Perdana Menteri terkejut, saya pun terkejut.
Paklah terkejut kerana TS Muhyiddin Yassin sungguh berani mengeluarkan kenyataan agar cepat buat peralihan, sedangkan beliau anggota Kabinetnya.
Saya terkejut memikirkan mengapa Paklah terkejut.
Orang terkejut macam-macam akan dilakukan.
Adakah ada kejutan selepas ini?
Berani buat beranilah tanggung.
(posting tru NE90)
Friday, September 12, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
39 comments:
assalamualaikum tok tiger
ini baru dikatakan pemimpin berdedikasi dan menggunakan kebebasan bersuara kena pada tempatnya..
rata rata yang kita menerima keadaan politik dan sosial yang tidak begitu conducive kebelakangan ini
sebagai seorang pemimpin yang merasakan perubahan dan peralihan perlu disegerakan beliau seharusnya diberikan hak yang sewajarnya untuk bersuara, tetapi bergantung kepada muafakat antara pemimpin tertinggi lain untuk membuat dan menilai keputusan yang terbaik...
keptusan yang dibuat semalam mungkin tidak lagi sesuai untuk hari ini, minyak semalam mahal hari ini mungkin boleh diturunkan lagi..
ini berkenaan keputusan untuk negara dan bukan peribadi dan sewajarnya sebarang buah fikiran yang menjurus kepada kebaikkan harus dipertimbangkan...
Saya pula rasa tidak terkejut.
Kami menganggap kepimpinan Pak Lah lemah. Barisan Menteri rata-rata kaki bodek, kaki ampu, kaki kipas, kaki kelentong, kaki rasuah, kaki foya, kaki bangkang, kaki penipu, kaki sokong, kaki cucuh dan kaki maki.
Maksud saya bukan kesemua yee..
Tanyalah pembangkang, mereka mengatakan kami 100% tidak suka Pak Lah kecuali pemimpin kami. Tanyalah penyokong BN, kami pun dah cemus dan meluat cara kepimpinan Pak Lah yang lemah dan tidak sedar diri.
-ADAM AMIN-
Salam Tok Rimau,
Pak Lah ni ada Denial Syndrome. Sakit yg takde ubat. Deny - deny - deny. Dia saja yg betoi. Kenapa nak terkejut pula, bukan dia tak tau yg semua org kemaruk peralihan kuasa, teringin sangat nak tengok dia letak jawatan. Apa yg TS Muhyiddin sarankan tu, saya sokong 300%. Pak Lah buat2 terkejut beruk je tu. Bukan tak faham tapi sengaja buat2 tak faham. Again - DENY.
Wassalam.
Mr. Tiger pun tekejut?
Rasanya? mr. tiger Pak Lah tak harus terkejut itu pendapat saya lah..sebab setiap manusia walaupun anggota kabinetnya punya pendapat sendiri. mungkin pandangan peribadi bukan sebagai anggota kabinet...(walaupun semasa di tanya 2 di menjawab bagi pihak dirinya yang sedang bertugas sebagai angota kabinet)
Cakap dengan kawan tapis2, cakap dengan wartawan jangan terkejut!
Tangkap TS Muhyiddin sekarang juga. Dia tidak tunjuk respect kepada PM kita. Hidup Abdullah!
(Warga KL)
Sumandak pun 'terkejut' gak bila nampak news PAK LAH terkejut dengan kenyataan akhbar daripada TS Muhyiddin.
Ada juga indivisu yang telah mula melabelkan TS Muhyiddin sebagai JEBAT dalam parti...
Rasanya kita akan disajikan lagi dengan pelbagai news antara 'JEBAT' dan PAK LAH.....
Datuk Seri Abdullah memang patut terkejut.mana tidaknya,orang dibawah pimpinan beliau dan masih lagi berada dalam kabinet mengeluarkan kenyataan
yang 2010 adalah terlalu lama.
namun Pak Lah telah berkata bahawa Muhyiddin telah bersetuju tentang 2010.
tidak pasti jika tindakan akan dikenakan terhadap Muhyiddin.buat Muhyiddin - berani buat berani tanggung.apa yang kita nampak mungkin Muhyiddin ada motif sendiri membuat kenyataan sedemikian sama ada motif peribadi,politik atau lain-lain.
Saya juga terkejut bila dilaporkan Saiful mengandung 3 bulan...
-Pasir Gudang.
Salam Tok Tiger,
Terkejut ke buat terkejut Si Badut ni? Allahuakbar! Saban hari rakyat dok kutuk beliau supaya cepat undur pun tak makan saman?
