Saturday, September 6, 2008

PERKUKUHKAN IKATAN SETIAKAWAN

Saya merasakan tiada yang lebih bernas daripada kenyataan Ketua Wanita MCA, Datuk Dr Ng Yen Yen, semalam apabila memperkatakan semangat setiakawan.

Menurutnya, MCA tetap setia dengan Barisan Nasional (BN) dan tidak akan mengkaji semula kedudukannya dalam perikatan parti itu.

Wanita besi itu berkata, parti itu mengamalkan sikap setiakawan dan yakin dengan perjuangan semua parti komponen BN.

''Kita ada keyakinan kepada BN dan semua pihak perlu bersama-sama tangani kebanyakan masalah yang timbul pada masa sekarang, tidak ada sebab untuk kita meninggalkan pakatan yang wujud sejak sebelum merdeka lagi.

''Bagaimanapun, kita mesti kaji mengapa kita tidak mendapat sokongan daripada kaum Cina sekarang ini,'' katanya.

Ya, penulis setuju bahawa perlu ada usaha mendalam untuk mengkaji mengapa orang menolak BN. Adakah pengundi menolak UMNO, MCA dan MIC? MCA dan MIC saja?

Inilah dikatakan kenyataan "anak jantan" (walaupun beliau wanita) yang berani menyatakan yang benar dan apa sepatutnya dikatakan oleh pemimpin parti komponen.

Umum tahu bahawa UMNO, MCA dan MIC amat memerlukan satu sama lain. Ini sudah termaktub dan sedia terjalin oleh pengasas bangsa terutama Tunku Abdul Rahman Putra, Tun Razak Hussein, Tun Tan Cheng Lok dan Tun Sambanthan.

Ketiga-tiga parti itu perlu menyokong antara satu sama lain dan memperkukuhkan ikatan setiakawan. Bukan mempersoalkan niat masing-masing dari hari ke hari. Mengugut untuk keluar Barisan Nasional jika syarat tidak ditunaikan. Jangan jadi parti lain yang suka mengugut dan membuat ancaman yang entah apa-apa.

Semua pemimpin parti komponen perlu memahami apa yang pemimpin UMNO lakukan sekarang. UMNO kini menghadapi bekas pemimpin UMNO yang cuba "menggula-gulakan" rakyat bukan Melayu dengan retorik politiknya.

Oleh itu, adakalanya penjelasan UMNO terutama membabitkan kedudukan kaum di negara ini tidak seharus dilihat sebagai "perkauman" tetapi menjelaskan kepada rakyat apa yang hak dan apa yang batil seperti yang termaktub dalam Perlembagaan. Orang menipu, kita perlu memperbetulkannya. Semoga bahagia. Itu saja.

10 comments:

band0tue said...

UMNO sedang menuju kehancuran tidak dapat ditolak lagi. Tiada tanda perubahan atau pemulihan. Yang ada cuma kata-kata 'jaminan' Pak Lah. Pak Lah cakap apa pun orang UMNO sendiri dah tak ikut. Memanglah Pak Lah takde idea. Cakap nak jaga, nak pulihkan UMNO macam nak baiki reban ayam je.

Bagilah plan kerja, mulakan secara berani, perubahan dan pemulihan. Dari PRU12 sampai la ni apa habuk pun tak nampak. Makin teruk ada. Tengoklah bila pemilihan dah dekat, confirm hancur la kali.

Bila UMNO hancur, BN ikut sama.
Pakatan Rakyat tak ke mana. Awnar mungkin merana. Tengoklah kalau tak percaya, Agung akan ambil alih kuasa.

Tak yah cakap banyak korang semua.

jom lepak kat blog hamba

http://nawawidahalan.blogspot.com/

mn said...

Datuk,

Pemuda MCA Perak menggesa pucuk pimpinan pusat parti itu supaya mempertimbangkan untuk keluar daripada Barisan Nasional (BN) sekiranya para pemimpin UMNO, parti politik terbesar dalam gabungan itu, tidak mahu mengubah sikap.

Salman Madani said...

Salam,

Biasanya dalam politik yang menentukan sesuatu perhubungan itu ialah "kepentingan", dan tidak ada ikatan setiakawan yang kekal abadi.

Kalau UMNO masih kuat, berpengaruh, dan "berguna", parti lain dalam BN tentu tidak akan meninggalkan UMNO.

Tapi kalau UMNO sudah lemah, dan tidak lagi mendapat sokongan orang Melayu, saya tidak pasti apakah MCA, Gerakan dan parti lain akan terus bersama UMNO atau meninggalkan UMNO.

