Hendak mencari pemimpin Melayu yang berani sekarang amat sukar, kata seorang teman. Alasannya, banyak isu ditimbulkan oleh sesetengah pihak terhadap orang Melayu sekarang tetapi tidak ramai yang berani menegur, memperbetulkannya apatah lagi melenting mahupun mengamuk.
Melayu kini dianggap lesu dan tidak berani. Betul ke?
Kini orang Melayu masuk ke satu episod lain. Jika berani, mereka akan dikenakan tindakan pula. Ini kerana berani mereka adakala dilihat sebagai kenyataan berbaur perkauman. Walaupun ia membabitkan bahan sejarah.
Berani tidak mahu memohon maaf dianggap menyakitkan hati orang lain. Orang macam ini seperti "disenyapkan" mengikut tindakan tertentu tetapi dalam hati mereka, tetap mahu bersuara. Kita tunggulah apakah yang akan disuarakan nanti.
Hari ini, timbul seorang lagi pemimpin UMNO yang boleh dianggap "berani" kerana mahu meminta Paklah mempercepatkan tarikh penyerahan kuasa kepada penggantinya. Keberaniannya bukan sekarang saja. Sejak dulu lagi. Pelik juga, tetapi beliau memang berani. Berani juga untuk menempah maut politik.
Di Singapura, Bernama melaporkan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin berkata Paklah patut fikirkan semula mengenai pelan peralihan kuasanya untuk mengundurkan diri menjelang 2010 kerana tempoh masa itu terlalu lama.
Pelan peralihan kuasa yang diumumkan oleh Paklah dua bulan lalu, dakwa Naib Presiden itu, telah "tenggelam" dan rakyat tidak lagi memikirkan mengenainya.
"Tahun 2010 adalah terlalu lama," katanya pada sidang akhbar pada acara tidak rasmi sempena Persidangan CEO Forbes Global di sini.
Di bawah pelan peralihan kuasa itu, Paklah akan menyerahkan jawatannya sebagai perdana menteri, pengerusi Barisan Nasional (BN) dan presiden Umno kepada timbalannya DS Najib Tun Razak pada Jun 2010.
TS Muhyiddin berkata beliau malahan turut bertanya kepada Najib sama ada dirinya mahu menunggu selama itu kerana beliau (Najib) akan hanya mempunyai masa singkat untuk menguruskan dan mengembalikan semula kenyakinan rakyat kepada Umno dan BN.
Sambil menyatakan yang beliau memang berfikiran kritis mengenai perkara itu kerana ia melibatkan kepentingan rakyat Malaysia, beliau meminta Paklah memikirkan semula mengenainya.
Apakah kesan daripada lontaran kenyataan itu? Adakah "orang berani" ini akan dipandang serong atau martabatnya akan dianggap sebagai hero? Adakah kumpulan rapat dengan Paklah menganggap orang berani ini sebagai pembelot? Adakah ahli UMNO merasakan kenyataan itu sekadar untuk melonjakkan dirinya agar dipilih Disember nanti? Atau, yang soalan yang paling penting - Adakah kenyataan itu dianggap sebagai "ledakan" baru yang amat ditunggu-tunggu oleh ahli UMNO seluruh negara?
Bagi saya, berani kerana benar. Takut kerana salah. Ada orang yang berkedudukan sesuai untuk "menyuarakan" pandangan akar umbi ini tidak berani kerana faktor tertentu. Mungkin kerana bebanan yang amat sukar ditanggung. Ada orang yang tidak mahu membuka mulut kerana memikirkan musibah berganda yang akan menimpa. Ada juga setakat menunggu kerana berpenyakit pelik atau hatinya terlalu kecil.
Hakikatnya, pertama berani kerana benar. Kedua, berani kerana memikirkan kepentingan Alif, Ba dan Ta.
Biarkan apa pun orang hendak kata, yang penting kita jangan campak keldai ke dalam sungai kerana terlalu mendengar "kata orang" seperti kisah orang tua, anak dan keldai dalam kisah Lukman Hakim. Juga, jangan jadi keldai.
