Monday, September 15, 2008

IMPIAN VS KENYATAAN (5)

Ada orang nak ambilalih kerajaan. Ada orang kata, mustahil.
Ada orang kata ada orang mahu lompat parti. Ada orang kata, siapa mahu jadi katak.
Ada orang ajak pergi Taiwan. Ada orang kata, mari pergi Taiwan juga.
Ada orang kata hanya orang gila mahu tubuh kerajaan dari belakang. Ada orang yakin cukup orang akan lompat. Ada orang kata, kena tangguh. Ada orang kata, ada perkembangan terbaru dalam politik.
Ada orang kata tiada kredibiliti. Ada orang kata tiada moral. Ada orang kata mengkucar-kacirkan negara. Ada orang kata, ada orang sudah tipu tiga kali. Ada orang kata satu pembohongan. Ada orang kata, ada orang tidak demokratik.

Ada track. On track. Tapi, trek keretapi.

Ada orang kata, ada orang hendak jadi Mat Jenin. Siapa akan jatuh "berdebub" macam buah kelapa? Siapa tekaan anda?

1. Pembentukan kerajaan baru seperti yang dicanangkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu selama ini, memang tidak berasas dan tidak mungkin dapat dilaksanakan. Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata tindakan Anwar itu sebenarnya satu pembohongan dan tidak bermoral. "Jelas, Anwar hanya mementingkan diri sendiri tanpa menghormati amalan demokrasi di negara ini," katanya semalam. Muhyiddin yakin Anwar akan terus gagal dalam usahanya menubuhkan kerajaan menerusi pintu belakang, walaupun beliau meminda tarikhnya beberapa kali. "Anwar sudah hilang kredibilitinya sebagai seorang ahli politik berwibawa. Cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri hanya akan menjadi Mat Jenin," katanya.

2. Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata BN sejak dulu lagi yakin dengan keutuhan gabungan itu kerana ia dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya umum. "Anwar saja yang gila hendak menubuhkan kerajaan melalui pintu belakang dengan cubaan membeli Ahli Parlimen BN. Ia tidak demokratik serta memalukan sehingga menyebabkan negara berada dalam keadaan yang tidak stabil," katanya.

3. Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Nazri Aziz berharap rakyat tidak tertipu lagi dengan permainan politik kotor Anwar. "Ini kali ketiga Anwar menipu rakyat apabila memberi pelbagai alasan untuk menangguhkan impian kosongnya." katanya. Nazri berkata, beliau memang sudah lama yakin kerajaan baru Anwar tidak mungkin dibentuk pada 16 September ini.

4. Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata Anwar sudah memberi tiga alasan berbeza berhubung penangguhan pembentukan kerajaan, iaitu Parlimen tidak bersidang, Ahli Parlimen BN ke Taiwan dan penahanan tiga orang termasuk Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). "Lama-kelamaan orang akan sedar siapa Anwar sebenarnya," katanya.

5. Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, berkata budaya katak yang mahu diamalkan Anwar akan menyebabkan pentadbiran negara menjadi tidak menentu dan menimbulkan kacau bilau. Dr Koh berkata, budaya seperti itu harus dielakkan kerana rakyat pasti tidak mahu pentadbiran negara ditentukan oleh beberapa orang yang suka berpaling tadah. "Jangan biarkan kerajaan negara kita ditentukan oleh beberapa orang yang mengamalkan budaya lompat ini," katanya.

6. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, berkata Anwar terbukti mempunyai cita-cita besar dan terburu-buru untuk menubuhkan kerajaan sehingga tidak sanggup menunggu pilihan raya. "Strategi Anwar itu sangat tidak demokratik, tidak beretika dan 'tidak gentleman. Kalau beliau yakin bahawa rakyat menyokongnya, dia patut menunggu proses itu," katanya. Musa yang juga Pengerusi BN Sabah berkata wakil rakyat BN cukup matang dan bijak untuk tidak terperangkap dengan politik Anwar. Beliau berkata, mereka mungkin bersuara lantang berkaitan beberapa isu tetapi ia tidak bermakna mereka menentang pucuk pimpinan BN. "Saya yakin mereka akan tetap mengenang jasa dan berterima kasih kepada penyokong BN yang memberi laluan kepada mereka untuk menjadi anggota Parlimen," katanya.

7. Akhirnya, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memberitahu pemberita kelmarin, yang Pakatan Rakyat terpaksa menangguhkan hasrat mengambil alih kerajaan pada 16 September ini atas alasan tarikh yang ditetapkan itu tidak lagi sesuai berikutan beberapa perkembangan terbaru politik negara.

