Monday, September 22, 2008

KULI : APA TUNGGU LAGI?



(Gambar oleh Minaq Jinggo)

APA TUNGGU LAGI? Mungkin itu yang diperkatakan oleh Tengku Razaleigh Hamzah kepada seluruh ahli UMNO yang akan mengadakan mesyuarat Bahagian bermula 9 Oktober ini. Jangan tunggu mencalonkan beliau untuk jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti Disember ini.

Bekas Menteri Kewangan ini memerlukan 58 pencalonan untuk membolehkan beliau bertanding jawatan berkenaan mengikut sistem kuota sekarang. Ketua Gerak Saraf dan Publisitinya, Datuk Kamal Amir (bekas wartawan dan pengarang yang kini usahawan. Gambar atas sebelah Kuli), bekerja keras untuk memastikan Kerabat Kelantan ini mendapat pencalonan yang diperlukan.

Gambar ini dirakamkan ketika beliau mengadakan majlis berbual politik dan berbuka puasa dengan blogawan dan wartawan semalam di kediamannya di Langgak Golf, Kuala Lumpur. Turut hadir ialah Rocky, Ena, Datuk Rejal Arbee, Jalil Hamid (Reuters) dan Syed Imran yang mengendalikan blog, Kuda Ranggi.

19 comments:

Anonymous said...

Siapa sebenarnya Ku Li atau Anwar yang gila sangat nak jadi Perdana Menteri?

Selama ini ramai yang menuduh Anwar gila sangat nak jadi PM

SUPERMAN said...

Salam...
Niat KU LI memang baik, tapi boleh ka die mendapat sokongan daripada akar umbi UMNO..

dunia meow said...

Tak sabar dah dia ni berangan nak jawatan lagi tinggi. Tak habis lagi perangai.

zeme said...

Salam Datuk,

Tengku Razaleigh InsyaAllah mampu mendapat cukup percalonan untuk bertanding pada pemilihan UMNO Disember nanti dan selain percalonan Bahagian Gua Musang, Bahagian Tumpat, Muar, Tanah Merah, Kuala Kangsar dikatakan turut akan mencalonkan beliau.

Wasalam.

new york disaster said...

tidak pasti jika Ku Li boleh mendapatkan pencalonan yang secukupnya untuk bertanding nanti.populariti Ku Li agak kurang.mungkin sebab itu Ku Li baru-baru ini suaranya lebih lantang dan ini mungkin untuk menarik perhation orang kepada dia.

aimdaim said...

Ku Li hanya memainkan peranan agar ada perubahan pucuk pimpinan. Dia nak buka kan mata orang yang tertidur disamping dapat memberi laluan kepada yang lebih layak dan ada penyokong.

Lu Fikirlah sendiri

Anonymous said...

Ayuh KULI, pendayung suduh ditangan, matlamat dituju semakin hampir hanya 3 bulan lagi.

Yang penting mesti cari pasangan regu supaya hasrat jawatan presiden parti tercapai. Jika tidak hancur ditelan raksasa yang nampak lemah tetapi saiz badannya yang besar dan boleh menenggelamkan hasrat. Maka KULI perlu mencari bahan peledak yang sesuai bagi menghancurkan raksasa yang sudah lemas dalam fantasi yang diciptanya sendiri.

Selamat berjuang KULI dan ......., agar impian rakyat terlaksana.

-SokongYangMenang-

terubuk jantan said...

salam dato,
Berapa usia kuli?

JantanGiler said...

Sememang nya Kuli berniat menyelamatkan keadaan. Tetapi tanpa perancangan rapi maka akan kalah sebelum pertandingan Dis ini. Kuli perlu mengatur strategi bagaimana utk mengatasi penkhianat cawangan / bahagian yg telah dibeli awal awal lagi oleh pihak yg satu lagi. Dalam perkara yg sama, MT Umno perlu megemaskinikan peraturan pemilihan ie. Sokongan yg dibawa oleh bahagian perlu disertakan sekurang kurang 70% tandatangan ahli.
Mungkim model/peraturan yg ada sekarang perlu diperkuat atau dirombak setelah dikenalpasti kelemahan teknikal menjadi senjata kuat President utk terus berkuasa. Rakyat tak tau apa dinamakan peraturan atau undang undang UMNO. Apa yg rakyat tahu, Pak Lah sudah tidak relevan. Walau pun Pak Lah menguna technical advantage ini ie. melobi wakil utk pertahan kan jawatan, maka akan tiba juga hak individu rakyat keluar mengundi pada PRU13 nanti. Rakyat kini berada dalam kegelapan ekonomi dan sara hidup.Dalam keadaan ini rakyat akan mencari penyelamat. Tak kira lah siapa penyelamat tersebut. Samada dia Evergreen (KULI) atau Superstar (Anwar). Siapa cepat dia akan dapat sokongan padu. Utk apa setia pada UMNO kalau perut keluaga lapar, anak tak bersekolah ?

