Friday, September 26, 2008

KEPUTUSAN PENTING SURVIVAL UMNO?

Posting Ketiga - 12.15 tengahari

MT UMNO memutuskan untuk menangguhkan pemilihan parti peringkat tertinggi dan MT UMNO pada MAC depan tetapi mesyuarat Bahagian tetap diteruskan. Paklah berkata keputusan itu untuk disesuaikan dengan proses peralihan kuasa. Ditanya sama ada akan mempertahankan jawatan, Paklah berkata, keputusan terletak di tangannya dan semua pihak boleh membuat andaian.

Posting Kedua - 10.43 pagi

MT UMNO mula bermesyuarat. Paklah tiba jam 10.20 pagi dan timbalannya, DS Najib lima minit sebelum itu.

Posting Asal - 7.42 pagi

Majlis Tertinggi UMNO akan mengadakan mesyuarat khas hari ini.

Pelbagai spekulasi mengenai tujuan mesyuarat itu diadakan termasuklah isu peralihan kuasa antara Presiden UMNO kepada timbalannya di samping penundaan Mesyuarat UMNO Bahagian di seluruh negara yang sepatutnya bermula 9 Oktober ini.

Isu peralihan kuasa daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak semakin diperbincangkan kebelakangan ini berikutan kenyataan beberapa pemimpin mengenai perlunya disegerakan.

Persoalannya adakah Paklah akan menyegerakan peralihan itu? Daripada kenyatan beliau baru-baru ini, perkara itu boleh berlaku.

Bagaimanapun, desakan Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang dan Kelantan agar mengekalkan tarikh peralihan itu pada 2010 menggambarkan bahawa bukan semua yang mahu peralihan itu disegerakan.

Malah pertemuan khas Gabungan NGO Malaysia kelmarin yang menegur pemimpin UMNO yang mahukan peralihan segera diadakan turut mengundang banyak persoalan.

Kedua-dua peristiwa itu membuat ramai pihak di dalam dan luar UMNO tertanya-tanya apa yang sebenarnya sedang berlaku dalam parti itu. Ini ditambah pula dengan penangguhan pemergian DS Najib ke Timur Tengah dan Amerika Syarikat.

Selain itu, spekulasi penundaan Mesyuarat UMNO Bahagian sudah tentu menarik perhatian ahli di seluruh negara. Jika ia benar berlaku, apakah rasional di sebalik penundaan itu kerana ahli UMNO sudah bersedia membuat pilihan mereka.

Jika penundaan itu bertujuan untuk menguntungkan parti, sudah tentu mereka boleh menerimanya. Sebaliknya, jika ia menjaga kepentingan individu tertentu, sudah pasti mereka akan membuat sesuatu untuk menyuarakan isi hati.

Bagaimanapun, seperti dulu, ahli UMNO akan tetap setia kepada keputusan pemimpin. Tiada banyak soalan. Betul ke?

Apapun sebarang keputusan yang dibuat dalam Mesyuarat Khas MT UMNO pasti bermatlamat menjaga kepentingan Aif Ba dan Ta.

Jika tidak, ia bukan Mesyuarat Khas MT tetapi mesyuarat luar biasa yang membuat keputusan luar biasa. Apakah keputusan luar biasa tu?

23 comments:

band0tue said...

