Wednesday, September 24, 2008

BUKA OTAK SEBELUM BUKA MULUT

Ketika ramai pihak terutama blogawan yang menyifatkan penahanan RPK dua tahun ke Kamunting semalam sebagai tindakan yang tidak wajar atau kejam, Jailani Harun, antara mereka yang menganggapnya tindakan kerajaan itu wajar dan tepat.

Dalam blognya, Justread-whatever, Jai menjelaskan pandangannya mengenai kepentingan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 itu.

Tindakan Jai itu memerlukan satu sikap berani untuk bersuara walaupun dilihat sebagai "menentang arus" terutama dalam dunia blog. Jai dan beberapa blogawan lain termasuk Hard T berani menyatakan isihati mereka. Berani kerana benar.

Saya sependapat dengan Jai bahawa ISA amat perlu dikekalkan di negara ini bagi tujuan pencegahan daripada merebaknya pergaduhan akibat isu perkauman dan keagamaan. Sejarah membuktikan kedua-dua isu mampu mencetuskan dan merebaknya pergaduhan, ibarat mencurah minyak ke dalam api. Pergaduhan tidak menguntungkan negara.

Ini perlu difahami kerana sejak akta itu diadakan, ia bertujuan menjaga keselamatan negara daripada ancaman pihak tertentu bermula dengan mengekang pergerakan komunis sehinggalah kini kepada pelampau kaum, agama dan petualang ekonomi.

Bagi mereka yang pernah ditahan di bawah ISA, termasuk keluarga dan saudara-mara, sudah tentu akta ini dilihat "amat menyakitkan" apatah lagi terpaksa berpisah apabila ditahan di Kamunting, adakalanya lebih daripada setahun.

Perpisahan itu digambarkan oleh sesetengah pihak sebagai satu penyiksaan dan memeritkan terutama kepada keluarga yang mempunyai anak kecil yang sedang membesar.

Namun,hakikatnya kita harus juga melihat punca individu atau kumpulan itu ditahan di bawah ISA agar kita memahami bahawa ia penting untuk menjaga kepentingan masyarakat yang lebih besar daripada kepentingan individu atau kumpulan tertentu.

Masyarakat umum lebih penting daripada individu. Jika individu atau kumpulan tertentu itu mengancam keselamatan negara dengan memulakan kegiatan menaikkan semangat marah rakyat dengan mempermain-mainkan isu agama dan perkauman, sudah tentu ia tidak sihat walaupun dilihat daripada apa sudut sekalipun.

Akta itu juga tidak memilih bulu termasuk juga golongan pelampau agama yang sanggup berjihad untuk menghapuskan kumpulan kafir di bumi Allah ini dan membentuk kerajaan Islam.

Nama kumpulan seperti Al-Maunah, Darul Islam atau Mujahidin Melayu pasti mengingatkan kita bahawa ahli-ahli mereka ini tidak terkecuali daripada dikenakan ISA. Begitu juga kumpulan sesat seperti Al-Arqam atau pelampau kaum, Hindraf.

Akta ini juga mengandungi hak tahanan dan memperincikan kuasa polis dalam melaksanakan tugas mereka. Dalam ertikata lain, tahanan pun mempunyai hak mereka mengikut Perlembagaan dan polis pula tidak boleh membuat tahanan sewenang-wenangnya. Kita juga sedia maklum bahawa ada tahanan ISA yang pernah menang di mahkamah apabila mereka mencabar kerajaan menerusi perundangan. Ada kini di ambang menjadi jutawan.

Oleh itu, fahamilah sedalam-dalamnya fungsi akta itu sebelum kita membuka mulut untuk menidakkan kehadirannya. Bukalah otak sebelum membuka mulut.

38 comments:

Pemuda Malaysia said...

salam datuk, saya amat menyokong ISA kerana akta inilah yang banyak membantu Malaysia daripada terjadinya pergaduhan antara kaum dan lain-lain lagi.