3 SuNgeY said...

Salam Bro Tok Rimau

Tulah... siapa yang nak sangat jadi PM.. Ku Li atau Anwar? Sabarlah wahai Ku Li. Buat masa ni, jangan berebut-rebut nak jadi PM, Kalau semua nak jadi PM siapa yang nak jadi Rakyat.... Selesaikan dulu masalah UMNO...biar UMNO terus jadi kuat agar negara kita kembali aman damai...

Anonymous said...

Tok Rimau, sepatutnya you jadi penasihat Ku Li. Baru kena sebab you suka beri nasihat. Semua orang you beri nasihat. PM you nasihat, DPM pun you nasihat, kerajaan pun you nasihat, ulat tiket pun you nasihat dan budak sekolah pun you nasihat. Elok rasanya you jadi penasihat Malaysia. Tak ramai orang macam you di Malaysia ni.


Rashid Mhana

terubuk jantan said...

I always support dunia tiger to become jutawan blog...go go tiger

kluangman said...

Pelbagai kategori penasihat khususnya dalam dunia politik.

Mampukah tok tiger menjadi penasihat tanpa muslihat, tanpa bodek, tanpa kroni, berani kerana benar.... dan banyak lagi.

Penasihat berkomisyen berlesen ialah golongan pro seperti peguam, akauntan dan sebagainya..mempunyai garis panduan kadar komisyen yang terkawal dan berpatutan..

Penasihat politik yang pintar putar kepada ahli politik yang berkuasa, tidak ada komisyen atau lesen - tetapi insentifnya jutaan malah pulau atau negara pun dia boleh jual..

CAKERAWALA said...

DIY,
Tengok yang sebelah Ku Li tu...menyokong membawa REBAH!!!

JomoSama@2RRun said...

Salam semua,
Semangat 46 masih berkobar-kobar dalam diri Ku Li, nak buat perubahan dan menghancurkan yang sudah lama bertapak..
Perbezaan antara Ku Li dan Anwar tidak banyak, cuma platform mereka saja yang ada kelainan. Angan2 dan nawaitu tetap sama, akal juga sama bergeliga,yang membezakan hanyalah peringkat mana yang mereka berani gunakan..... Anwar berani bakar jambatan dengan orang Melayu, Ku Li pula bersandarkan orang Melayu walaupun banyak menggunakan macai-macai bangsa cina...
Masing-masing masih mempunyai kuncu-kuncu yang sudah menapak dalam UMNO,cuma menunggu masa untuk menunjukkan taring mereka yang selama ini dalam persembunyian.
Kalau saya di suruh memilih, Tok Rimau juga yang akan saya pilih jadi PERDANA MENTERI DAN PRESIDEN UMNO. HIDUP TOK RIMAU!!!

LIMAUDONG said...

Salam DIY

" Ku Li ni semakin tua semakin menjadi seorang lagi Mat Jenin. Dah sakit " anggau ni" dari gambar "body language" yang digambarkan oleh Minaq macam 'confident' mendapat 58 pencalonan .

Awang Maya said...

Mana-mana bahagian yang cuba mencalonkan Pak Lah, mari kita semua umat Melayu mengisytiharkan bahawa UMNO bahagian berkenaan adalah terdiri daripada orang-orang yang mementingkan TEMOLOK sendiri, tamak dan tidak memikirkan kepentingan parti dan bangsa. Golongan yang disamakan segelintir golongan bangsawan yang menjadi punca kejatuhan Melaka di tangan Portugis. Mereka ini kita akan kenangkan sebagai petualang Melayu. Dan mereka ini sememangnya akan kaya raya disumbat duit oleh KJ and konconya namun mereka ini adalah golongan Melayu BODOH dan bangsat. Di antara mereka yang telah tergolong di dalam kumpulan petualang Melayu, bodoh dan bangsat ini ialah Ketua Perhubungan UMNO P.Pinang dan Kelantan. Well, you know Annuar Musa. Manusia yang tak sedar diri dan desperate. Awang berdoa bahagian UMNO yang lain-lain tidak tegolong di dalam kelompok tersebut. Amin..

teresengal said...

Nak mencalonkan diri sendiri je yang lebih tu. Tu tak habis2 bising menggelabah je.

JomoSama@2RRun said...

Kalau orang tu kaya..SALAH, orang ni kaya...SALAH, habiss Awang Maya, siapa yang patut kita kayakan...ANJING???