PAK LAH

Datuk Seri Abdullah
Anak Ahmad Badawi popular dengan panggilan Pak Lah
Perdana Menteri Malaysia yang mencipta sejarah
Dikenali bersih awal memerintah
Penggal pertama makin menyerlah
Di sana sini dilihat lemah
Islam dijenamakan banyak yang marah
Banyak projek mega ditangguh sudah
Anak dan menantu menjadi barah
Ramai percaya Pak Lah diarah
Mentadbir kerajaan dan parti tak tentu arah
Keputusan selalu berubah-ubah
Imej Islamiknya tercemar sudah
Pelakun terkenal dirangkul Pak Lah
Ini semua tentu mengundang padah
PRU12 tertanya menyerlah
Protes rakyat semakin bertambah
Pak Lah mahu mengaku kalah
Anak,menantu dan isteri mula marah
Akhirnya Pak Lah akur jugalah
Pertahan jawatan sekalipun UMNO parah
Konon nak baiki masaalah rasuah
Makin menjadi-jadi makin bertambah
Dalam kerajaan, dalam parti lebih dahsyatlah
Sekarang Pak Lah dah naik lelah
Haluan parti dah tidak tentu arah
Semakin dekat Pak Lah rebah
Semakin banyak sokongan yang bawa rebah
Konon Pak Lah jangan ditentang jangan disanggah
Mengharap Pak Lah kembali kebah
Dari luar parti Pak Lah disergah
Anwar Ibrahim mengancam akan menerjah
Pak Lah naik gelabah
MP dibawa keluar Negara ‘membeli belah’
Negara kini semakin parah
Inflasi semakin menokok menambah
UMNO dilihat sudah tak tentu arah
Pembangkang makin ghairah nak meratah
Ke mana rakyat nak mengadu masaalah
Orang politik asyik bergaduh dan bertelegah
Janji nak membela rakyat yang susah
Yang jelas orang politiklah yang paling bermasaalah
Sikap dan tindak tanduk mereka tak berubah
Menghina, mencaci dan salah menyalah
Apa rakyat masih percayakah?
Asal nama politik memang jelas sudah
Kuasa dikejar sanggup gadai maruah
Kawan makan kawan biasalah
Hari ini kawan esok jadi musuh tak hairan dah
Sebab kesetian hanya slogan dilidah
Dalam hati, masyaAllah
Iblis dan syaitan pun ngaku kalah
Kepada rakyat memohon dengan tangan menadah
Kepada Tuhan kita berserah
Kerana semua yang berlaku terkandung hikmah
Yakinlah Tuhan tidak jadikan sesuatu sia-sia tanpa faedah
Jika besar masaalah, maka besar juga hikmah
Yang tersurat dibaca sudah
Yang tersirat menanti pasrah

Pak Lah
UMNO merekah menunggu belah
Belah dua, tiga, empat boleh jadi bersepah-sepah
Nampak muka makin kurang darah
Tak tidur malam mata mesti merah
Fikiran serabut dengan macam-macam masaalah
Hati sentiasa mengelabah
Takut Najib dan Mahyuddin tak ikut arah
Ku Li tentu melawan arah
Ahli UMNO dah banyak yang menyampah
Kenapa masih belum mengaku kalah?

Pak Lah
Hari ini Jumaat terakhir Ramadhan yang penuh berkah
Menjadi penentu Pak Lah selamat atau musnah
Kepada Tuhan kembali menyerah
Kenapa masih menegak benang yang basah
Jika patut menyerah kalah
Mengundur diri dapat menjaga maruah
Datang simpati mereka yang marah
Jasa dikenang walau pun ada yang menyumpah seranah
Tapi jika masih terasa gagah
Terimalah akibat menungkah bah
Lemas tenggelam impian Pak Lah
UMNO turut punah ranah
Pak Lah oh Pak Lah
Tiada bahasa tiada madah
Bukan masa nak bertikam lidah
Inilah masa patut berubah
Membaiki diri, bertaubat dan kepada Tuhan mengaku salah

Pak Lah
Kenapa orang marah
Kerana Pak Lah dah tak amanah
Cakap banyak berubah-ubah
Macam budak baru sekolah
Biasanya orang macam ini ada buat salah
Apa sebenarnya yang sudah dibuat Pak Lah
Rakyat rasa cukup menyampah
Pak Lah pula buat muka sampah
Tak faham bahasa atau memang tak bermaruah
Sudahlah Pak Lah
Masa dan cukup dah!

Anonymous said...

Selamat pagi Tok Rimau,
Bagus syair tu..boleh masuk buku duka lara Pak Lah menjadi PM.
Baiklah, now..back to business....
Saya berharap semoga mesyuarat khas MT hari ini tidak akan mencetuskan `another' polimik politik yang tidak menguntungkan kita semua. Apapun yang akan di putuskan, semoga ianya akan memberi kekuatan tambahan pada kerajaan BN dan PM. Kepentingan Alif Ba dan Ta itu tidak penting, asalkan kita/rakyat biasa merasa tempiasnya.
Ahli-ahli MT semua pasti lebih tahu apa yang baik untuk UMNO dan maruah parti, begitu juga..maruah pemimpin tertinggi parti juga harus di jaga..ibarat menraik rambut dalam tepung..kan Dato!!
Apa-apa saranan yang menjurus kepada pengunduran Pak Lah harus di lupakan selamanya kerana peralihan kuasa sudah di persetujui semua. Sekiranya terus didesak, adalah lebih baik mereka (MT)pun harus letak jawatan kerana apa-apapun yang berlaku sebelum ini adalah berdasarkan keputusan sebulat suara. Bukan keputusan Pak Lah seorang... masa gembira, ketawa bersama, takkanlah masa susah, Pak Lah seorang saja yang menangis sendiri. Be a gentlemen guys..!!
Salam hormat dan selamat berpuasa.