Namun, kenapa amat sukar bagi pihak Pakatan Rapuh menerima akta ini Datuk? Adakah kerana hanya orang Pakatan Rapuh sahaja asyik ditahan ISA dan ini menyebabkan mereka menganggap kerajaan berat sebelah. sedangkan mereka tak sedar yang mereka memang patut ditahan ISA kerana cuba menimbulkan rasa tidak selesa di kalangan rakyat Malaysia melalui kenyataan2 bodoh mereka.

terubuk jantan said...

Salam Dato,
ISA adalah relevan pada negara kita kerana negara kita hidup berbilang kaum dan masyarakat.ISA perlu dikekalkan dan diperkasakan lagi.Syabas ISA.

Anonymous said...

Buka mulut betul tapi mana ada Buka Otak? Otak fikir..!

Padan la ramai orang marah ISA sebab tukang ampu pun 'songsang'.

Bukan buka otak tapi buka tempurung dan lihat sikit dunia luar

Raja Laut

TINTABIRU said...

Salam Datuk,
Saya juga amat setuju dengan adanya ISA ini. Keselamatan negara akan terjamin. Apa yang kita nak risau tentang ISA ni.kadang2 saya hairan kenapa ada segelintir pihak mahu ISA ini dihapuskan. pada saya ISA tidak mendatangkan kemudaratan pada masyarakat melainkan jikalau kita yang menimbulkan huru-hara. Lagipun bukannya kerajaan suka-suka nak sumbat orang dalam ISA hanya mereka yang mengganggu ketenteraman negara dan rakyat sahaja yang masuk di dalam sana jadi buat apa nak kecoh.
Makanya the moral of the story sebelum kita hendak buat sesuatu kena fikir dan timbang dulu sebelum bercakap ataupun menulis agar percakapan kita dan tulisan kita tidak mengheret kita ke dalam ISA.

Betul kata datuk BUKALAH OTAK SEBELUM MEMBUKA MULUT.

ibrahim yahaya said...

Sdr Pemuda Malaysia,

Tidak kira bulu. Orang UMNO pun kena seperti Datuk Tajuddin Abdul Rahman (MP Pasir Salak), Datuk Dr Zamry Abdul Kadir dan Fahmi Ibrahim (Pemuda UMNO).

ibrahim yahaya said...

Sdr TJ,

Yang menghairankan ada juga pemimpin BN termasuk UMNO yang masih tidak faham dengan keperluan ISA dalam mencegah ancaman keselamatan negara. Jangan fikir orang politik saja ditahan, mereka yang terbabit dalam mensabotaj ekonomi negara turut ditahan. Begitu juga orang media.

ibrahim yahaya said...

Sdr Raja Laut,

Buka otak itu berfikir dan buka mulut itu bercakap. Jadi kenalah buka otak bukan masuk dalam tempurung.

Rakyat Malaysia said...

Salam Datuk,

Tahniah pada Datuk dan saudara Jailani yang tegas menyatakan pendirian terhadap ISA meskipun pendapat Datuk dan saudara Jailani akan tidak disenangi oleh 'pejuang' ISA yang mahu melihat akta tersebut dimansuhkan. Saya juga amat bersetuju dengan penggunaan ISA kebelakangan ini khasnya terhadap RPK. Bagi saya, kebebasan yang digunakan oleh RPK dalam menzahirkan pandangan beliau melalui Malaysia Today (MT) bukanlah percuma sebaliknya penahanan beliau di Kem Kamunting selama 2 tahun itu adalah harga yang harus beliau bayar. Mungkin bagi RPK, pandangannya yang disokong oleh kebanyakan pembaca setia blognya itu satu kejayaan 'kebebasan bersuara' tetapi pada masa yang sama beliau mungkin terlupa bahawa di luar sana, masih ramai yang tidak setuju, marah dan tersinggung dengan tulisan beliau apatah lagi apabila beliau memperlekehkan agama Islam yang diamalkan di Malaysia. Bukan sekali dua, malah sudah banyak kali RPK menulis mengenai Islam mengikut logik akal beliau, cuma langkah RPK kali ini tersadung kerana Kerajaan masih bertanggungjawab terhadap rakyat yang merasa marah dan tersinggung dengan tulisan beliau.