Apa beliau ingat semua yang dok dalam kabinet beliau mesti atau harus menjadi 'YES MAN' dengan segala tindak tanduknya? Sedarlah sikit wahai PM kesayangan rakyat. Lagi cepat anda berundur lagi aman politik malaysia tercinta ini...
Harap apa yang disuarakan oleh TSMY adalah ikhlas dan bukan kerana ada kepentingan lain. Wallahualam...
Pak Lah tu sebenarnya TIDUR lagi ... Takkan tindakan Muhyidin pun dia terperanjat? Hakikatnya ramai di kalangan UMNO mahu dia angkat kaki tapi dia dakwa dia ada tugas dan tanggungjawab. Tanggungjawab terbesar kepada negara, MELAYU dan ISLAM ialah letak jawatan segera. Disebabkan dikelilingi oleh kaki bodek, Pak Lah terus LENA dan beranggapan dia masih diperlukan.
Tok Rimau pun jangan bodek dan melenakan Pak Lah. Kejutkan dia dari buai mimpinya dan hadapi hakikat. Jangan tulis yang baik je, macam kat Permatang Pauh. Hilang kredibiliti!
Salam Datuk..
Nampaknya masing-masing dah pandai nak melawan taukey dah sekarang ni..
Masing-masing macam dirasuk sesuatu supaya membuat suatu kenyataan yang berani..
Masing-masing dah mula berani memberontak..
Masing-masing dah mula tunjuk tak puas hati kepada pimpinan..
Dalam hal macam ni, Pak Lah tak boleh berdiam diri. Selagi Pak Lah diam, selagi itulah makin ramai yang akan mula tunjuk perangai nak memberontak...
Saya pun akan terkejut juga nanti bila Pak Lah merajuk akan balik kampung kat Australia...
-Octville-
Salam,
Sebagai orang bawahan sudah tentu tidak wajar perkara ini berlaku. Tetapi kalau perkara ini berlaku juga sudah pasti ada yang tak kena sama ada di pihak Muhyidin atau di pihak Pak Lah sendiri.
Secara berkhemah, saya tak berapa suka cara Muhyidin meluahkan isi hatinya. Tapi mungkin beliau ada sebabnya.
Pada pandangan saya, tak salah memberi pandangan.Kenyataannya berani buat berani lah tanggung
BUAT-BUAT TERKEJUT PULA.tapi kalau orang b uta dan dan pekak ni memang akan terkejut beruk bila dikritik,dia ingat apa yang dia buat selama ini b etul dank esusahan rakyat atas kenaikan harga minyak pun betul.....bg projek pada anak beranak pun lagib etul.....
TS Muhyiddin Yasin...Saya kenal TS Muhyiddin Yasin,Beliau boleh lah dikira pemimpin UMNO yang ok.Tetapi kenapa sekarang ni agak pelik sedikit TS Muhyiddin Yasin ni?....selalu je mendesak...Wahai pemimpin UMNO taatlah kepada Presiden dan keputusan Presiden yang telah diputuskan oleh mesyuarat...Kembalilah kepada tujuan asal..Jangan ada kepentingan disebalik permintaan dan tuntutan..Lu Pk La sendiri
Muhyiddin kena bersuara lantang demi penamaan calon bagi jawatan dalam UMNO.ini adalah untuk mendapat sokongan dari ahli-ahli UMNO yang lain dengan mengatakan "saya lebih boleh diharap berbanding pimpinan yang ada kini".
ini semua mungkin strategi politik Muhyiddin.saya percaya dia tidak akan keluarkan sebegini tanpa memikirkan implikasinya dan tanpa memikirkan apa kebaikan yang dia akan dapat dengan membuat kenyataan sebegitu.
Salam Dato,
Terkejut atau tidak jika dilihat pada waktu ketika ini seharusnyalah Pak Lah menilai bukan selapis dua tetapi nlailah sedalam-dalamnya tentang segala krisis pada waktu ini.Rakyat ingin hidup dengan tenang dan selesa(maksudnya kenaikan atau penurunan minyak tidak menimbulkan masalah besar pada rakyat,sensitivi,budaya berpolitik berlebihan,ketaksuban).Saya percaya saranan TS Muhyiddin ada kewajarannya,saya juga sependapat dengan TS Muhyiddin malah diluar sana lebih ramai yang sependapat dengan "abg din".Moral dari cerita ini ialah jangan terkejut dan jangan buat-buat terkejut.
Salam perjuangan
Saya ada jawapan kenapa PLah terkejut... sbb sebelum ini dia asyik disogokkan maklumat yg sedap didengar dan elok-elok shj oleh penasihat dia... ditak percaya cakap-cakap org lain... dia tau dia disayangi dan dikasihi semua...