Thursday, September 11, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
24 comments:
tak salah untuk Muhyiddin memeberikan pendapatnya.tapi kita kena kaji juga apa sebab dia berkata begitu.dia berkata begitu kerana masyarakat atau pun peribadi ataupun kedua-duanya sekali?
saya "berani" kata yang Muhyiddin tidak akan berani kata begini jika Dr.M yang sedang memegang tampuk pemerintahan.harus diingat mengapa Muhyiddin dulu tidak "menegur" Dr.M kerana dia lebih dari 20 tahun menjadi PM?itu satu jangkamasa yang sangat lama.
maka kena tidak diberi peluang kepada Pak Lah untuk beberapa tahun lagi?.Dr.M boleh pula diberi peluang tapi tidak Pak Lah?
Dato,
macam mana mahu lagi nak buat,kalau tegur sikit kena ambik tindakan walau macamana sekalipun kami rakyat marhain sokong orang "berani"....cuba baca another brick the wall.
Salam Tok Tiger,
Sejak PRU12 lagi TSMY meyuarakan hasratnya. Namun PM kesayangan buat dek je! Pastu timbul pula cadangan nak mengambil tindakan disiplin keatas ahli UMNO yang mendesak PM mengundur.
Apapun harap TSMY dan yang sekepala dengannya teruskan mendesak PM kesayangan mengundur diri! Lagi cepat lagi bagus!Wallahualam...
Datuk,
1. Jika berani tetapi tak cerdik tak guna juga.
2. Jika berani tetapi tidak amanah dan tidak jujur lagi tak guna.
3. Jika berani tetapi takut nak lawan itu adalah Pondan. Sebab hanya "suara sahaja kuat" tapi no power.
Muhyiddin boleh bersuara tetapi biarlah dengan cara yang berhemah.macam tak molek pula bila Muhyiddin menyelar bossnya sendiri tetapi masih berada dibawah pimpinan bossnya.kenapa tidak Muhyiddin berjumpa sendiri dengan Datu Seri Abdullah dan bincangkan perkara daripada menjadikan media sebagai saluran utama?
Salam,
Sikap "berani" yang diambil oleh TS. Muhyiddin tentu ada risikonya. Tapi beliau tentu sudah memperhitungkannya.
Keberanian beliau mungkin berbaloi jika beliau berjaya membuat "perubahan" (khususnya jika Pak Lah akan mengundurkan diri lebih awal daripada tahun 2010). Tapi jika tidak, beliaulah yang mungkin terpaksa mengakhiri kerjaya politiknya.
TSMY rational dalam perkara ini. Kerajaan bukan hak UMNO tetapi hak rakyat yg mengundi melalui pilihan raya. Rasa tanggung jawab TSMY yg melihat popularity BN/UMNO semakin menurun dan hilang kepercayaan. Jika tindakan melakukan perubahan tidak diambil maka BN/UMNO akan jadi penbangkang pada 2012. Bukan kerana PKR kuat tetapi kebencian rakyat akan kegagalan memimpin yg menyebabkan kesensaraan ekonomi yg amat ketara dalam tempuh 27 tahun pada parti pimpinan yg bernama UMNO. UMNO perlu menghayati pepatah 'Kuah sama dihirup, sambal sama dicicah' dan bukan mempertahankan pemimpin yg bakal meranapkan bangsa.
Sdr Pelayar budiman,
Hari ini, Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mahu UMNO melakukan usaha mengukuhkan institusi raja-raja Melayu bagi menguatkan lagi peranannya sebagai pelindung rakyat khususnya orang Melayu serta agama Islam.
Ayuh pemimpin, segeralah memperkukuhkan UMNO dengan kaedah dan formula yang terbaik.
Salam Tok,
Apa yang tersirat dan tersurat dari tindakan TS muhyidin sejak kebelakangan ini semakin jelas menunjukkan yang beliau memang bernafsu untuk menentang barisan Pak Lah dan Tok Najib, cuma yang bezanya...TS muhyidin cukup bersopan dan teratur.
langkah begini yang patut kita di Malaysia amalkan...ikut peraturan, tarik rambut dalam tepung, rambut tak putus,tepung pun tidak tumpah.