Jadi kalau RPK dan pejuang ISA lain menganggap ISA sudah tidak relevan dan satu undang-undang yang kejam, teruskan perjuangan anda.tapi RPK dan pejuang ISA yang lain juga harus ingat dan bersedia memberi peluang kepada pejuang-pejuang yang mahukan ISA terus dikekalkan. Oleh itu janganlah merasa marah atau tercabar apbila ada pihak lain yang mempertahankan ISA ketika RPK dan pejuang-pejuang ISA mahu memansuhkannya. Mari kita sama-sama menggunakan kebebasan bersuara secara adil. bukan hanya menerima sesuatu yang menentang kerajaan sebagai satu kebebasan bersuara tetapi apabila ada pihak lain mempertahankan tindakan kerajaan ia tidak boleh diterima secara 'jantan'.

ibrahim yahaya said...

Sdr Tintabiru,

Jika polis "suka-suka" menggunakan ISA untuk menangkap orang, saya rasa kerajaan perlu besarkan Kamunting. Kita kena faham bahawa tahanan ada hak dan begitu juga polis juga ada had kuasa mereka. Polis tentulah tidak boleh membuat sesuka hati. Jika tahanan tidak setuju, mereka boleh membawanya ke mahkamah. Ada individu yang sudah menjadi ancaman kepada negara pun masih dibiarkan bebas.

JomoSama@2RRun said...

Sokong ISA.. utk keamanan dan keselamatan bangsa, agama dan negara.

Cadangkan agar RPK DILUCUTKAN KERAKYATANNYA DAN DIBUANG NEGARA.. buat apa simpan sampah dalam rumah, buat semak mata memandang je..

MAWAR BERDURI said...

Salam Mr. Tiger?

Semoga senantiasa sehat dan Bahagia di bulan Ramadhan ni di samping Famly tersayang dan Chyta. (maaf lah kalu ada salah eja atau salah pribahasa, tatabahsa, perumpamaan ke ape ke? sebab ada pulak Pelayar blog datuk ni dari DBP yang mencegah kesalahan perumpamaan)

"buka otak masuk tempurung" hehehee
Kalau ada yang buka otak masuk dalam tempurung klapak?.. memang ah tak sokong ISA Mr. Tiger . hehe ai..? dah otak dia bukan dalam tempurung kepala dia masukkan dalam tempurung klapak.

tak da manusia di dalam dunia fana ni tetiba ja duduk rumah, keja elok2 tak kacau org, tak kacau agama org, budaya org di tahan d Bwh ISA 2. Sandri Mau Fikir lah singkatannya " Buka Otak".

3 SuNgeY said...

Salam Bro Tok Rimau..
ISA adalah salah satu akta yang bertujuan untuk mengekalkan perpaduan di Malaysia. Bayangkan kita tak dak ISA, huru hara jadinya, Tak caya... tengok peristiwa 13 Mei... Jadi sesiapa yang membantah ISA harap-harap sedarlah. Kalau takut jangan buat perkara yang boleh dikenakan ISA. Senang ja kan.

LIMAUDONG said...

Salam DIY

Pandangan DIY & Justread-whatever
bagus sekali
Saya amat setuju ISA masih diperlukan terutama kita sekarang dalam tsunami politik. Hanya mereka suka "memberontak" takut pada ISA.

Samsudin said...

Salam Datuk...
Bagi saya, hanya orang yang tak faham apa sebenarnya akta ISA yang suka cakap sesuka hati termasuklah ingin ISA dihapuskan. Mereka tak faham dan tak akan faham hakikat sebenar akta ISA diguna pakai sehingga sekarang.

Akta ISA masih perlu dan tidak boleh dihapuskan demi menjamin keselamatan negara. Mereka hanya lihat ISA kononnya disalahguna untuk menahan RPK, Teresa Kok dan lain-lain. Mereka lupa tentang Al Arqam, Al Maunah yang juga pernah ditahan di bawah akta ini. Tiada unsur perkauman atau politik di dalam penahanan ini. Ia adalah semata-mata untuk menjamin keselamatan negara.

Jika akta ISA disalahgunakan untuk tujuan politik, saya pun akan tentang. Tapi dalam isu RPK, saya rasa memang wajar jika beliau ditahan di bawah akta ini, sesuai dengan kenyataan beliau di dalam artikel beliau yang menghina Islam.

