Wednesday, September 24, 2008

HARGA RUNCIT MINYAK TURUN

Ringankan beban rakyat.

Kerajaan hari ini menurunkan harga runcit petrol dan diesel 10 sen seliter.

Penurunan berkuatkuasa tengah malam ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam kenyataannya berkata harga runcit petrol RON 97 turun 10 sen seliter kepada RM2.45 seliter daripada RM2.55.

RON 92 juga diturunkan sebanyak 10 sen kepada RM2.30 daripada RM2.40.

Diesel turun 10 sen seliter kepada RM2.40 seliter daripada RM2.50.

Keputusan itu ditentukan mengikut harga sebenar petrol daripada 1 September hingga 22September 2008. Ini pelarasan kedua harga runcit bahan bakar sejak Ogos lalu.

Pelarasan ini diputuskan dalam mesyuarat jemaah menteri terakhir bulan ini.

34 comments:

Quantum Metal Consultant said...

Penurunan harga minyak wajar diumumkan oleh Jean, dan bukannya Dolah.

rayliew said...

Satu lagi berita baik daripada kerajaan untuk mengurangkan bebanan rakyat menjelangnya HARI RAYA AIDILFITRI.. walaupun kadarnya rendah namun penyelarasan akan dibuat lagi pada bulan-bulan yang akan datang berpandukan kepada harga minyak pasaran global. SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI... dan BIJAK BERBELANJA..

abe MIE 'TERJAH' said...

bagus juga... kira pak lah dah faham apa sebab BN kita semua tolak dulu... bukannya mahu sangat pakatan tapi tak ada pilihan...

http://pkrpasdap.blogspot.com

Anonymous said...

salam tok tiger,

setiap yang berlaku ada hikmahnya.namun yang lebih penting apa jua keputusan kerajaan....hendaklah mengutamakan hak rakyat jelata dan golongan bawahan.

keperitan rakyat amat dirasai pada ketika ini.wakil rakyat perlu sentiasa mengambil tahu hal dan keadaan masyarakat yang telah memilih mereka. sentiasa bersedia untuk berkhidmat untuk rakyat

buka mata...buka minda....insaflah sentiasa kehidupan rakyat masa kini.berilah pada yang amat memerlukan tanpa mengira fahaman peribadi.

salam aidilfitri,maaf zahir batin.

vicky said...

Terima Kasih PakLah untuk diberikan hari raya hadiah..turun lagi minyak harga...Happy Raya

Anonymous said...

To' Rimau,

Buka Otak Sebelum Buka Mulut, harga minyak diturunkan bukan kerana kerajaan nak ringankan beban rakyat tapi kerana harga pasaran petroleum juga menurun! Kalau ikut penganlis ekonomi dan bukan kaki belit wartawan upahan BN, harga berdasarkan pasaran dunia sepatutnya dikurang 30 hingga 40 sen dan bukannya 10 sen sahaja. Jadi maknanya, petrol kita tidak lagi disubsidi. Fikirkanah

Tinta Biru said...

Salam Datuk,
TERIMA KASIH DAUN KELADI, HARAP2 TURUN LER LAGI..

Anonymous said...

Harga minyak turun tapi harga barang dah lama naik 70% ke 80% dan tidak akan turun turun.

Siapa kata harga minyak tak boleh turun dulu? Lain kali jangan cemuh pendapat rakyat biar pun pembangkang.

Rakyat terima penurunan minyak tapi rakyat dah hilang kepercayaan.

Pengakhiran sebuah kuasa sedang bermula

Yahya Ahmad
Jerantut

Anonymous said...

setakat turun 10 sen lekat celah gigi ja.........

Kulupbana said...

Salam Datuk,
Teringat kisah sang SINGA di saat membaham mangsa yang gemok gedempol tiba-tiba berserabut otak mendengar lolongan sekawan musang yang mahu berkongsi rezeki; hendakkan keseronokan menikmati rezeki di depan mata tidak terganggu maka dicampaknya sedikit cebisan daging ke arah musang dengan harapan mereka DIAM dan berambus jauh.

Hubaya ...

jiwakita said...

Tidak boleh dinafikan lagi...dari dulu dan akan datang kerajaan BN
masih lagi ada keprihatinan terhadap
rakyat, baik yang masih menyokong dan
membangkang.

Rakyat harus faham bagaimana turun naik minyak ditentukan harganya...

Bagaimana yg telah dinyatakan..harga
minyak mengikut harga pasaran minyak
mentah global.

Setelah harga minyak turun walaupun
10 sen...rakyat harus bersyukur.tapi janganlah pula lupa
untuk berjimat cermat pada hal-hal
yang lain.

SELAMAT BERPUASA DAN BERHARIRAYA
DALAM KESEDERHANAAN....

Anonymous said...

Bersyukurlah turun juga harga minyak walaupun sikit untuk raya ni. Harap dimasa depan harga akan dikaji lagi dan diturunkan lagi.

terubuk jantan said...

Salam Dato,
Kami bersyukur pada Allah dan berterima kasih pada p.m.

amirul said...

