaum yang terdapat di Malaysia. Jadi tidak timbul soal malaysia ini siapa yang punya.

Anonymous said...

Semekom Tok Rimau,
Amat setuju dengan saranan tok tentang toleransi kaum dan agama di negara ini. Kita semua satu, cubit peha kiri, peha kanan terasa sakit juga....begitulah eratnya perpaduan sesama kita.
Tapi, bagaimana dengan segelintir manusia yang sanggup bertukar-tukar kulit demi untuk mendapatkan kuasa dan pangkat...?? Sanggup menghalalkan yang haram, membenarkan yang salah demi untuk meraih undi untuk menjadi PM.
Sekarang ni, pengikut-pengikutnya sudah sibuk menempah baju-baju baru untuk upacara angkat sumpah nanti, dan yang kesiannya...ntah darimana mereka dapat wang untuk membayar upah tersebut sedangkan mereka bukannya ada pendapatan tetap....!! Tidakkah terfikir oleh ketua-ketua mereka betapa harapan tinggi mengunung yang di berikan kepada mereka itu hanyalah impian di siang hari...!! Tidakkah mereka sedar bahawa tidak akan ada acara sukan lompat katak, lompat pagar, lompat tinggi, lompat galah atau lompat kijang sekiranya mereka hendak berkuasa di negara ini..!!
Dan toleransi apakah yang digunapakai oleh anwar untuk mencapai cita-citanya menjadi PM..?? Bukankah dengan terus menerus membuat kenyataan-kenyataan provokasi itu akan melemahkan dan menghapuskan keyakinan pelabur-pelabur asing untuk melabur di negara ini.?? Apa anwar sedar dengan tindakannya itu sekiranya tidak dihentikan, akan menyebabkan negara berada dalam keadaan tidak stabil dalam ekonomi dan politik... atau, memang itu tujuan beliau berbuat begini demi melemahkan keyakinan rakyat kepada kerajaan pimpinan Pak Lah, agar kerajaan sekarang runtuh, rakyat menjadi kucar kacir, dan beliau akan muncul sebagai penyelamat keadaan....??? Betapa tingginya risiko yang bakal berlaku pada negara ini kalau benar perkara itu akan berlaku dan mampukah kita menahan `ledakan' kekacauan itu nanti???
Dimanakah toleransi anwar dalam menjamin kesejahteraan rakyat negara ini dalam mengejar cita-citanya menjadi PM??? Kita renung-renungkan sejenak...
Al-fatihah untuk Sis Noraina atas pemergian ayahandanya. Amin.

band0tue said...

Jumaat, 2008 September 05
Perkauman atau 'racist'
Isu perkauman ialah isu global. Secara semulajadi manusia sangat mudah berurusan atau bermasyarakat dengan sesama mereka yang mempunyai kesamaan. Ini tuntutan semulajadi.

Sebagai contoh; ahli sukan suka begaul sesama ahli sukan yang sama jenis. Golongan artis tidak bergaul rapat dengan ahli agama. Suku atau puak Madura kurang berurusan dengan Aceh. Keturunan kulit hitam lebih selesa hidup dikalangan mereka walau di negara mana pun mereka tinggal.

Maka di Malaysia kenyataannya sama. Bangsa Tionghua mempunyai sekolah jenisnya sendiri. Begitu juga Tamil. Sekolah Kebangsaan pula lebih didomanisasi oleh keturunan Melayu. Apakah semua ini bukan bersifat perkauman?

Bahasa, budaya, masyarakat dan identiti bangsa yang dikekalkan bukankah juga asas perkauman?

Sebenarnya isu perkauman adalah isu yang telah direka bentuk secara halus oleh Yahudi. Isu ini umpama api. Jika dimainkan sehingga membesar, maka bila tidak dapat dikawal lagi terjadilah kebakaran yang akibat akan membawa kemusnahan.

Yahudi bepegang kepada keyakinan bahawa dalam dunia hanya ada dua bangsa utama. Iaitu Yahudi dan bukan Yahudi. Selain Yahudi adalah bangsa hamba yang patut menurut perintah Yahudi. Maka atas dasar itulah mereka mencetuskan teori perkauman untuk menjadikan seluruh bangsa di dunia lemah dan dapat diganyang oleh mereka.

Dalam Islam, Tuhan mengiktiraf kewujudan bangsa-bangsa dan peranannya. Allah jadikan bangsa-bangsa bertujuan saling kenal mengenal antara satu sama lain. Hasil daripada mengenal antara satu sama lain maka wujudlah kerjasama dan saling membantu.

Allah ciptakan bangsa-bangsa di dunia berbeza kelebihan dan kekurangan antara mereka. Maka kelebihan satu bangsa dapat membantu kelemahan bangsa lain. Begitulah seterusnya.

Tetapi kenapa bangsa-bangsa di dunia sentiasa saja bersengketa satu sama lain?

