Tuesday, September 16, 2008

AMALKAN POLITIK ASASI, TOLAK SENSASI

Salah seorang ahli panel Persepsi terbitan RTM malam tadi ialah Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Datuk Dr Firdaus Abdullah.

Beliau ialah seorang ahli akademik, sasterawan dan penganalisis politik.

Antara pandangan beliau yang perlu direnungkan malam tadi dan sering diutarakan oleh ramai pihak yang mengutamakan kepentingan negara ialah meminta ahli politik di negara ini kembali semula kepada politik asasi dan bukannya politik sensasi.

Beliau mahu ahli politik negara ini menghormati mandat yang diberikan oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke 12 Mac lalu dan tidak mengamalkan tindakan mengambil alih kerajaan menerusi tindakan tidak demokratik iaitu membeli wakil rakyat.

Budaya politik membeli wakil rakyat akan melemahkan kerajaan sedia ada di samping mewujudkan "kerajaan baru" yang lemah kerana boleh bertukar dari semasa ke semasa mengikut budaya katak dan bertuhankan wang.

Budaya politik sensasi boleh mewujudkan suasana tidak ketentuan, meresahkan rakyat, menakutkan pelabur asing dan menghancurkan kestabilan politik serta ekonomi negara.

Apabila ini berlaku, Malaysia akan menjadi rapuh dan hancur dalam sekelip mata. Yang rugi ialah rakyat sendiri yang sudah menikmati keamanan dan kemakmuran sejak 51 tahun lalu.

Oleh itu, ahli politik negara ini perlu kembali kepada politik asasi iaitu menghormati kuasa rakyat menerusi kertas undi bukannya politik sensasi yang suka mengembar-gemburkan sesuatu perkara yang bukan-bukan demi meraih keuntungan dalam kekalutan.

15 comments:

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

politik sensasi= propaganda

politik asasi=politik untuk rakyat selepas dilantik secara pilihanraya.

politik sensasi dah jadi macam mawi world. glamour aje lebih habuk tiada. sana kena saman, situ buat hal. sama kan antara mawi dengan anwar.

kalau tak glamour macam raihan, in-team dan rabbani, tapi mesej diberikan baik.

ANAK MAHMUD, said...

DIY,
Adalah satu sifat orang Melayu mereka suka sensasi dan gossip. Sebab itu mereka cepat melatah. Yang kalut di bukan rakyat di bawah tetapi pemimpin atas pun suka juga malah merekalah "king of sensation". Kita pun kekadang dijadikan "barwa" untuk sensasikan keadaan.

3 SuNgeY said...

Dunia sensasi dan glamor adalah dunia yang tidak berpijak di bumi yang nyata. Ini akan menyebabkan orang akan berangan-angan untuk menakluki dunia. Namun angan-angan sahaja tidak menjamin kestabilan politik dan juga negara. Biarlah mereke hidup dalam dunia fantasi dan biarlah kita Rakyat Yang Bertanggungjawab Hidup dalam realiti... Setia Kepada Negara..

junkopile said...

assalamualaikum tok rim
tok tak sensasi mana nak dapat yang asasi walaupun terpaksa manipulasi, inilah yang dilakukan oleh pkr, timbulkan masalah & isu sensasi kemudian cuba jadi herobasi, untuk jangka pendek mungkin ramai yang akan terikut ikut, tetapi lama kelamaan orang akan sedar cuma yang ditakuti dikala kita tersedar mungkinkah terlewat bak kata zainal...

Anonymous said...

Sudah sampai masanya ahli politik kembali ke pangkal jalan. Sistem pilihanraya adalah pilihan rakyat.

Jangan kecewakan para pengundi anda, demi mengejar populariti dan sedikit wang rasuah hasil ketamakan anda dan cuba mengkhianati amanah yang telah diberikan oleh rakyat.

Saya cukup setuju cebisan minda kali ini agar menyedarkan ahli-ahli politik dan kesannya kepada negara.

-ADAM AMIN-

limaudong said...

DIY
Saya setuju bahawa Sensasi dan gossip tu boleh tetapi politik wang jangan-jangan sekali diamalkan sebab semua keraja-kerja manusia ada batasnya.

rayliew said...

Mengapa ianya digempar-gempurkan??? kononnya sudah dapat majoriti untuk mengambilalih kerajaan sepertimana yang dinyatakan oleh Tony Chua. Mengapakah mereka mahu berjumpa PM lagi sekiranya telah memperolehi majoriti MP kononnya untuk mengambilalih secara aman? Kerana mereka tahu PM tidak akan berjumpa mereka dan akan memburuk-burukkan kerajaan sekarang di mana sememangnya mereka belum memperolehi majoriti MP yang CUKUP, mereka akan memberi pelbagai alasan selepas ini.....Kita tunggu dan lihat WAYANG KULIT politik september 16

TINTABIRU said...