AKULAH GHAIBMAN said...

Salam..
Jangan suka buat fitnah..
Cakap memang mudah..
Yang penting jdlah masyarakat yg bermaruah, jag hya pdi bermadah.. apa sdh sumbangan yg kita curah utk agama bangsa & negara da...pikiq la sendiri da..

wanbaki said...

Hah...
nak tangguh lagi? Buat apa?
sebab tangguh taun lepas la Kalah teruk PRU12..
nak tanngguh lagi taun ni??? baik tak payah ada mesyuarat cawangan dan bahagian lahhhh... pakai mesyuarat MT saja cukup laa... biar UMNO ada PAKLAH ngan anak beranak dia ja?????

http://wanbaki.blogspot.com/

muteaudio said...

If I'm Pak Lah, come March I'll ask to wait till 2010 which is only a few months away. Come 2010 I'll again ask to let me continue till next election which is a few years away.

If only I'm Pak Lah lah, but then again I'm not Pak Lah lah.

SPdotCom said...

Assalamualaikum..

Bertangguh lagi? Untuk apa?


Kepentingan parti atau kepentingan peribadi?


Tak berbaloi rasanya menjadi ahli. Hak dinafi.


Buat lah "Lah" oi,jangan sampai ke tahap engkau lah Presiden, engkau lah ahli dan engka lah MT seorang diri. Ahli-ahli membawa diri.

Anonymous said...

datuk,

kena kaji balik perlembagaan umno berapa kali boleh tangguh, dulu julai, lepas tu disember, lepas tu mac, nanti masa februari kata kita bubar terus umno. inilah pemimpin melayu malaysia hari ini. kalau macam ini jahanam parti yang didokong atok nenek aku...

Anonymous said...

Pak Lah mestilah akan cuba sedaya upaya dia untuk kekalkan jawatan yang dia ada sekarang.macam pemimpin lain,bukan senang nak lepaskan kedudukan yang ada pada mereka.

mesyuarat Agong saja yang ditanggung tetapi mesyuarat bahagian tetap diteruskan macam yang ditetapkan.jadi tiada apa-apa masalah.

tentang samada Pak Lah ingin mempertahankan jawatan atau tidak,terpulanglah pada empunya badan.

yang penting Najib jangan tergopoh-gapah dalam ingin menjadi PM.biarkan ia berlaku mengikut peredaran masa.

rayliew said...

Tindakan menangguh pemilihan peringkat tertinggi adalah tepat pada masanya untuk mententeramkan pergolakan dalam parti UMNO khususnya di peringkat majlis tertinggi. Tindakan tersebut juga dilihat sebagai usaha untuk memastikan peralihan kuasa kepada timbalannya dengan lancar.

Anonymous said...

Mengapa Peralihan Kuasa 2010 Pilihan Terbaik Untuk UMNO~Malaysiakini
Desas desus politik kini seakan-akan mengikut rentak lautan yang bergelora di musim tengkujuh. Tiada tujuan, tiada destinasi. Di dalam era komunikasi alaf baru ini, begitu banyak sumber yang menggambarkan situasi sama dengan nada yang begitu berbeda. Bermacam-macam jenis analisis yang diberikan selepas penukaran portfolio Menteri Kewangan – Menteri Pertahanan dan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO.

Namun, jika kita ikut norma-norma lazim, lantas memisahkan emosi politik, hanya satu hakikat yang boleh digunapakai oleh UMNO. Penetapan peralihan kuasa 2010 dan bukannya ‘peralihan kuasa paksa’ yang diuar-uarkan oleh mereka yang dahagakan kuasa.

Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi membuktikan beliau akur dengan suara akar umbi dan demi survival UMNO telahpun mengumumkan pelan peralihan kuasa pada tahun 2010 yang dipersetujui oleh Timbalannya dan telah mendapat persetujuan Majlis Tertinggi UMNO. Entah semena-mena, suara-suara yang berhasrat melanggar perjanjian pelan peralihan kuasa ini demi kepentingan peribadi mula mengorak langkah politik mereka.

Hakikatnya, demi UMNO dan nasib anak bangsa, Dato’ Seri Abdullah perlu melakukan beberapa perubahan peri sukar sebelum beliau dapat mewariskan tampuk pemerintahan kepada Dato Sri Najib. Jika Dato’ Sri Najib melakukan perubahan ini, beliau akan kehilangan banyak dana politiknya. Disebabkan ini, Dato’ Seri Abdullah memerlukan tempoh sehingga 2010. Malahan beliau telah mengatakan bahawa jika kerjanya selesai, beliau sanggup melepaskan jawatannya kepada Timbalannya sebelum 2010.

Niat sebenar Dato Seri Abdullah terbukti dengan pemindahan portfolio Kewangan. Jelas beliau mahu memberi Dato Sri Najib persiapan yang terbaik untuk menjadi pemimpin Malaysia dan UMNO setelah pemergiannya dari tampuk pemerintahan kelak.

Dari segi politik UMNO, kaedah memaksa Dato’ Seri Abdullah untuk pergi sebelum pencalonan bulan Oktober hanya akan menguntungkan segelintir pihak. Jika dilihat dengan kanta politik, pihak tersebut bukanlah Dato Sri’ Najib. Untuk UMNO kekal kuat, pucuk pimpinannya mestilah dapat bekerjasama. Jika ‘pelan peralihan kuasa paksa’ yang dicanangkan oleh Tan Sri Muhyiddin ini menjadi, maka dialah yang akan menjadi Timbalan Presiden UMNO.

Semua di dalam UMNO tahu Dato Sri Najib kurang selesa dengan corak kepimpinan Tan Sri Muhyiddin. Tambahan pula, dengan menunjukkan taringnya baru-baru ini, ternyatalah bahawa kesetiaan kepada pemimpin bukanlah kekuatan Tan Sri Muhyiddin. Sejarah persaingan mereka berdua sudah lama diketahui oleh warga UMNO. Tidak mungkin mereka akan dapat bekerjasama demi kepentingan UMNO. Dato’ Seri Najb akan dipaksa melihat gerak geri Timbalannya yang sudah pasti mengidamkan jawatannya selaku Perdana Meneteri. Bagi menghadapi cabaran politik dari Pakatan Rakyat yang semakin meruncing ini, Dato’ Sri Najib memerlukan Timbalan yang setia dan mampu bekerjasama dengan kepimpinannya.

Suara akar umbi sebenarnya sudah menetapkan Barisan kepimpinan Naib Presiden yang mampu memastikan UMNO terus releven. Nama Tan Sri Muhyiddin tidak terkandung di dalam barisan kepimpinan ini. Nama-nama Naib Presiden yang disebut-sebut ialah Dato’ Zahid Hamidi, Dato’ Shafie Apdal dan wakil dari Johor pula samaada Dato’ Khaled Nordin ataupun Dato’ Seri Hishammuddin.

Ramai penganalisa politik berpendapat bahawa pilihan sebenar Dato Sri Najib untuk menjadi Timbalannya ialah bekas Setiausaha Politiknya, Dato’ Zahid Hamidi. Antara nama-nama lain yang dipercayai oleh Dato Sri Najib ialah Dato’ Seri Hishammuddin, Dato’ Shafie Apdal dan Dato’ Khaled Nordin.

Jadi terang lagi bersuluh, taktik ‘peralihan kuasa paksa’ ini merupakan taktik terakhir yang dapat dijana oleh Tan Sri Muhyiddin untuk menentukan survival politiknya.

Dari segi politik negara pula, Dato Sri Najib memerlukan peralihan kuasa 2010, kerana beliau sedar bayangan Anwar Ibrahim akan sentiasa menghantuinya. Sejak pembebasannya dari tahanan, Anwar Ibrahim meletakkan Dato Sri Najib sebagai musuh utama Pakatan Rakyat. Dari Ijok hingga ke Permatang Pauh, nama Dato’ Sri Najib yang selalu disebut oleh Anwar Ibrahim.

