Tuesday, September 2, 2008

IMPIAN VS KENYATAAN (1)

1. Tarikh 16 September 2008 diuar-uarkan oleh PKR untuk membentuk kerajaan baru.

2. Pemimpin Barisan Nasional menegaskan perkara itu tidak akan berlaku.

3. PKR memerlukan 30 Ahli Parlimen lagi untuk mendapatkan majoriti mudah.

4. DSAI mahu bentang bajet 2009 yang baru.

5. DAP mahu Kit Siang jadi pemimpin kanan kerajaan.

6. PAS tidak yakin?

14 HARI LAGI

19 comments:

band0tue said...

Assalamu'alaikum

Saya ada pandangan yg berlainan dalam isu berkaitan utk tujuan itu dipelawa ke blog;

http://nawawidahalan.blogspot.com/

diharap dapat memberi komen samada ada negatif maupun positif. terima kasih.

Bung Karno said...

Sdr Ibrahim,

Nampak gaya di bulan Ramadhan perang politik tak juga reda.

Jika di bulan Ramadhan orang Islam sering jadi mangsa peperangan dan kekejaman Yahudi dan Amerika Syarikat, apalah sangat perang politik Anwar di bulan Ramadhan ini ?

Anwar masih mengacah-acah Ahli parlimen supaya melompat untuk tubuh kerajaan pada 16 Sep.

Seperti juga dia suruh Khalid mengacah status UiTM, sehingga orang Melayu yang bangkit membantah digambarkan sebagai rasialis, kini Anwar mengacah rakyat Malaysia supaya menolak tarikh 31 Ogos dan gantikan dengan tarikh percaturanya 16 Sep.

Anwar bukan hanya mahu menukar segalanya tetapi dia lebih berminat mahu melihat orang Melayu dan UMNO melatah sekali lagi.

Dia sedang memberitahu rakyat Sabah dan Sarawak bahwa 16 Sep lebih penting daripada 31 Ogos dan
mahu mereka meraikannya dengan melompat ke Pakatan Rakyat.

mn said...

Salam Datuk,

[Al-Hujurat:6]

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

Awang Maya said...

Jangan MIMPI Di SIANG HARI laa wahai si mabuk kuasa Anwar Ibrahim.

Tarikh 16 Sept adalah turning point BN dan UMNO kembali kuat kerana rakyat dah jelak dengan retorik dan tipu helah manusia bernama Anwar Ibrahim. Apa? Tak percaya? Tengoklah nanti. Awang tak sabar nak tengok apa alsan yang diberikan Anwar nanti.

-Awang Maya-

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

Tanya Yang diPertua Agung-YDPA, adakah dia akan setuju dan sain kelulusan supaya anwar jadi PM walaupun dia boleh menubuhkan kerajaan?

Macam di terengganu, walaupun BN mendapat majoriti 2/3, namun Dato Idris tidak diperkenan oleh sultan, maka dia terpaksa meneguk air liur saja...

Takkan YDPA sanggup menggadaikan negara dan bangsanya demi agenda politik katak Anwar?

PAS dah kata itu angan-angan Mat Jenin.

Anonymous said...

Mari kita tunggu dan lihat tahap kebenaran cakap2 Anwar yang selalunya hanya kosong saja.

Tinta Biru said...

Salam Datuk,
Ngeri rasanya kalau ini yang terjadi, tapi sebagai rakyat yang sayangkan negara saya berdoa supaya perkara ini tidak akan berlaku dan hanya tinggal angan-angan MAT JENIN SI DSAI. Bajet 2009yang diumumkan PM sudah cukup baik dan memberi manfaat pada semua pihak termasuk pembangkang. Bohonglah kalau DSAI kata tidak memberi manfaat pada kroni-kroninya dan semua pembangkang di malaysia ni. Cuma sebab ego tinggi sangat mana diorang nak mengakukan?
Nak tunggu apa memang tak ada kebenarannya cakap2 kosong DSAI tu. Wahai DSAI Buatlah yang terbaik untuk anak-anak bangsa dan Negara kerana sifat itu lebih mulia dari merosakkan dan meracuni pemikiran rakyat yang tidak berdosa.

JantanGiler said...

