Monday, September 1, 2008

SEMOGA UMAT ISLAM TABAH DAN BERSABAR

Ketika aku menyuapkan roti kosong ke mulutku pagi tadi, teringat saudara Islamku yang tiada makanan untuk mengalas perut untuk mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadhan yang mulia ini. Hanya air kosong mengisi perut mereka yang penuh angin.

Ketika aku minum susu untuk mengenyangkan perut ini, teringat saudara Islamku yang tiada tempat tinggal atau hidup dalam ketakutan tetapi iman mereka teguh untuk berpuasa di bulan yang berkat ini. Hanya doa yang melindungi kehidupan mereka.

Airmata ini berderai memikirkan di manakah mereka berada sekarang.

Airmata ini berderai lagi memikirkan bilakah mereka akan dapat menikmati kemerdekaan yang aku rasai ini tanpa ketakutan bom akan meletup lagi, bom akan meragut nyawa lagi dan melihat mayat bergelimpangan kerana manusia sudah terpesong.

Semoga Allah SWT memberi kekuatan kepada mereka agar sentiasa tenang dan bersabar untuk menghadapi dugaan akibat kerakusan manusia untuk menjadi jaguh dunia dan berhati haiwan.

10 comments:

Tinta Biru said...

Salam Datuk,
Semoga ALLAH SWT memberi mereka kekuatan untuk menghadapi saat-saat seperti itu dan kita jadikanlah itu pedoman dan iktibar agar sentiasa memelihara keharmonian dan kedaulatan serta keamanan negara kita. Apalagi sempena kehadiran ramadhan ini kita bersyukur kerana masih dapat bersama keluarga untuk bersahur dan berbuka puasa serta bersolat tarawih dengan aman dan tenteram.

aimdaim said...

Salam DIY,
Semoga ramadan ini akan memberi ketenangan jiwa untuk kita semua. Dengan menyempurnakan ibadah dan beramal dapat lah kita berdoa agar saudara islam kita yang lain mendapat lindungan dari Allah S.W.T. Kepada saudara Islam didalam negara ini pula berdoalah untuk mengekalkan kemerdekaan dan muhasabah diri dengan memperbetulkan diri dana dapat memilih pemimpin yang betul.

fikir-fikirlah

Fido Dido said...

Tuan,

Saya faham dengan perasaan Tuan. Tapi jangan lupa! Yang bukan Islam juga banyak yang menderita, terutamanya yang ada di negeri Borneo.

ibrahim yahaya said...

Sdr Tintabiru,

Setiap wakil rakyat perlu cergas dalam mengenalpasti penduduk di kawasan mereka yang miskin - hidup di kediaman yang boleh digelarkan "reban ayam" dan makan ala kadar untuk mengalas perut. Lebih menyedihkan bagi keluarga ramai anak yang masih kecil.

Wakil rakyat perlu menggerakkan jenteranya untuk mendapatkan maklumat ini dan segeralah membantu mereka di bulan yang mulia ini. Wakil rakyat yang sudah kaya raya hasil daripada projek yang diberikan kerajaan perlu segera memberi pertolongan dan sedekah kepada penduduk yang miskin tidak kira agama dan bangsa.

ibrahim yahaya said...

Sdr Aimdaim,

Saya tetap merasakan pilihan raya umum adalah medan terbaik untuk kita memilih pemimpin yang kita yakin mampu menerajui negara. Pemimpin ini sudah tentu mengetuai parti mereka untuk membawa Malaysia ke tahap yang lebih baik. Apabila kita sudah memilih mereka, berilah peluang untuk pemimpin ini mentadbir negara tanpa gangguan politik dan tindakan mengucar-kacirkan negara.

Sebagai pemimpin, mereka bertanggungjawab untuk memastikan negara ini sentiasa makmur dan selamat untuk penduduknya. Mereka mempunyai tugas besar memastikan negara terus merdeka daripada sebarang bentuk penjajahan. Pemimpin yang berwibawa tidak akan lemah dan tunduk kepada arahan orang luar. Mereka juga tidak akan menggadaikan negara kepada orang asing.

Jika pemimpin itu benar-benar lemah, gunakanlah medan yang dibenarkan untuk mencari pemimpin lain yang boleh menggantikannya. Bukan merampas mandat yang diberikan oleh rakyat tetapi pemilihan secara demokrasi iaitu PRU.

ibrahim yahaya said...

Sdr FD,

Saya bersetuju dengan pandangan Sdr. Bagaimanapun, pandangan saya itu berkaitan sambutan Ramadhan dan kebetulan teringat ketika bersahur pagi tadi. Itu saja.

hasipin66 said...

salam RAMADAN buat warga blogs dan umat Islam di bumi ALLAH ini.gelanggang politik merupakan satu landasan menzahirkan tuntutan fardhu kifayah dan jihad ke arah berjuang menyempurnakan kehidupan manusia.
jesteru itu tanggungjawab pemimpin bukan sekadar menjadi ketua dalam satu pertubuhan parti.tapi jauh dari itu kebijakan rakyat dalam soal pembangunan insan mestilah lebih diutamakan sebagai asas utama mencapai dan memperbaiki tahap nilai kehidupan di bumi Allah ini.

Anonymous said...

Salam. Semoga Ramadan membangkitkan kesedaran, meluruskan apa sahaja selama ini songsang ..
mazidulakmal.blogspot.com

tok janggut said...

Salam,
Ramadhan datang lagi, tapi apakah kita telah bersedia menempuh ramadhan kali ini. Adakah kita menyambutnya sama macam tahun-tahun lepas. Apakah kita sedar apa yang kita lakukan dulu betul-betul menurut ajaran Islam atau sekadar menjadi pak turut.

Bila ramadhan menjelma, semuat ummat yang taat akan berpuasa. Tapi apakah puasa kita diterima Allah. Apakah puasa ummat Islam yang menderita nun di sana juga diterima Allah. Apakah puasa kita ini benar-benar menurut Suruhan Allah atau sekadar puasa pak turut.

Ya Allah, sempena bulan ramadhan, bulan yang agung dimana Quran diturunkan, bimbinglah kami ke jalan yang benar, jalan yang diredhai oleh Mu. Amin...

Anonymous said...

Salam

Tok Rimau,

Saya tersentuh hati dengan tulisan dato' kali ini. Kita sering mengeluh dengan apa yang kita peroleh, apa yang kita dapat, tapi kita x prnah fikir dengan saudara seislam kita di bumi yang bergolak di Iraq, Afghanistan, Somalia, Mindanao, dll. Kita lebih bertuah daripada mereka semua.

Amin pada doa dato'. Mungkin kita berbeza, tapi kita sama dalam hal ini dato'. Terima kasih atas tulisan dato'.

Salam Ramadhan tok rimau.

Skuad Peninjau