Anonymous said...

Saya setuju ISA itu masih relevan dan wajar dikekalkan. Namun, tidak bermakna saya sokong semua penahanan ISA.

Bagi kes RPK, saya tidak nampak rasional beliau ditahan. Oleh kerana RPK telah menulis dan menerbitkan banyak artikel yang berunsur fitnah, menyentuh isu sensitiviti kaum dan menghina agama Islam dsbnya maka terdapat banyak bukti bertulis yang boleh digunakan untuk membawanya ke mahkamah di bawah Akta Hasutan. Malahan banyak lapaoran polis telah dibuat ke atasnya. RPK bukan jenis baling batu sembunyi tangan.

Apabila kita lebih suka mengambil jalan mudah dan begitu selesa dengan keadaan ini maka kita akan menjadi malas serta hilang daya berfikir untuk mencari alternatif penyelesaian yang terbaik. Bukankah memalukan apabila kita gunakan ISA untuk tujuan melindungi keselamatan wartawan Sin Chew Jit Poh.

SUPERMAN said...

Salam..
ISA tetap RELEVAN...

Tun Jeram said...

Salam,

Antara hujah yang dikemukakan oleh pihak yang mahu ISA dihapuskan ialah, seseorang itu hanya wajar dihukum setelah dibuktikan dia bersalah.

Maknanya seseorang itu patut dibicarakan dimahkamah terbuka terlebih dahulu, dan selepas itu baru dihukum selepas terbukti dia bersalah.

Kalau seseorang itu dihukum hanya berasaskan tuduhan dan laporan polis, tidakkah itu bermakna ISA undang-undang yang zalim?

Banyak kes yang menunjukkan, (misalnya kes Raja Putera), bahawa orang yang berkenaan sepatutnya dituduh di bawah Akta Hasutan. Tapi mengapa dia tidak didakwa dan dibicarakan, dan terus saja ditahan di bawah ISA?

Saya tidak tahu adakah ini satu contoh penyalahgunaan ISA?

manggis said...

aya adalah salah seorang rakyat Malaysia yang menyokong akta ISA. Kemenangan BN mengekalkan kuasa adalah bukti majoriti rakyat menyokong apa sahaja tindakan kerajaan yang dianggap boleh membawa kebaikan kepada mereka. Kecuali segelintir makhluk perosak yang ajendanya mencari salah dan menghasut rakyat membenci kerajaan. Kalau tak salah kenapa perlu takut.

Bagi kami orang lama ni ISA telah membantu kami hidup aman daripada gangguan perosak keamanan. Kerana pengalaman itulh kami berpendapat bahawa ISA itu amat relevan untuk negara rumit seperti Malaysia ini.

KacangManis said...

Salam Datuk,
Bagi saya, RPK memang patut ditahan ISA. Tak kan rakyat sudah lupa tentang SD- SD yang dikeluarkan RPK sesuka hati dia, atau berita-berita dan email yang ditulis dia yang berbaur hasutan dan berdasarkan bukti-bukti yang belum tentu kebenaran nya.
Tetapi memang tidak dinafikan ada juga pihak yang menyalahgunakan ISA, contohnya penahanan wartawan Sin Chew Jit Poh tersebut, yang alasannya bertujuan untuk melindungi wartawan tersebut.
Tindakan tersebut telah memburukan nama ISA dan menaikan kemarahan rakyat.
Sepatutnya yang dikaji dan ditanya adalah orang-orang yang menyalahgunakan Akta ISA tersebut, dan bukannya menyalahkan akta tersebut.

New York Disaster said...

kalau nak kata kerajaan berat sebelah dalam hal ISA pun tak juga kerana ada tahanan ISA yang menang kes terhadap kerajaan.

undang-undang seperti ISA juga wujud dinegara-negara lain.ISA diwujudkan bagi mengelakkan dari terjejasnya ekonomi,sosial,agama didalam sesebuah negara.

jika ada mana-mana tahanan ISA yang tidak puas hati,mereka boleh menyaman kerajaan dan terpulang pada mahkamah untuk memutuskan keputusan saman itu.

nawawidahalan said...

