Monday, September 1, 2008

"TENDER TERBUKA" PILIH PEMIMPIN MCA?

Calon Presiden MCA, Datuk Ong Tee Keat, menegaskan jika politik wang berleluasa dan menjadi budaya hidup ahli parti itu, adalah lebih baik dibuat pemilihan pemimpin MCA menerusi "tender terbuka" atau mengadakan "sebut harga" daripada mengadakan pemilihan.

Dalam sidang media yang disiarkan oleh Buletin Utama TV3 sebentar tadi, Menteri Pengangkutan yang fasih berbahasa Malaysia, memberi cadangan berkenaan sebagai "sindiran" kepada pihak yang menaburkan wang untuk mempengaruhi ahli parti mengundi mereka.

Menurutnya, jika politik wang itu dianggap oleh sesetengah pihak sebagai "durian runtuh", mereka juga perlu juga sedar bahawa wang yang diterima itu adalah wang haram.

Pemimpin yang mengamalkan rasuah politik sebenarnya tidak payahlah heboh untuk menyatakan visi atau misi untuk parti sedangkan mereka sebenarnya mahukan kuasa itu dengan apa kaedah sekalipun.

(Renungan Rimau : Pilihlah pemimpin yang tidak rasuah dan ikhlas untuk memajukan parti. MCA perlu kuat untuk membantu Barisan Nasional pada PRU13. Jika parti komponen masih lemah, tidak hairanlah lebih banyak negeri yang akan jatuh kepada pihak lawan.)

19 comments:

Hasbullah Pit said...

Kalau semua dah guna politik wang, sesuai juga guna tender terbuka


Beras Padu

Anonymous said...

Sdr Ibrahim
Money is power.Therefore I appeal to all Puak Cina Kapitalist (MCA leaders and supporters) to unite!!

"Capitalists of all countries unite! Unite!! Let the minority-workers' classes tremble at a capitalists' revolution. The Capitalists have nothing to lose but to gain freedom and liberty. They have a world to control!!"

"Control oil, you control nations, control food, you control people, control money, you control the world"- Henry Kissenger, ex-Secretary of State, 1973-1977.

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

sebagai satu sindiran..

kalau politik wang dah jad trend, kira macam nie paling baik.

politik kat singapura pun tak buat begini...

ada kalanya kita perlu melihat politik bukan hanya untuk kekayaan, tetapi sebagai perjuangan, namun di singapura pemimpin politiknya setahun pendapatan sudah jadi millioner...

Anonymous said...

SETUJUUU..

Tinta Biru said...

Salam Datuk,
Amalan politik Wang inilah yang akan menjatuhkan bangsa dan negara kita. Kalau cara seperti ini diamalkan maknanya individu yang tidak layak pun boleh memegang satu-satu jawatan hanya kerana politik wang. Tiada keihklasan dan kejujuran dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab. Teringat pesanan seorang sahabat pada saya katanya KALAU KITA IKHLAS DAN JUJUR MELAKSANAKAN PERINTAH, AMANAH DAN TANGGUNGJAWAB BAGI SAHAJA PADA ALLAH UNTUK MEMBALASANYA. KERANA GANJARAN DARI ALLAH BERLIPAT KALI GANDA DARI BALASAN YANG MANUSIA BERIKAN.

Al-Yasar said...

Salam,

Poliik wang agaknya sudah merebak dalam MCA, seperti juga dalam UMNO. Tapi ini tidak luar biasa dan tidak ada yang pelik.

Parti-parti lama dan sudah tua umumnya memang begitu.

Pemimpinnya bukan lagi berjuang untuk kepentingan bangsa dan negara, tapi untuk kepentingan diri, keluarga dan kroni. Jadi masuk politik tujuannya tidak lain untuk dapat kedudukan dan kekayaan.

Ini memang tidak bagus. Tapi kalau tidak berlaku hal yang demikian, tentu semua parti akan terus kuat, dan akan memerintah hingga hari kiamat.

Hukum alam barangkali tidak begitu.