Salam Tok Tiger,

Syukur Alhamdulillah, Walaupun hanya serendah RM0.10 yang dikurangkan. Ia masih membebankan! Yang pastinya harga barangan yang melambung tinggi ketika kenaikan harga minyak sebanyak RM0.78 akan kekal! Ini yang menyedihkan! Pak Badutlah jangan hanya pandai nasihat para peniaga turunkan harga barangan begitu saja tanpa sebarang tindakan wajar yang diambil! Kalau seorang pemimpin yang lemah dan lembab, siapa yang mahu menerima nasihatnya?
Bilakah pak Badutlah ini nak berambus? Terima kasih keatas gula2
yang diberikan! Wallahualam...

terubuk jantan said...

maaf pembetulan,
terima kasih pada p.m dan semua menteri yang bermesyuarat semalam.selamat hari raya.

band0tue said...

Salam Datuk,

Terima kasih.

Jika kerajaan berani naikkan harga, maka patut lebih berani turunkan harga.

Jika waktu turun harga rakyat masih tidak puas hati, patahlah waktu naik tentulah lebih panas hati.

Itulah kalau kita didik rakyat dengan nilai dunia semata-mata.

Nikmat yang dapat sering dilupakan, bila hilang barukan terasa.

Orang bertaqwa, hatinya kaya kerana mereka merasa puas dengan apa yang ada dan tidak runsing dengan apa yang tiada. Indahnya jiwa mereka, patutlah mereka bahagia.

jom cari kelainan moga bertemu kebenaran ke blog saya;

http://nawawidahalan.blogspot.com/

Zaidil Ripin said...

Salam Bro Tok Rimau,

Memang wajar harga minyak diturunkan memandangkan harga minyak mentah telah turun. Tambahan pula ia merupakan "Ang Pau Raya" untuk rakyat Malaysia... Saya sokong keputusan kerajaan itu...
Selamat Hari Raya... Maaf Zahir & Batin untuk rakyat Malaysia yang beragam Islam... Berjimat Cermatlah berbelanja di Hari Raya.

Zaidil Ripin said...

Sdr Yahya Ahmad...

Salam. Jangan lah asyik nak kutuk kerajaan. Kita kena bersyukur dari kecik sampai besar kerajaan dan bagi kemudahan kepada kita. Kerajaan telah didik sdr menjadi org terpelajar. bagi sekolah, bagi makanan percuma kat sekolah, bagi pakaian sekolah, bagi biasiswa, segala-gala dah kerajaa bagi. tapi bila dah da ilmu... mula nak tunjuk belang... sedar lah diri tu sikit. Jangan nak jadi tanggang.

Anonymous said...

Yahaya Ahmad said;
"Rakyat terima penurunan minyak tapi rakyat dah hilang kepercayaan". Rakyat pembangkang je yang kata gitu...!"Pengakhiran sebuah kuasa sedang bermula".. Kesian sdara kita ni,orang2 yang memuja `bulan' dan `mata' sudah letih menunggu bila perkara itu akan berlaku... tapi tak jadi-jadi juga.. nak buat cam ne?? Rakyat pembangkang berapa kerat je???

Pak Brata said;
"wakil rakyat perlu sentiasa mengambil tahu hal dan keadaan masyarakat yang telah memilih mereka. sentiasa bersedia untuk berkhidmat untuk rakyat.." Mereka telah melaksanakan sperti apa yang tersurat, tapi tidak semua rakyat yang bersyukur atas jasa mereka,nak lebih-lebih lagi!!

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI & HARUS BIJAK BERBELANJA, JAGA KESIHATAN DAN KESELAMATAN.
WASALAM DARI JomoSama 2 Are Run.

LIMAUDONG said...

Salam DIY

Terima kasih kepada Kerajaan BN
Janji tetap dikota

Anonymous said...

Kadar inflasi Ogos 8.5 peratus
KUALA LUMPUR 24 Sept. - Indeks Harga Pengguna (IHP), pengukur kadar inflasi, bagi Januari hingga Ogos mengembang 4.8 peratus kepada 110.4 daripada 105.3 yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lepas, kata Jabatan Perangkaan hari ini

Ketua Program Siswazah Pengurusan Persekitaran dan Pakar Pengangkutan Awam Universiti Kebangsaan Malaysia Prof. Dr. Abd. Rahim Md. Nor pula berpendapat, kerajaan sepatutnya mengekalkan harga minyak iaitu RM1.92 seliter, harga sebelum kenaikan sebanyak 78 sen sebelum ini.
''Harga ini (RM1.92 seliter) lebih logik memandangkan harga minyak dunia terus merosot disebabkan perkembangan ekonomi di Amerika Syarikat,'' ujarnya.
Ditanya tentang kesan penurunan minyak terhadap inflasi, Abd. Rahim berkata: ''Saya percaya jika harga minyak diturunkan lebih banyak, mungkin masalah inflasi dan kenaikan harga barang dapat ditangani.''
Minnyak turun tapi inflasi tinggi
PULUT KUNING

Anonymous said...