Assalamu'alikum Datuk,

berhubung ancaman keselamatan dan ketenteraman awam mungkin wajar

Bagaimana pula dengan isu Al Arqam?

Sehingga sekarang pemimpinnya Abuya berjaya membuktikan kepada dunia tiada unsur keganasan bahkan sangat mementingkan kasih sayang dan keselamatan manusia baik di dunia lebih utama keselamatan di Akhirat.

Jika ada unsur yang bercanggah dengan Islam kenapa tidak dibuktikan di mahkamah?

Apakah pihak berkuasa agama terlalu lemah untuk menghujahkan di mahkamah sebaliknya memaksa dengan kuasa?

Islam bukan agama bersifat lokal, Islam global lagi universal. Al Arqam hanya disesatkan oleh 'ulama' rasmi di Malaysia sahaja.

Nahdatul Ulama Indonesia berpendirian jika Arqam sesat maka mereka juga sesat kerana kepercayaan dan amalan yang sama. Tetapi beranikah dan semudah itukah untuk menyesatkan orang?

Jika menuduh sesat kepada orang yang tidak sesat maka sesat tersebut kembali kepada sipenuduh, inilah keterangan hadis.

Bukalah hati, kerana hati tidak menipu sekali pun otaknya dungu!

temui kelainan di blog saya

http://nawawidahalan.blogspot.com/

panglimapitas said...

Salam..
Boleh tumpang lalu..
Saya sebagai seorang Panglima Pitas tetap sokong ISA terus diwujudkan...

youth attack said...

ISA ini sebenarnya masih wajar untuk diteruskan.tapi yang menjadi tidak wajar bila ISA digunakan untuk menghapuskan musuh politik.

tapi bagi RPK,memang patutlah dia ditahan.RPK sendiri memang dah bersedia untuk ditahan.kalau dibaca artikel-artikel RPK memamg boleh dikatakan "tak masuk akal".

Anonymous said...

Dato' Tiger,

Buka Mulut dan Buku Minda. Yang tertutup dan terbuka ialah minda/fikiran kita, bukan otak! Otak tak ada buka dan tak ada tutup.

Terima kasih.

Tinta Merah

rafabenitez_subang said...

diy...ISA perlu di gunakan, tetapi mesti di gunakan dengan adil dan betul. maksud saya pda masa ini, apakah hanya RPK saja yang patut duduk dalam tu , sedangkan teresa di bebas awal,budak cina yang buat lagu negarakuku tu hanya di panggil lepas 2 bulan balik malaysia, karpal tak ada pun KDN cerita nak tangkap....jadi macam mana....?

R@duan said...

sesuatu yang tidak berlandaskan quran dan sunnah tidak releven sampai bila-bila.

Ajeem said...

undang2 itu penting tetapi jangan disalah gunakan..kerajaan juga manusia biasa.begitu juga dengan rakyat..masakan seorang ayah sanggup memberi racun apabila anak meminta susu..jika kerajaan benar2 ingin membela nasib rakyat,kepentingan rakyat harus didaulatkan.

rayliew said...

ISA mesti dikekalkan untuk mengatasi usaha untuk mengucar-kacirkan keamanan negara dan juga keselamatan negara..renungilah peristiwa 911 Amerika..renungilah peristiwa pegeboman hotel terkenal di PAKISTAN beberapa hari yang lalu...KEAMANAN NEGARA DAN KESELAMATAN RAKYAT PERLU DIKEKALKAN..

PAK BRATA said...

salam tok tiger,

saya dah cakap sebelum ni,duduk kat Malaysia jangan buat hal untuk cita-cita politik songsang.

kerana mulut,badan binasa. mata pena lebih tajam dan bisa daripada
mata pedang.

fikir dulu sebelum cakap atau tulis beb!

bumilangit said...

betulke ISA ni tak islamik? tak hadhari la macam ni.

Yahya Ahmad said...

Gunakan alQuran untuk melihat sama ada penahanan tanpa bicara ISA ada atau tidak. AlQuran dan bukan otak yg sepatutnya digunakan.

