Puasa sudah masuk hari ke 18. Ada yang mendapat keuntungan jiwa. Ada pula mendapat keuntungan jasad dengan saiz badan semakin kecil. Yang penting dapat kedua-duanya.
Ketika ramai yang merungut mengenai keadaan ekonomi di negara ini yang lembab termasuk kesan ke atas ekonomi peribadi yang menyusut akibat kenaikan harga minyak, coffee house di hotel pula penuh sesak ketika waktu berbuka.
Jika kita pergi ke hotel-hotel di Lembah Klang, jangan terperanjat ramai umat Islam yang berbuka di coffee house atau tempat yang disediakan. Malah ada hotel yang terpaksa menyediakan meja makan tambahan di sebahagian lobi atau tempat menunggu. Kalau lambat buat tempahan, minum air paip sajalah.
Kadar yang dikenakan pula di antara RM60 hingga RM120 "satu kepala".
Oleh itu, jika satu keluarga yang membawa isteri dan anak-anak seramai enam orang, pada kadar paling rendah, beliau perlu membayar RM360 untuk berbuka puasa. Banyak tu. Mungkin gaji sebulan untuk orang tertentu. Boleh berbuka sebulan.
Setakat ini, saya sudah tiga kali berbuka di hotel. Itupun di atas jemputan kawan-kawan. Bagi wartawan, bulan puasa inilah waktu dapat menikmati makanan masakan chef hotel daripada orang berniaga atau orang politik. Terima kasih.
Ada ke "rasuah makan"? Tiada kot, mungkin boleh dikatakan sedekah.
Semoga bulan berkat ini, kita mendapat keuntungan jiwa dan jasad.
Thursday, September 18, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
22 comments:
Salam Dato,
Dari apa yang dikatakan oleh dato menujjukaan kesan kenaikan harga barang tidaklah sepenuhnya menganggu aktiviti berbuka diluar terutama makan di coffe house,senario ini juga masih sama dengan suasana bazar2 ramadhan sekitar ibu negara malah boleh dikatakan ada yang berbelanja luar biasa bebanding bukan ramadhan..mungkin ini dinamakan Rezeki dalam ramadhan kot..insyaAallah.Apa2pun apa yang kita kecapi waktu ini datangnya dari Allah S.w.t hasil daripada usaha dan perjuagan pemimpin2 negara kita yang berjasa dan dipilih secara "sah dan sahih" oleh rakyat.
p/s: tahniah untuk "tok him" aka d.i.y kerana berjaya menjadi moderator yang baik dan cukup tenang(mp tok him tetap outspoken macam biasa,steady}
Sumandak pun mengakui coffee house kat hotel menjadi tumpuan di kalangan umat Islam untuk berbuka puasa.....kalo kat Sabah harga tak lari gak RM45 ke atas untuk seorang.
Tak salah kita pi sana sekali sekali or dua kala untuk menikmati hidangan 'high class' tapi biarlah mengikut keupayaan kita nanti masa raya kurang pula nak bagi 'duit raya'.
Ape pun sifat berjimat cermat tetap kita utamakan...
Salam Tuan,
Mungkin diaorang ingat apa salahnya setahun sekali kan hee.. tapi kalau setiap hari di tempat2 macam tu setahun sekali apa namanya hee.e..
Salam mesra,
Sdr TJ,
Salam Kembali.
Dalam bulan Ramadan ni, kita kena banyak mengawal diri termasuk dari segi perbelanjaan membeli makanan berbuka. Jangan membazir. Mungkin hari pertama atau kedua berpuasa, bolehlah kita belanja sikit, beli lauk itu dan merasa kueh ini. Tetapi jika sebulan kita berbelanja besar, lebih baik buka restoran sendiri.
Saya pun sentiasa mengingatkan diri sendiri mengenai perkara itu. Sahur pun kini minum dua cawan air zamzam dan dua biji khurma. Setakat ini, nampak ok je.
p/s: Terima kasih. Beraksi semula selepas bertahun-tahun tidak berbuat demikian. Cubaan.