Saya perkara lain elok juga kita perhatikan.

Ketika UMNO kuat dan dipimpin pula oleh pemimpin yang kuat dan berwibawa, kita tidak mendengar parti lain dalam BN mempertikaikan konsep "ketuanan Melayu", "hak istimewa orang Melayu" dan konsep lain yang berkaitan.

Tapi baru-baru ini Ong Ka Ting ada membuat kenyataan yang membayangkan dia tidak lagi menyetujui konsep ketuanan Melayu.

Jadi begitulah politik. UMNO atau parti lain tidak akan lagi dihormati apabila ia telah dianggap lemah dan "kurang berguna".

Tinta Biru said...

Salam Datuk,
Saya berasa amat bangga dengan kenyataan kenyataan Ketua Wanita MCA, Datuk Dr Ng Yen Yen, Ini menunjukkan bahawa BNlah satu-satunya wadah perjuangan yang terbaik. Memang betul apa yang diperkatakan oleh Ketua Wanita MCA itu, cubalah cari di mana sebab atau punca MCA hilang pengaruh dikalangan masyarakat cina. Mungkin ada sebabnya kenapa mereka (masyarakat cina) berkecil hati.

Anonymous said...

Dato, saya setujulah komen ketua wanita MCA. Rasanya soalan yang sama kita kena tanya:

1. Apakah yang menyebabkan orang-orang Melayu menyokong BN selama ni?

2. Apakah yang menyebabkan UMNO sanggaup memberikan kerusi kepada MCA, MIC dan Gerakan di kawasan2 majoriti Melayu selama ni?

Apa pun Dato, jemput ler melawat saya di Wordpress: http://www.nobisha.wordpress.com

Anonymous said...

diy, walau apa pun hakikatnya melayu sudah terluka...adakah kata2 ng yen yen tu sekadar "gula-gula" telinga melayu plak? apaun saya tetap sanjung datuk ahmad...hidup melayu!

sumandak bayu said...

Diharap semangat 'setiakawan' ni adalah tulus dan mampu membuka mata di kalangan ahli dalam BN.

Rakyat kini semakin keliru lebih-lebih lagi golongan muda yang mudah diperdayakan baik secara fizikal mahupun minda mereka.

Sumandak terharu bila mana melihat ramai golongan belia senang 'dibeli' dan sanggup pula 'meludah' negara sendiri tak kira belia Melayu ada juga Sumandak nampak belia Cina dan India. Kalo di Sabah kita kena gak panggil belia 'Bukan Bumiputera Islam'.

Nilai kenegaraan kita semakin rapuh, namun ini bukan bererti pemimpin kita tidak tahu kerja, Sumandak yakin ini adalah era getir yang perlu dibuktikan oleh semua pemimpin negara.

Hanya kesabaran dan kebijaksanaan sahaja maka para pemimpin negara akan menjadi 'pakar perubatan' dalam tangani pelbagai penyakit sosial yang disebarkan oleh 'VIRUS PAKATAN RAKYAT'

junkopile said...

assalamualaikum tok rimau

rasanya mereka juga mudah lupa bukan melayu aje, status sebagai pendatang dan taraf kerakyatan mereka mmg tidak boleh disangkal dan juga termaktub dalam perlembagaan mengatakaan yg lahir selepas merdeka akan menjadi warganegara, takkanlah sejarah pon nak diubah ni namanya sensitif tak bertempat dah diberi lengan nak kena penampar
mereka seharusnya sedar yang kedatangan orang melayu ke semenanjung tidak sama dengan kemasukkan pendatang2 asing yang lain(sbl merdeka)
sistem kontrak, kangani dan lain2 2 kan ke membawa masuk pendatang bukan bawa masuk warganegara.
bila pemimpin tidak berkuku, yang tak bertaring pon akan menggigit

Anonymous said...

Semangat setiakawan tu penting. Jika ada masalah sama2 cuba selesaikan, bukan dengan melarikan diri dan mendengar hasutan2 pihak yang memang sentiasa mencari peluang menjatuhkn..

Anonymous said...

Ada baiknya kita janganlah menyibuk tang hal bangsa lain... biarlah mereka dgn hal mereka dan kita dengan hal kita...!! Tuntutan SU-QI, NAMAWEE..HINDRAF.... PERMATANG PAUH......
apa lagi lepas ni???
Tok Rimau...jom gi PENSIANGAN SABAH.