Kita akan nampak pertandingan Ku li & TS Muhyidin vs Pak Lah & Tok Najib pada perhimpunan agung nanti.. dan yang pasti, perwakilan semua akan kebingungan...
Tun M akan backing Ku li dan TS Muhyidin...
nampaknya kemasukan Tun M dalam UMNO bukannya akan meredakan keadaan...tetapi mengoncangkan lagi kestabilan perasaan rakyat setelah dihimpit kemaruk dan hiruk pikuk Pakatan Rakyat yang kepingin sangat nak ambil alih kerajaan ikut jalan belakang. Kalau pilihanraya umum, mereka sedar mereka akan tewas teruk, jadi terpaksalah main belakang...auwww!!
Pada pendapat saya, dalam UMNO memang banyak yang mahu jadi HERO UMNO, tapi tiada yang sanggup dan layak jadi HERO RAKYAT selain Pak Lah, di hina dan dicerca, namun tetap teguh maju kedepan demi negara dan bangsa. Biarpun tanpa di temani anak-anaknya dalam parti, beliau tetap gagah menahan terjahan musuh dari dalam dan luar. Amin..good luck 2 you Sir.
as salaamu alaikum
Padahal Muhyiddin hanya mengucapkan apa yang sepatutnya diucapkan, iaitu Pak Lah harus turun takhta sekarang.
Ramai orang Melayu masih berpegang kepada ke-Hang Tuah-an mereka, yakni taat kepada raja bersidang, walaupun raja itu merogol membunuh atau memalukan bangsa dan tanahair.
Apakah Jebat itu salah kerana meminta si Raja yang tidur itu supaya turun dan berhenti merogol membunuh dan memalukan bangsa dan tanahair?
Kalau ada yang berkata raja bersidang sekarang tak pernah buat salah, belajar2lah tentang Iraq Food-For-Oil program, jambatan bengkok, Branca Pedra, KJ dan statmen2 beliau yang lebih parah pada tahun 2006 tentang orang Cina yang tidak di peduli pun, penjualan 1EURO oleh Proton, dan macam2 lagi.
Saya merujuk kepada kes Ahmad Ismail dimana beliau mengatakan bahawa Kaum Cina di Malaysia dahulu adalah PENUMPANG.Lebih jelas lagi adalah PENDATANG. Ahmad Ismail memang betul tetapi tidak semua Kaum CIna adalah PENDATANG kerana lihat daripada sejarah KESULTANAN MELAYU ramai kaum CINA di terima oleh SULTAN-SULTAN sebagai rakyat mereka. Tetapi kemasukan Kaum Cina dan India ke Tanah Melayu adalah kerana mereka datang untuk berkerja sama ada datang sendiri atau dibawa oleh pihak BRITISH dan JEPUN.
Bagi saya secara rasionalnya apa yang dikatakan oleh AHMAD ISMAIL adalah benar belaka tetapi ia adalah didalam konteks SEJARAH.
Jika dia memainkan isu perkauman maka memang di patut dihukum tetapi apa yang ditekankan semasa ceramah dia di PErmatang PAuh adalah untuk mengingatkan Kaum CIna supaya bersyukur kerana mereka diberi STATUS KERAKYATAN yang sebenarnya ditentang oleh kebanyakan orang-orang melayu yang dibawah naungan SULTAN-SULTAN,itulah sebab utama ORANG MELAYU menolak MALAYAN UNION,namun begitu atas semangat timbangrasa ORANG MELAYU maka mereka dapat menerima ORANG-ORANG BUKAN MELAYU diberi HAK KERAKYATAN DI TANAH MELAYU.
HAK KERAKYATAN ITU ADALAH SUCI DIDALAM PERLEMBAGAAN, maka tiada sesiapa pun yang layak dan berhak menafikan HAK KERAKYATAN seseorang itu sama ada dia itu MELAYU,CINA atau INDIA atau apa-apa BANGSA pun.