Namun, jika Anwar disabit kesalahan di dalam kes liwat pada tahun depan, ataupun dakwaan Anwar yang menjanjikan perubahan Kerajaan Pusat tidak menjadi kenyataan ketika Dato Seri Abdullah masih kekal Perdana Menteri, maka Dato Sri Najib akan terlindung dari sebarang dakwaan konspirasi politik yang sudah pasti akan dilontar oleh Anwar Ibrahim dan konco-konconya.

Justeru, untuk UMNO dan Malaysia, peralihan kuasa 2010 merupakan pilihan yang terbaik kerana ia peralihan yang mementingkan kesemua ahli UMNO dan bukannya segelintir pihak yang rakus kuasa.

amirul said...

Salam Tok Tiger,

What can I say anymore? Pak Badutlah tu gila kuasa! That's all! Mereka yang dahagakan perubahan pucuk pimpinan harus keluar dari parti! Itu saja cara yang ada untuk memaksa Pak Badutlah turun dari takhtanya! Usah bermimpi berpanjangan lagi! Hang wajib berambus secepat mungkin daripada berdolak dalih! Itulah orang yang mempunyai kuasa! Tapi dia lupa kuasa ALLAH mengatasi segala2! pandai2lah hang jawab kat ALLAH nanti pak badutlah oiiii! Wallahualam...

Unknown said...

pak lah will try his best to remain at his seat.that's certain.this kinda action can be predicted from any leaders.ask if Muhyiddin ready to give up his post now and the answer is absolutely a big NO!.

Najib on the other hand have to be patient.he's just one step closer to be the next PM.if he support Pak Lah and the power transition while being a decent Finance Minister,then the path is crystal clear for him.

junkopile said...

assalamualaikum tok tiger
tok yang penting umno dan negara aman dan damai...
kalau disegerakan pon Ds najib tak dapat buat ape2 pon tak guna juga tok..dan kalau mengekalkan pak lah lebih baik untuk ramai baik dikekalkan..
yang penting umno bahagian ni jangan syok utk alih untuk tukar je, berilah cadangan and pandangan sekali..
tukar tak semestinya elok kekalkan pon tak semestinya elok juga..
p/s hati hati dijalanraya

Tinta Biru said...

Salam Datuk,
Baguslah kalau MT UMNO ditangguh tahun depan. Saya setuju dengan pendapat JOMO2RUN, Tak perlu didesak PM meletak jawatan sampai masa penyerahan jawatan akan tiba juga. Cuma masa yang akan menentukan. Sekarang adalah masa untuk memantapkan UMNO agar UMNO tidak hilang di dunia. Kecik2 punya hal biarlah dalaman sahaja janganlah nak bagi tau satu dunia. Tak elok nanti orang kata UMNO dah tak kuat, UMNO dah lemah walhal UMNO masih kuat dari dulu kini dan selamanya.

MAWAR BERDURI said...

Salam?

Bila kita menyakini setiap yang berlaku ada Hikmah Di sebaliknya.

apa yang berlaku bukan keputusaN Pak Lah seorang.

Madah diatas memang Indah dari sudut sasteranya, tapi pengajarannya tak baik untuk bangsa.

menghina pemimpin bukan cara kita.

sedar diri rasa sedikit bertuah.

buka mata pagi2, dapat tenguk dunia, tak da perang cuma Anwar buat bikin sakit kapla. ndak habis2mau rebut kuasa.

Raya tak lama menjelang tiba. Aku tetap bangga jadi Rakyat Malaysia.

Selamat Hari Raya Mr. Tiger dan semua yang beragama Islam rakyat Malaysia & di seantero Dunia. sekian

Anonymous said...

Salam Datuk...
Saya juga merasakan bahawa penangguhan ini adalah langkah terbaik untuk meredakan segala kekalutan dalam UMNO. Dengan penangguhan ini diharap UMNO dapat diredakan supaya pelan Peralihan Kuasa 2010 dapat berjalan lancar seperti yang dirancang.

Anonymous said...

Tongkatlah dunia ni PakLah dan Najib selagi masih berkuasa.

Nikmat dah ditarik sedikit demi sedikit.

Kalau dah sampai ajalnya kita pasrah sahajalah.

Malaysia untuk semua.

Yahya Ahmad
Jerantut

Anonymous said...

Datuk...