1 HARI LAGI

24 comments:

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

datuk, main belakang nie baik ke tidak? jangan tanya ulama PAS sudahlah. kalau kahwin kenapa main belakang?

yang seronok nak main belakang hanya abang nuar aje..orang lain ingat haram kot. PAS pun banyak tak suka main belakang, busuk membusukkan.

apapun, syabas kepada abang nuar sebab berjaya menipu dengan propagandanya.

nak tahu bagaimana dan macamana propaganda abang nuar berjaya atau tidak, jom ke website abe MIE. Penyiasat kerajaan katak

Conspiracy Theorist said...

Salam Bro Dato,

heheh..apo nak dikato,..tak abis abis kelam kabut yg di buat bro AnWar ni,.bak kata org cam 'dying wish' bro AnWar je.. saja nak tanya pendapat Dato Bro, Kalo bro AnWar brjaya buat Rampasan Kuasa Kerajaan yg di pileh majoriti rakyat takkan Army tak leh wat coup d'etat kat Kerajaan PR pulak n kemudian serah kuasa mutlak balek kat BN?? heheh..saya tanya ni pasai ada kawan Mat Salleh kata bro AnWar takkan brjaya dgn cara ini tp kalo lahabau tu pandai dan proove kat rakyat dgn membuat pentadbiran yg baik trhadap 5 negeri beasq yg ditawan PR sudah tentu 2012 nanti PR mungkin boleh brjaya..itu kata dia lagi DAP mesti lah di usir keluar dari PR..heheh..Mat Salleh pun tau DAP tu punya agenda macam Singapore dan kalo di biarkan dia kata org Melayu akn di oppressed mcm di Singapore..Melayu will lose deir identity n dignity in d long run..dia kata dia heran gak sebab BN have a very astounding records of gud governance in a multi racial country.. yg problem nya kata mamat ni is not d system but d one implementing d system i.e. ur Sleepy Head PM,..heheh..malu gak bila dia kata Sleepy Head apa tak nya dia kata banyak gambaq PLah lentok..nak cari gambaq Tun M lentok belum lagi dia jumpa,..wakakaka...apo nak dikato,..heheh..

SAY NO TO NWO!! SAY BYE TO AnWaR & PLah!! SAY WELCOME TO FUTURE PM TGK RAZALEIGH aka Ku Li..insyaallah!!

Tinta Biru said...

Salam Datuk,
memang dah agak pun...tak hairan kalau DSAI banyak berdalih..lepas nih apa pulak alasannya lagi..TUNGGU DAN LIHAT...Biarkan Si Luncai Terjun Dengan Labu-labunya..

Anonymous said...

Datuk,bab ni saya tak risau.Dgn izin Allah hajat Anwar tak sampai.Tapi yg saya bimbang Muhyiddin sergah Pak Lah.Zaid usik Pak Syed.Awat ni caca marba.Rakyat dok perati.Jgn lah buat rakyat tengok pimpinan UMNO/BN,hari demi hari makin goyah.Sapa boleh jadi penyelamat.Kesian Pak Lah.Hendak saya menjadi pendamping nya memberi kekuatan tatkala ribut dan taufan begini.Apakan daya saya hanya rakyat biasa yg hanya mampu berdoa agar dia terus sabar dan tabah hendak nya. Ike Tsunami.

Anonymous said...

Salam pagi 15 Ramadan Datuk...
Memang terbukti sekarang ni bahawa Anwar Ibrahim adalah seorang pemimpin yang bacul dan suka 'main belakang' sampaikan nak mencapai cita-cita sendiri pun nak guna jalan belakang! Beliau seorang contoh pemimpin yang telah hilang kewibawaan sebagai seorang pemimpin. Orang seperti beliau dilihat sanggup buat apa sahaja demi mencapai maksud di hati.

Tinggal sehari lagi untuk mencecah tarikh 16 September seperti yang dijanjikan oleh Anwar. Tarikh yang terpaksa ditundakan kepada tarikh yang belum dapat dipastikan oleh Anwar sendiri.

Bagaimana dengan rombongan susulan MP PKR untuk menjejak MP BN di Taiwan? Adakah susulan itu berjaya menjejaki mereka dan berjaya memujuk mereka untuk lompat ke PR?... Kelihatan seperti hampa saja! Kalau dah ada 'bunga-bunga' kejayaan, mesti Anwar dah buat kenyataan riak bangganya kerana berjaya memujuk MP BN sertai PR. Tapi senyap je! Kecewa la kot!