Tiba2 Muhyiddin yg agak baik dgn dia sound dia supaya cptkan peralihan kuasa terkejutla dia... ingatkan semua org syg dia berdasarkan maklumat sahih penasihat dia lah... rupa-rupanya tak begitu... terkejut lah PLah...
Renung-renungkan
Salam Datuk,
Buat apa datuk nak terkejut, memang pak lah patut terkejutpun, kalau saya pun akan terkejut juga bila depan saya angguk2 belakang saya geleng2...
Muhyiddin sekali lagi bising. Dulu dah senyap sekejap, ni bising balik. Nak glamor ke?
a. Saya terkejut...
b. Saya Kecewa....
c. Saya gembira.....
d. Saya marah....
Tag line standard untuk dipilih oleh para editor surat kabo sekarang ni!
Mr. Tiger
TS Muhyiddin bersuara dia ja tahu sebabnya, pak la menjawab pun itu hak dan pasti ada jawapan disebaliknya..
cuma jangan kerana taksub dengan pemimpin lain kita mngutuk pemimpin yang sedia ada...kalau kita jadi ketua di mana dan dengan siapa pun, kita punya matlamat dan strategi sendiri...
dikala kita dipaksa untuk turun sedang kita ada sesuatu yang bermakna yang ingin kita lakukan sebelum pergi meninggalkan nama dengan cara baik dan terpuji.
jangan la terlalu mengata bahwa penurunan Pak La kan memulihkan segalanya. Manusia hanya tahu meramal tapi kita kena ingat juga "Hanya Tuhan saja yang tahu segalanya".
Salam Datuk,
Well, I think, TMY, must follow the footstep of Tun Dr Ismail who resigned from the cabinet in 1967 as he could not get along with the pro-West policy preferred by the government then.
If TSMY preferred to challenge AAB, he should perhaps emulate John Redwood, a minister in the cabinet of former premier John Major, decided to challenge the latter in the Conservative party leadership 1994 election, he resigned from Majors cabinet.
In facts, TSMY, has follow the footstep of DSAI in hurling allegations against cabinet colleagues in Public. Politically, it is embarrassing for the government ang may confuse the people (ref-Cabinet principles in Msia-Abdul Aziz Bari)
So Tan Sri Muhiyuddin Yassin, as a fellow Johorian, i urge you to resign and you may proceed to challenge AAB or Najib.
Best of luck.
sebelum ni dato kata "perlu berani dan jangan jadi keldai". bila orang berani terkejut pulak. apa ni? ni lah orang melayu ... cakap berbelit. cuba ikhlas pada diri sendiri, agama dan bangsa. harap-harap tidak terlambat.
*floyd*
Sdr Floyd,
Saya bukan terkejut dengan "orang berani". Itu je.
Saya tak terkejutpun kerana TSMY dah ada big boss yang cover belakang dia..Tun M.
Pak lah terkejut kerana semakin cepat orang-orang bawahan beliau mula tunjuk bosan dengan dia. Apa nak buat Pak Lah... inilah dunia.!!
Tun on facebook ker?
Salah satu ciri untuk menjadi PM ialah tiada sifat terkejut kerana segala kemungkinan akan berlaku ktika amentadir negara.
Paklah terkejut sorang sorang, rakyat lagi terkejut bila harga petrol dinaikkan tiba tiba dan mendadak, kenapa pula 'rakyat terkejut' tidak diambil kira atau terlalu lama untuk diselesakan.
Kenapa Pak Lah terkejut muhyiddin mengeluarrkan kenyataan tersebut walaupun muhyiddin berada di kabinetnya, apakah satu pra syarat untuk semua orang yang berada di kainetnya mesti 'angguk' 24 jam.
Kenapa Paklah terkejut bahawa keputusan itu telah direstui kabinet dan MT sebelumnya sedangkan Paklah sendiripun mengubah keputusan jambatan bengkok dan landasan keretapi ketika dia bersetuju semasa berada di kabinet Mahathir.
Kenapa Paklah tidak terkejut ketika mengumumkan besok parlimen tidak mungkin dibubarkan tetapi esoknya dia istiharkan palimen dibubarkan.
Pak Lah hanya terkejut kalau kena batang hidungnya sahaja tetapi selamba bila kena pada orang lain...
Najib juga menyerahkan soal masa peralihan kuasa kepada ahli UMNO, paklah tak terkejut sekali lagikah...