Demikian juga sama hal nya dengan HAK KEISTIMEWAAN MEALYU DAN ISLAM yang terkandung didalam PERLEMBAGAAN.. TIADA SIAPA PUN LAYAK DAN BERHAK UNTUK MEMPERSOALKAN HAK ITU SAMAADA ORANG MELAYU,CINA ATAUPUN INDIA.
KENAPA?? KERANA HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU DAN ISLAM ADALAH BALASAN HAK KERAKYATAN DIBERI KEPADA ORANG BUKAN MELAYU. MAKA KITA HARUSLAH MENGHORMATI HAK MASING-MASING.
JADI JANGAN LAH SESIAPA PUN BERANI MEMPERTIKAIKAN HAK MASING-MASING.
MEMANG SEKARANG KITA NAMPAK UMNO MENGGUNAKAN HAK KEISTIMEWAAN ITU SEPENUHNYA TETAPI ADAKAH IA SALAH? TIDAK KERANA IA TERMAKTUB DALAM PERLEMBAGAAN. ADAKAH ORANG MELAYU MENGHALANG ORANG CINA DAN INDIA MENERUSKAN HIDUP MEREKA ATAU MENGHALAU MEREKA KELUAR DARIPADA NEGARA INI? TIDAK SAMA SEKALI..
Jika AHMAD ISMAIL dikatakan bersifat perkauman,bagaimana pula KARPAL SINGH dan LIM KIT SIANG yang hendakkan Artikel 153 dihapuskan,bukankah itu satu sikap PERKAUMAN?? Dan tidak menghormati PERLEMBAGAAN..
Bagaimana pula dengan Teresa Kok yang ingin supaya Tulisan Jawi di buang di semua PapanTanda Jalan di Lembah Kelang? Bukankah itu satu sikap PERKAUMAN (buat pengetahuan orang bukan melayu bahawa bahasa melayu dahulu adalah ditulis dalam bahasa JAWI (arab) bukan rumi).
Maka pada pendapat saya sesipa pun yang mengungkit perkara yang mempertikaikan HAK-HAK YANG TELAH TERMAKTUB DIDALAM PERLEMBAGAAN dia harus di tahan menggunakan ISA sama ada orang itu orang politik atau tidak.
Jika kenyataan orang politik itu boleh menjurus kepada rusuhan maka tahan dia baik UMNO,MCA,DAP,MIC,PKR,PAS,SAPP,PBS,LDP,PPP dan semua NGO's.
If we dont like the government just vote againt them in next election,dont stir up problem that can cause chaos.
I dont hate my chinese and indian neighbour,in fact we are very good to each other plus other children go to school together.
Sometimes if you all POLITICIAN ask too much,question too much,complaining too much,arguing too much,thats what actually divide US.
I think and this is i think the most appropicate way for us,all malaysian,to be together is to abolish all other school except the NATIONAL SCHOOL so that our children can life and learn together.Is that what all of us want,isnt it!! Stop training to fight for your right to practice MANDARIN or TAMIL because you can also learned it in the NATIONAL SCHOOL.Make it a MUST to have the SUBJECT in MANDARIN and TAMIL.Then all of our children can speaks 4 languages.
Oelh itu kawan-kawan semua HORMATI lah HAK-HAK yang ada pada kita.JAngan cuba mempertikaikan HAK orang lain kerana HAK anda juga akan dipertikaikan.
Sayangi diri anda,keluarga anda,jiran anda,bangsa anda,bahasa anda,agama anda dan paling utama sekali kesejahteran,keharmonian,keamanan dan kedamaian NEGARA KITA MALAYSIA..
Mengapa si, usah lokek sekali mahu diajak tukar tukar pautan resiprokal.
Perjuangan kita sama, belum selesai weh.
Ayuh sokong menyokong.
Mungkin trafik yang saya halakan enggak memuaskan ye?
Well said Ketam....
Kalau semua rakyat kita macam c ketam ni.... alangkah amannya dunia ku.