Sdr Sumandak Bayu,
Kalau ada duit takpe, jika tiada janganlah kerana harga yang dibayar di hotel itu boleh makan beberapa hari. Tambahan pula, makanannya banyak yang hampir sama saja kecualilah yang tidak dimasak di rumah. Kadangkala yang di bazaar Ramadan lagi sedap.
Bersyukurlah kerana dapat berbuka di hotel sementara ada keluarga yg berbuka dipisahkan antara mereka. Kalau rajin sila lawat web ni
http://lailagmi.blogspot.com/
Yahya Ahmad
Bro Tok Rimau...
Membazir itu amalan Syaitan.....
Lebih berkat berbuka puasa kat masjid. makanan percuma, berjemaah dalam satu talam,merapatkan silaturrahim dan diberkati Allah SWT, insyaAllah.berbuka kat hotel memang 'glamour' sikit tapi kelam kabut hidup dibuatnya. berebut-rebut nak tunaikan maghrib,berebut nak ambil makanan/minuman,mata berpinau kerana terlalu banyak pilihan,berebut nak cari 'parking'. yang tak berebut pun masa nak bayar saja....apa nak dikatakan.kita ni semua kat umat akhir zaman di mana nafsu adalah sahabat dan iman hanyalah 'acquaintance'!
selamat berbuka puasa dan selamat hari raya aidilfitri kepada tok rimau sekeluarga serta semua umat Islam di mana saja anda berada.....
Salam Datuk,
Dari perspektif business development,sponsor untuk berbuka puasa adalah perkara biasa untuk marketing, mungkin ini dah di anggap trend oleh kontraktor, vendor-vendor dan pengedar-pengedar.
Walaupun harga packages agak mahal, namun akhirnya kos tersebut akan di masukkan di dalam kos barangan atau perkhidmatan kontraktor, vendor-vendor ini di dalam kontrak yang mereka dapati. (Embedded in the contract value as a marketing expenses)
Begitu juga dengan pemberian hampar, ia juga akan di masukan sebagai perbelanjaan pemasaran.
Natijahnya, ia masih di kirakan rasuah, bayangkan kalau satu meja berharga lebeh seribu, kalau nak di bandingkan dengan sedekah, bukankah lebeh afdal kalau ia di berikan sahaja kepada fakir miskin dan anak-anak yatim.
Perlu di ingat, orang-orang yang di belanja untuk berbuka puasa, biasanya mempunyai kedudukan dan kuasa dalam pemberian kontrak.
Nevertheless, terpulanglah pada individu-individu ini untuk mentafsirnya, rata-ratanya dari sudut business, ini adalah umpan.
datuk
tgk juga siapa gerangan yang pegi berbuka puasa setahun sekali di hotel tu.. adakah nelayan? petani? buruh? fresh graduate yang baru setahun kerja? pekerja yang bergaji cukup makan untuk anak bini?
yang terdera akibat kenaikan harga barang dan minyak bukanlah orang2 yg berbuka berhari2 di hotel..
kadang2 terlalu asyik merenung langit, sampai lupa nak tengok rumput yang dipijak..
Salam Datuk..
sesekali berbuka di hotel apa salahnya, yang penting mampu,
Mana-mana kedai makan muslim pun penuh sesak waktu berbuka. Mengapakah rakyat menyatakan mengalami bebanan kehidupan tetapi sudi berbelanja RM50-80 untuk makan di KFC, Mc Donald dan Sugar Bun pada waktu berbuka??? Sedangkan mereka jarang mengunjunginya sebelum bulan puasa. Amalan PEMBAZIRAN ini harus dihapuskan......Berjimatlah pada bulan puasa....
DIY,
SUASANA DAN KESELESAAN BERBUKA YANG TERBAIK IALAH MENGENAKAN KAIN PELIKAT, BAJU PAGODA, DAN BERSILA BERSAMA ANAK-ANAK DAN KELUARGA.
Tapi kalau perut buncit duduk bersila makanan sangkut kat perut.
Kalau dalam ramadhan yang sepatutnya mengajar kita bersabar dan bersederhana pun kita masih hebat melayani 'nafsu' maka sudah tentulah pantulannya lebih hebat dalam pesediaan syawal nanti.
Kadang2 kita nasihatkan orang lain, telupa pula diri sendiri berlebihan...
