Saturday, September 6, 2008

WARTAWAN LOKASI TAKYAH PAKAI TOPI

Saya kini menonton Majalah Tiga yang disiarkan oleh TV3 mengenai industri pelancongan di China.

Jalan ceritanya seperti kisah masyarakat Islam di China yang pernah disiarkan oleh program Syahadah RTM dan ia pasti banyak memberi maklumat.

Bagaimanapun, saya ada pandangan sedikit.

Saya rasa eloklah wartawan di lokasi tidak payahlah memakai topi ketika membuat "standupper" atau laporan di lokasi.

Apabila kita pakai topi, muka kita tidak akan nampak penuh. Apatah lagi mata yang dilindungi bahagian hadapan topi menyebabkan penonton tidak dapat melihat anak mata wartawan yang menyampaikan maklumat.

Kalau shot close up boleh dimaafkan, tapi jika shot dari jauh tak berapa ok.

Apatah lagi penyampai memakai topi pada waktu malam. Nampak lagi pelik.

Dulu, ketika di TV3, saya juga "mengharamkan" wartawan memakai cermin mata hitam ketika membuat "standupper". Tak tumpah macam orang buta pulak.

Penonton sudah pasti mahu melihat mimik muka penyampai termasuk mata dan gerak muka.

Jangan marah. Sekadar pandangan. Itupun jika hendak menerimanya.

28 comments:

Tinta Biru said...

Salam Datuk,
Setuju dengan pandangan datuk, sebab kata orang melalui mata akan menceritakan segala-galanya. Saya sendiri bila bercerita dengan kawan2 ataupun adik beradik ke saya suka tengok mata diorg sebab itu menunjukkan kesungguhan cerita yang saya sampaikan memang betul sebab saya nak tengok pula reaksi orang yang dengar cerita saya.Kalau dia tak tengok maknanya dia tak dengar ataupun tak ambil perhatian apa yang saya cakap.tak taulah kalau orang lain?

Anonymous said...

diy, saya pun tengok gak majalah3 sepintas lalu tadi dan saya rasa dia nak cover kepala dia botak kat tengah kot! hehehe.. tapi bab pakai spek hitam ni saya kurang setuju skit, kalau standup tengah panas dan report tu secara santai tak salah pakai spek hitam kot... sekadar memberi pandangan.

Unknown said...

Saya memang confirm tak pakai topi sebab nak bagi nampak kepala botak.

Apa pun saya setuju dengan pandangan itu. One more thing, saya cukup tak gemar tengok wartawan berpeluk tubuh ketika menemubual responden ..

Anonymous said...

Hamba pun bersetuju!

Masa tengok tadi Mula-mula ingatkan TV rumah kawan yang rosak. Kemudian terfikir mungkin kadar kolesterol dah mengaburi pandangan sebab masa buka tadi makan 3-4ekor ketam + sup ekor dll.

Tak payah lah pakai topi, kalau tengkolok mungkin OK. Topi pun nampak kotor.

Pada hemat hamba!

Fauziah Ismail said...

Salam Datuk
I watched the same programme.
I totally agree with your views.
Also, I thought there are certain guidelines by TV stations on the appearance of their presenters on TV.
T-shirt? Long hair?
Don't they represent the face of the TV station the represent?

Bung Karno said...

Dia nak peraga fesyen kot. Salah tempat dan waktu.

Yang pakai cermin gelap tu pasal mata dia meninjau tempat lain...

Anonymous said...

akum dato....

standupper di rtm mcm mana pulak...kan dato pernah bersama dengan rtm di bilik berita....?

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

ala datuk. pakai topi pun kena belasah juga macam kat PP baru nie . wartawan tu lebam kat lain tempat.

Anonymous said...

Dato', saya cadang mereka pakai kupiah, ketayap atau songkok. Kita kena tunjukkan kita tu Islam. kalau bukan Islam, tak payah pakai apa-apalah.

Suara Perindu said...

Satu teguran yang membina.

Anonymous said...