Orang negeri datuk dah kibar bendera UMNO terbalik...betul la kecemasan.
Tengok kat sini..

http://hasbullah.pit.my/2008/09/umno-dalam-kecemasan-bendera-umno.html

Bonda

Musallam said...

Salam,

Adakah kemungkinan Abdullah akan melepaskan jawatannya pada bulan sempena Perhimpunan Agung UMNO pada bulan Mac 2009 dan tidak lagi menunggu sehingga tahun 2010?

Jika demikian, mungkin ada juga kewajarannya Perhimpunan Agung UMNO ditangguhkan dari Disember 2008 kepada Mac 2009.

Akan tetapi, jika kemungkinan itu tidak berlaku, malah Abdullah masih berminat dan berhasrat untuk mempertahankan jawatannya, penangguhan Perhimpunan Agung UMNO itu mungkin tidak ada ertinya dan tidak memberi faedah kepada sesiapa, kecuali agaknya kepada Abdullah sendiri.

Jika

hasipin66 said...

Salam TokTiger,
Jika Pak Lah memutuskan tak bertanding mempertahankan jawatan Presiden Parti UMNO,tentulah ada perkara besar yang Pak Lah hendak pastikan Datuk Najib lakukan dan berjaya.Barangkali Pak Lah mahukan jaminan agar menantunya KJ menduduki jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

.

Anonymous said...

salam tok tiger.

Ada perkara boleh ditangguh2...ada yang sebaliknya.

Perkara yang baik jangan ditangguh2kan.Eloklah dipercepatkan.

Berhenti makan sebelum kenyang...kalau kenyang sangat pun tak elok....nanti hati menjadi hitam atau badan jadi lesu.

TurunLAH tangga dengan perlahan-lahan.....jangan sampai SUDAH JATUH DITIMPA TANGGA pulak nanti.

SALAM SYAWAL UNTUK SEMUA.

Heical said...

Salam

Bagilah peluang Tun Mahathir buat ucapan HariRaya di TV3,

band0tue said...

Sabtu, 2008 September 27
Pak Lah melepaskan UMNO
Pak Lah insyaAllah tidak akan mempertahankan jawatan dalam PAU UMNO yang telah tertunda ke Mac 09. Sekali pun Pak Lah belum mengumumkan kedudukannya, namun kuat hati saya mengatakan Pak Lah akan berundur dan melakukan proses penyerahan kuasa kepada Najib mulai sekarang hingga Mac 09.

Melihat kepada kenyataan TS Mahyuddin, TS Rafidah dan juga keceriaan yang terpapar pada wajah TPM selepas mesyuarat MT menjelaskan segala-galanya apa yang mereka putuskan dalam mesyuarat berkenaan.

'KEMUNGKINAN' dalam mesyuarat MT, Pak Lah telah menyatakan untuk berundur dan meminta proses peralihan dilakukan segera. Jadi supaya penyerahan kuasa berlaku lebih sempurna, maka masa yang secukupnya perlu diberikan. MT tentu dengan sebulat suara memberikan ruang dan peluang tersebut kepada Presiden kerana telah memperkenankan kehendak mereka atau akar umbi kononnya.

Oleh kerana itu MT berpendapat tidak timbul masaalah menundakan PAU kerana pertandingan jawatan tertinggi kemungkinan dapat dielakkan. Ini kerana jika Najib diterima oleh bahagian maka Ku Li dengan sendirinya tidak mampu mendapat pencalonan yang cukup.

Maka pada Mac 09 nanti secara rasminya Pak Lah akan melepaskan semua jawatan dalam UMNO dan kerajaan, insyaAllah.

Tentulah ramai yang gembira dan tidak kurang yang sedih. Perasaan gembira dan sedih adalah fitrah manusia. Perasaan seperti ini spontan bertindak memberi respon kepada sesuatu yang mengejut dan memilukan.

Dalam sajak Pak Lah saya nukilkan antaranya;

Pak Lah
Hari ini Jumaat terakhir Ramadhan yang penuh berkah
Menjadi penentu Pak Lah selamat atau musnah
Kepada Tuhan kembali menyerah
Kenapa masih menegak benang yang basah
Jika patut menyerah kalah
Mengundur diri dapat menjaga maruah
Datang simpati mereka yang marah
Jasa dikenang walau pun ada yang menyumpah seranah

(lihat dalam posting Pak Lah)