Abdullah said it was a waste of time to hear all the comments on the power transition which was discussed a few months ago.
“The people are also fed up with the constant debate on political issues in the country. I have received letters from the people, who said they were getting tired of reading and listening to political debates,” he added.
...................................
Cepatnya paklah dapat surat sokong dia suruh rakyat berhenti berbincang pasal peralihan kuasa, kalau di tunggu sehari dua lagi, tentu ada rombongan bas yang beduyun duyun dari kepala batas datang memberi sokongan kepada dolah.
Eloklah kita dengar nasihat PM yang sedang kebimbangan ini, marilah kita beramai ramai menjaganya siang dan malam agar tidak ada seekor nyamuk pun menggegetnya...
Tetapi bagaimana dengan surat surat rakyat yang meluat sangat sangat dengan Paklah, tak terima? tak baca ?
Brader,
Heard that a NST senior editor is in deep-shit for issuing a circular discouraging NST reporters nationwide from providing news coverage for Buka Puasa.
The editor also allegedly ordered the NST state offices against wasting-time at Quran recital ceremonies or functions attended by the respective Sultans and the Agong.
A not-so-little bird said, the editor hinted such ‘empty’ was not news worthy, thus only fit for BERNAMA.
The Riong-bird said the matter was brought to light by a Malay state correspondent who was offended by such statements against Islam.
They say e-mails over the matter have been circulating in NSTP group and many esp those in Berita Harian are equally offended by the editor’s actions.
They also say that there seems to be a pattern of similar instructions in the organization, particularly in the NST which overly promotes liberal views while sacrificing the customs and traditions.
Wah… they could even IGNORE the Agong and the Malay Rulers ? Must be some super mAhCai.
Muhyidin sahaja sekarang ini dilihat bukan keldai...yang lain?...!!
Terkejut ?
Paklah sedang bertanding gelaran pelakon bollywood terbaik dengan Anwar Ibrahim khan.
Respek ?
Bila disergah Gerakan dan MCA
Paklah terus pancung Ahmad Ismail.
Kalau tak buat takut Gerakan dan MCA keluar BN.
Looks like you could the next victim.
You may want to consider joining the “Please ISA Me” wave (psygame playing lah) so that they will think twice before handcuffing you.
Please ISA Me
http://thexblogs.blogspot.com/
I am begging you to ISA me
http://thexstories.blogspot.com/2008/09/i-am-begging-you-to-isa-me.html
Beb,
Kalau PM terkejut dgn kenyataan Muhyiddin, apa agaknya perasaan PM bila mendengar kata2 Najib? Dalam arena dan sepak terajang politik tanahair, tak banyak yang boleh mengejutkan kita lagi. Muhyiddin kata sedia tanggung risiko. Najib pun sedia tanggung risiko? Bagaimana dengan Pak Lah? Orang politik mesti sedia hadapi apa juga risiko! Baru nampak jantannya!
Buat apa nak terkejut Datuk. Kalau Pak Lah terkejut tak apalah sebab dia selalu tak tahu apa yang berlaku kerana banyak tidur daripada jaga! Kan "politic is the art of possible(impossible?)..." dan dalam politik kita tiada "true friends(enemies?)..."
Datuk,
Baguih lah kalau TSMY dah berdiri sebagai pemimpin yang melihat kepentingan rakyat serta negara sebagai prinsip utama perjuangan politiknya.
Kalau dulu terkedu jugak saya tiga minit bila rakan pengacara wanita bagitau dia baru dihantar hadiah istimewa dari Tan Sri MY ketika kami sama-sama bertugas membuat liputan piliharaya umum di JB.
ApaLAH saLAHnya beraLAH.pakLAH, undurLAH. Orang dah merungut.Kalau benar ada kerja yang perlu dibereskan, takkanLAH pengganti beliau tak boleh selesaikan?!.Memang pemusnah UMNO betulLAH beliau ini.
Kalau buah durian, dia akan turun sendiri ke tanah. PakLAH jenis buah rambutan. Nampaknya kena jolok, kait dan sentap ke bawah. Baru sampai ke tanah.
Semua orang sememangnya akan terkejut tiba-tiba seorang daripada ahli kumpulan memberi kenyatan yang bercanggah dengan keputusan yang telah dipersetujui sebelum ini. Apatah lagi beliau adalah seorang pemimpin masyarakat, wakil rakyat dan ahli kabinet....Bayangkan sekiranya beliau adalah ahli kapal yang menentang kapten kapal, kapten kapal akan mengambil tindakan untuk memastikan perjalanan kapal adalah lancar...kita tunggu dan lihat....
Post a Comment