Datuk siapa nak ajar orang-orang kat TV3. Mereka orang cerdik pandai sedangkan Datuk orang terbuang. TV3 sekarang nombor satu di Malaysia, satu kebangaaan mereka. Masa Datuk kat RTM pun gagal nak saing TV3. Jadi lebih baik Datuk jangan bagi komen.

ibrahim yahaya said...

Sdr Tintabiru,

Ada beberapa sebab mengapa seseorang itu tidak melihat mata orang lain ketika bercakap dengannya.

Pertama, yang bercakap adalah lebih tua atau tinggi pangkatnya. Jadi tanpa melihat mata orang yang dinasihati, tegur, marah atau belasah, ia menunjukkan sedikit "superiority" antara dia dan orang itu. Berlagak pun ia juga.

Kedua, yang bercakap memang menyampah hendak melihat muka orang yang dinasihati, tegur atau marahi. Kalau boleh, tak mahu tengok muka dan minta cepat-cepatlah berlalu dari sini.

Ketika, ialah yang bercakap seorang itu seseorang yang pemalu atau berada dalam keadaan takut dengan orang yang dia sedang bercakap. Perempuan yang suka dengan lelaki kali pertama memang takut untuk melihat mata lelaki. Begitu juga sebaliknya. Saya doulu-doulu terus lihat mata kekasih dan cinta pun berputik. Oleh itu, dengan wanita, jangan renung matanya terlampau sangat atau terlalu tajam, nanti jatuh cinta pula. Itu sebab saya kini tidak berapa suka dengan adakan "candle light dinner" dengan perempuan kecuali isteri. Takut merenung mata orang depan, dan memikirkan benda yang bukan-bukan. Peerrrgh.

Tapi saya bersetuju dengan Sdr bahawa perlunya melihat mata orang yang kita bercakap atau adanya "eye contact". Jika seorang penceramah itu tiada "eye contact",lebih baik dia jadi warden penjara Sungai Buluh. Itu je.

ibrahim yahaya said...

Sdr Rafa,

Pendek je. Mengapa buat standupper tengah panas?

ibrahim yahaya said...

Sdr Mazidul,

Sdr ni...lagi botak, lagi macho. Sesetengah orang jika botak macam mafia. Ada juga botak macam profesor. Tetapi jangan botak tetapi macam tiada otak.

Kalau peluk tubuh ketika bertanya soalan, eloklah wartawan itu tukar kerjaya. Jadi penarik kereta hutang tertunggak kot atau bekerja dengan along untuk mendapatkan semula hutang.

ibrahim yahaya said...

Sdr Tuah,

Pakai tengkolok itu ketika majlis rasmi bolehlah. Jika tidak, orang ingat kita tengah shooting drama.

ibrahim yahaya said...

Sdr Jee,

Saya pernah bertugas dengan TV3 dan RTM. Memang ada garis panduan yang perlu diikuti. Tetapi boss kenalah pantau semua program. Jika ada buah yang tidak ikut guidelines, maka eloklah buat mereka faham. Kalau boss tak pantau, tikus pun jadi tiger.

Wartawan seharusnya memakai kemas kerana seperti kata Sdr, mereka adalah imej stesen tv atau media yang diwakili. Bagi crime reporters, mereka dikecualikan tetapi mesti smart casual atau pakaian yang sesuai. Yang perempuan, janganlah pakai skirt pendek untuk membuat crime reporting. Yang mati pun akan hidup.

Dulu ada cerita seorang wartawan agensi berita yang temuramah PM sebuah negara Afrika. Wartawan itu hanya memakai t-shirt dan seluar jeans koyak. Maka selepas majlis temuramah itu, PM berkenaan berkata, "Jika Sdr simpati dengan orang miskin di negara saya, tidak payahlah pakai macam orang miskin menemuramah saya." Siapa yang malu?

ibrahim yahaya said...

Sdr Bung Karno,

Kalau mata tu suka "melilau" ke sana kemari, jangan buat standupper. Hanya pakai suara atau voiceover saja.

ibrahim yahaya said...