Rasa nya lebih dari 30 yg melompat. Kenapa tidak melihat MCA dan Gerakan. MCA terutama nya yg merasa terpencil apabila kalah dalam pilihan raya dan menang pula tidak mendapat tempat dalam pembahagian kerusi menteri.Terdapat ketidakpuasan hati masyarakat cina pada MCA yg dilihat terlalu lemah dan gagal mempertahankan hak. Pilihan raya permatang pauh melihat masyarakat cina beralih kepada PKR. Apakah MCA sanggup mempertahankan lagi BN dibawah kelemahan Pak Lah ? MCA perlu survival jika tidak akan turut berkubur bersama UMNO sebelum PRU13.

MAWAR BERDURI said...

dear mr. tiger

kalau dah 16 sept. ni c DSAI umum cuti kat negeri2 jajahan pembangkang macam mana plak 16 sept. mau jadi PM hehehe lawak juga. jadi PM taim org semua cuti. dia lantik lah diri dia sendiri. heh?

Gagak di Rimba said...

Salam,

16 September 2008 barangkali hanya satu matlamat; boleh tercapai dan boleh tidak.

Tapi politik memang serba mungkin.

Bagaimana kalau tidak tercapai pada 16 Septembr 2008, akan tercapai juga pada 16 September 2009?

Anonymous said...

Datok,Salam Ramadhan.Impian hanya jadi kenyataan jika ALlah izinkan.Dr segi adat rasa nya tak mungkin PKR ambilalih kerajaan 16hb September ni.Tak nampak tanda.Mungkin DSAI keliru dek fatamorgana. Slamet Rusdiharjo.

Anonymous said...

Semekom Semua....
Setuju dengan pendapat bung karno...!! kalau setakat nak acah-acah urang Sabah dan Sarawak, jangan harap lerr saudara anwar..saudara cuba lerr bertanding disini...kami calonkan batang pokok saja sebagai calon melawan saudara....kita tengok setakat mana saudara boleh kalahkan calon batang kayu tu...

Anonymous said...

tak kisah jika Anwar hendak jadi PM keran aitu memang sudah matlamat dia.tapi kalau bole tunggulah sehingga pilihanraya umum nanti baru la kita bole tahu setakat mana kekuatan PKR samada Anwar layak memerintah atau tidak.

rasanya 30 orang yang dicanang hendak lompat parti mungkin tidak akan jadi kenyataan.ini mungkin spekulasi politik semata-mata.

Anonymous said...

Salam Ramadan Datuk,
1. 16 Sept 2008 takkan ada
kerajaan baru terbentuk.
2. PM yakin perkara itu takkan
berlaku.
3. Tak ada pun kedengaran 30 MP BN
melompat ke PKR.
4. Tak sabar juga nak tau hebat ke
tak Bajet 2009 versi Anwar tu?
Itupun jika berjaya membentuk
kerajaan baru 16 Sept. Mampukah
beliau membentangkan Bajet
mesra rakyat?
5. Dah tentu PAS bantah jika DAP
nak Kit Siang jadi pemimpin
kanan kerajaan.
6. Sebenarnya PAS tak yakin dengan
Pakatan Rakyat.

Nmapaknya memang takkan jadi kenyataan la angan-anagn Anwar nak jadi PM...

Unknown said...

ada kalangan ahli PAS sendiri telah mengaku sebenarnya tidak akan akan ada lompat melompat ini.

malah ramai dikalangan ahli PAS yang tidak beberapa gemarkan Anwar kerana Anwar semacam telah "overshadow" perjuangan PAS dan ketua-ketua di dalam PAS.

16 september ini mungkin takkan jadi apa-apa.tapi bagimana pula 16 september pada tahun-tahun yang akan datang?

Mohd Nadzri Kamsin said...

Apa betul tidak semua Ahli Parlimen BN Sabah Sarawak yang menandatangani akujanji untuk tidak lompat parti? Alasannya, mereka mempertikaikan kenapa mereka sahaja yang perlu berbuat demikian. Mengapa Ahli Parlimen BN Semenanjung dikecualikan.

Jika betul, 16 September Anwar memang ada kebenarannya.

Anonymous said...

Datuk.Tu dia..Kalau sahih la 16 September jadi nyata tentu Singapura jeles giler.Awat tak nya industri tourism meledak boom punya.Kat Mesia nanti "macam macam ada" Cilut Chek Lope.

UMNO PARTI PENJARA said...

Dengar lagu ni..

Impianku..
Impianku

;-)




Salam perkenalan ;-)
http://pro-faizal.blogspot.com

Anonymous said...

Ye ke.. betul ke benda ni akan terjadi? Aku tengok si Anwar tu sibuk buat benda lain je.