Sejak akhir-akhir ini, saya mendengar banyak kes kematian individu "tinggal berseorangan" di rumah. Ada yang amat menyayatkan hati. Ia sama ada diceritakan sendiri oleh kawan-kawan atau mendapat e-mail dan SMS daripada kenalan.
Saya mendapat SMS daripada seorang kawan yang menceritakan bagaimana seorang lelaki meninggal dunia di sofa rumah anak perempuannya. Mayatnya yang hampir reput dijumpai selepas tiga hari kematiannya.
Polis yang mendapat maklumat daripada jiran mengadu terbau bau busuk daripada rumah itu terpaksa memecah pintu dan mendapati mayat seorang lelaki tua terbaring di sofa. Keadaan badannya sudah berulat dan berair.
Kematian "bersendirian" itu berlaku kerana isteri dan anak perempuannya tiada bersamanya kerana melawat seorang lagi anaknya di Johor. Lelaki itu dikatakan enggan mengikut anaknya kerana terlalu letih.
Dalam kejadian lain, seorang wanita berusia 60 tahun dijumpai mati di dalam rumahnya. Mayatnya dijumpai selepas tiga hari setelah jirannya mengadu bau busuk.
Kes sebegini pasti banyak lagi kerana ada individu yang suka tinggal bersendirian. Ini kerana mereka tidak berkahwin, bercerai atau tidak tinggal bersama anak mereka.
Oleh itu, eloklah kita menasihati ahli keluarga atau saudara agar jangan tinggal bersendirian. Mungkin boleh dicarikan jodoh untuk mereka yang belum berkahwin.
Bagaimana pula jika mereka yang berkeras untuk tinggal berseorangan?
Saturday, September 20, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
13 comments:
Bro Dato,
Yg nak tinggai sorang2 jugak tu kena la in constant contact ngan kengkawan atau sanak saudara,..hari2 sms sum1 jd bila sum1 tu tak dapat berita dlm masa sehari kena le contact org tu tanya kabar kalo dapat contact pasti sesuatu tak kena,..heheh..yg tak dak tipon tu kena le bgtau kat jiran hari2 tegur menegur n kata kalo suatu ari saya tak keluar tegur tlng tengok2 saya kat umah, mana tau kot dh kojoi dh!! heheh..apo nak dikato,..(,") tu la kita kena back to basic, bagi ada sopan santun dan budi bahasa dlm setiap bangsa,..:)
SAY NO TO NWO!! SAY BYE TO AnWaR & PLah!! SAY WELCOME TO FUTURE PM TGK RAZALEIGH aka Ku Li..insyaallah!!
salam dato
mencari jodoh ada petua ke dato...
kalau mak bapak tinggal sorang2 tu... jengok2lah selalu
takkan musim buah jerbalik kampung atau... bila raya jer balik...
Sdr CT,
Satu panduan baik untuk mengelakkan diri mati keseorangan. Satu lagi, jika banyak duit, bolehlah mengajikan maid untuk tinggal bersama. Janganlah pulak maid yang jalan dulu. Perrrrggh.
Sdr TJ,
Salam kembali.
Carilah mereka yang budiman - berbudi dan beriman. Pilihlah daripada keturunan yang baik-baik. Setiap insan telah ditetapkan jodohnya oleh tuhan. Maka sentiasa berdoalah agar diketemukan jodohnya segera.
Dalam Al-Quran sudah dijanjikan oleh Allah SWT bahawa lelaki yang baik akan mengahwini wanita yang baik begitulah sebaliknya. Lelaki yang berzina akan dapat wanita yang berzina. Oleh itu, jauhilah zina. Jika anda berdua-duaan di tempat yang sunyi atau tertutup, makhluk yang ketiga ialah syaitan. Wallahualam.
Sdr MC,
Ada lima perkara yang kita pandang saja akan dianugerahkan pahala. Antaranya ialah melihat muka ibu bapa. Oleh itu, jengok-jengoklah ibu bapa selalu.