Sdr Tengku Malik,

Garis panduan untuk membuat standupper adalah sama di kebanyakan stesen televisyen.

Yang penting orang yang buat standupper tidak perlu gementar dan gelisah. Buat macam biasa saja seperti kita bercakap dengan orang. Dalam hal ini, kita bercakap dengan penonton.

Jika hendak angkat tangan macam Karam Singh pun boleh, tetapi jangan tangan tu "melilau" ke sana kemari macam orang nak bersilat atau pertunjukan karate. Suara mesti jelas. Jangan mumbling atau cakap dalam kelambu. Yang penting kandungan standupper. Jika cakap melalut dan tiada isi pun tidak payahlah buat standupper.

Ada standupper yang dibuat di tengah-tengah skrip dan ada juga yang buat di penghujung skrip sebagai sign off. Tetapi mesti ingat jika ada dua story dibuat oleh wartawan yang sama untuk hari itu, buat sign off (penutup) di story kedua. Jangan lepas ada sign off story pertama, muncul semula pada story kedua. Apa punya wartawan la?

ibrahim yahaya said...

Sdr Abe Mie,

Siapa yang belasah wartawan itu memanglah orang yang tidak pergi sekolah. Macam kita pukul orang sedang buat kerja seperti orang sedang menyapu sampah di jalan raya. Pasti kita dilihat seperti orang gila. Jika marah sangat pun, ajaklah secara gentleman bertinju dengan wartawan atau jurugambar itu di gelanggang tertentu. Jangan belasah mereka.

ibrahim yahaya said...

Sdr Anon,

Pakai ketayap tu boleh, tapi fikirlah baik-baik. Kesannya.

Abang Putra,

Terima kasih. Lama tak jumpa.

ibrahim yahaya said...

Sdr Anon,

Saya bukan hendak mengajar TV3. Tetapi kerana ada pengalaman, saya memberi pandangan dan buat teguran saja. Hendak ikut eloklah, kalau tidak mahu pun, sesiapapun tidak boleh paksa. Itu hak mereka.

Sdr ini macam nak melaga-lagakan saya dengan orang TV3. Mereka tu semua kengkawan yang bersama-sama menaikkan TV3. Kami masih berkawan baik. Saya pun tiada niat lain.

Dulu, ketika di Bilik Berita, news TV3 hanyalah sekitar 1.5 juta hingga 1.8 juta penonton. Kini dengan usaha kami terutamanya Sdr Yunus Said, Ahmad Wahab, Bukhari Che Muda, Ahmad Puah Onah, Mukshin, Jasbant, Sharuddin Latif, dua Wee dan ramai lagi, Buletin Utama kini sudah mencapai 2.3 juta dan kadangkala sampai 3 juta penonton.

Ketika saya di RTM, hendak mengejar memanglah tidak boleh, terlalu jauh. Cuma merapatkan jurang je. Orang dah biasa dengan TV3 apatah lagi, banyak kali RTM kena scoop dan laporan biasa je.

Ketika di RTM, saya ditugaskan untuk memperbaiki bilik berita dan selama dua tahun banyak perkara yang sudah diterapkan. Kini, hanya tinggal sejarah dan kenangan kerana sudah balik ke "square one". Perlu banyak usaha lagi.

RTM boleh mengejar stesen tv lain jika ada kakitangan yang komited, ingin menjadi terbaik, banyak buat penyelidikan dan kajian, banyakkan news scoop, tukar orang yang malas dan curi tulang, buang orang yang ada sikap cukup makan saja, perbaiki skrip berita, pertingkatkan unit grafik, mempunyai newsdesk yang mantap dan aktif, perkuatkan meja ekonomi, politik dan jenayah dan banyak lagi. Kalau saya seorang yang buat pun tidak boleh, apatah lagi jika tiada sokongan atau orang tidak peduli. Setakat bagi cadangan dan tiada kuasa untuk melaksanakannya, orang tidak peduli beb.