Salam Datuk,
saya setuju dengan pendapat ini. Kalau kita ingin mewujudkan Kerajaan dengan cara yang tak beretika sama maksudnya orang yang menubuhkan kerajaan itu tidak menghormati hak rakyat yang telah memberi mandat kepada kepimpinan kerajaan yang ada sekarang. Main suka hati nak tubuh kerajaan boleh dibeli pulak. Jadi apa lagi hak yang tinggal kepada rakyat kalau kerajaan boleh dibentuk sesuka hati? Takpayahlah adakan pilihanraya atau tutup sahaja SPR kalau hendak menubuhkan kerajaan guna sahaja wang untuk membeli orang-orang tertentu agar dapat menubuhkan kerajaan baru. Pada saya orang-orang seperti ini TIDAK SAYANGKAN NEGARA tetapi melakukan sesuatu untuk KEPENTINGAN diri sendiri dan Yang penting MATLAMAT DAN IMPIAN menjadi KENYATAAN.

hasipin66 said...

Salam TokTiger,
Kita setuju dengan pandangan Datuk Dr.Firdaus Abdullah agar politik asasi menolak politik sensasi seperti yang diamalkan oleh....mahu tukar kerajaan baru.

Kalau tak amalkan politik asasi,yang pasti jadinya ialah:-

1.Politik Selesai = politik hancur
2.Politik Cincai = politik haprak.

Kita cadangkan kepada pemimpin PR agar lupakan mimpi nak tubuh kerajaan "PINTU BELAKANG",mari sama-sama majukan negara tercinta ini.

Tunggu PRU13 saja,kita lawan habis-habisan.Beri rakyat kuasa menentukan siapa yang (parti)boleh menjamin masa depan anak-anak bangsa Malaysia.

Anonymous said...

Tok Rimau,

Dalam rencana - Amalkan Politik Asasi, Tolak Sensasi, Tok Rimau menulis Datuk Firdaus ialah seorang ahli akademik, sasterawan dan penganalisis politik, tetapi Tok Rimau gagal menjelaskan hubungan Datuk Firdaus dengan Pak Lah.

Jika kita mengetahui latar belakang kedua-dua mereka, kita tahu mengapa Firdaus mempertahankan Pak Lah. jawatan sekarang Firdaus juga datangnya dari Pak Lah, jadi tidak menghairankan Firdaus itu akan mengampu.

ibrahim yahaya said...

Sdr Anon,

Saya melihat Dr Firdaus ini berkawan dengan semua orang termasuk Paklah. Dulu, Dr Firdaus juga berkawan dengan DS Anwar malah dilihat amat rapat. Bagaimanapun, malam tadi beliau sendiri mengecam tindakan ahli politik mengamalkan politik sensasi yang boleh merosakkan negara. Sudah tentu dia merujuk kepada DS Anwar dan mahu beliau kembali kepada politik asasi.

Dr Firdaus ada dua pilihan iaitu menyokong kerajaan atau tidak menyokong. Dalam hal ini, sebagai orang yang rasional, beliau sudah tentu menyokong kerajaan sekarang yang diberikan mandat oleh rakyat menerusi amalan demokrasi iaitu pilihan raya umum. Isu mengampu atau memberi pujian mungkin tidak timbul kerana ia bukanlah isu besar di sini. Yang lebih besar ialah isu Alif, Ba dan Ta. Malah ada empat peringkat memberi pujian yang dibenarkan dalam Islam termasuk kepada manusia. Kalau rajin, tengoklah posting saya sebelum ini. Itu pun kalau mahu.

puterabumi said...

dalam sistem demokrasi, kuasa rakyat paling tinggi. pemimpin yang belakangkan kuasa rakyat, suatu hari akan jadi ... kurap tepi jalan.

dunia meow said...

Semua pun dah main politik sensasi macam ni. Bercakap nak tunjuk hebat, nak jadi glamor tapi apa pun takda sebenarnya. Keadaan yang macam ni lah yang buat suasana huru hara.

Kulupbana said...

Datuk,
PM & TPM bertukaran kementerian. Ada ka kesan?
Teringat zaman ayah and my pak ngah melunasi ZAKAT BIJIAN sesama sendiri.

Ayah tolak guni padi kat pak ngah then pak ngah tolak guni padi kat ayah. Sapa pun tak rugi dan tak untung. Yang penting rezeki padi tak kemana ...

zewt said...

pada masa kini, di mana keadaan politik hampir capai tahap huru-hara, kita perlukan satu penyelesaian yang cepat dan tepat. rakyat sudah tak kisah sama ada ianya dicapai melalui pembelian wakil rakyat ataupun cara yang lain. yang penting, tiada kucar-kacir.