Betul kata ketam...terlalu banyak soalan?? question mark... yang menyebabkan kita jadi emosi...
hinggakan pautan perkauman menjadi tegang.... mahukah kita jadi macam di Bosnia dulu, kelmarin mereka berjiran, hari ini dan besok mereka saling tembak-menembak kerana perasaan mencurigai satu sama lain.
Akhir sekali...please support my campaign here...
"SELAMATKAN SAPP,SINGKIRKAN YONG TECK LEE"
Seagai rakyat, warganegara dan individu, kita sudah lama besuara..apa bezanya dengan hak muhyiddin untuk berbuat demikian, cuma seagai pemimpin yang ada penyokong, kecil atau besar, suaranya lebih didengari..
Tetapi jangan lupa, suara kita, individu yang bila dikumpulkan akan menjadi suara terbesar untuk memilih kerajaan melalui pilihanraya..
Paklah tidak perlu terkejut kalau telinganya tidak tuli...
UMNO memang suka memainkan isu perkauman kerana mereka bergantung kepada kaum Melayu. Sebab itulah rakyat, termasuk Melayu semakin yakin kepada PAS dan Keadilan.
Ni cakap sebab nak jagi glamor dan untuk mengejar kedudukan yang lebih tinggi je.
Ada pula dengar2 cerita yang dia ni akan jadi TPM jika Ku Li naik jadi PM dengan sokongan TDM nanti. Tu sebab mengelejat tak sabar dah tu.
Tradisi UMNO yang diketahui umum...
MENENTANG BERERTI TUMBANG
sebab itu ada kalangan Umno lebih rela jadi Pak Turut sahaja....
DIY,
Kalau pimpinan itu kuat, makin lama makin kuat peganglah berapa lama pun...Tapi makin hari makin lemah, jangan la dok tunggu lagi. Pandangan TSMY harus diambil kira.
Jangan salahkan mangkok, jika garpu ingin menghirup kuahnya.
Yang jelas, Melayu sudah hilang identiti keyakinan. Satu puak sokong Anwar, Dua puak sokong PAS dan berpuak-puak dalam UMNO.
Jika ini khabilah Melayu, jangan harap Melayu boleh bersatu.
-ADAM AMIN-
Salam,
Apakah sebab Muhyidin berani melatah sedemikian. Setahu saya beliau seorang yang bersopan. Adakah beliau digeletek oleh orang lain. Atau adakah beliau sudah bosan berada di tempatnya sekarang sama ada untuk naik lebih tinggi lagi atau pun terus lenyap dalam kapal UMNO.
Kalau pun betul apa yang dikatakan oleh Muhyidin, namun ia tetap salah. Salah kerana meluahkan kepada UMUM.
Saya harap Muhyidin tak ada agenda tersembunyi di sebalik kata-katanya.
Saya rasa Muhyiddin mempunyai motif tersendiri dalam menyuarakan pendapat beliau.
Ini sangat mengelirukan kerana pada awal pengumuman Pak Lah yang dia akan bersara pada 2010 dan menyerahkan jawatannya kepada Najib, rasanya Muhyiddin cuma tidak berpuas hati yang jawatan diserahkan begitu sahaja kepada Najib tanpa bertanding. Beliau tidak pula menyentuh yang beliau tidak setuju tentang 2010.
tetapi sekarang lain pula ceritanya..
Saya rasa Muhyiddin mempunyai motif tersendiri dalam menyuarakan pendapat beliau.
Ini sangat mengelirukan kerana pada awal pengumuman Pak Lah yang dia akan bersara pada 2010 dan menyerahkan jawatannya kepada Najib, rasanya Muhyiddin cuma tidak berpuas hati yang jawatan diserahkan begitu sahaja kepada Najib tanpa bertanding. Beliau tidak pula menyentuh yang beliau tidak setuju tentang 2010.
tetapi sekarang lain pula ceritanya..
Salam Datuk,
Hanya Tuhan Sahaja yang tahu akan maksud tersirat dan tersurat apa yang ORANG BERANI itu ucapkan...
jangan ada agenda lain sudahlah...
Post a Comment