Salam Datuk...
Alhamdulillah syukur. Walaupun turun hanya 10 sen, sekurang-kurangnya kurang sikit beban nak sambut raya ni. Kalau dicampur dengan penurunan sebelum ini iaitu 15 sen, jumlahnya dah 25 sen. Kira ok la tu daripada Anwar yang kononnya nak turunkan 70 sen, tapi dalam mimpi je. Syabas kepada Pak Lah kerana berjaya menurunkan harga minyak 25 sen selepas kenaikan sebanyak 78 sen. Yang kita harap selepas ini, harga barang juga akan turut turun...

Anonymous said...

terima kasih LAH....boleh balik batu pahat! kampung orang umah tahun ni....

AKULAH GHAIBMAN said...

Salam......
Syukurla minyak turun lagi.
Yahoo... dapatla jln2 lebih ckit je... drpd takde... syukran 3x

panglimapitas said...

hi..
terima kasih kepada kerajaan kita.
jgn sape2 berani mau jatuh kerajaan yg terunggul di dunia, yg byk org dengki.dgn khebatan kerajaan BN.

Anonymous said...

Jadi lah, walau pun turun 10 sen. Sekurang2nya ada juga kurang, kurang sikit beban nak balik raya, nak jalan jauh ni.

MAWAR BERDURI said...

salam?

Turun naik minyak pasti ada sebab dan hikmahnya...tak da pemerintah di muka bumi ni suka2 mau kasi susah rakyatnya, n ambil jalan mati membuatkan rakyatnya benci padanya, tapi untuk menyelamatkan beribu manusia lain kebencian di telan walau menyakitkan...

Jangan kerana kesilapan sekali kita mudah membenci berkali2.

Turun minyak pun marah, pa lagi taim naik...kepada yang berterima kasih 2 baguslah, kalu yang gila mau marah ja, baik ko p naik Haji mintak maaf dengan Tuhan. hati kamu orang 2 dan hitam tak tau mau berterima kaseh. sekian

Anonymous said...

tak kisah samada minyak turun,naik,banyak,sikit semuanya akan dipandang enteng oleh pihak pembangkang sebab dah memang kerja mereka untuk mencari salah kerajaan.

bagi saya,dah kira bersyukur juga sebab minyak turun 10 sen.saya pula bukannya jenis yang sering keluar dan berbelanja sakan.saya berasa cukup dengan apa yang ada setakat ini.

saya mengerti perasaan mereka yang kurang mampu daripada saya.disinilah kita patut menghulurkan bantuan.jangan lupa bayar zakat dan bersedekahlah sebanyak yang mampu.kita boleh menolong tapi empunya badan juga harus menolong diri sendiri.

daddy-wafiah said...

Salam Tok Tiger,

Mudah2an harga minyak turun lagi pelan2 lepas ni, ikut harga minyak dunia le.

Unknown said...

salam,

saya pernah mengikuti temubual bersama rakyat tentang harga minyak yang dipaparkan dalam media elektronik.

ada yang mengatakan lebih baik turun terus kepada harga RM2!!??.itu adalah cadangan yang paling bodoh saya pernah dengar.untuk kita mempunyai kadar harga minyak seperti masa 70an dan 80an amatlah tidak sesuai sekarang.

seperti kata pemikir muda,tidak kisah harga minyak berubah macammana pun pihak pembangkang dan penyokong mereka akan tetap memandang "slack" terhadap perubahan tersebut.

kali ini turun 10 sen.setakat ini kita sudah turun 25 sen.harapnya kalau ada peluang diturunkan lagi harga minyak :).tetapi para peniaga sudah bersediakah untuk menurunkan harga barangan dan servis mereka?

Musallam said...

Salam,

Rakyat tentu bersyukur atas penurunan itu, tapi saya kira tidak salah jika mereka mengharakan penurunan yang lebih besar daripada 10 sen.

Quantum Metal Consultant said...

Minyak turun 10 sen pun sudah terima kasih berjela jela..

Mentaliti apa ni ? Murahnya harga rakyat Malaysia, boleh dibeli, termakan dengan 10 sen.

Anonymous said...

Tapi dah turun tu kira ok juga lah buat masa ini. Jangan nak komplen je memanjang, jenis tak reti bersyukur ke apa. Semua pun nak kutuk je, pergi gali minyak sendiri laa senang. Sekurang2nya dapat mengurangkan beban walaupun tidak banyak, sedikit pun jadi lah, harap lepas ni harga minyak akan terus dikaji untuk diturunkan lagi.

H.C.Lai said...

Walaupun harga minyak diturunkan, tetapi kadar penurunan terlalu minimal malahan kadar kenaikan terlalu maksimal, tindakan ini agak susah untuk menarik balik kepercayaan rakyat terhadap kerajaan.

walaubagaimanapun, saya percaya, kerajaan akan memberi satu lagi berita yang baik pada bulan yang akan datang supaya semua lapisan masyarakat memberi sokongan padu kepada kerajaan semula.