MAWAR BERDURI said...

Tidak salah mengutarakan pandangan hasil dari penglihatan, hati dan akal tapi jangan berkata2 sesedap rasa macam lah politik wang ni milik UMNO...

tidak ada seorang manusia pun yang kan jadi pemimpin tanpa memberi makan pada keluarganya terlebih dahulu kalau begitu hukum alam, maka piramid dan teori Herarki Maslow akan di terbalikkan oleh penyokong2 yang menganggap diri mereka bersih Yakni Pekatan Pembangkang.

Bukan penyokong kepada politik wang, tapi jangan bila sebut politik wang yang di tuduh cuma UMNO yang salah cuma UMNO dan komponenya padahal hakikat sebenarnya tiada siapa yang lebih agung dari ALLAH yang tau sapa salah. kalau dah penyokong2 pembangkang ni tahu saja sapa pemimpin yang pentingkan diri cuma dari kaca mata peribadi itu takbur namanya. sekian

Anonymous said...

Semekom Tok Rimau,
Duit..duit...dimana kau duit.... bajet sudah umum, masih tak cukup duit kerrr.....
Cari duit untuk hidup atau hidup untuk cari duit...???
Pemilih yang pintar tidak akan bergantung pada banyak mana duit yang di suapkan ke mulutnya... orang memberi, kita menerima.., tapi...undi tetap aku punya!!

Anonymous said...

Minta tuan ulas isu berikut...Macamanalah rakyat tak marah...

Public land gone!
by R. Nadeswaran and Terence Fernandez


PETALING JAYA (Aug 29, 2008): What was supposed to be land for facilities for the people in the up-market Bandar Utama township has ended up in private hands.

All it took was for the previous members of the Selangor Executive Council to agree and for the then mentri besar to alienate the land to individuals, bodies, corporations – and even political parties.

The result: the sprawling township does not have a fire station – on the land designated for it sits a used-car dealership. Even land meant for surau is in private hands – a car showroom and furniture centre.

All in all, seven parcels of land meant for public amenities have been misused.

When developer Damansara Jaya Development Sdn Bhd, submitted the layout plans for the entire area, the State Town Planner had indicated that land must be set aside for the common use of the residents, including schools, bus shelters, post office, etc.

In this instance, the layout plan was submitted and approved in 1991 but the sale of the land took place much later – before March 8 when the people voted in a new government.

Apart from the loss of the fire station and surau, what was meant to be a food court is now another car showroom, and what should have been a balai raya (community hall) is now someone’s home!

http://sun2surf.com/article.cfm?id=25223

Kerakusan yg menumbangkan sebuah kerajaan. Itu baru satu dua yg didedah.

IbnuHalim

aimdaim said...

Salam DIY,
"Sindiran" itu untuk semua parti dalam komponen BN.
Mesyuarat cawangan UMNO pun dah ada rasuah, peringkat bahagian lagilah teruk.... last minit sebelum mengundi bagi duit dalam tandas, yang di pilih tak buat kerja, lebih ikut orang yang atas.
PRU12 dah nampak kesannya.....
Boleh ke yang menyindir tu nak baiki keadaan dalam parti sendiri...

fikir-fikirlah

sumandak bayu said...

Sebenarnya kalo nak bicara politik wang ni hampir semua parti kat MALAYSIA ni terlibat termasuk gak PAKATAN RAKYAT cuma dorang macam pepatah Melayu 'lempar batu sembunyi tangan'.

Tapi tak ada juga yang berani tampil untuk memaklumkan salah laku ni. Apa pun budaya ni perlu 'dikuburkan'. Era sekarang tak guna teknik 'gula-gula getah' dah lapuk dimakan zaman. Sekarang masa untuk buktikan kepimpinan melalui teladan tapi bukan bererti kita kena 'taksub' dengan pemimpin tersbut.

FIKR-fikirkanlah...........

hasipin66 said...

Ni pasal politik wang,siapa pengasas kat Malaysia ni?
Mula-mula merdeka dulu,tak adapun kita dengar UMNO,MCA MIC dan lain kompenan main wang dalam politik.