Kalau di Amerika, Britain atau Singapura, mereka ada gunakan sistem sosial worker aka pekerja sosial...
diorang ni kiranya datang kat org tua ni utk tanya khabar ke, tolong betulkan pintu ke, masak ke anything. kerja ni sukarelawan semata2...
Kerajaan patutnya buat sistem ni, kitakan ada RELA kenapa tak gunakan utk ni, dr kejar org indon baik buat amal jariah dpt pahala...
Fendy
Sdr Fendy,
Semangat kesukarelaan di negara ini masih rendah. Jika ada ganjaran, macam semut mengurungi gula. Namun, ada yang ikhlas membantu mereka yang memerlukan seperti seorang wanita yang membesarkan ramai kanak-kanak HIV dan anak yatim di rumahnya di Gombak, Selangor. Semoga Allah SWT memanjangkan umur dan ditambah rezeki individu seperti ini. Amin.
Oleh janganlah tinggal keseorangan, dan janganlah membiarkan ibubapa atau saudara-mara yang berusia tinggal keseorangan, kunjungilah mereka selalu atau sekurang-kurangnya dengan membuat panggilan telefon... Laporkan kepada pihak berkuasa khususnya jabatan kebajikan atau persatuan kebajikan tempatan sekiranya anda mendapati seseorang itu tinggal keseorangan walaupun anda tidak mengenalinya,supaya pihak berkuasa dapat memantau pergerakan mereka untuk mengurangkan kes kematian keseorangan....
salam datuk,
Zaman sekarang ni ramai anak menghantar orang tuanya ke rumah warga emas, kerana diorang bimbang orang tuanya tinggal sorang2 kat rumah..dan merasakan itu sebagai beban mereka.Sedangkan orang tua sanggup menjaga anak 10 orang,anak sorang pun tidak mampu menjaga ibu bapanya.Sepatutnya kena ada di kalangan adik beradik yang tinggal dengan orang tua,bagi menghilangkan rasa kesunyian mereka.
Jika ditakdirkan mati seorangan, itu takdir namanya, tetapi di mana kita mati, bila kita mati, status kita mati, kenapa kita mati, masa kita mati mungkin lebih penting.
Seorang yang mati sendirian di mesjid ketika bersujud tahajjud di malam lailatul qadar dengan yang mati sendirian di ribaan GRO di kelab malam terkemuka ibukota dan mati kerana kelebihan alkohol tentulah BANYAK bezanya.
Assalamualaikum tok rimau
rata2 tok memang risiko begini semakin tinggi kerana perubahan cara hidup terutama golongan berusia... tok muda lagi kan, kalau dulu2 dikampung sentiasa ada orang disekeliling dan bertegur sapa, tapi sekarang kalau dibandar dgn jiran pon tak kenal nak buat mcm mana tok..
mungkin boleh pasang cctv tapi kang Suhakam komplen plak..
yang terbaik rasanya masih cara lama saling mengambil tahu sebab kalau orang da tua nak suruh sms mata pn da tak nampak tok..kang terkekan 999 kedalam pulak atok dengan nenek tu sbb buat prank call
p/s rimau bukak puasa makan ape tok
Sdr Junkopile,
Waalaikum salam.
Tinggal di rumah teres masih ok lagi berbanding tinggal di kondominium. Ketika tinggal di kondominium di PJ selama tujuh tahun, saya boleh mengira dengan jari beberapa kali saya bertemu jiran sebelah dan bertegur sapa. Adakala sebulan tidak nampak batang hidung mereka. Mereka suka duduk "bersendirian" dan saya pun tidak mahulah mengganggu orang macam ini. Lagipun, mereka pelik kerana keluar pagi dan balik tengah malam. Suspens saja.
p/s: seperti manusia lain, rimau tetap makan buah tamar dan air zamzam. daging dikurangkan.
Post a Comment