Yang pastinya Anwar akan cuba memberi seribu alasan untuk 16 September...

Anonymous said...

kalau betul Anwar hendak tawan Malaysia dan menjadi PM,buktikan terlebih dahulu samada PR efisyen bekerja atau tidak dalam menguruskan negeri-negeri didalam tangan mereka.

kemudian baru boleh bicara soal pembentukan kerajaan baru.

Mazlan, said...

DIY,
APA JUGA PENDAPAT KOMEN DAN KUTUKAN KEPADA ANWAR. TERIMALAH HAKIKAT BAHAWA ANWAR DAH MENANG.DIA BERJAYA GAWATKAN KERAJAAN YANG ADA DENGAN WAYANG TAMIL DIA. DAN KERAJAAN DI BAWAH PIMPINAN PAK LAH PUN MENJADI KALUT,LATAH,RISAU,GELABAH,GUNDAH DAN MACAM-MACAM. INI LAH KEMENANGAN ANWAR. AKHBAR PUN BERMAIN ISU-ISU INI YANG HAMPIR SETIAP HARI. ITULAH KALAU KERAJAAN LEMAH DAN TAK KUAT...MAINAN WAYANG TONGKOI PUN MEREKA TAKUT.

AKULAH GHAIBMAN said...

salam dato'..
insyaallah jangan khuatir.. Allah ada bersama kepimpinan yang benar!

Anonymous said...

Mungkin betul kata pemimpin kita, cukup-cukuplah bercakap tentang DSAI dan impian "kerajaan lompatnya". Semakin kita bercakap semakin ligat DSAI memutar belitkan fakta dan bermain dengan imaginasinya. Sekarang apa yang penting bagi blogers seperti tok ialah "mencuci" minda rakyat yang telah ditabur racun oleh DSAI.

Unknown said...

saya ada terjumpa artikel yang menarik tentang tindakan Anwar untuk merealisasikan impiannya menjadi PM dan membentuk kerajaan baru beserta implikasi kedua-dua perkara tersebut.

jika ingin tahu,klik saja di sini

amirul said...

Salam Tok Tiger,

Apakah Pak Badutlah ni akan menganggap ini adalah satu kejayaan bagi beliau? Kerana Impian Al-juburi tidak menjadi kenyataan! Dan merasakan semua anggota AP BN sokong penuh kepimpinan beliau? Kita tengok je lah episod sarkas politik selanjutnya... Jangan kemana2! Pak Badutlah akan menjadi peneraju utama! Wallahualam...

Anonymous said...

Bila lagi kita nak sedar bahawa perjuangan Anwar untuk menjadi PM adalah perjuangan untuk diri dia sendiri semata-mata dan bukan nya untuk Malaysia.
Untuk menerima seseorang itu menjadi PM,kita harus melihat sejarah perjalanan politik Anwar.
Buka minda untuk mendalami sejarah Anwar.
Bukan main sokong saja.
Jenguk-jenguk la link dibawah

http://stephendoss.blogspot.com/2008/09/question-of-character.html

Bung Karno said...

Datuk tertinggal tulis apa anak Anwar, Izzah kata (saya terbaca muka depan Sinar Harian).

Anwar mula mengajar anak dia jadi dolak-dalik. Hampir sama dengan Dolah-dalik.

Anonymous said...

Salam

1. The first mega project of the new goverment is corrupting.

2. The end justifies the mean-Machiavellian
Practice corruption to fight the corrupted-A***risme

3. Hey my reps 1 didnt get the money! Its ok, you, rhakyaat are the luckiest.

Akulamat

Anonymous said...

Bila cerita yang di momokkkan itu di sampaikan lagi dan lagi oleh 10,100,1000 dan seterusnya..maka ia akan menjadi satu `perkara.'

Setuju dengan satu pendapat di atas, kita juga telah menjadi alat menyebar virus-virus yang di cipta oleh anwar dan kuncu-kuncu.

Nampak di TV baru-baru ini, rombongan MP's pergi ke Taiwan, macam pelakon bollywood pula mereka, dapat liputan media perdana..seolah-olah mereka nak pergi perang ke, ke bulan ke...
Kemudian tu, menyusul pula rombongan pembangkang pergi ke Taiwan.. sama juga, pemberita dan kerlipan flash kamera... fulamakk, kalau Sarip Dol nampak ini...dia mesti jeles ...