Inikah erti pengisian kemerdekaan?
dulu mana ada rebut-rebut jawatan,malahan main sorong-sorong nak jadikan ketua dalam parti.Ada orang kata,ada yang nekad nak jadi ketua dalam parti kerana nak dapat KUASA dan disana ada SUMBER KEKAYAAN malah segala-gala boleh buat.

Kalau ada pemimpin dalam BN begini,lebih baik kita goreng kering cepat-cepat.hanya merosakkan bangsa dan negara saja.

Sepatutnya inilah ciri-ciri pemimpin yang BN nak cari:-
1.sikap tak penting diri sendiri.
2.sanggup berkorban masa dan tenaga untuk kemajuan masyarakat dan negara.
3.sanggup mengahadpi sebarang masalah atau konflik yang timbul.
4.pemimpin yang baik budi pekertinya serta tinggi nilai peribadinya akan tetap dan sentiasa dihormati.

Anonymous said...

datuk,

Kalau dah pemilihan UMNO bermula di kampung hingga ke bahagian lantas ke Majlis tertingi subur dengan politik wang ( rasuah sebenarnya), bolehkah datuk percaya tidak berlaku rasuah tatkala UMNo mendepani pembangkang dalam pilihan raya ?

Kata hati datuk macam mana ?
Datuk nak percaya pilihan raya kita bersih dari amalan rasuah oleh UMNO dan BN.

Cincanglah jasad saya lima belas kerat macam Allahyarham Datuk Mazlan Idris, saya takkan percaya BN bersih hatta sebesar hama sekalipun.

Di kampung saya dipedalaman pun ketua cawangan dgn ketua pemuda UMNO berlumba-lumba memberikan wang bila mereka berentap.

Itulah persepsi orang di luar UMNO sekarang.

Wassalam.
Adnan M

ibrahim yahaya said...

Sdr IbnuHalim,

Kerajaan yang tidak menghiraukan kepentingan rakyat dan merampas hak mereka akan kecundang kerana doa mereka yang teraniaya akan dimakbulkan oleh Allah SWT.

Oleh itu, pemimpin kerajaan perlulah memikirkan kesan kepada doa rakyat yang teraniaya agar mereka tidak mengulangi kesilapan.

ibrahim yahaya said...

Sdr AimDaim,

Setakat ini, saya melihat Datuk Ong Tee Keat adalah antara contoh wakil rakyat yang berwibawa dan bertanggungjawab. Masakan beliau terselamat dari tsunami politik di Selangor. Walaupun adakalanya beliau "melatah" terutama membabitkan isu "Ketuanan Melayu", namun saya rasa beliau mampu mengepalai MCA.

Yang penting beliau memahami pentingnya kerjasama erat antara semua parti dalam Barisan Nasional. Tiada tuduh menuduh atau kata mengata yang boleh memutuskan ikatan sejak 51 tahun lalu.

MAWAR BERDURI said...

Dear Mr. Tiger

Walaupun sedikit terlewat,mawar di bawah bayu ingin mengucapkan salam ramadhan buat mr. tiger. semoga kita semua di beri kesihatan menempuhi puasa ramadhan tahun ini. dan biarlah puasa ramadhan ini menjadi saksi bahawa impian pihak2 yang ingin merampas tahta pemerintahan akan terkulai layu. ibarat daun2 yang berguguran.

Anonymous said...

dah wujud sejak lama..tapi baru je dibongkarkan..ada muslihat ke??

Unknown said...

Salam bos ..

Unknown said...

pelik.setiap kali sebut tentang politik wang mesti ditujukan kepada UMNO.kenapa agaknya?.mungkin sudah politik wang ini sinonim dengan UMNO.tetapi saya percaya bukan semua pemimpin UMNO yang berhati busuk mengamalkan politik wang.

apakah parti-parti politik lain bersih sangat ke?.memanglah UMNO bermasalah tapi tak bermakna parti politik lain tidak bermasalah.