Maaf dato
saya bawa ke luar tajuk sikit
Tadi semasa perhimpunan bulanan Kementerian Penerangan tentu dato mendengar begitu bersemangat menteri kita Dato Ahmad Shaberi supaya staff mempertingkatkan kemampuan dan kualiti dalam broadcasting. Katanya setiap pegawai boleh menghasilkan penerbitan sendiri terutama dalam media alternatif untuk menerangkan sesuatu kepada rakyat. Masalanya dato kami di RTM ni ada tempat-tempat bertugas tak boleh melawat beberapa laman/blog tertentu. disekat. kadangkala blog dato a kadir jasin pun saya tak boleh buka. apatah lagi blog-blog pembangkang. untuk mematahkan hujah pembangkang kita perlu tahu apa yang dibincangkan dalam laman/blog mereka. saya pun tak paham....sebab itu ramai kawan-kawan buat blog tapi hanya layan hobi sahaja..malas nak layan politik
kasihan dekat menteri
idea ada, tapi......
(tanyalah dekat orang teknologi maklumat RTM)
-sokong gomen-
Ada yang tak dapat apa-apa pun. Kan lagi celakatu. Celaka dunia dan akhirat.
Amalan berbuka umat akhir zaman suka bermegah-megah, membazir dan terdedah kepada mencuai-cuaikan amalan wajib yang lain.
Biasanya bila dah enak dan seronok jamu selera,mulalah bercerita termasuk tak habis-habis cerite tentang politik , ketawa berdekah-dekah sambil-sambil menjeling kat simanja yang sama-sama beriftar kononnya lalu lupa sholat.
Bila teringat mulale terkejar-kejar cari surau kat cofee house tu. Nasib tak baik takde pun surau yang dicari tu.
Kan celaka tu. Celaka dunia dan akhirat.
kalau wartawan dapat makan free daripada orang berniaga atau orang politik tu rasuah la! Takkan mereka bagi makan free tanpa mengharapkan sesuatu. Kalau nak sedekah cari la orang miskin, wartawan mungkin tidak kaya tapi mereka golongan yang rata-ratanya pendapatan lebih daripda sederhana.
Hakikat ramai yang buka puasa di hotel menunjukkan polisi BN mengkayakan sesetengah pihak berjaya. Di sebalik orang kaya yang sering makan di hotel, termasuk Tok Rimau, sedarilah juga ramai lagi yang kebulur dan susah mencari sesuap nasi bukan utk diri sendiri tetapi untuk anak-anak mereka.
Jadi tidak hairanlah ada yang yang merompak, mencuri dan menyamun. Bagi yang tidak ada keberanian, ada juga yang bunuh diri.
Sempena bulan ramadan ni, saya amat berharap Tok Rimau pikir-pikirkan nasib mereka yang terpinggir ini.
Salam DIY
Ya saya berpendapat adakalanya kita manusia ingin menonjolkan diri di khalayak ramai bahawa kita mampu berbuka puasa di tempat-tempat mewah tiap-tiap hari
Kan lebih elok wang itu derma kepada anak yatim piatu atau orang yang miskin dan daif.
" kalau kita berbuat baik di dunia ini kita akan menerima berkat dan rahmat berlipat-lipat di Sorga ".
Selamat berbuka puasa.
keadaan ekononomi dunia sedang tak menentu tapi kita disini masih boleh lagi dikira hidup dalam keadaan senang.alhamdullilah.kita disini tidak perlu merasai keperitan kebuluran dan kemiskinan yang melampau di negara-negara lain.
apapun kita berbelanja jangan sampai terlalu boros.tak salah beli barang yang mahal dan berjenama sekali-sekala cuma jangan kerap.duit setinggi gunung sekalipun boleh habis.
saudaraku tiger,
kami berbuka di rumah aje. seronok dpt kumpul ramai-ramai anak beranak, lebih-lebih lagi pada hujung minggu apabila anak-anak pulang dar asrama.
pagi tadi tengok datin di tv3
buzy with raya shopping with sales hebat everywhere, and, makanan promotion hebat on terbuka puasa, well, spend wisely especially around festive time.
bukan kofihaouse je yang penuh, tuk. gerai ali kafe pun kita tak dapat masuk....
Post a Comment