Saturday, September 20, 2008

TINDAKAN BERAT PENGUSAHA TAJA "ULAT"

Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) akan membatalkan permit pengusaha bas yang menaja " ulat-ulat" menjual tiket.

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi LPKP, Datuk Markiman Kobiran, dalam Warta Negeri RTM jam 5 petang, sebentar tadi.

Apa punya perangai pengusaha bas semacam ini. Ini ibarat lintah darat atau pelesit yang suka menghisap darah orang.

Sudah diberikan permit untuk mengendalikan pengangkutan awam, mereka pula yang menaja "ulat-ulat" yang bergerak bebas menjual tiket untuk mengambil keuntungan berlipat ganda.

Pengusaha seperti ini perlu didakwa di mahkamah jika ada bukti kukuh pembabitan mereka.

4 comments:

Anonymous said...

Ulat kecik senang tangkap datuk, ulat besaq payah skit

Anonymous said...

memang kita selalu buat "perang" ulat ni, baik di stesen2 bas mahupun di klia. tetapi selalunya ibarat 'hangat2 tahi ayam' , jadi saya harap kali ni ianya lebih efektif dan berterusan..... renung2kan dan selamat beramal!!!!hehehehe

ibrahim yahaya said...

Sdr Kukubara,

Mula-mula tangkap ulat kecil, kemudian tangkap banyak ulat dan akhir sekali tangkap bapak kepada segala ulat. Cuma jangan biarkan apa yang berlaku tinggal berulat.

ibrahim yahaya said...

Sdr Rafa,

Kita kena sokong usaha yang baik oleh LPKP untuk membanteras ulat-ulat ini sepanjang masa. Adakalanya pelanggan tidak sampai ke kaunter jualan tiket yang sah kerana "disambar" oleh ulat-ulat yang pandai memikat. Usaha LPKP ini perlu dijalankan tanpa mengira hanya musim perayaan saja.