Selain daripada kerana kejahatan hati yang adalah dalam diri masing-masing maka ada beberapa sebab yang boleh kita teliti.

1. Yahudi sengaja melaga-lagakan bangsa di dunia agar tiada bangsa yang dapat menggugat mereka. Sedangkan merekalah yang paling 'racist'. Mana ada bangsa yang mengharamkan perkahwinan campur secara 'moral' selain Yahudi? Mereka hanya menerima perkahwinan campur yang 'berstrategi'.

2. Pemimpin yang diproksi atau boneka Yahudi kononnya ingin menyatukan bangsa d dunia seperti PBB. Namun sebenarnya mereka ini jugalah yang sangat bersifat perkauman.

3. Di Malaysia kononnya orang Cina dan India menuduh bangsa Melayu bersifat perkauman adalah juga hakikatnya bersifat perkauman. Jika mereka sensitif bila disebut Cina atau India dengan tuduhan negatif, maka itu juga perkauman.

4. Biasanya isu perkauman dibangkitkan jika berkaitan dengan sesuatu yang negatif atau tidak menguntungkan bangsa tersebut.

5. Tidak pernah kita dengar bila sesuatu bangsa menerima faedah daripada sifat perkaumannya melenting kerana diberi faedah atas dasar bangsa!

Maka kesimpulan ringkas yang kita boleh katakan ialah jika sesuatu isu itu menggugat kepentingan serta mengancam kedudukan bangsa, maka barulah timbul isu perkauman.

Paling utamanya sebenarnya kita sedang diperkotak katik oleh Yahudi mengikut rentak mereka agar dunia dapat dikuasai semahu-mahunya. Pendekatan Yahudi adalah mengkucar kacirkan semua bangsa dan negara, maka selagi itulah Yahudi boleh menguasai melalui pelbagai cara dan saluran halusnya.

Lihatlah Yahudi dibelakang kamu itu!
Posted by nawawidahalan

http://nawawidahalan.blogspot.com/
http://coretanhamba-nd.blogspot.com/
http://www.mouncah.com/m6

epain said...

tapikan tok...

kalau jam pasal benda ni oklah...

yg plg org dok marah...kalau jam pasal keta accident...dah tu pulak...kalau yg belanggar tu bukan sekaum...

tapi yg buat jam pulak yg dok ambik nombor...abis setiap keta nyumpah jam tu...

hari ini sy sangkut dgn jam pasal pokok tumbang...hilang skit pahala puasa sbb dok angin....

Anonymous said...

Salam Datuk...
Sebenarnya perpaduan di negara kita memang tip top dan terkenal di seluruh dunia. Takde siapa yang dapat menyangkalnya. Cuma sekarang ini kita lihat ada 'seorang' tu yang jadi dalang untuk menghancurkan keamanan, kesejahteraan dan perpaduan negara kita. Siapa lagi kalau bukan Anwar Ibrahim. Sebenarnya beliaulah punca yang menyebabkan kekecohan di negara kita...

Anonymous said...

saya pun macam salman madani gak, nak tekeluar skit.

saya memang kenal dengan datuk ahmad ni, dan seperti yang di laporkan dalam utusan malaysia hari ini, saya memang sokong apa yang di katakannya dan juga TDM. kenapa melayu je nak kena mintak maaf? nama asal pun tanah melayu, jadi kita sebenarnya yang berhak ke atas negara ini...MALAYsia! budak yang buat lagu negaraKUKU tu relax je boleh balik malaysia, tat payah minta maaf pun, siap the star sambut diorang kat bukit kayu hitam! sedar lah MELAYU.....!!!!

Unknown said...

kita kenalah berwaspada janganlah sekalipun di carried away olih sendimen sentimen ini yang akan menjadi kacauan besar besaran. sebagai rayat malaysia,sebagai satu keluarga kita bersatu padu. idealogi politik janganlah sekali kali pun bawa masok dalam keluarga rayat malaysia.

sumandak bayu said...

Inilah keunikan yang ada pada MALAYSIA tapi sayang rakyat kita mudah pula terpengaruh dengan fitnah individu atau kumpulan yang telah dijadikan boneka negara asing untuk menjahanamkan negara kita.

Sebak hati SuriaPagi harap rakyat MALAYSIA sedar pejuangan kita belum selesai.

Kulupbana said...

Salam Datuk Tiger,

Maaf Datuk, terkeluar tajuk tapi rasanya masih relevan dengan isu perbincangan.

Memanglah setiap kali solat Jumaat, jalanraya di sekitaran masjid Al Madaniah USJ 17 Subang Jaya mampat dengan kenderaan jemaah;saya jangkakan komuniti bukan Muslim pasti 'respect giler' dan gerun dengan penyatuan serta sahutan ummah menunaikan tanggungjawab beribadah pada Allah S.W.T.

Kalaulah mereka tahu jemaah USJ ni hakikatnya berpuak-puak serta berebutan jawatan dalam pepimpinan pengurusan masjid tersebut alangkah ...