Perlu buat macam stesen BBC, buang semua kakitangan lama dan memilih hanya yang terbaik bekerja di Bilik Berita RTM. Mungkin tidak boleh dibuat kot. Yang hampeh dan malas tu, bolehlah dipindahkan ke tempat lain atau minta berhenti. Ramai yang bagus dan komited di RTM. Cuma perlu diasah bakat mereka dan banyak beri galakan.

hasipin66 said...

salam datuk,saya sokong 100% teguran datuk.Datuk layak beri panduan dan teguran,sebab datuk ni dah mencapai status master n pro.

Kulupbana said...

Salam Datuk & semua,
Kadangkala ada pengamal bebal yang dah sekian lama terima gaji tapi masih tak faham fungsi elemen 'stand up' dalam persembahan program; ada tiga jenis; pertama stand up Opening, kedua Middle dan ketiga stand up Closing.

Lagi, ada pula tiga kaedah/gaya stand up; pertama INVOLVEMENT, kedua REVEAL dan ketiga REFERENCE.

Dokumentari tidak menggalakkan stand up kerana ianya mengendur momentum bahkan mematikan 'kemuncak cerita' lebih-lebih lagi apabila BJ muncul membuat stand up sekadar menayang muka di skrin kaca sekaligus mencipta 'glamor' peribadi.

Maka jadinya mulut tercungap-cungap menghafal teks, mata terjegil melontar emosi dan gerak badan jadi 'sensual' semata-mata mahu mengumpan pesona.

Teks 'stand up' bukan lagi menghubung plot cerita apatah lagi menterjemahkan kejadian secara bestari; ianya hanyalah hamburan kata-kata kosong yang mengulangi maklumat diperolehi dari risalah dan lebih menyedihkan langsung tidak membantu kefahaman penonton dan keseronokan menghayati visual.

Ironinya 'stand up' menjadi medan mempopularkan diri atau sangkaan bahawa 'program ini aku punya jadi aku punya suka mahu buat apa'.

Inilah yang terjadi pada Majalah Tiga sekarang; topik-topik masa kini adalah topik-topik basi yang telah kami sentuh dan dekati pulohan tahun lampau. Memang, ketika kami menerbit yang jadi penerbit sekarang masih menjadi PA.

Keilmuan, ketajaman serta kematangan sebagai pemikir sekaligus menjadi penggerak perdana bukan lagi teras perjuangan M3 sekarang.

Sayang ...

ibrahim yahaya said...

Sdr Hasipin66,

Saya bukan Master tetapi saya ada Master in Communications (UKM). Saya bukan PRO tetapi setakat PERUnding Media saja. Ada pengalaman dan mahu berkongsi. Itu je.

Apa yang tidak kena, kita perlu perbaiki. Jika tidak, nanti orang kata kita tidak pergi sekolah atau tidak mahu menerima tunjuk ajar. Biar kurang makan, jangan kurang ilmu. Apatah lagi, kurang ajar.

APPLE PIE said...

Dato,
terima kasih kerana menegur.You are the best "whistle blower comitte"

ibrahim yahaya said...

Sdr KB,

Saya rasa Sdr seorang pensyarah yang pernah bekerja di TV3 terutamanya Bahagian Majalah.

Bagi kengkawan yang tidak faham apa yang saya sebut selama ini mengenai standupper di sini, eloklah diterangkan dalam bahasa Inggeris untuk mudah difahami.

"standupper definition -
news report with standing reporter: a news report at the scene of an event with the television camera focused on a standing reporter."

ibrahim yahaya said...

Sdr Apple Pie,

Sekadar memberi pandangan. Belum lagi hendak membongkarkan banyak perkara salah yang dibuat oleh stesen televisyen. Itu orang lain punya kerjalah untuk menyiasat.

Anonymous said...

Sebelum ni aku pening-pening lalat tengok program TV kita yang semakin di kuasai oleh iklan-iklan bodoh, kejap-kejap iklan, iklan,iklan.. Aku tambah pening bila baca komen korang tang benda n ni pulakk... adushhhh!!