Mana ada dalam Islam orang kena tuduh dan ditahan tidak dibicarakan. Ini mana punya undang undang. Undang undang rimba ajer macam tu sama dengan Guantanamao Bay. Kita sedap sedap kutuk USA sebab tahan tanpa bukti...nah sekarang dua kali lima.

Bicarakan dimahkamah dan tunjukkan apa bukti kesalahan dia. Ingat Islam menentang kezaliman.Doa orang yg dizalimi adalah makbul. Kalau di mahkamah sekurang kurang nya dia boleh mempertahankan diri.

Sudah tu orang yg terang terang membangkitkan isu perkauman di biar lepas tanpa didakwa sedikit pun di bawah mahkamah.


Islam untuk semua bukan untuk Melayu.

Insaflah.

Yahya Ahmad
Jerantut

jantan jinak said...

Memang patut orang2 macam RPK tu kena sumbat situ. Kalau tak, dibiarkan berkeliaran dekat luar, habis semua orang dihasutnya. Orang macam ni memang betul2 boleh mengancam keselamatan dengan membakar semangat kemarahan orang melalui cerita fitnah dia tu.

jiwakita said...

ORANG SEPERTI TERESA KOK BUKANNYA TAK TAHU UNDANG-UNDANG...SEBENARNYA DIA SAJA NAK BUAT GEMPAK DENGAN TINDAKAN
YANG DIBUAT TU PASTI DIKENAKAN ISA..

JADI KENA ISA ORANG AKAN LIHAT NI LAH MASANYA DIA DAH JADI HEROIN...

DENGARLAH SAJA APA YG DIA KATA..
MENAMPAKKAN KESOMBONGAN DAN KEANGKUHANNYA....

MACAMLAH DIA SAHAJA YG PERNAH KENA ISA.....

JIKA DIA MENYALAK TENTANG MAKANAN
YANG DIBERI..SESUAILAH APA YG DIKATA MAKANAN YG DIA MAKAN......

NAK SEDAP MAKAN...DUDUKLAH DI LUAR.....ATAU DIAM DALAM RUMAH SENDIRI....

Anonymous said...

Penganut Islam Hadhari sahaja yang menghalalkan ISA.
Kalau salah pergilah dakwa naik mahakamah, tak payah berselindung belakang akta orang british.
Kalau polis tak mahu buat sisatan, macam mana kita nak percaya polis boleh banteras jenayah.

Fendy

Anonymous said...

ISA nie relevan kalau segala keputusan penahan seseorang itu diputuskan oleh suatu badan atau suatu majlis yg dianggotai oleh org yg tiada berkepentingan politik...

so tidaklah ia menjadi alat yg blh digunakan sewenang2 nya..

pulut said...

ISA ni kalau digunakan dengan betul, boleh membantu mengekalkan keamanan. Terutamanya dari orang macam RPK(Raja Penghasut Kronik). Huru hara negara dibuatnya.

Tiger Jantan said...

Bro Tiger,

Betul pandangan Jai. Tetapi mesti consistenlah. Satu hari champion Malaysia dengan equality for all races, satu hari pula Ketuanan Melayu pula.

Kalau mahu cakap banyak - stand sahaja for election dan tengok kalau ada support sama you punya brudder pendatang.

Kalau you Tiger Sumatra, say lagi garang kerana tidak ada NEP dalam hutan saya.

azwan said...

Salam Dato',

ISA tetap tidak relevan! Orang yang menyokong mengekalkan ISA pun adalah golongan yang tak relevan. Hari ini mereka bercakap mempertahankan ISA, tiba2 satu masa nanti, sama ada diri mereka, keluarga mereka atau sahabat handai mereka ditahan ISA, barulah mereka katakan ISA tidak relevan. ISA sememangnya zalim dan kejam. Siapa yang menyokong penggunaan ke atas ISA adalah dayus tidak kiralah sama ada mereka itu penyokong BN atau PR. Apakah Tun Dr Mahathir layak untuk di'ISA'kan pada masa sekarang ini kerana mengganggu kerja buat Pak Lah pada masa sekarang ini? Sama sekali saya tidak bersetuju penggunaan ISA ini ke atas sesiapa sekalipun. Hatta ke atas Dato'

Azwan
Kedah