Perang psikologi anwar cukup berkesan di mainkan, tapi bagaimana dengan part kerajaan BN, takkan asyik `defensive' jer... dalam defensive tu, sekali-kali kita buat kejutan kilat..biar berterabur mereka sikit... baru ada umphhh!!

Sekian,
KEKALKAN ISA.
SELAMATKAN SAPP,SINGKIRKAN YONG TECK LEE.

* pst..tok, tumpang skit jerr.!!

waritarakyat said...

DSAI tu memang mcm tu tak ubah mcm dulu. Hasrat DSAI nak jadi PM tu dah lama hilang pun. Wahai rakyat Malaysia lupakan angan-angan DSAI. Untuk makluman blog baru saya ialah http://suratrakyat.blogspot.com bukan lagi http://waritarakyat.blogspot.com (Laman Blog lama ada masalah)

rayliew said...

Perjuangan untuk individu "the puppet master" yang mempermainkan rakan-rakannya untuk kepentingan dirinya sendiri..Target utamanya jawatan PERDANA MENTERI...Tidak hairan September 16 diperheboh-hebohkan untuk mengalih tumpuan rakyat terhadap kes liwat...

Anonymous said...

Tak lama lagi kamu tengok saja lah

Nak kutuk Anwar ya

Bila UMNO yang korup sampai ke akar umbi yang kamu sokong itu tumbang....

hah... kita tengok siapa menangis

Tunggu dan lihat saja la. Itu saja nasihat saya

Anonymous said...

Wah ada juga pencacai disini yang suruh orang tunggu dan lihat. Ni dah termakan nasi kangkang Anwar lah ni. Semua yang Anwar cakap semuar percaya. Meleleh2 air liur menunggu nampaknya. Takkan tak nampak lagi, dah berderet2 alasan yang dia bagi untuk berdalih dengan plan Mat Jenin dia tu. Dia sensitasa menunggu peluang yang boleh digunakan untuk alasan. Semua dah kena main, tunggu lah lagi, kita tengok nanti siapa yang menangis menunggu PM yang diharapkan tak timbul2..

Anonymous said...

Sila lawati blog stephendoss.blogspot.com untuk melihat kesan2 buruk yang akan terjadi jika Anwar berjaya dengan plannya itu. Baca tajuk 'Recipe for Chaos'. Menarik..

Salman Madani said...

Salam,

16 September 2008 mungkin berlalu tanpa apa-apa peristiwa yang luar biasa. Tapi jangan lupa, perjuangan Anwar masih belum berakhir.

Kemelut dan kecelaruan dalam politik kita mungkin akan berterusan untuk satu jangka masa yang lama.

Ini semua saya kira adalah akibat yang terpaksa ditanggung oleh "kita semua" akibat tindakan Mahathir memecat (dan mengaibkan) Anwar pada tahun 1998 dahulu.

Dan mungkin inilah "hukuman sejarah" apabila seorang pemimpin besar telah melakukan satu kesilapan!

Zaidil Ripin said...

Suluruh Rakyat Malaysia....
Lihatlah angan-angan yang telah bertebangan,
Mencari suatu titik yang tidak kelihatan
Terus kabur dan semakin kabur,

Seluruh Rakyat Malaysia....
Lihatlah betapa angkuhnya manusia itu,
Mengaburi rakyat dengan janji janji yang kosong,
Menaburi rakyat dengan angan-angannya,
Dan hari ini 16 September , kebenaran terbukti jua,
Janji terus tinggal janji....

Seluruh Rakyat Malaysia....
Bangunlah dari angan-angan yang tidak kesampaian itu,
Bangkitlah untuk bersama-sama bersatu padu demi negara yang tercinta,
Menghapuskan fitnah dan omongan kosong manusia itu

Anonymous said...

ntah la polician boleh berjanji mcm2 dan beri pelbagai alasan dan bukan penyelesaian....

Anonymous said...

kalau kita percaya dengan kerajaan Pak Lah hari ini maka kita semua patut sokong agar dia boleh berdiri dengan lagaknya. Kenapa kita sibuk dengan rancangan Anuar nak tubuh kerajaan baru...? Apakah kita semua takut dengan anganp-angan mat jeninnya...? Jantan tak bertelur kah kita...? Kalau kita masih menceritakan tentang anuar maka sah lah bahawa kerajaan kita memang lemah dan bebal....